Penulis baru sahaja duduk berehat untuk menonton berita tengah malam tadi apabila terbaca paparan bergerak di skrin tv beberapa minit sebelum berita disiarkan - Pesawat MAS dilaporkan hilang di sempadan Rusia. Amat mengejutkan sekali... apabila khabar yang diterima mengatakan ianya ditembak jatuh!
Penulis teringat masa zaman dihantar ke Slim River berkursus bahasa inggeris secara intensif selepas SPM dulu, ada kami belajar mengenai kisah pesawat penumpang Korea Airlines yang ditembak jatuh di Russia dalam tahun 80an dulu dan ketepatan rakaman kotak hitam dan perkataan baru yang dipelajari ketika itu iaitu keupayaannya yang dilaporkan sebagai "unprecedent in its precision".
Penulis tidak mahu mengulas lebih lanjut.
Patutkah pesawat yang membawa penumpang awam dijadikan sasaran? They never stood a chance at all. Tiada peluang langsung untuk mengelak peluru berpandu darat ke udara yangditembakkan. Penulis berasa amat marah dan sedih. Meh sini penulis kongsikan gambaran bagaimana takutnya rasa dikejar peluru berpandu (dari filem Hollywood yang pernah ditonton beberapa tahun dulu) yang dipaparkan dalam filem Behind Enemy Lines.
Sungguh zalim dan amat pengecut sekali tindakan anda. Kalau pesawat pejuang akan menghadapi masalah untuk mengelak, inikan pula pesawat komersial yang tidak mempunyai apa-apa pertahanan, tiada upaya untuk melawan kerana tidak dapat terbang laju atau melakukan evasive manouveres.
Semoga kesemua mangsa beragama Islam yang terkorban diampuni dan dicucuri rahmat. AlFatihah.
No comments:
Post a Comment