Isnin, Jun 22, 2009

On Biodiversity .. dan kealpaan kita


International attention has been drawn to the economic importance of microorganisms as a result of a historic case from Norway.

In 1969 a scientist working for the Switzerland based Sandoz company collected soil samples in the Hardangervidda mountains while on holiday.

The samples were found to contain a fungus, Tolypocladium inflatum within which a compound which came to be known as Cyclosporin was identified (also known as Cyclosporine). This led to the development of a new and critically important immunosuppressant drug for preventing organ transplant rejection (Sandimmun/Neoral).

Following the merger of Sandoz and Ceiba Geigy to form the Novartis Group in 1996 Sandimmun/Neoral was transferred to the new company. In 2000 Novartis generated CHF 2,052 million, CHF 1,829 in 2001, CHF 1,607 in 2002 and CHF 1,020 in 2003 from sales of Sandimmun/Neoral.

This historic pre-CBD example illustrates the potential economic importance of microorganisms and microbial materials as sources of potentially valuable compounds, genes, amino acids and proteins such as enzymes and has led some commentators to suggest that if 2% annual royalties had applied this would have generated revenue of US$24.3 million for Norway in 1997.


The above is taken from a publication on Convention on Biodiversity (CBD). Malaysia adalah salah sebuah negara yang menandatangani perjanjian antarabangsa ini. Sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber alam, penulis merasakan negara kita tidak mengambil berat sangat dengan kekayaan alam... yang hanya ditekankan selama ini adalah hasil yang boleh nampak secara fizikal... binatang liar, balak, damar, bijih logam, petroliam, gas.. tapi bagaimana pula dengan mikroorganisma... menurut pengalaman penulis, semua ini terlepas pandang.

Maka, apabila seseorang pelancong asing datang ke Malaysia, kita beria-ria membuka ruang untuk mereka melawat Taman Negara, Hutan Lipur, kawasan bukit dan gunung.. sedangkan mereka datang, selain daripada melancong, mengutip sampel daun, sampel tanah-tanih, sampel serangga mati, telur, bulu dan bermacam-macam jenis sampel lagi.

Depa pi isolate benda-benda ni & cultivate atas petri dish... buat extract...test...manalah tahu jumpa mikroorganisma yang bermanfaat kepada manusia... and then depa ni pi register paten dan dengan bijak sekali menghalang aktiviti menghasilkan bahan bermanafaat tersebut oleh orang lain kecuali themselves! Kalau nak buat juga, kita pula yang kena ambil lesen dan bayar royalti kepada mereka.

Setakat ini, tiada undang-undang di Malaysia mengenai aktiviti seperti ini (yang dikenali sebagai 'Bioprospecting'). Khabarnya masih dalam proses penderafan oleh Jabatan Peguam Negara. Oleh yang demikian, kadar royalti - berapa yang patut dibayar kepada negara & syarikat yang berusahasama untuk mendapatkan sampel berkenaan juga masih kelabu!

Jumaat, Jun 19, 2009

Kayuh lagi....dan angin-angin






17/06/2009... jam berdetak 12 tengah malam... opps It should be 18/06/2009 jeng jeng jeng.. aku pun bersiap-siap nak pi keluar mengayuh.. kali ni jalan di sec 13 Shah Alam conpirm clear mlear.. takde siapa lagi yang drive kereta laju-laju.. takde siapa yang akan menengok & memperlekehkan aku yang terkedek-kedek mengayuh didinihari yang buta dan gelap gulita ini... meahahahahha.... aku menuruni bukit .. deruan angin membakar semangat... kat hujung bukit terus membuat kayuhan laju dan ligat...dengan harapan dapatlah mengatasi prestasi kelmarin yang memang hambar & pancit... agak-agak lebih kurang lagi 3 meter je lagi nak sampai ke payung pak guard yang bertugas... aku surrender lagi... turun & tolak... soo close... yet so far.....kecewa sungguh .. berenti sekejap dalam 1 minit sebelum meneruskan perjalanan turun bukit menghala rumah kedai & lalu sebelah Dewan Org Ramai Sec 13.. terus masuk jalan besar menghala ke Stadium Melawati... .berat gile... tercungap-cungap.. tapi kali terus je... kenapalah berat camni... lalu aku memutuskan untuk menyeberang jalan besar untuk tambah angin... sebab rupa-rupanya tayar basikal memang kurang angin..... cis..

Stesen Petronas tu dah memang gelap...ya.. aku mesti tambah angin.. lepas ni baru boleh kayuh dengan lebih laju dan confiden.... okay...janji boleh masuk angin.... turun basikal, pasang stand dan terus terduduk kepenatan....rehat sat.. lepas seketika aku laraskan dial pam angin stesyen tu .. 40psi cukup kot...tapi sebaliknya yang berlaku... tak ku sangka.. tah valve tayar basikal tu tak compatible dengan pam canggih tu or memang pam tu rosak... tak tahu lah... iyelah dah berpuluh tahun tak pernah pam basikal... seingat aku dulu basikal chopper aku tu elok aje kalau pam kat stesyen minyak... memang aku hangin betul malam tu... wokeh takpe... ku teruskan juga...nak patah balik jalan tadi...memang tak sanggup sebab bukit.. hangin.. hangin...

