Bila tiba masa nak Pilihanraya
Kecoh sini-sana serta gegak gempita
Kononnya hak orang melayu kian terhakis
Lupa angkara sendiri... eh malu takleh nak tepis
Digembar-gemburkan seantaro kampung dan bandar
Sekiranya Kerajaan bertukar - Bala bencana akan menerpa
Bisnes terlungkup, Bursa Malaysia tutup
Takut orang melayu makan tak cukup!
Tanah rizab pribumi konon akan dirampas, melayu akan merempat
Tapi tak sedar diri, hakikatnya selama ni kome yang rembat!
Dah siap dibahagi dulu, kini dan selamanya - untuk suku sakat
Nak lari liabiliti, cukup hebat - cepat berselindung dibalik nama syarikat
Hasil hutan, tanpa lesen yang sah, tetap licin kena sebat
Beginikah caranya kita hidup dalam negara bermuafakat?
Halal haram bercampur berolehkah berkat?
Sentimen perkauman dan bangsa dimainkan selalu
Video lucah dijaja tanpa rasa malu
Entah betul entahkan tidak belum tentu tahu
Kalimah Allah aje yang kome nak pertahankan
malang pengisiannya masih macam dulu-dulu,
kadang-kadang ditahap merapu
Lupakah kita pada sabda Nabi - IMAN dan TAKWA jadi penentu?
Bangunlah Rakyat! Cukuplah sudah kita berpayah
Dah 56 tahun segala hasil negara bukit dan hutan kena tarah
Pilihan terbaik anda bukanlah susah
Biorkan je siapa yang menyeleweng tanpa mengira Parti apa pun, berkeluh kesah
Menunggu hari mengundi - hati gelisah!
Projek dema yang dulunya masyuk kini jadi susah
Prestasi pengurusan di 4 Negeri Pakatan Rakyat terbukti sudah
Walhal hasil odit negeri lain tetap tak berubah - kian parah
Ya tuan puan - pilihan anda amatlah mudah!
Pasti semudah A B C D ! Pangkahlah undi anda walau berlogokan si anak kucing
A. B. C. D. - Asalkan Bukan Cap Dacing!
Nukilan Zaws @ Superstage, Jumaat 05 April 2013
"Undilah parti Cap Anak Kucing".
(Nota : Alangkah baiknya AKUJANJI dan manifesto kalian jaja saentaro negeri itu dinyatakan dengan spesifik yang kesemua calon dah istiharkan harta dan berjanji tak akan melakukan apa jua bentuk penyelewengan sekiranya dilantik menjadi yang berkhidmat)
No comments:
Post a Comment