Friday, August 08, 2025

Pedagang Saham Kontrarian (lawan arus)

Definasi : seseorang yang sengaja membuat keputusan bertentangan dengan sentimen pasaran semasa, beli ketika kebanyakan pelabur menjual, dan jual ketika kebanyakan pelabur membeli.

Prinsip ini berasaskan kepercayaan bahawa majoriti sering membuat keputusan yang salah pada waktu pasaran berada di tahap ekstrem, bila semua orang terlalu optimis, harga saham mungkin sudah terlalu mahal; apabila semua orang terlalu pesimis, saham mungkin dah terlalu murah


Prinsip Utama Kontrarian

  1. "Takut ketika orang lain tamak, tamak ketika orang lain takut"
    (Warren Buffett)

  2. Beli ketika pesimisme, jual ketika optimisme

    • Pedagang kontrarian mencari tanda-tanda panic selling (harga rendah, berita negatif merata) untuk membeli.

    • Mereka ambil keuntungan ketika berlaku euforia (harga tinggi, berita positif berlebihan).

  3. Cari tindak balas lebihan pasaran

    • Laporan keuntungan yang lemah mungkin menyebabkan harga jatuh jauh daripada yang sepatutnya.

    • Kontrarian melihat ini sebagai peluang membeli jika asas syarikat power!

  4. Kesabaran adalah kunci

    • Pasaran boleh kekal tidak rasional lebih lama daripada jangkaan, pedagang kontrarian sering menunggu berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk pandangan mereka membuahkan hasil.


Contoh

Harga saham Maybank jatuh bedebuk selepas kena serang oengangak matawang George Soros, tetapi perniagaan bank masih mempunyai produk yang baik dan pengurusan yang cekap. Cuma banyak NPL masa tu.

  • Majoriti: “Maybank & bank lain rugi teruk - jual!”

  • Kontrarian: “Gempak je lebih — ini time nak beli dengan harga diskaun dan tunggu pemulihan.”


Risiko

  • Masuk awal sangat: Harga boleh terus jatuh sebelum naik semula.

  • Majoriti mungkin betul: Kadang-kadang sentimen negatif mencerminkan masalah sebenar yang akan bertambah teruk.

  • Modal terikat: Duit boleh tersekat dalam pegangan rugi untuk tempoh lama.


Ganjaran

  • Beli cheap sale: Masuk ketika ramai menjual bermakna anda dapat harga lebih berpatutan.

  • Potensi keuntungan besar: Jika pasaran menilai semula saham secara positif, keuntungan boleh jadi besar.

  • Kelebihan psikologi: Kurang terdedah kepada gelembung (bubble) dan kejatuhan harga yang berpunca daripada ikut-ikutan orang ramai.

No comments: