Monday, June 24, 2013

Kisah Jam Tangan

Penulis baru sahaja sabtu lepas collect jam seiko automatik di tempat yang terkenal membaiki jam di Jalan Masjid India. Jam penulis menghidap sakit.... sejak balik dari berbasikal ganas-ganas kat Kota Bharu setahun yang lalu ianya tidak lagi menunjukan masa yang tepat. Setiap hari ianya akan CEPAT 30 minit.... maka dah banyak kali juga penulis sampai ke tempat mesyuarat tercepat dari biasa dalam masa setahun ni. Gempak juga depa sebab belum apa-apa yang first sekali sampai ke bilik mesyuarat wakil Jabatan Perundangan. Kalau pi awal boleh balik awal takpe la juga. Siap kena komen, aiseh... Malaysian time takde dalam kamus Jabatan Perundangan ke? (Malaysian time yang dirujuk di perenggan ini adalah derogatory remarks on how Malaysian keep their time).

Nota: Cara terbaik untuk membandingkan menentukan sama ada waktu yang tertera di jam anda adalah tepat adalah dengan membuat perbandingan dengan Waktu Standard Malaysia yang boleh diperolehi di sini.

Dulu ada rancangan Malaysia mahu membina Standard Time Transmission Station dan penulis (yes - myself) terlibat secara langsung dengan projek tersebut. Namun tah apa masalah... banyak sangat cabaran camel, akhirnya projek tersebut terus senyap sehingga ke hari ini. Kalaulah projek itu berjalan, huhuhu... sudah pasti penulis sudah memiliki sebuah radio controlled wrist watch yang canggih. Menatang apa pula Radio controlled wrist watch ni? Baca kat sini.


Sememangnya penulis memang sukakan movement jam. Pertama kali penulis memakai jam adalah selepas ayah pulang dari mengejakan Haji tahun 1980 dulu. Adalah dapat hadiah jam dari ayah, swiss movement (kena kunci). Zaman dulu tu kalau bersekolah rendah dibandar, rata-rata orang semua memakai jam digital casio.... canggih gitu, tapi penulis TAK MAMPU nak beli. Tapi macam manapun, jam tangan yang kena kunci itu juga yang dirasakan unik dan bila menjejakkan kaki di sekolah asrama, ramai kawan-kawan facinated dengan jam tangan "kuno" milik penulis kerana pusingan jarum saat berada di bawah, in a separate dial or register. Apabila ayah penulis pulang dari mengejakan Haji kali kedua tahun 1985, sekali lagi penulis dihadiahkan seutas jam tangan... kali ini jam ana-digi (analog digital jenama citizen gold plated lagi) dan siap ada fungsi illuminate dalam gelap. Rasanya dapat hadiah sebab dapat No 2 dalam kelas dan dapat kembali ke kelas A masa tu. Inilah jam penulis yang paling tahan dan penulis setia menggunakan jam ini sehinggalah penulis memulakan tugas sebagai full fledged corporate lawyer di Tingkat 43 Menara Maybank pada tahun 1995. 10 tahun tu! Itupun bukan sebab jam tu kondem, tapi sebab the buttons nak set dah tercabut kedua-duanya, tinggal crown adjustment aje!

Then came era jam murah RM15-00. Rupanya macam canggih sangat, tapi sebenarnya sangat basic sehinggalah jam cokia tu jahanam sebab pecah cerminnya. Pendek sangat hayat jam cokia ni. Rasanya dalam 3 bulan aje kot?

Dah takde jam... payah... sudahnya penulis pi beli jam Adidas analog but quarz movement yang ada analog time display dan date. Yang bestnya fungsi indiglow jam tersebut. Maka selamatlah penulis menggunakan jam tersebut dari tahun 1995 (memancing sana-sini, berenang segala sungai, tasik dan laut) sehinggalah jam tu mengalami kerosakan internal gear dan tak boleh diperbaiki lagi... Pada tahun 1997 akhirnya penulis menjejakkan kaki ke Makkah.... ternganga tengok jam automatik Seiko Kinetik yang dijual dalam julat harga 500 riyal.... kalau nak beli huhuhu... membazir aje... so dream on...

Sebelum pi bercuti di Florida dan lawatan kerja di Tokyo in 2008-2009, sempat merasa jam replika Folex GMT II yang serba canggih. Mamat Jepun yang bertugas dengan penulis siap offer nak beli jam tu.... beria-ria penulis katakan ini jam replika, bukan original, tapi dia tetap nak buat tawaran harga. Sudahnya aku angin.... dan menggunakan bahasa melayu aje dengan Jepang ni... wei! ini jam Folex (Fake Rolex la).. tak faham ke.... walaupun replika, memang nampak macam 100 peratus ori. Enjinnya mekanikalnya dari seiko jepun rasanya. Akhirnya jam replika yang aku sayangi tersebut lesap kena kebas... its a long story.


Balik kepada cerita asal....Jam seiko 5 yang dibeli pada tahun 2009 dah diperbaiki dan kini berfungsi dengan baik. Kalau ada watch tools memang boleh regulate sendiri. Kalau nak buat watch regulation sendiri sebenarnya amat mudah. Boleh baca artikel ini dan juga di sini.

Ceh! harga jam automatik yang sama dah naik mencanak-canak. Dulu beli dalam RM219.00 aje... la ni dah lebih RM300-00 bergantung kepada design.... gamaknya kadar tukaran Yen melambung naik adalah penyebabnya... tapikan menurut maklumat yang penulis perolehi, Seiko memang ada kilang jam di Malaysia dan Singapore... maka tak patutla depa kasi alasan tukaran matawang Yen naik untuk menaikkan harga. Kalau nak beli jam, tempat terbaik pada hemat penulis masih di Singapore. In 2010 penulis menjadi pengiring ayah menunaikan Fardu Haji, berpeluang tengok lagi jam canggih kat sana.... tapi sebab dah ada landmark JAM BESAR MAKKAH TOWER yang dipasang oleh engineer Malaysia... tak payah la beli jam.

Inilah dia maklumat macam mana kita nak kira power reserve jam automatik.
  1. Tetapkan masa dan pakai jam tangan anda sekurang-kurangnya selama 8 jam;
  2. Selepas 8 jam, buat penetapan masa lagi terhadap sumber masa yang paling tepat (cadangan : rujuk waktu Standard SIRIM atau tengok jam berita TV) dan catat masa (contoh: "Telah ditetapkan pada Isnin, 15 Ogos jam 10:00:00)
  3. Dari saat penetapan masa yang direkodkan itu, pakai jam tangan untuk sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari selama 7 hari berturut-turut.
  4. Selepas 1 minggu, rekodkan masa sekali lagi untuk mengetahui berapa banyak masa jam anda anda telah "hilang" atau "tambah" dalam kiraan saat. (Jam adalah ciptaan manusia untuk mengira masa, dijamin takde yang dapat masa yang tepat. mesti ada lari punya.... sama ada plus atau minus).
  5. Bahagikan jumlah itu sebanyak 7 untuk mendapatkan ralat HARIAN dalam kiraan saat. Sebagai contoh: 70/7 = 10 saat setiap hari
  6. Pada hari ke 7, tanggalkan jam tangan dari pergelangan tangan anda (katakanlah jam 9:00:00 malam).
  7. Apabila jam berhenti rekod masa yang dipamerkan. Kemudian kira masa yang telah luput (dari jam 9 malam sehingga ianya berhenti). Ini adalah rizab kuasa, dan diukur dalam jam.
Ada yang mungkin bertanya - maklumat ini penting ke?

Kulla man alaiha faan - Setiap benda dalaf fana (tidak kekal). Surah Al Rahman.

Akhirnya jam itu akan terhenti dari berdetik apabila power reservenya habis!

So dalam situasi seseorang dijumpai mati antara cara pihak forensik nak tahu masa kematian orang tersebut adalah dengan mencatatkan masa jam tangan automatik tersebut berhenti berdetik. Dengan mengetahui jangkamasa power reserve jam yang dipakai oleh simati, masa kematian boleh dianggarkan dengan tepat.

No comments: