Thursday, June 18, 2009

Aku kembali mengayuh!!!

Setelah membaca tah berapa banyak blog on cycling... dan memikirkan diri ini yang memang diakui tak fit langsung (note: masa kat jepun dulu. Memang dah terkelendat ditempat kejadian in one of the many electronics shops kat Akihabara .. kejang kaki and walaupun aku kat sana hanya seminggu – memang turun beberapa kg), aku pun memutuskan bahawa diri ini patut kembali ke dunia berbasikal.. hobi yang dah lama berpuluh tahun ditinggalkan sejak basikal chopper zaman sekolah rendah aku tu kena pow..lagipun aku ni dah tak fit lagi.. Insya Allah aku nak ikut trip melaksanakan haji dengan keluarga tahun depan.. so the fitness issue should be addressed melalui berbasikal...kome doakan lah ye!!

Hajat di hati ini untuk tangkap satu foldie bicycle... masalahnya, these mechanical beast bukannya murah. Paling koman pun dalam RM700 for an indonesian model Polygon (kalau beli baru, heavy metal & dan takde gears!). Polygon sebenarnya ada model lain yg canggih diperbuat dari hitensteel.. (berat gak) tapi bentuk dia dan mirip dengan model keluaran DAHON, yang banyak mengeluarkan basikal lipat. Setelah lama buat research kat Intenet (sampai aku baca blog & website Indonesia – aku dapati ramai penggemar basikal lipat (indonesian = sepeda lipat atau shorformnya “Seli”). Model yang terkenal disana adalah Poligon Urbano (kat Msia ni ada dalam RM900-00).

Tah bulan depan ni aku akan mengikuti trip offical ke Bandung, tah nak jugak menengok-nengok rega sepeda lipat kat sana.. manalah tahu kalau dapat lagi murah... tangkap beli masuk dalam beg 29 inci & bawak balik ke Msia naik cargo.

Ahad 14/06/2009, aku telah membeli sebuah basikal lipat (second hand) jepun mari kat agen le Run Johor Bahru. The bike was made from high tensile steel.. quite heavy.. yang satu ni aje ada gears (walaupun 6 je). The rest of the bikes kat kedai tu semuanya fixies. Ah Pek yang jual tu tolak for RM260-00. Kat Lelong.com.my, they were selling these bikes at RM500-00. Bolehlah buat training around kawasa stadium Shah Alam untuk kuruskan badan! But still I intend to buy that Dahon bikes yg diperbuat dari aluminium tu.

Sampai aje di Shah Alam, terus keluarkan barang & siap-siap – plan dalam perjalanan balik ke Shah Alam ingat nak take the bike for a spin.. malam tu jugak... turun bukit, memang best.. tapi bila nak naik bukit tu.. untuk menuju kawasan sekolah Sec 13... dah pancit.. memang sah, dgn 6 gear aje tak cukup untuk aku panjat bukit kat rumah aku kawasan jalan Polo Air ni... then dari sekolah bali ke rumah.. (jaraknya aku agak tak sampai pun 400 meter, kena naik 2 inclines >40 degrees) ... sudahnya on certain portion of the inclines, aku surrender & turun .. tolak! Sabar ajelah... Pak Guard yg jaga kawasan Polo Air tu kelihatan terkejut tengok aku... ada gak orang berbasikal tengah malam buta ni... ah pedulikan aje...


15//06/2009 – rutin yang sama aku lalui, nak basikal jam 11 malam... kali ni aku tabahkan hati walau peha aku sakit menempuh bukit dan berjaya lepas ke jalan besar yang bertentangan dengan Extreme Park, Shah Alam dan meneruskan kayuhan mengarah ke Stadium Melawati... selama ni aku naik kereta.. tak terasa pun naik gradien bukit ni... berpeluh jugalah untuk sampai ke Bulatan Stadium... then turun bukit all the way lalu sebelah Stadium Melawati... Alhamdulillah ada lampu jalan menerangi kawasan tersebut.. Cuma sesetengah bahagan jalan tu je yang gelap.. takut jugak kalau ada anjing ke or ada apa-apa.. sebab basikal aku ni belum dilengkapi lagi dengan lampu depan... aku cuma mengenakan pakaian cerah yag aku beli masa kat Bandung ari tu.. terus lalu kawasan belakang Giant Shah Alam .. (masa ni dah penat dah, tapi sebab takut gelap aku teruskan juga mengayuh ikut jalan belakang). Mental note : to shop for lampu merah liplap belakang supaya orang boleh nampak aku dari jauh.. aku hanya dapat mengayuh sampai ke traffic light Extreme Park... tolak basikal ke seberang jalan, naik curb and angkat basikal menaiki tangga masuk area Polo Air... sambung naik basikal .. hanya berupaya sampai depan rumah minah yang selalu anaiya maid tu... & tolak... hehehh sampai ke pintu gate.. masuk rumah.. macam mandi & tercungap-cungap..... rasa macam nak tercabut aje sendi kaki aku ni...

3 comments:

amir said...

Salam,

Wah...kuat semangat & discipline berkayuh @ 11.00p.m...
Ada plan gak nak start cycling activity again in the near future..hopefully after full recovering from the gallbladder operation..Basikal (2 mountain bikes belong to me & Zeq) yang ada kat rumah ni pun dah berabuk...>2 years tak di kayuh..
Hopefully you will continue with the cycling activity & InsyaAllah I'll join you soon...

Superstage said...

salam... kalau nak berkayuh sama nampaknya kena beli full sized bike. Rack utk kereta tu ada juat kat Sungai Way dalam RM195 rasanya..utk 2 - 3 basikal boleh angkut.

Ada sebab sebenarnya nak beli folder.. teringin nak pusing Malaysia naik bas/keretapi tapi jalan2 explore around town/kampung dgn folder.. Nanti citer kat sini apa perancangan sebenarnya..

Anonymous said...

wooohooo..
kembali mengayuh..!! BRAVO!!

Baru semalam pi jog situ..bestt gakk.. Apa da tasik depan tuh pon susah nak pi..