Adalah dikisahkan bahawa Salman Al-Farisi, anak kesayangan ayahnya dan menjadi kepercayaan ayahnya seorang majusi untuk menjaga api yang disembah. Pada suatu hari Salman melihat upacara keagamaan orang Nasrani dan tertarik untuk mengikutinya dan meninggalkan api yang dijaganya….bapanya terpaksa mencarinya hingga lewat malam.
"Ketika berada di hadapan bapaku, kukatakan kepadanya: 'Aku melalui suatu kaum yang sedang melakukan upacara ibadah di gereja. Upacara mereka amat mengagumkanku. Kulihat pula agama mereka lebih baik daripada agama kita"
"Aku pun bersoal jawab dan berdiskusi dengan bapaku, tetapi malang akhirnya kakiku dirantai dan aku dipenjara."
"Aku kirim berita kepada orang Nasrani bahawa aku telah menganut agama mereka. Kuminta pula agar apabila datang rombongan dari Syria tolong beritahu sebelum mereka kembali, kerana aku hendak ikut bersama mereka ke sana."
Mengikuti Rombongan ke Syria
"Permintaanku itu mereka tunaikan. Maka kuputuskan rantai kakiku, kemudian meloloskan diri dari penjara bapaku dan menggabungkan diri kepada rombongan yang menuju Syria itu. Sesampainya di sana kutanyakan seorang ahli dalam agama itu, dijawabnya bahawa dia ialah paderi pemilik gereja. Maka datanglah aku kepadanya lalu kuceritakan keadaanku."
"Akhirnya tinggallah aku bersamanya sebagai pelayan, belajar dan melaksanakan ajaran mereka. Sayang paderi itu seorang yang tidak baik keagamaannya, kerana dikumpulkannya sedekah daripada orang ramai dengan alasan untuk dibahagikan, ternyata disimpan untuk dirinya sendiri. Kemudian paderi itu meninggal dunia. Maka mereka mengangkat orang lain sebagai gantinya."
"Kulihat tidak ada seorang pun dalam kalangan mereka yang lebih baik keagamaannya daripada paderi baru itu. Aku pun mencintainya demikian rupa, sehingga hatiku berasa tidak ada seorang pun yang lebih kucintai sebelum itu daripadanya."
"Dan tatkala ajalnya telah dekat, aku bertanya kepadanya, 'Sebagaimana yang tuan telah maklum, telah dekat saat berlakunya takdir Allah atas diri tuan. Maka apakah yang harus aku lakukan, dan siapakah yang sebaiknya harus kuhubungi?' ‘Anakku! Tidak ada seorang pun menurut pengetahuanku yang sama langkahnya dengan aku, kecuali seorang pemimpin yang tinggal di Mosul, ujarnya,"
"Kemudian setelah dia meninggal dunia aku pun pergi ke Mosul dan menghubungi pendeta yang disebutkannya itu. Kuceritakan kepadanya pesan daripada paderi tadi dan aku tinggal bersamanya selania waktu yang dikehendaki Allah”
"Kemudian tatkala ajalnya telah dekat pula, aku bertanya kepadanya siapa yang harus kuturuti selepas itu. Ditunjukkanlah seorang soleh yang tinggal di Nasibin."
"Aku pun segera mengunjungi orang soleh tersebut. Kuceritakan mengenai diriku, kemudian tinggal bersamanya selama waktu yang dikehendaki Allah pula."
"Tatkala dia hendak meninggal dunia, aku bertanya soalan yang sama kepadanya. Maka disuruhnya aku menghubungi seorang pemimpin yang tinggal di Amtma, suatu kota yang termasuk dalam wilayah Rom."
"Aku pergi ke sana dan tinggal bersamanya, sedang sebagai bekalan hidup aku menternak lembu dan kambing. Kemudian dekatlah pula ajalnya dan kutanyakan padanya kepada siapa aku hendak dipercayakannya."
Kebangkitan Seorang Nabi
"Anakku, tidak ada seorang pun yang kukenal serupa dengan kita keadaannya dan dapat kupercayakan engkau padanya. Walau bagaimanapun sekarang telah dekat datangnya masa kebangkitan seorang Nabi yang mengikuti agama Ibrahim secara murni. Dia nanti akan hijrah ke suatu tempat yang ditumbuhi kurma dan terletak di antara dua bidang tanah berbatu-batu hitam.'"
"Seandainya kamu dapat pergi ke sana, temuilah dia. Dia mempunyai tanda-tanda yang jelas dan terang: Dia tidak mahu makan sedekah, sebaliknya bersedia menerima hadiah dan dibahunya ada cap kenabian yang apabila kau melihatnya, segeralah kau akan mengenalinya.'"
"Kebetulan pada suatu hari lalulah suatu rombongan ber-kenderaan, kemudian kutanyakan dari mana mereka datang. Tahulah aku bahawa mereka dari Jazirah Arab."
"'Mahukah kamu membawaku ke negeri kamu dan sebagai imbalannya kuberikan kepada kamu lembu-lembu dan kambing-kambingku ini?' aku membuat tawaran kepada mereka. Baiklah ujar mereka."
Menjadi Hamba kepada Seorang Yahudi
"Demikianlah mereka membawa aku turut serta dalam perjalanan mereka hingga sampai di suatu negeri yang bernama Wadil Qura. Di sana aku mengalami penganiayaan. Mereka menjual aku kepada seorang Yahudi. Di tempat itu aku lihat banyak pokok kurma, aku berharap negeri inilah yang disebutkan oleh pendeta kepadaku dahulu, yakni yang akan menjadi tempat hijrah Nabi yang ditunggu-tunggu. Ternyata sangkaanku meleset."
"Mulai hari itu aku tinggal bersama orang Yahudi yang membeliku sehingga pada suatu hari datang seorang Yahudi daripada Bani Quraizhah yang membeliku puil daripadanya. Aku dibawanya ke Madinah, dan demi Allah baru sahaja kulihat negeri itu, aku pun yakin itulah negeri yang disebutkan pendeta dahulu.
"Aku tinggal bersama Yahudi itu dan bekerja di kebun kurma milik Bani Quraizah, sehingga datang saat yang dinantikan Rasulullah SAW datang ke Madinah dan singgah di Bani Amru bin Auf di Quba.
"Pada suatu hari, ketika aku berada di atas pokok kurma sedang majikanku masih duduk di bawahnya, tiba-tiba datang seorang Yahudi saudara sepupunya yang mengatakan padanya "Bani Qilah celaka! Mereka berkerumun mengelilingi seorang lelaki di Quba yang datang dari Makkah dan mengaku sebagai Nabi.'"
"Demi Allah, baru sahaja dia mengucapkan kata-kata itu, tubuhku pun bergetar kuat hingga pokok kurma itu bagaikan bergoncang dan hampir sahaja aku jatuh menimpa majikanku, Aku segera turun untuk berbicara dengan orang tadi."
"Apa kata saudara tadi?' aku bertanya. 'Ada khabar apakah?' Majikanku mengangkat tangan lalu menumbukku sekuatnya. 'Apa urusanmu dengan persoalan ini, pergi sudahkan pekerjaanmu!' bentaknya."
Menemui Rasulullah SAW
"Maka aku pun segera bekerja semula. Setelah petang, kukumpulkan segala yang ada padaku, kemudian keluar dan pergi menemui Rasulullah SAW di Quba."
"Aku masuk menemuinya ketika Baginda sedang duduk bersama beberapa orang anggota rombongan. Kemudian aku berkata: "Tuan-tuan merupakan perantau yang sedang dalam kekurangan. Kebetulan aku mempunyai persediaan makanan yang telah kujanjikan untuk disedekahkan. Dan setelah mendengar keadaan tuan-tuan, maka menurut pemikiranku, tuan-tuanlah yang lebih layak menerimanya, dan makanan itu kubawa ke sini.'"
"Kemudian makanan itu kutaruh di hadapannya. 'Makanlah dengan nama Allah sabda Rasulullah SAW kepada para sahabatnya, tetapi Baginda tidak menghulurkan tangannya untuk menjamah sedikit pun makanan itu."
"'Nah, demi Allah!' kataku dalam hati, inilah satu daripada tanda-tandanya, bahawa dia tidak mahu memakan harta sedekah."
"Aku pulang semula ke tempat tinggalku, tetapi pagi-pagi keesokan harinya aku kembali menemui Rasulullah SAW dengan membawa makanan."
"'Kulihat tuan tidak ingin makan sedekah, tetapi aku mempunyai sesuatu yang ingin kuserahkan kepada tuan sebagai hadiah katakukepadanya."
"Kemudian kutaruh makanan di hadapannya. Maka sabdanya kepada sahabatnya, 'Makanlah dengan menyebut nama Allah Kulihat Baginda pun turut makan bersama mereka."
"'Demi Allah, inilah tanda yang kedua, bahawa dia bersedia menerima hadiah kataku dalam hati."
"Aku pulang semula dan tinggal di tempatku beberapa lama. Kemudian aku pergi semula mencari Rasulullah SAW dan kutemui Baginda di Baqi', sedang mengiringi jenazah dan dikelilingi oleh sahabat-sahabatnya. Dia memakai dua lembar kain lebar, yang satu dipakainya untuk sarung dan yang satu lagi sebagai baju."
"Kuucapkan salam kepadanya dan kutolehkan pandangan hendak melihatnya. Rupanya Baginda mengerti akan maksudku, maka disingkapkannya kain burdah di lehernya hingga nampak pada bahunya tanda yang kucari, iaitu cap kenabian seperti yang disebutkan oleh pendeta dahulu."
"Melihat itu aku meratap dan menciuminya sambil menangis. Kemudian aku dipanggil menghadap oleh Rasulullah. Aku duduk di hadapannya, kemudian kuceritakan kisahku kepadanya seperti yang telah kuceriterakan sebelum ini."
"Kemudian aku masuk Islam, dan perhambaan menjadi penghalang bagiku untuk menyertai Perang Badar dan Uhud."
"Pada suatu hari Rasulullah berkata kepadaku, 'Mintalah kepada majikanmu agar dia bersedia membebaskanmu dengan menerima wang tebusan"
"Maka kumintalah kepada majikanku sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah, sementara Rasulullah menyuruh para sahabat untuk membantuku dalam soal kewangan. Demikianlah aku dimerdekakan oleh Allah, dan hidup sebagai seorang Muslim yang bebas merdeka, serta mengambil bahagian bersama Rasulullah dalam Perang Khandaq dan peperangan yang lain."
Demikianlah Salman r.a. menceritakan kepada kita dengan kalimat-kalimat yang jelas dan manis, usaha gigih dan perjuangan besar serta mulia untuk mencari hakikat keagamaan, yang akhirnya dapat sampai kepada Allah SWT dan membekas sebagai jalan hidup yang harus ditempohnya.

No comments:
Post a Comment