Tuesday, December 16, 2014

Anti Reverse Kekili



Round and round she goes, where she'll stop, nobody knows.

Setiap pengail mahukan kekili  berhenti berputar agar dapat menghentikan tali tangsi yang ditarik keluar oleh ikan yang memakan umpan sebaik sahaja pengail berhenti mengarau tali. Dalam kes penulis ini mekanisma anti-reverse yang ada dalam mesin kekili berfungsi menghalang pusingan kebelakang. Masalah ini disedari ketika dalam perjalanan pulang dari “Pulau Impian“ di Pantai Timur Semenanjung yang dikunjungi bulan lepas semasa bertarung dengan ikan laut dalam. Maka mahu tak mahu, penulis terpaksa memegang kekili sepanjang masa…lagi pun tali tangsi yang ada kesemuanya dah habis keluar hingga ke hujung gara-gara nak sampaikan umpan ke dasar laur… kalau tak pegang, alamat joran dan kili tu akan terkubur ke dasar laut akibat rentapan ganas sang ikan…. tak syok la macam ni…namun walaupun ada masalah pengendalian, penulis masih mampu, albeit slowly, menaikkan tangkapan kira-kira sedozen ikan kerisi.

Syok memancing pada penulis adalah menggunakan light atau ultra light tackle yang memberikan peluang kepada ikan melepaskan diri, drag setting dikunci seminima yang mungkin yang menyebabkan ikan masih boleh menarik tali keluar dari gelendung kekili – barulah ada fight yang lama dan menyeronokkan).

Joran penulis Ryobi Voyager. Memang ringan dan tahan lasak. Dah tak jumpa lagi di pasaran. Ringan dan sedap menggunakannya.

Pasangan Ryobi Voyager adalah Ofmer (tah apa entah) kedua-duanya sama panjang tapi Ofmer bukan carbon fibre dan lebih berat walupun actionnya sama. Jadi kalau memancing, wajib setup Ofmer dulu untuk dipacakkan ke tanah.

Setelah 3 minggu berlalu, barulah penulis teringat masalah kekili yang berlaku itu dan membukanya siang tadi sebelum bertolak ke tempat kerja. Bahagian luar mesin kekili masih berkilat macam baru dibeli… ya ianya dijaga dengan baik sejak memilikinya 16 tahun yang lalu dan tidak pernah sekalipun lagi menghampakan penulis sebelum ini. Segala-galanya macam okay aje….tetapi setelah diteliti,  sistem klutch didapati tidak beroperasi dengan baik.  Spring yang selama ini memastikan “rollers” senantiasa bersentuhan dengan “sleeve” dan “lock ring” ada masalah - wujud ruang kosong menyebabkan klutch tak terkunci – itulah sebab takde anti reverse rupanya. Hakikatnya spring yang ada telah menjadi lemah akibat peredaran masa dan penggunaan yang kerap.

Semasa mencari jalan penyelesaian di internet, penulis terjumpa laman web yang menerangkan problem statement yang berlaku:

"When an anti-reverse goes out, the most common culprit is applying much more drag than the reel was designed to withstand. Anti-reverse failure will most likely happen in the middle of a fight, not from a hook-set."

Betul juga tu….. mesin kekili yang digunakan sebenarnya sesuai dengan ikan tepian pantai atau ikan sungai/kolam, dengan digandingkan tali tangsi nipis maksimum .30mm sahaja, tetapi digunakan untuk acara casting, jigging, trolling dan bottom fishing…bertempur dengan ikan laut dalam.

Mahu tak mahu mesin kekili dibuka dan diceraikan dengan berhati-hati… dan Alhamdulillah setelah dibersihkan, dicuci dan diperiksa, sedikit adjustment dibuat… maka ianya dah boleh digunakan semula… Nampak gayanya kesemua light tackle penulis tidak sesuai dengan pertarungan laut dalam… kalau nak pergi ke sana lagi, wajib membeli tackle baru sebab tidak sesuai dengan lokasi dan ikan yang diburu.

Begitulah juga dengan kita manusia. Jika beban lebih, luaran nampak ok takde apa masalah tetapi sebenarnya yang didalam mungkin dah rosak, sakit atau telah mati. Kita tak akan nampak apa yang ada didalam melainkan sekiranya dibuka dan dipertontonkan untuk diperbaiki (sekiranya masih ada peluang).

No comments: