Selasa, Januari 15, 2019

ETA 2 minutes




“No worries, dekat aje, just a phone call away”.

“Its okay, Marverick’s on supersonic, ETA 2 minutes to intercept bogey” terngiang-ngiang petikan dari filem Top Gun, filem yang diminati zaman belajar di MH dulu diingatan.

Itulah skrip kehidupan. We have planned for Sakinah to apply for MRSM Ulul Albab, namun oleh kerana kealpaan ayah, ayah rupanya cuma save application form dan terlupa pula untuk menghantar send button. Bila teringat, bergegas sang ayah mencuba login untuk send permohonan tersebut. Namun cubaan untuk logis gagal dan tarikh menghantar permohonan telah pun ditutup.

Sedih pula rasa hati… dalam kesibukan ruang masa, ayah mencuri sedikit masa sementara menunggu mesyuarat bermula untuk membuat surat rayuan, rasanya takde harapan.

Tawaran tunggal yang ada hanyalah SAMTTAJ. Baiklah, ayah tak mahu kesilapan semasa belajar yang dilakukan Uni Jamilah diSAMTTAJ dilakukan juga oleh Sakinah, yang telah gigih berusaha sepanjang 2018 dan membawa pulang all straight As untuk UPSR, Mumtaz untuk PSRA dan bonus diminit akhir, mengondol anugerah peserta perempuan terbaik Kem Tiflun Ana yang di adakan di HQ SIRIM.

Tiada pilihan lain selain menempatkan Sakinah di asrama. Sekurang-kurangnya makan-minum Kinah pasti terjaga.

Maafkan ayah, anakku kerana gagal menyediakan susasana terbaik untuk kamu belajar dirumah.
Semua ini ayah lakukan untuk kebaikan Kinah. Ayah pun tak berapa sihat sangat ni.
“Its okay, Marverick’s on supersonic, ETA 2 minutes”.

Baju seragam untuk pulang dah tempah, tunggu siap. Al Quran terjemahan dan 2 kali ayah hantarkan ke asrama, letak kat ponduk pengawal asrama puteri. Lain kali jangan tertinggal lagi ya, Kinah. Tak perlu bawa pulang, kat rumah kan ada banyak terjemahan AlQuran.

Mak Guard bertugas dah kenal sangat dengan ayah sebab dah selalu menghantarkan barang untuk Uni Jamilah.  Kakak itu bertanya: “Kakaknya, si Jamilah tak daftar masuk tingkatan 6 ke?”
Jawabku, “Entahlah, dia tak minat nak buat STAM”.

“Tak apalah encik, walaupun mamanya dah tiada, encik kan ada….banyak pahala encik dapat”
“kalau boleh, saya nak pahala tu untuk arwah isteri, dan isteri saya sekarang ini” jawabku.

Tiba-tiba telefon bimbitku bergetar, ada panggilan masuk rupanya.

“Ayah… ayah, boleh tak ambil sekarang kat asrama? Una kena allergy, nak jumpa doctor”.

“Baiklah nak, uruskan kebenaran warden ya”, jawabku ringkas”.

Nampak gayanya minggu ini kami anak beranak akan disatukan, semuanya dapat pulang ke rumah bersua muka, berkongsi cerita pengalaman baru mereka.

Hanya orang lama aje yang tahu lagu Allahyarham Latiff Ibrahim yang dipaparkan di blog ini. "Hidup berusaha, pasti akan berjaya". Lagu saduran dari lagu Paul Anka, "Papa". Penulis mengenali beliau yang tersangat humble. Dalam mencari rezeki tak perlu malu, janji kerja kita halal. Selalu juga terserempak dengan beliau zaman belajar di universiti dahulu. Abg Latiff masa tu buat kerja sambilan menjadi konduktor bas untuk perkhidmatan Syarikat BAS SRI JAYA No 244 KL - TTDI. Ada pernah sesekala terserempak dengannya di Restoran Minang kg Baru setahun dua sebelum dia meninggal,


And as for Husna...yang akan mengambil keputusan SMAnya pada 17 Jan 2019 ini...