Menuruni curam lepas seberang jalan.. terus masuk lorong sebelah Stadium Melawati... sayup-sayup aku dengar salakan anjing... cis.. hebat betul cabaran camel malam ni.. memang sah... ada sekawan anjing lepak-lepak kat area track go cart belakang stadium tu.. makin laju aku mengayuh... nasih depa tak ikut... dalam keadaan tak fit lagi ni rasanya tak sanggup untuk aku... emmm.. meminjam lirik lagu Pet Shop Boys.. "lets take a ride and run with the dogs tonight... in Surburbia"...

Aku terus mencuba memecut selagi ada momentum membelah kegelapan malam merentasi jalan belakang Giant... kali aku tak berhenti macam malam tu kat simpang... terus aje kayuh sehingga ke tepi Extreme Park... yang masih penuh dengan couple yang tak habis berdating ... sehinggalah sampai ke traffic light yang memisahkah Kawasan Polo Air Sec 13... time ni dah tak larat dah... turun basikal & tolak...sampai ke atas bukit.. baru kayuh semula... Pak Guard melambai memberikan semangat... deruan angin & all the familiar surroundings mengembirakan hati... man, I am nearly there... aku cuba lagi ambil lajak dengan harapan dapat sampai ke pagar rumah ... lalu tepi rumah minah yg dera maid tu lagi... dan hasilnya... adusss...gagal lagi di situ.... turun dari basikal... aku memujuk hati ini... takpe sabar ajelah... not expecting miracles... esok malam masih ada... at this rate, gamaknya it will take months.... before aku boleh memberanikan diri ikut depa yang mengayuh kat Putrajaya tu... (macam mission impossible aje) - alah... jalan ke Tasik Shah Alam pun tak sampai lagi... satu hari nanti..akan sampai gak ke sana..

Note: this ride was better than before. Walaupun tayar kurang angin, at least ada peningkatan... dapat rasa deruan angin, gagal masuk angin, naik angin & sampai kat rumah... lepas lipat basikal... terus buang angin.. kuang kuang kuang kuang... and yeah... one more thing... I forgot to mention that the brand (rasanya standard cap ayam kat Jepun kot?) for my bike is "Windy" ala... macam Nie Feng Storm Riders la konon..

Khamis, Jun 18, 2009

Aku kembali mengayuh!!!

Setelah membaca tah berapa banyak blog on cycling... dan memikirkan diri ini yang memang diakui tak fit langsung (note: masa kat jepun dulu. Memang dah terkelendat ditempat kejadian in one of the many electronics shops kat Akihabara .. kejang kaki and walaupun aku kat sana hanya seminggu – memang turun beberapa kg), aku pun memutuskan bahawa diri ini patut kembali ke dunia berbasikal.. hobi yang dah lama berpuluh tahun ditinggalkan sejak basikal chopper zaman sekolah rendah aku tu kena pow..lagipun aku ni dah tak fit lagi.. Insya Allah aku nak ikut trip melaksanakan haji dengan keluarga tahun depan.. so the fitness issue should be addressed melalui berbasikal...kome doakan lah ye!!

Hajat di hati ini untuk tangkap satu foldie bicycle... masalahnya, these mechanical beast bukannya murah. Paling koman pun dalam RM700 for an indonesian model Polygon (kalau beli baru, heavy metal & dan takde gears!). Polygon sebenarnya ada model lain yg canggih diperbuat dari hitensteel.. (berat gak) tapi bentuk dia dan mirip dengan model keluaran DAHON, yang banyak mengeluarkan basikal lipat. Setelah lama buat research kat Intenet (sampai aku baca blog & website Indonesia – aku dapati ramai penggemar basikal lipat (indonesian = sepeda lipat atau shorformnya “Seli”). Model yang terkenal disana adalah Poligon Urbano (kat Msia ni ada dalam RM900-00).

Tah bulan depan ni aku akan mengikuti trip offical ke Bandung, tah nak jugak menengok-nengok rega sepeda lipat kat sana.. manalah tahu kalau dapat lagi murah... tangkap beli masuk dalam beg 29 inci & bawak balik ke Msia naik cargo.

Ahad 14/06/2009, aku telah membeli sebuah basikal lipat (second hand) jepun mari kat agen le Run Johor Bahru. The bike was made from high tensile steel.. quite heavy.. yang satu ni aje ada gears (walaupun 6 je). The rest of the bikes kat kedai tu semuanya fixies. Ah Pek yang jual tu tolak for RM260-00. Kat Lelong.com.my, they were selling these bikes at RM500-00. Bolehlah buat training around kawasa stadium Shah Alam untuk kuruskan badan! But still I intend to buy that Dahon bikes yg diperbuat dari aluminium tu.

