Wednesday, December 29, 2010

Tentatif Program lawatan ke Padang-Bukittinggi-Pariaman 2011

Various type of air guns for sale... takleh bawa balik ke Malaysia!

Namanya saja Restoran Sederhana... all you can eat, dah makan bayorlah sendiri ya!

Those yang tak fit, tak payahlah naik jenjang 40 ni...

Kita serupa... kita serupa.. (Lagu Headwind)

Home delivery bisa di atur.. jangan dok kat hotel aje..

Untuk para peserta lawatan - dicadangkan agar do your "homework". Tak susah homeworknya ... hehehe... beg, borrow or steal (acah aje) a copy of "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" a novel Karya HAMKA. Kosnya kalau jilid nipis paling mahal Rm15-00. Tapi kalau jilid moden - sama macam harga buku novel masa kini. Silap haribulan anda akan merasa sukar untuk meletakkan novel tersebut dan ingin terus membacanya sampai selesai dan akan timbul keinginan untuk mengenali dengan lebih dekat bumi minang dan sejarahnya. Bagi sesiapa yang pernah membaca "Drakula" yang ditulis oleh Bram Stoker, anda akan mengerti sendiri kenapa ianya best - jalan ceritanya disulami dengan surat dan balasan kepada surat tersebut seolah-olah anda sebagai pembaca juga berada dalam zaman berlakunya kisah yang dibaca. Sangat interaktif.

Bagi sesiapa yang tak berminat nak mengikut saranan penulis, takpe! Sinopsis ringkasnya ada di link ini. Tapi percayalah, baik baca novenya!!!

Semasa di Padang nanti anda akan melalui Jambatan Siti Nurbaya. Kisah ringkas mengenai Siti Nurbaya ada di link ini.

Berikut adalah program tentatif untuk program lawatan ke Padang 2010. Penerangan secara terperinci akan dimaklumkan semasa majlis kenduri yang akan diadakan di TTDI tidak lama lagi.

Those yang belum menjelaskan bayaran lawatan dan/atau belum menyerahkan butiran dokumen perjalanan, sila berbuat demikian kepada Suriani/Adlan pada kadar segera!

Hari pertama 3 Febuari 2011

5:30 – 6:00 AM : Berkumpul di LCCT - Solat Subuh berjemaah di Surau LCCT
6:00 – 7:00 AM : Check in
7:00 – 7:30 AM : Masuk ke balai berlepas
7:50 AM : Pesawat berlepas ke Padang
8:00 AM (Waktu Indonesia Barat) : tiba di Bandaraya Udara Minangkabau
8:45 AM : Keluar dari airport
9:15 AM : Sarapan pagi di Restoran Lamunan Ombak
10:00 AM : Bersiar-siar di Kota Padang, Jambatan Siti Nurbaya dan Pantai Padang (telur penyu)
11:30 AM : Bertolak ke Bukittinggi
12:30 PM : Air Terjun Lembah Anai
1: 00 PM : Makan tengahari & Solat di Restoran Pak Datuk
2:00 PM : Melawat Kerajinan Ukiran Pandai Sikek
3:00 PM : Perjalanan ke Bukittinggi
4:00 PM : Menikmati Pemandangan Ngarai Sianok
5:00 PM : Check In Hotel Pusako, Bukit Tinggi
7:30 PM : Makan malam di Restoran Sederhana
8:30 PM : Rehat & aktiviti bebas


Hari kedua 4 Febuari 2011

6:30 – 7:30 AM : Sarapan pagi
7:30 – 8:00 AM : Perjalanan ke Koto Gadang
8:00 – 8:30 AM : Kerajinan Ukiran Perak di Koto Gadang
8:30 – 9:30 AM : Perjalanan ke Ambun Pagi
9:30 – 10:00 AM : Di Ambun Pagi
10:00 – 10-30 AM : Perjalanan ke Rumah Hamka dan Danau Maninjau
10:30 – 11:00 AM : Di Rumah Hamka
11:00 – 12:30 PM : Perjalanan balik ke Bukittinggi
12:30 – 1:00 PM : Makan Tengahari & Solat
1: 00 – 4:00 PM : Shopping di Pasar Borong Aur Kuning - Pasar Atas, Bukittinggi
4:00 PM : Balik ke Hotel
5:30 PM – 6:30 PM : Ziarah dan Makan Malam di rumah nenek K. Neny di Parit Antang
6: 30 PM : Balik Hotel - Rehat dan aktiviti bebas

Hari ketiga 5 Febuari 2011

6:30 – 7 : 30 AM : Sarapan
7:30 – 8:00 AM : Perjalanan ke Pusat Sulaman Hajjah Rosmah
8:00 – 8:45 AM : di Pusat Sulaman Hajjah Rosmah
8:45 – 9:30 AM : Bertolak ke Tabek Patah (kopi)
9:30 – 10:00 AM : Tabek Patah (minum pagi)
10:00 – 11:30 AM : Pagar Ruyung
11:30 AM - Istana Lindung Bulan
12:30 PM - Istana Besar Pagar Ruyung
12:30 – 1:30 PM : Perjalanan ke Danau Singkarak
1:30 – 2:00 PM : Pasar Umbilin Singkarak -ikan kering,keropok,markisa
2:00 – 3:00 PM : Perjalanan ke Padang Panjang
3:00 – 3:30 PM : Makan Satay Minang
3:30 – 4:30 Pm : Perjalanan ke Pariaman
4:30 PM : Check –in Hotel Pariaman


Hari keempat 6 Febuari 2011

8:00 AM : Sarapan - Mandi bersiar-siar di pantai
9:30 AM : Balik hotel dan bersiap
10:30 AM : Majlis Walimah ustaz Firdaus Sulaiman - Nurmayamin
3:00 PM : Bertolak untuk ziarah ke Rumah Anak Yatim
3:30 PM : melawat tempat pembuatan telekong & sulaman
5:00 PM : balik ke hotel untuk berkemas untuk balik ke Malaysia
7:30 PM : Makan malam

Hari kelima 7 Febuari 2011

6:00 AM : bertolak ke Bandaraya Udara Minangkabau untuk pulang ke Malaysia

4 comments:

bisikbuzz said...
This comment has been removed by the author.
bisikbuzz said...

Salam, boleh sy bertanya nama kampung tempat pembuatan telekung & sulaman di pariaman? Bakal ke sana hujung minggu ni, b'hajat nk singgah ke pariaman..terima kasih. :)

Superstage said...

Walaikumsalam. Nama Kg yang dimaksudkan adalah Kg Palak Aneh masuk dekat pasar Kuraitaji. Sebenarnya banyak tempat yang buat telekung sulam di Pariaman. Cuma tahu atau tidak lokasinya sebab ianya adalah industri kampung dan dilaksanakan dirumah. Pariaman terkenal dengan sulam putih. Bagi org yg tak biasa tengok kain sulam, memang dah best tapi sebenarnya dikira macam sulam "biasa" sahaja.

Bagi sesiapa yang pernah tersua dengan "sulam kerancang" atau "sulam batu" pasti akan tertawan hati. Sulam Kerancang/ sulam batu nak kena cari kat Pasar Atas Bukittinggi. Petua - masuk pasar ikut belakang melalui tangga Jenjang 40. Kalau masuk pasar ikut main entrance, harga buka sanggat tinggi. Kalau nak tawar harga, terus potong separuh harga yang ditawarkan.

bisikbuzz said...

mmg mencari telekung sulam putih :) thanx for the info,harap2 pak supir tau jalan ke kg palak aneh tu..klu ade cadangan name kampung2 len boleh la bg skali..thanx again!