Friday, August 03, 2012

Doa Nabi Ayyub A.S.

http://superstage.blogspot.com/2012/02/ringkasan-kisah-nabi-ayub-as.html

Link kepada blog entry nukilan penulis di atas ini di rujuk.

Semasa santai di Masjid Negeri Shah Alam pagi tadi penulis serta hadirin yang menghadiri ceramah telah diijazahkan dengan doa Nabi Ayyub A.S. Menurut kisahnya, Nabi Ayyub hendak diuji oleh Iblis dengan menimpakan bermacam-macam dugaan, antara lainnya melalui cobaan penyakit-penyakit berat sehinggakan para ahli sejarah Islam dan mufassir menyatakan sehingga ke hari ini tiada penyakit berat ditimpakan kepada ummat manusia yang setara dengan berat dan azabnya penyakit yang pernah ditimpakan kepada Nabi Ayyub A.S.

Sehinggalah suatu ketika ketika Nabi Ayyub A.S. menunaikan solat, keluar berjatuhan ulat-ulat dari kepalanya ketika baginda sujud. Apabila selesai solat, Nabi Ayyub mengutip semua ulat-ulat tersebut dan  meletakkannya kembali dikepala beliau. Perbuatan baginda diperhatikan oleh para malaikat yang kehairanan bertanyakan kepada baginda, kenapa kamu berbuat demikian ya Nabi Allah?

Jawab Nabi Ayyub, sekiranya ulat-ulat yang berjatuhan tadi ini ini dibiarkan melata sendiri diatas tanah dan tidak dikembalikan kepada tempat mereka memperolehi rezeki dikepalaku nescaya matilah mereka kelaparan. Aku tidak mahu dipertanggungjawabkan atau terhalang dari masuk ke syuga yang dijanjikan Allah hanya disebabkan kelalaian aku menyebabkan walau seekor pun ulat-ulat ini mati.

Malaikat kemudiannya pergi mengadap Allah S.W.T. memaklumkan kejadian tersebut dan memohon agar  penyakit-penyakit badani yang dideritai Nabi Ayyub A.S. disembuhkan. Maka Allah berfirman kepada malaikat, supaya pergi memaklumkan Nabi Ayyub A.S. bahawa Allah akan memberikan penyembuhan penyakit kepada baginda dan apa yang perlu Nabi Ayyub A.S. lakukan hanyalah berdoa kepada Allah memohon untuk memberikan penyembuhan.

Maka pergilah malaikat bertemu Nabi Ayyub A.S. memberikan khabar gembira tersebut, Namun yang menimbulkan rasa pelik dan hairan para malaikat adalah apabila Nabi Ayyub A.S. TIDAK berdoa memohon agar baginda disembuhkan seperti apa yang disarankan oleh malaikat, tetapi baginda hanya sekadar mengadu perihal penyakitnya kepada Allah! Baginda berdoa: 

"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".

Kisah ini menunjukkan sangat tinggi iman dan kesabaran Nabi Ayyub A.S. dalam menghadapi ujian Allah.

Nota renungan/iktibar: 
  1. Nabi Ayyub A.S. hanya mengalami penyakit badani, tapi dari segi rohani, beliau sihat walafiat kerana mengingati Allah dan menunaikan perintah Allah. Berapa ramai diantara kita yang sihat tubuh badan, tak cukup dengan mengamalkan pemakanan sihat - ditambah lagi dengan pemakanan vitamin dan lain-lain zat itu ini tetapi masih gagal, enggan cuai dan/atau lalai untuk menyedari hakikat bahawa rohani kita sebenarnya sakit tenat!
  2. Hanya dizaman moden ini dibuktikan bahawa ulat-ulat hanya memakan sel-sel yang telah mati dan ini mempercepatkan pertumbuhan sel-sel badan yang masih baik untuk regenerate. Yang dapat nama adalah penyelidik-penyelidik dizaman moden sedangkan kisah Nabi Ayyub A.S. yang dipaparkan didalam AlQuran sering dilupakan. Wallahuaklam.

No comments: