Wednesday, February 26, 2025

Kome Tanya, Ambe Jawab : Isu Pengambilan Tanah oleh Kerajaan

S: Selamat sejahtera. Saya ada pertanyaan pasal isu pembelian tanah kami oleh pihak kerajaan. Offer letter dah keluar tapi menurut info yang kami dapat, duit hanya akan disalurkan ke jabatan apabila kami bersetuju tandatangan offer letter tersebut. Masalahnya, dalam offer letter tersebut ada perkara yang kami tak setuju dan nak pihak kerajaan review kembali tetapi pegawai yang berurusan dengan kami kata,better sign dan terima offer barulah fight untuk review kembali. Sebab sekarang kalau kami tak sign offer tersebut,duit tidak akan disalurkan untuk hal pembelian tanah dan hal ini akan melambatkan lagi proses jual beli. Kami nak minta pendapat adakah memang begini prosedur apabila berurusan dengan pihak kerajaan yang nak beli tanah kita?

Ambe Jawab: 

Kita ada Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486). Proses pengambilan tanah oleh pihak kerajaan perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Kes terbaru Semantan Estate Sdn Bhd lawan Kerajaan Malaysia (kerajaan masih dalam proses merayu) adalah contoh kes kesukaran yang dihadapi kerajaan kerana tersalah langkah dalam proses pengambilan tanah.

1. Notis dan Tawaran Pampasan
Apabila tanah diambil alih oleh kerajaan, Pejabat Tanah akan mengeluarkan Notis Tawaran Pampasan yang menyatakan jumlah pampasan yang ditawarkan. Jika pemilik tanah bersetuju dengan jumlah pampasan yang ditawarkan, mereka boleh menandatangani borang tersebut, dan pembayaran akan diproses.

2. Hak untuk Membantah Pampasan
Jika anda tidak bersetuju dengan jumlah pampasan atau mana-mana syarat dalam tawaran tersebut, anda berhak untuk membuat bantahan (seingat saya) dalam masa 6 mingguselepas menerima tawaran (ada borang penerimaan perlu diisi).

Jika terdapat pertikaian mengenai jumlah pampasan atau syarat lain, kes tersebut akan dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk keputusan lanjut. Anda perlu isi Borang N Akta - sila rujuk Pejabat Tanah dan berikan sebab bantahan anda untuk pertimbangan Mahkamah:

APPLICATION THAT AN OBJECTION BE REFERRED TO COURT
To:

The District Land Administrator...................................................................

ACQUIS`ITION PROCCEDINGS NO........................................

I......................................of.......................................hereby make an objection to
the award of the Land Administrator.....................dated..............................in respect
of land Lot................................. Title.........................
 
2. My interest in the said land is as follows:.....................................................
......................................................................................................................................

*3. My objection is to:
(a) the measurement of the land;
(b) the amount of the compensation;
(c) the persons to whom it is payable;
(d) the apportionment of the compensation.
 
**4. The grounds of my objection are as follows:
......................................................................................................................................
......................................................................................................................................
......................................................................................................................................
......................................................................................................................................
 
5. In accordance with subsection 38(1) of the Land Acquisition Act 1960, I hereby
require you to refer the matter to the Court for its determination.
 
Dated this............. day of ................................, 20..........

...........................................
Signature of the applicant

3. Proses Pembayaran Pampasan
Pegawai yang menguruskan kes anda mengatakan bahawa anda perlu menandatangani tawaran dahulu sebelum boleh membuat bantahan. Namun, ini bukanlah satu-satunya cara. Sekiranya anda tidak bersetuju dan telah membuat bantahan secara rasmi, kerajaan tetap perlu menyediakan dana pampasan, tetapi jumlah akhir hanya akan diputuskan oleh mahkamah.

4. Implikasi Tidak Menandatangani Tawaran
Jika anda tidak menandatangani tawaran tersebut dan tidak membuat bantahan rasmi dalam tempoh yang diberikan, kerajaan boleh meneruskan pengambilan tanah berdasarkan jumlah pampasan yang ditentukan oleh pihak berkuasa. Namun, jika anda telah membantah melalui saluran yang betul, hak anda masih dilindungi dan mahkamah akan menentukan pampasan yang wajar. Baca - wajar tak semestinya dapat lebih banyak daripada tawaran awal. Dapat kurang pun boleh jadi juga bergantung kepada penilaian.

Maaf, saya dah terlalu lama berhenti menjadi pengamal undang-undang, sila mendapatkan nasihat daripada seorang peguam hartanah / pakar Akta ini untuk memastikan anda tidak mengalami kerugian. Bantahan secara diam tak bersetuju tanpa tindakan mengisi borang bantahan di atas tak di ambil kira.

Harap panduan ini dapat membantu anda.
Zaws 26 Feb 2025

Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan - Pengambilan Tanah
JKPTG.GOV.MY
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan - Pengambilan Tanah

Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan - Pengambilan Tanah


No comments: