Tuesday, July 22, 2025

Perbandingan pulangan Akaun bank, TH, ASB & MicroLeap

Perbandingan pulangan bulanan sekiranya Ahmad, yang berpendapatan harian RM1000/hari menyimpan RM31,000 (anggaran pendapatan kasar untuk sebulan) dalam empat pilihan pelaburan yang berbeza:


Asas Perbandingan

Jenis Pelaburan Kadar Pulangan Tahunan Formula Pulangan Bulanan
Akaun Bank Anda 0.786% setahun (0.0655% sebulan) RM31,000 × 0.000655
Tabung Haji 3.1% setahun (kadar 2023) RM31,000 × (3.1% ÷ 12)
ASB 5.25% setahun (kadar purata 2023 termasuk bonus) RM31,000 × (5.25% ÷ 12)
Microleap 8% setahun (anggaran dari pembiayaan P2P) RM31,000 × (8% ÷ 12)

 

Perbandingan Pulangan Bulanan (Anggaran)

Pilihan Pelaburan Kadar Tahunan Pulangan Bulanan Anggaran
Akaun Bank Anda 0.786% RM20.31
Tabung Haji 3.10% RM80.08
ASB 5.25% RM135.63
Microleap 8.00% RM206.67

Perbandingan Risiko & Ganjaran

Pilihan Risiko Akses Wang Patuh Syariah Nota
Akaun Bank Anda Sangat Selamat ✅Tinggi ✅  Pulangan sangat rendah
Tabung Haji Sangat Selamat ✅ Tinggi Sesuai utk simpanan Haji
ASB Sederhana Selamat ✅ Tinggi Tidak sepenuhnya patuh Syariah Pulangan tinggi
Microleap Berisiko ⚠️ Terhad ✅ (versi Syariah) Bergantung prestasi bayaran semula oleh SME

Komen penulis: 

(1) Ya, ada risikonya. 2 minggu yang lalu, ada sebuah nota pelaburan MicroLeap dibayar lewat beberapa hari sehingga keluar status "Late". Suspens juga... tapi akhirnya clear. Maaf, nama syarikat peminjam dirahsiakan. Mungkin syarikat itu ada sedikit masalah cash-flow yang akhirnya dapat diselesaikan.

(2) Ada notis daripada admin MicroLeap, mulai 01 September 2025 ini mungkin perkhidmatan ini akan dikenakan cukai yang belum ditentukan peratusannya. My take: investors meletakkan wang pelaburan di tempat berisiko, cukai yang dikenakan walaupun sedikit mungkin akan menyebabkan pelabur beralih kepada pelaburan lain.

No comments: