Thursday, September 06, 2012

Nasihat Hasan Al-Basri

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan”.

(Imam Hasan Al-Basri)

Alkisah seorang pencuri telah datang ke sebuah rumah untuk mencuri, tiba-tiba masuk seorang hamba Allah yang datang menolong pencuri tersebut, pencuri kedua itu memaklumkan kepada pencuri pertama bahawa didalam almari itu mempunyai banyak pakaian, maka seronoklah pencuri pertama kerana malam itu dia berjaya mendapat harta curi yang banyak berbanding hari biasa, maka pencuri tersebut membawa barang - barang curian itu ke rumahnya dibantu oleh pencuri kedua yang sudah berusia itu, apabila sampai dirumah pencuri pertama tadi, dia terkejut kerana pencuri kedua tidak meminta sedikit pun harta curian bahkan pencuri kedua memberitahu bahawa dia telah berusia dan tidak memerlukan harta curian tersebut..

Keesokan harinya, kecohlah penduduk Kota Baghdad menceritakan perihal rumah Imam Hasan Al-Basri telah dimasuki pencuri. Pencuri pertama tadi rasa amat bersalah kerana telah mencuri barang-barang dari seorang ulama terkenal, atas perasaan bersalah, dia ingin memulangkan kembali barang-barang tersebut.. apabila sampai sahaja dirumah tuan empunya barang, pencuri pertama sangat terkejut kerana orang yang membuka pintu rumah tersebut adalah pencuri kedua yang membantunya malam tersebut..rupa-rupanya pencuri kedua itu adalah tuan rumah dan namanya Imam Hasan Al-Basri!

Imam Hasan Al-Basri berkata yang bermaksud "Jika Allah SWT telah menetapkan rezeki untuk kita, maka sesungguhnya seorang pencuri pun tidak mampu untuk menarik rezeki tersebut daripada kita". Maka insaflah dan bertaubatlah pencuri tersebut atas perbuatannya yang lalu.

Kisah di atas mengingatkan penulis kepada kisah yang didengar lebih dua puluh tahun dahulu dari seorang hamba Allah yang mahu berjumpa menteri besar Kelantan, Nik Aziz untuk mengadukan masalah yang dihadapinya. Penduduk setempat telah menasihati hamba Allah ini untuk datang sebelum subuh dan ke sebuah masjid. Maka datanglah hamba Allah tadi sebelum subuh dan dia mendapati ada seorang tua yang sedang mengambil air untuk mandi dari sebuah telaga.  Lalu hamba Allah ini menceritakan hajat beliau untuk bertemu menteri besar yang khabarnya tinggal berhampiran dengan masjid tersebut. Maka orang tua yang sedang mandi tersebut berkata, nanti ambo panggilkan Nik Aziz dan mengajak hamba Allah itu bersolat jemaah di masjid bersama. 

Beberapa minit setelah usai solat subuh berjemaah dengan makmum lainnya alangkah terkejutnya hamba Allah tersebut apabila dia bertemu semula dengan orang tua yang disapanya ditepi telaga sebelum subuh tadi ....kini orang tua tersebut telah lengkap berpakaian jubah dan berserban. "Ambolah Menteri Besar, ada hajat apa nak jumpo ambo?"

...

No comments: