Terima kasih, abang - kakak, adik-adik, sahabat sekalian atas ucapan dan doa kalian. Penulis kongsikan lagu ini, Sayap Illusi, liriknya amat menyentuh hati, bagi yg sedar & menginsafi diri...tak lupa juga doa untuk kita semua,
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام علي اشرف الابياء والمرسلين وعلي اله وصحبه اجمعين. اللهم ألف بين قلوبنا و اجمعنا على كلمة سواء يارب العالمين
Ya Allah..demi kebesaran dan kemuliaan Mu dan dengan asma’ a’zam Mu, sekiranya hari ini ada di antara kami, yang sedang sakit, maka dengan rendah hari, Engkau sembuhkan segala penyakit hamba-hamba Mu ini ya Allah..
Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami, yang kesulitan serta kesempitan rezeki, maka kami memohon Engkau buka & permudahkanlah rezekinya ya Allah..
Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang duka lara dan bersedih, maka Engkau hiburkan, tenangkan serta lapangkan hatinya Ya Allah...
Ya Allah jika ada dikalangan yg belum dikurniakan zuriat maka mohon Engkau kurniakanlah Ya Allah.
Ya Allah jika hari ini ada di antara kami sedang bergaduh dengan isterinya atau suaminya maka, mohon Engkau segera damaikan dan kurniakan jalan sakinah serta mawaddah antara mereka Ya Allah.
Ya Allah jika ada dikalangan kami yg belum berkahwin atau bertemu jodoh, atau berpisah dengan pasangannya, sama situasi seperti hamba Mu yang hina ini, maka mohon agar Engkau pertemukanlah jodoh baginya, Ya Allah.
Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami sombong, iri hati, dengki dan dusta maka, bersihkan dan sucikanlah Ya Allah.
Ya Allah.....
Pengampunan Mu jauh mengatasi kemurkaan Mu, sedangkan Engkau Rabb yang Maha penyiksa dan juga Maha pengampun, maka sudilah demi kemulianMu, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa pasangan hidup kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami, dosa rakan rakan kami, dosa jiran jiran kami dan dosa kaum Muslimin dan Muslimat sama ada yg masih hidup maupun yang telah pulang ke Rahmatullah Mu. Semoga hidup serta mati kami sentiasa berada dalam kecukupan Rahmat Mu.
Sesungguhnya Engkaulah Rabb Yang Maha Pengampun Maha Mengasihani, Rabb penerima taubat. Engkau menjamin rezeki setiap makhluk namun tidak menjamin kecukupan ibadah kami kepada Mu. Kami memohon cukupkanlah timbangan amal ibadah kami agar layak ke Syurga Mu dan jauhkanlah azab siksa neraka Mu.
Perkenankanlah bagi kami. Selawat dan salam khusus untuk kekasih Mu, Nabi Muhammad SAW mudah-mudahan kita semua berpeluang untuk memperoleh syafaat.
.آمــين.آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِن يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ
No comments:
Post a Comment