Sampai aje di Shah Alam, terus keluarkan barang & siap-siap – plan dalam perjalanan balik ke Shah Alam ingat nak take the bike for a spin.. malam tu jugak... turun bukit, memang best.. tapi bila nak naik bukit tu.. untuk menuju kawasan sekolah Sec 13... dah pancit.. memang sah, dgn 6 gear aje tak cukup untuk aku panjat bukit kat rumah aku kawasan jalan Polo Air ni... then dari sekolah bali ke rumah.. (jaraknya aku agak tak sampai pun 400 meter, kena naik 2 inclines >40 degrees) ... sudahnya on certain portion of the inclines, aku surrender & turun .. tolak! Sabar ajelah... Pak Guard yg jaga kawasan Polo Air tu kelihatan terkejut tengok aku... ada gak orang berbasikal tengah malam buta ni... ah pedulikan aje...


15//06/2009 – rutin yang sama aku lalui, nak basikal jam 11 malam... kali ni aku tabahkan hati walau peha aku sakit menempuh bukit dan berjaya lepas ke jalan besar yang bertentangan dengan Extreme Park, Shah Alam dan meneruskan kayuhan mengarah ke Stadium Melawati... selama ni aku naik kereta.. tak terasa pun naik gradien bukit ni... berpeluh jugalah untuk sampai ke Bulatan Stadium... then turun bukit all the way lalu sebelah Stadium Melawati... Alhamdulillah ada lampu jalan menerangi kawasan tersebut.. Cuma sesetengah bahagan jalan tu je yang gelap.. takut jugak kalau ada anjing ke or ada apa-apa.. sebab basikal aku ni belum dilengkapi lagi dengan lampu depan... aku cuma mengenakan pakaian cerah yag aku beli masa kat Bandung ari tu.. terus lalu kawasan belakang Giant Shah Alam .. (masa ni dah penat dah, tapi sebab takut gelap aku teruskan juga mengayuh ikut jalan belakang). Mental note : to shop for lampu merah liplap belakang supaya orang boleh nampak aku dari jauh.. aku hanya dapat mengayuh sampai ke traffic light Extreme Park... tolak basikal ke seberang jalan, naik curb and angkat basikal menaiki tangga masuk area Polo Air... sambung naik basikal .. hanya berupaya sampai depan rumah minah yang selalu anaiya maid tu... & tolak... hehehh sampai ke pintu gate.. masuk rumah.. macam mandi & tercungap-cungap..... rasa macam nak tercabut aje sendi kaki aku ni...

Jumaat, Jun 12, 2009

Terimalah kekurangan Suami seadanya

Seorang isteri mengadu begini kepada saya,
" Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal be rsamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?

Lalu saya bertanya,
Skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.

Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang.

Lalu saya perjelaskan,
Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam ? Sampai bila?

Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.

Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.

JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.
INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.

Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau
imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanismenya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurangan yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata

"NO MAN IS PERFECT".

Nasihat Nabi S.A.W. kepada Para Isteri

Selasa, Jun 09, 2009

ESQ165 Putrajaya

Assalamualaikum wrt wbt

Link ini adalah berkaitan dengan topik yang dibincangkan.

Masa saya & isteri attend recharge ESQ165 di PICC baru-baru ini dah confirm bahawa ESQ tidak pernah difatwakan haram atau sesat.

Masuk sahaja ke dalam dewan dah boleh nampak program ESQ165 di PICC ini menggunakan 6 layar! Fuh... ini dah macam kat Menara 165 di Jakarta ni! Saya pun masuk & terus duduk di belakang bersama dengan para alumni... tah macam mana ternampak seorang lelaki tua... siapa ye? bisik hati saya.. macam kenal... tapi di mana yach!... perhati punya perhati.. baru tersedar, lelaki yang duduk disebelah saya tak lain tak bukan orangnya adalah ayahanda kepada Pak Ary sendiri! ...tah berapa banyak gambar yang saya telah ambil bersama dengan ayahanda Pak Ary di lobby Menara 165 semasa di Jakarta tempoh hari. Setelah memperkenalkan diri, memang kompirm aku (dengan senang hati) jadi translator untuk ayahanda Pak Ary untuk beberapa patah perkataan bahasa Melayu yang kurang difahami oleh ayahanda Pak Ary.

Dalam ramai-ramai ummat manusia yang menghadiri program tersebut, tah macam mana terjumpa pula wakil dari Granulab (M) Sdn Bhd, En Ghazali - selam ni kami dok asyik "berperang" mengenai terma perjanjian pelesenan yang depa ni nak ubah... tak jadi berperang.. jadi lepas ni kalau terjumpa lagi kena terus salam semut.. hehehhh..


Bab kontroversi pasal syllabus ESQ tu ada yang menyampaikannya kepada kami - khabarnya Pak Ary diminta untuk memperbaiki/membetulkan beberapa modul agar org tak tersalah anggap. Perkara ini pernah dibincangkan oleh Dato Zainal Abidin Sarkom semasa saya mengikuti Program Parenting ESQ di Jakarta awal bulan Mei 2009. Isteri saya memperolehi email dari Para Alumni iaitu email Pak Ary mengenai perkara ini - Berikut adalah kandungan SMS forwarded from Pak Ary:

"Salam, Alumni ESQ Malaysia yg saya cintai.....

Modul Training ESQ itu saya buat melalui sebuah perenungan lama yg sangat dalam, di tengah malam sepi saya menulis dan menulis di atas kertas bekas. Mencari hakikat kehidupan sejati..... ketika orang lain tidur saya menulis dan menulis..... tahajud.. ..membaca Kalimah Nya yang indah yaitu Al Qur'an, dan Sirah....menulis. ...dan menangis.... .seorang diri.......berhari2 ...berminggu. ..berbulan2. ...

Cinta saya kepada Allah dan Rasulullah mengisi relung2 hati...

Kemudian saya wujudkan ke dalam sebuah buku dan training ESQ sbg curahan hati.

Training ESQ kini sudah berjalan lebih dari 3000 batch semenjak 8 tahun buku ditulis . Dan telah disampaikan kepada 750.000 alumni dari berbagai golongan di di 5 Benua.

ESQ bagi saya adalah sebuah karya seni. Lukisan Indah tentang sebuah Hati yg merindukan perjumpaan dgn Nya.......

Lukisan indah tentang.... Ihsan.... Iman... Islam...atau ...165.

Meskipun berat saya harus merubah modul....

Tapi saya percaya keindahan cahaya 165 tak akan pernah pudar...ia akan abadi.....

Salam 165.
Ary Ginanjar"

Saya sendiri berkesempatan berbual seketika dengan Pak Ari... "Gimana sih Pak Ary, semasa saya dan Isteri di Menara 165 berserta 15 org alumni dari Malaysia, lagu Snada "Demi Matahari" di putar 2 kali sehari.. walaupun programnya hanya sehari sahaja... " Pak Ary hanya tersenyum lebar dan mengucapkan "Masya Allah.. " dan menepuk-nepuk bahu saya". Iyelah, pada pendapat saya, para alumni bukan budak-budak kecil yang tak bioleh berfikir dan gerakan semasa menyanyikan lagu tersebut kami memang sedia maklum bukannya ritual dalam Agama Islam. Saja seronok menghayati dengan mendalam makna Surah A-Syams sahaja - bahawa kita ni sebenarnya kecil sahaja berbanding ciptaan Allah lainnya... tak lebih dari itu. Itupun ada yang kata sesat ke?

Ketua Majlis Tertinggi Majlis Ulama Indonesia Pak Nasaruddin hadir dan kebetulan juga Sohibos Somahah Mufti Negeri Perak juga mengikuti Program ESQ165 ketika itu dijemput memberikan pandapat mereka.

Khusus untuk anggota kerja SIRIM Berhad, saya telah diamanahkan oleh Pak Subhan, wakil dari pihak ESQ untuk menyampaikan DVD & brochure penerangan mengenai ESQ165. Kira-kira dua bulan yang lepas Pak Subhan pernah datang untuk bertemu Tn Haji Zulkifli tetapi mungkin kerana tidak ada rezeki, tiada wakil atasan pihak HRD SIRIM ada untuk diberikan penerangan secara langsung. Jemputan khas dibuat agar seorang wakil dari HRD dapat mengikuti program ESQ165 dan merasainya sendiri.



Buat kali ini, Pak Subhan memberikan sebuah pakej istimewa … kalau SIRIM hantar 5 org, dapat free 2 jika mengikuti program dalam bulan Jun ini. Oleh kerana SGM HRD kita Hj Zulkifli Abdullah sedang bercuti sempena cuti persekolahan, pada hemat saya, amatlah rugi sekiranya brochure, bahan bacaan & DVD penerangan ESQ165 tersebut hanya “idle” tidak bergerak diatas meja… oleh yang demikian kalian saya jemput untuk membaca bahan-bahan tersebut & menonton DVD yang diamanahkan kepada saya ini. Bahan-bahan ini ada bersama saya sekarang dan pada ketika ini sedang digunakan oleh Puan Habsah Abd Ghani di jabatan saya.



DVD bertajuk "Dekat dengan ayah, Dekat dengan Allah" yang saya beli untuk keluarga saya pertontonkan kepada rakan-rakan sekerja. Ini hanyalah salah satu modul kecil dalam ESQ teens. Power tak power, tanyalah sendiri siapa yang dah menontonnya!

Saya telah menghadiri Executive Training dan ESQ Parenting (di Jakarta) dan sedang mencari-cari masa yang sesuai untuk menghadiri Kursus Lanjutan Mission & Character Building (MCB). Tidak keterlaluan jika saya katakan, wang dilaburkan untuk menghadiri training ESQ nampak macam banyak… tapi kalau dah melaluinya saya rasa ianya tak mahal. Pengalaman dipilih oleh Allah untuk menghadiri program seperti ini yang MAHAL & tak ternilai harganya. Sejak sedari sekolah menengah Agama, UIA dan menempuhi alam pekerjaan, saya telah mengikuti training2 seperti ini… ada training yang mana saya dikapankan pun telah diikuti… tetapi tak dapat menandingi pengalaman bersama ESQ. Saya tidak mendapat sesen pun dari ESQ untuk mempromosikan aktiviti mereka. Yang kami harapkan hanyalah keredhaan Ilahi.

Insya Allah saya akan mencari masa untuk update blog saya ini untuk menceritakan pengalaman menghadiri ESQ Parenting, Insya Allah.

Wassalam.

Jumaat, Mei 22, 2009

Request by Friends - Tips for travelling in Indonesia

Before departing

1. The power socket in Indonesia is a two pin type. For camera & handphone charging for those charges that uses 3 pin type, you have to buy a universal travel adapter/converter. A good unit could be bought from Tesco for less than RM20-00.

2. Convert Ringgit into Rupiah at money changers at your local town. Forget about converting your money at the airports or in Jakarta. They would charge you steep comissions.

Tips in Jakarta

Airport – there are bus coaches that can take you direct from the Bandara to Bandung (Bandara means Bandaraya Udara – airport la – apa lagi!). Not sure of the fare per person. Only available during day time.

Beware : at the airport/harbour/busstop/trains take good care of your belongings. The situation is just the same all over Indonesia. There would be porters running around to make a grab at your belongings, “kononnya ngak apa-apa, sekadar menolongin saja..” (even though the distance travelled tak sampai 3 meter from the Bandara’s exit to the taxi/van), they will charge you for it. They woule prefer to be paid in Ringgit or other foreign currency. The use of the airport trolleys are free, get one for your personal use at its designated place, but if you take one from a porter, they would charge you for duit kopi.

The cheapest and safest mode of travel from the Bandara to Jakarta (several locations) would be via airconditioned specialised DAMRI airport busses. It will cost Rupiah 20k one way to the various terminal. Please determine the destination before boarding i.e. Block B, Rawamangun etc.

Kalau naik teksi to reach Jakarta– in addition to the taxi fare in the region of Dua Ratus
Ribuan rupiah.. you will also have to pay tol charges!

Try to avoid travelling to Bandung on saturdarys or weekend. It is just a waste of time stuck in massive traffic jams.

If you are staying in near Sarinah area (near Tanah Abang the most happening place for Malaysian) – there is a travelvan company by the name of BARAYA – they call it “Travel” which would cost you Rupiah 35k per person. It departs every hour till 10pm. Believe it or not, Baraya operates in Sarinah Mall’s McDonalds. They have no ticket counters at all – just open table dalam McD tu. It is some sort of a win-win situation for McD as Baraya passengers would patronise McD.

If you prefer a luxury travelvan, then consider taking Cititel. Cost per person would be Rupiah 65k and the terminal in Bandung would be located in Jalan Dipatiukur – right in the heart of Bandung.

Security is tight near any American establishment in Jakarta – would you believe that to enter McD you need to go through a metal detector! Shake hands & make small talk with the policeman that guards the metal detector. He will allow you to take photos of you and you family @ the metal detector.

In Indonesia, before boarding a taxi ask the driver : Argo? If the ansyer is “iya” the taxi uses the travel meters. Look around for the sign “Tarif Bawah” to enjoy cheaper rate. Try as far as possible to blend in or else they’ll play around with the pricing of goods (if in Tanah Abang in Jakarta or in Pasar Baru in Bandung). Dishonest taxi drivers also tends to take a longer route! If you have a GPS and the latest GPS maps, switch it on!

Having a pocket pc helps. One can download the latest Bandung Map (with its attractions). Another alternative – just upload the map unto your handphone camera or digital camera (assuming that your camera has the zoom future to look at the map clearly). Fumbling around with a physical maps would invite enterprising Indonesian travel guides (tah betul tah tidak) to provide “assistance”.

Attractions in Bandung - Shopping

The many factory outles (FOs) in jalan Riau/Dago.Amongs the best would be the Secret Outlet, Stamp, Cascade, For Men, M&M, Banana something... and many more. Paling best, yet mahal sikit, would be Rumah Mode, located in Jalan Setiabudhi. (note : the list is endless...you have to have a good eye to spot/distinguish fake products).

For Pasar Baru Bandung – it is the same as Tanah Abang. They have high quality kain cotton here for sale. Please take note of our own Malaysian cotton prices – mahal giler.

Do not change RM into Rupiah in Jakarta. The rates in Bandung is much higher. If you have USD, make sure the bank notes are still in very good condition. Terlipat sikit, they would simply kurangkan rate tukaran – aku dak kena ari tu!

Good Ole-ole from Bandung would be Kopi Bandrek (kopi halia/sarbat) but they also have other flavours to suit your taste. There are many brands, but the best that I had would be Kopi Bandrek Hanjuang (Hanjuang is a name of a place in Kota Cemahi, Bandung – I had the pleasure of being invited to visit the factory recenty. Hanjuang also produces micro hydro generators. I had shown a video footage of a portable micro hydro generators to some high ranking officer in my organisation – depa sume terkejut sebab tak sangka, they are more advanced than us!).

For ladies other than kain baju, langsir & tah apa tah dpea suka boring would prefer to buy pastries from Kartikasari. (note : they would not last long, lambat makan, berkulat!)

Another alternative for cheap ole-ole would be the various T-shirts cap Bandung. Look for it at Pasar Baru. Beli banyak >3 & always insist on discounts. (estimate 20 ribu/5 ribu per piece)

Arts & History

Visit Saung Anglung Udjo... (translation – “Rumag Angklung Udjo”) - have to check the times of the show. If you got extra time or have a tour guide, just ask them to lalu a place known as “Bandung lautan api” – no need for you to get down from your transport.. sambil lalu aje – a little bit of history lesson pun bagis juga for general knowledge. At downtown Bandung, there is a road by the name of Jalan Asia-Afrika – if the guide is knowledgeable, he would know why is named that way.

Nature

Tangkuban Prahu – to see volcano creater or kome pi rendam kaki air panas kat Ciater. (apalah sangat menengok benda2 ni..nothing much there in Tangkuban Prahu... tunjuk dalam National Geographic pun ada, kalau nak mandi air panas kat Kedah, Ulu Langat, Kerling & Rembau pun ada)

Food

Do try Sundanese dishes or Masakan Padang Sederhana (Sederhana is a brandname for masakan minang – sort of a franschise. A good Sundanese restaurant, Riung Sari would be located just in front of The Secret Factory Outlet. Rumah Solsis (near the parking lot of The Secret Factory Outlet) is a halal food outlet. All of its sausages are made in Indonesia (Jakarta) but they do not sell it elsewhere other than Bandung. Try yg paling pedas & paling power. Take it with “Frestea” (flavoured tea) a Coca-Cola licensed product. There are many flavours to choose from (ala... mana lak aku nak pi cari Frestea ni kat Malaysia). Minum “Teh Botol” tak main la. (Information on Rumah Solsis obtained from a relative that works there as finance manager).

And yet, there is another place recomended by by brother – Rumah Makan Raja-Raja Melayu. I have never been to that place, so I can’t comment.

Guide

It would be a great assistance to have a guide that speaks and understand the Malay language? It would only cost you a small upah of Rupiah100k for her time to bring you around Bandung town. Kalau convert duit Malaysia berapalah sangat. All tambang angkot & taxi guide & makan dia, kome la kena bayarkan, murah je.

Please drop me a line. You would not regret it!

Khamis, Mei 14, 2009

Perjalanan sejarah manusia diwarnai munculnya raja-raja besar atau kaisar yang mengubah wajah dunia. Mereka datang, berperang, dan melakukan penaklukan sehingga terbentuklah sebuah empayar. Akan tetapi, kejayaan yang dibangunnya lambat laun runtuh, sepak terajangnya pun berakhir dengan kematian.

Ketika hidup, Genghiz Khan mampu mengalahkan Parsi, kekhalifahan Islam, dan juga Eropah. Pada usia 53 tahun dia terjatuh dari kudanya dan akhirnya meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia, dia berkata, "Aku tidak bahagia karena aku tidak berupaya mengalahkan seluruh dunia." Kemuliaannya lenyap begitu saja.

Alexander The Great diakui sebagai salah seorang pemimpin yaang paling pandai sepanjang zaman. Dia mampu menaklukkan tiga benua. Akan tetapi, kegemilangannya sirna begitu saja ketika malaria menyerangnya. Sebelum meninggal, dia berkata, "Kalau aku mati, buatkan peti mati dan beri lubang di kiri kanannya. Lalu, julurkan tanganku lewat lubangnya agar semua orang melihat tanganku bahwa waktu aku mati, aku tidak membawa apa-apa."

Allah memberikan kekuasaan kepada siapa pun yang dikehendaki-Nya. Dia berkuasa mencabut kembali kekuasaan yang telah diberikan-Nya itu.

"Katakanlah, 'Wahai, Tuhan Yang Mempunyai Kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.'" (Ali Imran, 3:26)

Dialah Maharaja, Zat pemilik semua kerajaan di dunia dan akhirat. Dialah Malikul Mulk.

Di dunia ini, Dia berikan kesempatan kepada manusia untuk menjadi pemilik atau raja, yang tentunya kepemilikan tersebut tidak mutlak. Sewaktu-waktu kepemilikan itu akan diambil kembali. Sebagai pihak yang diamanahi, manusia jangan merasa memiliki secara mutlak. la harus rela ketika amanah itu diambil pemiliknya. Di akhirat, Allah menampakkan dirinya sebagai pemilik tunggal kerajaan akhirat. Pada saat itu, semua yang dimiliki manusia musnah. Mereka dibangkitkan dan dikumpulkan dalam keadaan tidak memiliki apa-apa. Ketika itu semua bertekuk lutut di hadapan-Nya walau ketika di dunia ia seorang raja.

"Pada hari ketika roh dan para malaikat berdiri bersaf-saf. Mereka tidak berkata-kata kecuali yang telah diberi izin kepadanya oleh Tuhan YangMaha Pemurah dan la mengucapkan kata yang benar." (QS An Naba, 78: 38)

Oleh yang demikian :

Semua yang kita miliki adalah amanah. Maka tunaikan amanah sesuaai dengan keinginan Zat Pemberi Amanah. Apabila memperolehi amanah, tidak selayaknya kita sombong dan merasa amanah itu hak milik mutlak. Kita harus rela apabila amanah itu diambil pemiliknya.

The ever changing goals

On this day my boss instructed me as follows:

"The goal post kept on changing... not that we are complaining, but now....even after making educated guesses, we can't even see where is the goal post!!!"...

So what gives?..

Rabu, Mei 13, 2009

Menulis dan terus menulis..

Dengan menulis aku ada
Dengan menulis aku hidup
Dengan menulis aku membaca
Dengan menulis aku dibaca
Dengan menulis aku mengetahui
Dengan menulis aku diketahui
Dengan menulis aku mengerti
Dengan menulis aku dimengerti
Dengan menulis aku menghargai
Dengan menulis aku dihargai
Dengan menulis aku berubah
Dengan menulis aku mengubah
Dengan menulis aku beribadah
Dengan menulis aku berdakwah
Dengan menulis aku bersaudara
Dengan menulis aku mengabdi
Dengan menulis aku menjadi diri sendiri


Zaenal Arifin Thoha, budayawan Yogyakarta.
Meninggal 2007.

Jumaat, April 10, 2009

Tahniah kepada YB Nga Kor Ming

Tahniah kepada YB Nga Kor Ming yang (dengan susah payah) berusaha untuk memahami Al Quran!

Semasa di menuntut di universiti dulu, saya pernah berkesempatan mengikuti kursus perbandingan Agama dan mempelajari agama Hindu, Buddha, Sikh, kristian, Yahudi, Taoism dll. Saya rasa tak ada masalah dengannya dan permah membawa balik ke rumah beberapa buah buku termasuk bermacam-macam versi Bible. Pengetahuan yang diperolehi membuka mata dan memudahkan pemahaman mengenai asal usul agama-agama tersebut, cara mereka beribadat dan memudahkan interaksi antara kaum masyarakat lain yang berlainan agama dengan Islam.

Dalam apa hal sekalipun, KEBENARAN akan terpancar jua selagi mana kita dapat menggunakan akal fikiran yang dikurniakan dari PENCIPTA SELURUH ALAM. Kalau ada salah tanggapan sekalipun, ianya boleh diperbetulkan melalui perbincangan, dari perbincangan barulah datang kefahaman. Masalah salah faham inilah yang perlu ditangani dengan bijaksana. Malang sekali kerana seringkali terjadi ada pihak pihak suka memecahbelahkan dan menakut-nakutkan umat manusia untuk mendekati KEBENARAN seolah-oleh mereka ini sahaja yang berhak ke atas Ilmu Allah. Hanya mereka ini sahajakah yang dirahmati Allah? Kaum lain tak dapat peluang & tak layak menerima rahmat inikah? Inilah menyebabkan orang lain memandang serong kepada Islam - maklumat yang tidak tepat yang diberikan.

Kenapa? Takut / malu kelak akan lahir masyarakat bukan Islam yang berpengetahuan mengenai Islam seperti YB Nga Kor Ming dapat menghidu bahawa mereka ini yang mengaku Islam tidak mengamalkan Islam yang sebenarnya?

Kalau tau erti malu, pulanglah ke pangkal jalan, bertaubat dan bertakwalah kepada Allah.

Ahad, April 05, 2009

Padang Masirat, Langkawi

This is one of the photos where Sakinah would like to fool around and make funny faces! Location : Padang Masirat, Langkawi - December 2008. Man.. this is only a test... still trying to figure out whether the Picasa : Blog This! feature is as good as the tools that I am used to. Not bad..

Try out the link for a 360 degree view of Dataran Lang and Catching crabs at Pantai Pasir Tengkorak (both hosted on YouTube).


Posted by Picasa

Rabu, Januari 07, 2009

Langkawi Trip December 2008

Awal subuh Ahad 28hb Dec 2008 kami telah bersiap untuk bertolak ke Langkawi… Jam menunjukkan pukul 7 pagi apabila melalui lebuhraya Shah Alam Rawang. Kami hanya berhenti di tempat rehat Tapah untuk berehat seketika dan meneguk secangkir kopi… malam tadi aku tidor lewat, gara-gara menonton House episode terakhir season kedua. Kami meneruskan perjalanan hingga ke exit Kuala Kangsar… kalau tak exit singgah di KK ni memang tak sah.. banyak kenangan di sini masa aku kecik dulu. Lagipun itulah pusatnya kalau nak merasa ikan tembelian (setengah orang memanggilnya dengan nama “temoleh”). Payah nak cari ikan ni lagi sebab dah pupus akibat pencemaran sungai dan aktiviti mereka yang tak bertanggungjawab menuba ikan. Other than makan… pekan KK juga adalah port aku memancing dulu… kalau nak cari bantal kekabu, jala, pukat, parang, keris & all those handcraft pun aku biasa cari kat sini gak…tak ketinggalan juga biasanya kalau singgah ke KK kalau dah sampai waktu, mesti pi cari barber kat sini sebab harganya murah.

Kat KK kami pekena Laksa.. istimewanya laksa KK sebab semuanya hand made. Walaupun takleh nak lawan Laksa Kedah
(there is one place, Pak Su tunjukkan kat Alor Star – memang power laksa akak tu).

Dari KK kami terus masuk balik lebuhraya PLUS terus ke Alor Setar. Sampai sahaja di Alor Setar kami terus singah di Masjid dekat dengan my sister’s Kolej Al-Insaniyyah … tapi dia pi kelaslah pulak. Lepas solat kami teruskan perjalanan ke Kuala Perlis untuk menaiki feri ke Langkawi. Dalam pukul 3.30 pth kami selamat sampai & aku terkial-kial cari parking kereta Alhamdulillah dapat yang berbumbung… dua hari parking depa tibia aku RM30-00. Aku prefer lagi lama didaratan.. sebab kalau naik feri dari Kuala Kedah, lamaaaaa sikit baru nak sampai. Kos tambang feri dari Kuala Perlis for all of us berjumlah RM85-00 dan kami berlepas jam 4 ptg.



Sampai di Jeti Kuah, dok cari kereta sewa, saja aku lewat-lewat sikit cari… (selepas majority penumpang feri yang lain dah ambik kereta depa & dah agak lengang) itu taktik dia… ada sorang pakcik tu nak offer kereta Nissan Sentra baru for RM120-00 per day, aku kata luar budget… aku counter offer RM100 je or kalau ada aku nak MPV – manalah tahu kena tidur dalam MPV sebab tak book hotel (negotiation mode : kes mintak benda yang tak ada or tak dapat disediakan), dia kata tak dapat let go pada harga RM100 – tanya kita nak berapa… and my wife kata kalau boleh RM80-00, so kalau tak dapat, takpe.. no problem, aku boleh cari other means of transport.. last-last dia kasi gak RM100 per day. (masa balik org kasi tahu, selalunya kalau Proton Wira baru pun RM120-00 sehari)… apasal depa charge mahal tah… tak patut betul… how come masa aku kat US ari tu boleh sewa Ford Mustang 4.0 baru – supercar lak tu for just USD9.00 per day!

Then come the hassle of finding an accommodation – semua hotel kat Pantai Cenang dah fully book, likewise in Pekan Kuah… yang tinggal Grand Continental for a room that will cost RM350 per night… aku dah nak accept aje… tapi tak macam mana terjumpa lak satu hotel yang tinggal 1 family room – cost RM120-00 per night – sambar aje, else aku agak malam tu kita org kena tidur dalam kereta.

Aktiviti yang kami buat selain dari pi shopping kat Idaman Suri (wajib first stop kat sini sebab barang dia jauh lebih murah dari tempat lain) – pi mandi laut di Pantai Pasir Tengkorak.



Istimewanya tempat ni, secluded & keindahannya tidak tercemar. Ada 4 chalet kat situ. Facility semuanya lengkap. Tak ramai orang kat situ,
unlike Pantai Cenang – fuh – yg very crowded. Airnya jernih dah boleh nampak ke dasar. Kecik aje lebar pantainya dalam less then 100 metres aje. Antara aktiviti di sini kalau awal pagi (dalam 7-8am) boleh menengok nelayan memukat ikan. Bagi yang pandai, boleh menangkap ketam… besar dalam ukuran tapak tangan. Dari Kuah ke Pantai Pasir Tengkorak jauhnya 33.9KM mengikut GPS. Tak jauh sebenarnya… sebab kat Langkawi diawal pagi… takde org pun keluar & jalan bebas dari traffic jam. Dalam 15 minit sampailah. Hanya ada satu problem – kalau datang awal pagi, tak boleh semua org turun mandi di pantai – somebody mesti ditugaskan mengawal harta benda kita (terutamanya food) – sebab ada gang gangster kera (selalunya kalpa depa ni yang tak takut – malah nak gigit kita lak).