Thursday, July 09, 2015

MYEG - pembaharuan pas kerja pembantu rumah

Kerajaan Malaysia perlu mengkaji semula perkhidmatan pembaharuan pas kerja pembantu rumah melalui MYEG atas sebab-sebab berikut:

  1. Perkhidmatan yang tidak effisien/lambat/teramat lewat;
  2. Talian Helpdesk tidak berjawab/panggilan untuk bantuan tidak di angkat;
  3. Seolah-olah tiada Standard Operating Procedure;
  4. Kos tambahan yang membebankan pengguna/rakyat;
  5. Perkhidmatan pembaharuan secara atas talian tidak mesra pelanggan;
  6. Kemungkinan berlaku kesilapan penghantaran  Pas Pekerja Pembantu Rumah kepada orang ketiga (bukan kepada majikan);
  7. Tiada kemudahan “tracking” wakil MYEG mana yang menguruskan penghantaran Pas Pekerja Pembantu Rumah yang telah dikeluarkan;
  8. Apabila ditanyakan persoalan kepada helpdesk, tiada siapa yang mengetahui wakil MYEG yang mana yang menguruskan tugas untuk penulis - amat mudah memberikan jawapan tidak tahu.

Pada awal penghujung bulan Mei 2015, penulis telah pergi ke Pejabat Jabatan Imigresyen Malaysia di Bangunan PKSN Shah Alam untuk membuat pembaharuan Pas Pekerja Pembantu Rumah. Syukur Alhamdulillah, penulis mendapat seorang pembantu rumah dari Medan, Indonesia yang jujur, amanah, cekap, pandai memasak, pandai mengurut, bersifat keibuan dan menyayangi ahli keluarga penulis dan melayan kami seolah-olah kami ini merupakan ahli keluarga beliau sendiri. Penulis sekeluarga bukan sahaja pernah berkunjung dan menginap di rumah keluarga pembantu rumah tersebut, malah tiap kali kami balik kampung di Bukittinggi, Sumatera Barat tiap-tiap tahun, dan juga sekiranya kami sekeluarga pergi melancong didalam negeri, beliau tak pernah kami tinggalkan keseorangan dirumah.  

Tahun ini masuk tahun kesebelas (11) beliau berkhidmat dengan keluarga penulis. Dan dalam tempoh sepuluh (10) tahun ini, penulis tidak pernah mengalami apa-apa masalah untuk memperbaharui Pas Pekerja beliau dibawah seliaan Jabatan Imigresyen Malaysia. Selalunya semua urusan pembaharuan pas pekerja di Jabatan Imigresyen Malaysia dapat diselesaikan pada hari yang sama.

Namun, semua kenangan manis itu berubah menjadi mimpi ngeri apabila Jabatan Imigresyen Malaysia menguatkuasakan arahan/peraturan baru yang mewajibkan kesemua pembaharuan permit kerja mestilah menggunakan khidmat syarikat yang menjadi orang tengah iaitu MYEG. Apabila tiba di kaunter pertanyaan, penulis telah dimaklumkan oleh pegawai yang bertugas bahawa tiada lagi pembaharuan pas pekerja boleh dibuat melalui urusan di kaunter dan mengarahkan penulis untuk ke kaunter sementara yang dijaga oleh pihak MYEG.

Di kaunter MYEG penulis diserahkan dengan kertas yang terkandung panduan arahan pendaftaran akaun MYEG online. Caj perkhidmatan yang agak tinggi sebanyak RM125-00 dikenakan termasuk penghantaran. Bayangkan kalau pekerja sektor perkilangan, kalau nak membuat pembaharuan, sekiranya ada ramai pekerja…. macam mana? Bila kos pengambilan kekerja dan kos pembaharuan permit pekerja asing dinaikkan, mahu tak mahu kilang pun akan menaikkan harga barang yang dihasilkan oleh kilang tersebut…. Jadi ini secara tak langsung menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup. Agaknya cara penghantaran pakai POS KILAT kot, bukan POSLAJU, tu sebab MAHAL… macam sekelip mata boleh dapat…….

Baiklah, penulis akur dengan arahan kerajaan. Pulang ke pejabat penulis di SIRIM BERHAD (yang terletak kira-kira 700 meter dari Bangunan PKNS) penulis terus mencuba untuk mendaftarkan akaun MYEG. Tah apa masalahnya hari tu, kesemua cubaan untuk mendaftarkan akaun tak menjadi. Ada dekat 2 jam penulis membazirkan masa. Cubaan yang gagal. Bersangka baik, mungkin ada kerja-kerja penyelenggaraan kot? Penulis mencuba lagi pada keesokan harinya, namun hampa… masih gagal mendaftar akaun. Bila masuk petang, barulah dapat login, tapi ada masalah pula apabila tidak mendapat kata laluan! Sudahnya penulis meminta isteri tercinta, seorang pakar IT yang bertugas di Mesiniaga untuk membuat pendaftaran bagi pihak penulis. Apabila selesai dan pembayaran telah dibuat, penulis diberikan pengesahan no resit 150649452M. Maknanya pihak MYEG akan menghantar stiker pas kerja pembantu rumah kepada alamat penulis.


Pas Kerja pembantu rumah penulis yang baru adalah berkuatkuasa bagi tempoh 11/06/2015 – 09/06/2016. Entry blog ini ditulis dan diuploadkan pada 09/07/2015. Kalau tambah dua (2) hari lagi, cukup tiga puluh (30) hari lamanya masa telah berlalu tanpa kami memperolehi penghantaran pas kerja dari pihak MYEG!

Apa sudah dah jadi dengan caj yang mahal yang kami bayar sebagai caj proses hari tu?
Bolehkah MYEG memberikan penjelasan yang telus dalam hal ini???

Penulis menggunakan alamat pejabat penulis bertugas seperti berikut:

Jabatan Perundangan SIRIM Berhad
Tingkat 11, Bangunan 5,
Jalan Persiaran Dato Menteri
40700 Shah Alam

Hari berganti hari, minggu pun bertukar ganti. Masuk minggu kedua, penulis dah mula resah… mana tidaknya. Pembantu rumah kami ingin pulang berhari raya bersama keluarga di kampung halaman dan dengan perkhidmatan yang diberikannya yang amat cemerlang, kami sekeluarga tiada mempunyai apa-apa halangan untuk beliau pulang bercuti. Sebagai insan biasa, beliau berhak untuk menyambut hari raya bersama keluarga tersayang. Namun isu pas pekerja yang masih tidak kunjung tiba.

Ada suatu hari tu penulis mendapat mesej sms daripada wakil MYEG, kononnya kata nak hantar permit, tapi apabila ditunggu-tunggu, orangnya tak muncul-muncul. Penulis pernah mencuba berkali-kali menelefon kembali no telefon tersebut tetapi langsung tidak berjawab!

Ada sebabnya penulis memilih pejabat sebagai tempat penghantaran – urusan keluar masuk ke premis SIRIM perlu mengambil pas masuk di mana nama, no. IC serta alamat sipenghantar dokumen akan direkodkan di pejabat pegawai keselamatan. Tambahan pula pejabat penulis tidak pernah kosong dan senantiasa ada pegawai yang boleh mengesahkan penerimaan apa jua dokumen dan dilengkapi system penerimaan dokumen. Maka dengan adanya system tersebut, tiada alasan mana-mana pihak boleh mengatakan bahawa dokumen yang mereka hantar tidak dapat disampaikan, melainkan jika sebenarnya tiada usaha langsung untuk menghantar dokumen dibuat. Mengaku sahajalah ya… jika tiada rekod penerimaan, memang MYEG tak pernah hantar dokumen tu kepada kami. Kalau hantar ke rumah, penulis percaya bahawa MYEG boleh memberikan alasan, pintu pagar berkunci atau tiada orang berada dirumah untuk menerima dokumen.

Kerana keperluan yang mendesak ini, isteri penulis telah beberapa kali menelefon helpdesk MYEG untuk bertanyakan khabar berita tetapi malang, panggilan kami tidak berjawab walaupun dalam masa pejabat. Apa dibulan Ramadan yang mulia ini kesemua staff MYEG pergi bertadarus ke semasa waktu pejabat? Akhirnya isteri penulis menghantar beberapa siri mel elektronik ke system MYEG untuk bertanyakan status penghantaran permit yang tidak kunjung tiba ini. Kesemua mel elektronik tersebut dilampirkan dibawah ini.Supaya senang membacanya kesemua email2 tersebut dilampirkan.

Name: ****
Email: ****@mesiniaga.com.my
Phone: 017*******
--- Message ---
Feedback / Complient in: Delivery Issues
More info:
Message:
I have paid for my maid permit renewal passport number AR 699027 on 9 July but up till now none of MYEG personnel contact me to have the permit delivered. My maid is going back to her hometown before the upcoming raya festival. I appreciate if the delivery can be hasten since more people will be on leave by that time and I need the permit to be printed urgently.


Penulis tidak edit apa-apa kecuali menghitamkan pengenalan nama dan IC penulis sesuai dengan kehendak Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Yang hak MYEG tu penulis tak hitamkan. Kalau ada pemberita sesiapa nak yang original penulis boleh bagi, takde tapis-tapis.

Kat bawah ni jawapan MYEG

MASALAHNYA - kenapakah depa ni hantar pas pekerja kami kepada orang lain!!!! Siapa pulak Ganesan ni? Mabuk ketum ke wakil MYEG ni. I really don't know whether to laugh or to cry. Servis apa macam ni? Baca email dibawah ini.

 

Untuk menentusahkan sama ada wujud anggota kerja SIRIM bernama Ganesan a/l Subramaniam, penulis telah membuat carian di database Jabatan Sumber Manusia SIRIM Berhad secara online, yang terkini. Ternyata orang yang dinamakan tidak wujud sama sekali di SIRIM Berhad! Oh...tadi  kata dah selamat hantar ya? Hantar pada siapa? Tak baik menipu pelanggan di bulan Ramadan. Penulis dan Isteri berhak untuk marah kerana MYEG bukan sahaja tidak cekap tetapi membuat kerja semberono sahaja. MALAYSIA BOLEH! Khabarnya apabila isteri penulis menelefon bertanyakan hal ini, dokumen Pas Pekerja Pembantu rumah penulis kononnya dah dihantar di sebuah alamat di Perak! Excuse me, Shah Alam terletak kat Negeri Perak ya? Ke wakil MYEG yang tukang hantar tu orang Bangla Nation yg tak pernah belajar geografi Malaysia. Cuba bayangkan kalau perkara yang sama terjadi kepada anda.



Baru hari ni aku tahu ada Shah Alam kat negeri Perak? klik untuk membesarkan imej

Berbaloikah caj RM125.00 sekiranya kualiti perkhidmatan hampeh? Wang yang dibayar itu penulis tak redha dan tak halalkan dunia akhirat. Syarikat ni makan duit haram dan pelanggan sah teranaiya. Kalau macam ni patut caj ikut kadar POSLAJU aje. Alah hantar dokumen aje, patutnya tak sampai RM10-00!

Saranan saya kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresyen Malaysia – sila wujudkan kembali operasi kaunter. Beri kebebasan kepada rakyat untuk memilih sama ada menggunakan khidmat kaunter atau MYEG. Bagi mereka yang sibuk dan tidak ada masa untuk mendapatkan khidmat kaunter, bolehlah menggunakan khidmat MYEG. Tiada paksaan kepada rakyat marhaen.

Hakikatnya sehingga ke hari ini penulis tidak mendapat nilai daripada perkhidmatan yang digunakan. Pembantu rumah penulis juga tidak dapat keluar membeli barang keperluan di kedai kerana passport miliknya tidak mempunyai pelekat pas kerja yang sah.


MYEG REALLY SUCKS BIG TIME....

Penulis akan membuat update page ini. Kita akan tengok kesudahan kes ini macam mana. Berapa lama agaknya penulis akan dapat pas pekerja pembantu rumah penulis? Kami sekeluarga juga akan pulang kampung bercuti raya. Kami tak akan menerima alasan dokumen itu tak dapat dihantar sebab cuti hari raya. Sepatutnya dah lama kami dapat. Apa MYEG tak pernah memikirkan kemungkinan pembantu rumah penulis kena cekup dan di tahan pihak berkuasa sebab pas pekerja tak siap-siap sampai lebih sebulan? Jangan bagi alasan runner sesat atau dapat runner PEMALAS nak hantar.


Anggapan yang timbul dalam kotak pemikiran pembantu rumah penulis (yang selalu cuba ditipu oleh agen/wakil pembekal pembantu rumah di Indonesia):

- Betulkah MYEG ni wujud dengan sahnya atau hanya suatu  "program pemutihan"? uang ribuan ringgit dibayar bila ada PEMILU di Malaysia, tapi passportnya ramai ngak dapet.

- tak dapat keluar rumah untuk ke kedai, nanti ditangkap Polisi Malaysia. Baru kelmarin bibik nampak orang tukang simen halaman rumah jiran kita ditangkap dihadapan rumah. Macam kena bayar uang...

- Jabatan Imigresyen Malaysia kayaknya bersekongkol dengan penipu. Di Indonesia orang tengah ni dipanggil "Chalo". Iya.. pak... kami diminta uang agar proses keluar masuk mulus, Korupsi semua itu. Maka ngak ada bedanya dengan apa yang ada ditempat saya!

Nota: PEMILU = Pemilihan UMUM. Bahasa kita, Pilihan Raya.

1 comment:

Somebody said...

Apa ya cik tulis benar adanya, km pekerja asing merasakan susah nya hidup dan bekerja di Malaysia, padahal km legal, bayar pajak untuk bekerja di sini, 2 bulan sebelum permit habis, km sdh bagi paspor kat agen buat renew, agen guna myeg, sampai habis masa berlaku permit, permit belum siap lagi, artinya kami tidak boleh bekerja, bila 2 ada cek imigresen, kami kena tangkap, tak masuk akal, paspor ada kat agen buat renew permit, permit lambat siap, krn kerja myeg imigresen, kami pula kena tangkap, nanti agen bagi uang sama dia orang, agar lepas kami, dan tentu agen akan cas kami, ya Allah, negara apa ini, apa beda nya kami dg pekerja ilegal pati, kalau di layan seperti ini, padahal kami bayar pajak kepada negara, berilah kesabaran kepada kami ya Allah, yg mencoba mencari rezeki Mu yg halal di sini