“Marverick’s on supersonic, jem ke USJ, ETA 20 minutes!”.
 
(Update 2021 - Alhamdulillah, Husna berjaya memperoleh Mumtaz Sofi untuk SMA, berpindah dari SAM Bestari ke SAMTTAJ untuk pelan asal menduduki STAM, sempat diberi penghormatan menjadi Guru Muda STAM, namun memilih tawaran JPA untuk melanjutkan pengajian di Hokkaido Universiti of Education (habis tinggal Bahasa Arabnya - adusss!) dan sekarang berada di bumi Jepun untuk tempoh 4 tahun, the sole Malaysian & Muslim di Universtiti tersebut).

(Update 2023 - Alhamdulillah, Sakinah juga berjaya memperoleh Mumtaz Sofi, maka lengkaplah tiga orang anak padusi ku mengulangi kejayaan yang sama untuk SMA).

Selasa, November 20, 2018

Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa 3

Alhamdulillah, Sakinah berjaya memperolehi apa Uni Jamilah dan Uni Husna laksanakan beberapa tahun yang lalu. Sekali lagi anugerah Emas dibawa pulang.  Terima kasih serta ucapan Jazakumullahu khairan kathiran kepada para asatizah dan ustaz yang mengajar dan membimbing anak ini dan tak lupa juga kepada Ummu Sakeenatain, Mai Hamdan serta bonda Fatimah Manaf yang kedua-duanya mengisi ruang kosong dan memberikan kasih sayang dan keceriaan dalam keluarga ini. Biarlah gambar yang berbicara dalam sabar dan syukur.










 

Rabu, Oktober 10, 2018

Friday Rules 4 (Final)


03 Oktober 2018

Setelah pullback beberapa hari yang lalu, kapal Ranhill memulakan perjalanan meniti gelombang naik dan turun. Penulis terpaksa bergelut menyediakan beberapa perjanjian yag pelik-pelik. Bila ditanyakan bila nak draf perjanjian, jawapannya SEMALAM. Apa daaa.. kome tak plan kerja, kan dah menyusahkan orang.

Jam 11 pagi, setelah beberapa minit study carta penulis memutuskan nak terjun kapal Ranhill ni, malas nak tunggu naik tinggi, itu rezeki orang lain… so have to make a good  educated guess, berapa tinggi gamaknya orang sanggup nak  beli…harga sekejap naik sekejap mendatar…
Key in aje 0.985 sen, automatekan, sebab harga tertinggi sebelum ni 0.98 sen, kita jual keseluruhan pegangan terus dan sebelum balik, check sekejap, berjayakah terjual atau masih lagi tersangkut dalam kapal. Dan akhirnya…



Alhamdullillah, dah selamat dijual


Penulis berjaya meneka dengan tepat kegilaan pelabur saham dan berjaya menjual pada harga puncak pada jam 3.35 petang dan harga saham ditutup pada harga 0.965sen.

Purata pulangan 12-13%.

So kawan-kawan penulis yang kena VSS tu, saya tahu ada yang ibu tunggal, ada yang menanggung anak sakit dan ada yang menghadapi macam-macam lagi cabaran hidup. The greatest investment yang kita boleh lakukan dalam zaman yang tak menentu ini adalah investment untuk mendapatkan ILMU. Penulis sendiri masih dalam pencarian ilmu, jom kita semua sama-sama upgrade ilmu yang kita ada. Simpan duit bersedia masuk pasaran bila harga merudum. Tak dinafikan, pengalaman melaksanakan projek mergers and acquisition amat membantu.

Ini adalah secebis perkongsian pengalaman, bukan nasihat untuk pelaburan. Ingat ya – Rugi itu pasti, Untung InsyaAllah.

Nota: harga pasaran saham sebenarnya sedang merudum. Rakan-rakan yang baru belajar dinasihati keluar dari pasaran buat masa ini. Sebenarnya masa pasaran merudumlah baru ada cheap sales!  Kome suka pergi shopping masa tengah mahal atau lebih suka tunggu masa ada jualan runtuh... fikirkan ya. Lagi merah dan lagi merudum, lagi bagus sebenarnya.