Baru semalam penulis dikejutkan dengan berita seorang pelajar yang duduk berjiran dengan penulis (bangsa india) mati menggantung diri, pagi ini dapat pula email dari rakan setugas mengenai kes rompakan di Shah Alam. Berwaspadalah sentiasa dan ambil langkah keselamatan yang perlu.
Start email
************
Mlm td 3/4/12 kira – kira jam 9.00 mlm seorang staf Sirim nyaris2 menjadi mangsa pecah masuk kereta.Kejadian itu berlaku di Seksyen 8 (kedai Soto) ketika memesan burger yg terletak di bahu jalan yg tidak semena – mena seorang lelaki meluru masuk melalui pintu belakang kereta sambil menghunus pisau di leher staf tersebut. Perompak itu mengarahkan pasangan suami isteri itu meyerahkan bag duit/hp dan kereta di hidupkan menuju ke tempat yg diarahkan oleh perompak itu. Di dlm keadaan tergamam staf Sirim itu akur dgn kehendak perompak tersebut dan menyerahkan brg2 yg ada serta menghidupkan enjin. Kesilapan perompak tersebut yg menukar arah pisau dari tgn kiri ke tgn kanan telah memberi peluang kepada staf tersebut utk berlawan. Berlaku pergelutan dan isteri staf tersebut cuba meminta pertolongan dgn keluar dari kereta dgn harapan pelanggan yg berada di sekitar kedai runcit berhampiran memberi bantuan. Org ramai yg berada di kawasan sekitar tidak mengambil peduli kerana menyangka pergaduhan itu adalah masalah suami isteri. Setelah di beri tentangan hebat oleh staf tersebut perompak terbabit akhirnya beralah dgn memecut lari dgn kereta di mana kawannya sudah siap sedia menunggu.
Pengajaran:
1)Kunci kereta walaupun org ramai di sekeliling; dan
2) Jelaskan pertolongan apa yg minta cth “Tolong saya di rompak ".
No comments:
Post a Comment