Link to angkot's route in Bandung
http://transportasiumum.com/content/rute-angkot-bandung
and online application to assist your travels via Angkot
http://angkot.tibandung.com/
(Caveat: you must know your destination (street name)).
My thoughts actually, unfiltered. A place to record and unload things that I stored in my memories and from the circuits of an ageing pc located somewhere in Shah Alam, Malaysia. "Kalau kamu bukan anak raja dan engkau bukan anak ulama besar, maka jadilah penulis” - Imam Al-Ghazali
Rabu, Februari 19, 2014
Rabu, Februari 12, 2014
Note to self - Garam Himalaya
Apakah fadilat air garam gunung tepu ni?
Banyak sebenarnya. Penulis dapat merasakan ada perubahan positif tak sampai 3 minggu meminumnya. Cara menggunakannya - minum segelas air yang dicampurkan satu sudu besar air garam gunung tepu sebaik sahaja bangun subuh. Bacalah surah Al-Fatihah atai Ayatul Kursi kalau nak lebih berkah.
Lagi bagus meminumnya setelah selesai berqiamullail. Dulu mati-mati ingat benda ni hanya hoax. The lowly air garam gunung.... rahmat dari Allah sebenarnya. Cuma pastikan anda menggunakan garam gunung yang warna merah jambu tu ya.... Kalau guna garam laut... masuk sepital la kome dek darah tinggi.
Lagi bagus meminumnya setelah selesai berqiamullail. Dulu mati-mati ingat benda ni hanya hoax. The lowly air garam gunung.... rahmat dari Allah sebenarnya. Cuma pastikan anda menggunakan garam gunung yang warna merah jambu tu ya.... Kalau guna garam laut... masuk sepital la kome dek darah tinggi.
Selasa, Februari 11, 2014
Sehari dalam kehidupan seorang penasihat undang-undang
[ In the future ]
Anda menerima panggilan telefon
daripada salah seorang pengurus organisasi anda bertugas yang terburu-buru memaklumkan
anda bahawa ada aduan daripada pelanggan yang mengenal pasti produk anda
sebagai sumber yang menyebabkan alergi dan penyakit berjangkit. Sedang anda santai menonton TV anda dikejutkan
dengan berita yang disiarkan bahawa ramai pengguna produk anda dimasukkan ke
hospital. Syarikat anda dinamakan
sebagai punca masalah ini!
Hampir serta-merta, anda
dipanggil untuk menghadiri mesyuarat tergempar yang diatur pasukan pengurusan anda. Pihak
pengurusan mahu membuat keputusan bagaimana untuk bertindak balas kepada
keadaan yang berlaku. Sebagai penasihat undang-undang, anda mesti membantu
dalam membuat keputusan itu, yang dalam masa beberapa jam sahaja lagi, akan cuba
mengimbangkan kos bagi sesuatu penarikan produk yang akan menelan belanja yang
mahal, berbanding dengan risiko tidak mengambil apa-apa tindakan, seperti
tuntutan produk liabiliti, denda dan penyitaan oleh pihak kerajaan.
Keputusan yang anda buat akan
memberi kesan kepada keuntungan syarikat anda pada tahun ini, dan, mungkin
lebih penting, reputasi syarikat pada masa akan datang .....
[ The grim reality in the present
]
Ahh....bosan... kalau dengar
komen wakil dari dari Jabatan Perundangan En Helmi, apa pun tak jadi, semua tak
boleh buat!!!...macam mana nak berurusan dengan syarikat yang patut menggalakkan
bumiputra menceburkan diri berniaga pun tak tahu lah... lesen nak kena bayar,
kilang nak kena bina, belum lagi pekerja punya gaji, EPF dan lain-lain...
royalti pun menekan kami, bukannya boleh untung banyak pun... ni nak suruh kami
bayar insuran la pulak... sekarang kami nak suruh gomen kaji balik jumlah Fi
Teknologi yang kami perlu bayar.... ini nak apply geran pun tak cukup... ini
semua kemudahan untuk kita orang melayu...
Tapi, itukan kos menjalankan
perniagaan – itu adalah risiko yang diambil oleh sesiapapun yang
mengkomersilkan teknologi... kalau dikira semua ini, harap puan dapat pastikan
bahawa syarikat puan betul-betul berkelayakan, berdaya saing dan berkemampuan untuk
menjadi pelesen. Ini “medical device” puan... kalau tak buat betul-betul,
pengguna akan mengalami kecederaan... tak sama dengan berniaga jual goreng
pisang!!!
Tak apalah... kalau anda semua tak
mahu ikut nasihat dan saranan saya, tak mengapa, saya akan rekodkan dalam fail
yang saya telah menjalankan tugas dan menunaikan amanah saya, gaji saya masih
jalan kalau tuan-puan tak ikut saranan saya, kita tunggu sahaja masa
hadapan..... (sambil tersenyum pahit).
Rabu, Februari 05, 2014
Back to school
Yes it is back to school for me.... walaupun secara sambilan.
Akhirnya masa yang sesuai untuk menghadiri kursus yang di idamkan dah dapat, registration secara online dan deposit duly paid.... kalau ada matric card alangkah bestnya.... teringat zaman belajar dulu. For the past few years other than official seminars and conferences on commercialisation om intellectual property, IT matters and on Personal Data Protection...takde masa untuk menghadiri kursus yang diminati... selain all the free workshops on photography I had attended.
Ok... menunggu hari... and the courses will start right after my Bali trip... habih kursus sambung cuti ke Bandung pulak....
Khamis, Januari 30, 2014
Cara lain untuk memberi
Sekiranya anda tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk menderma, ada cara lain yang boleh dilaksanakan. Kita “memberi” kepada orang lain dengan menulis. Syaratnya mudah - tulislah perkara-perkara yang baik yang memberi manfaat kepada orang lain. Lihatlah cara para ulama’ terdahulu berusaha sedaya upaya menulis dan membukukan ilmu mereka. Sehingga ke hari ini kita dapat memanfaatkan hasil penulisan mereka. Maka berkembanglah ilmu mereka dan dapatlah mereka memperoleh pahala berlipat ganda yang dicatatkan selagi mana orang ramai mengamalkan dan menyebarkan ilmu mereka.
Tetapi berhati-hatilah dengan apa yang anda tulis!
“Sesungguhnya pukulan seorang penulis dengan hujung jarinya adalah lebih mematahkan dari mata pedang yang tajam. Jika engkau ingin memusuhi yang hasud, tumpahkan darah mereka dengan mata pena”
– Habib bin Aus Ath-Thai
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.
(AlBaqarah:79) “Sesungguhnya pukulan seorang penulis dengan hujung jarinya adalah lebih mematahkan dari mata pedang yang tajam. Jika engkau ingin memusuhi yang hasud, tumpahkan darah mereka dengan mata pena”
– Habib bin Aus Ath-Thai
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.
그들 손으로 그 성서를 써서 이것이 하나님으로부터 온 것이니 값싸게 사소서 라고 말하는 그들 에게 재앙이 있을 것이며 그것을 쓴 그들의 손에도 재앙이 올 것이 며 그로써 금전을 모으는 자들에 게 큰 재앙이 있을 것이라
Isnin, Januari 27, 2014
Khamis, Januari 16, 2014
Fikir = Zikir : Perihal Surat Rayuan
Lewat petang semalam isteri penulis meceritakan kisah
seorang rakan beliau yang merasa sedih dan kecewa kerana anak perempuannya yang
mendapat keputusan UPSR yang cemerlang dan ditambah dengan kegiatan aktiviti
ko-K dan sukan mewakili sekolah (dan juga pemilik sijil menyelam) tidak
mendapat tempat untuk belajar di MRSM. Maka khidmat penulis diminta untuk menolong
rakan karib beliau... pasangan suami isteri, yang kedua-duanya juga merupakan bekas
pelajar MRSM....
Sepanjang masa semasa menderaf sebahagian dari kandungan surat
rayuan tersebut penulis terdiam dan merenung panjang... tanpa disedari air mataku
menitis.... ya, penulis merasa puas dapat memberikan pertolongan. Takde apa-apa
masalah kalau penulis mahu menulis apa jua jenis surat pun. Memang tugasku buat
pleadings di mahkamah sebelum ini, maka jika tulis dari hati... akan sampai
juga ke hati, Insya Allah. Memang ini tugas peguam as we actually “sell words”.
Jika kita menolong orang lain dengan tulus ikhlas, mudah-mudahan orang akan
menolong kita dengan ikhlas jua dimasa hadapan. Kalau rayuan ini diterima,
Alhamdulillah....
Kenapa penulis terdiam?....
Pernahkah anda merayu kepada seseorang dengan tulus ikhlas tetapi rayuan anda langsung tidak dipedulikan malah sebaliknya anda dihina? Apakah perasaan anda ketika itu?
Sebelum anda terus membaca, penulis ingin mengajak anda agar kita berselawat bersama-sama...
Sebelum anda terus membaca, penulis ingin mengajak anda agar kita berselawat bersama-sama...
Allahuma sholli wa sallim ala Sayyidina wa Maulana Muhammad,
A'dda ma bi Ilmillahi Shollatan
Daimatan Bi Dawami Mulkilahi
(Makna? ... huh.. nanti penulis akan translatekan untuk korang. Solawat ni ada orang pernah ajarkan kepada penulis dan dinamakan Solawat Kiai Haji Ahmad Dahlan. Kalau tak salah penulis, Hj Ahmad Dahlan adalah antara ulama dan pemimpin Sarekat Islam yang menentang penjajahan Belanda di Indonesia zaman dulu. Later ada orang buat nasyid dalam berbagai bahasa. Nanti penulis akan kongsikan nasyidnya sekali). Mai la ziarah page ini lagi ya?|
Penulis memikirkan dari sudut yang lain sebenarnya... ini baru kes nama tak masuk senarai MRSM atau sekolah berasrama penuh idaman dah ibubapa menangis berteriak hiba begini.... bukan apa, sekarang ni boleh nak buat surat rayuan, minta tolong kawan-kawan untuk favours, nak mohon projek, buat busines dan lain-lain perkara. Tapi di akhirat kelak kepada SIAPA yang kita nak minta tolong merayu sekiranya setelah diadili di Mizan yang walaupun kebaikan dan dosa sebezar zarah kita akan lihat... pahala dah la kurang... lepas tu kena potong pula dan hasilnya diberikan kepada orang lain...sebab kita sombong dan pentingkan diri sendiri, kita mengumpat orang, kita percaya kata dusta dan fitnah tanpa usul periksa, kita makan harta syarikat melalui tuntutan palsu, mengular waktu pejabat, bergaduh dengan jiran tetangga, kita tidak menepati janji, berlaku zalim sesama insan dan bermacam-macam ulah yang membawa dosa..... kita akhirnya jadi MUFLIS dalam catatan amalan baik...sementara catatan amalan buruk kita bertumpuk-tumpuk ... hasilnya kita dapati nama kita TIADA tersenarai di penempatan kita si Syurga dan dah siap tertulis nama kita di pintu NERAKA yang kita pasti masuk ke dalamnya.... sebelum kita dibenarkan meniti SIRAT untuk dijatuhi hukuman, so macam mana? TIADA sesiapa yang dapat memberikan pertolongan selain mengharapkan syafaat Nabi Muhammad S.A.W dan lautan manusia masing-masing sedia menunggu giliran..... (dan juga syafaat dan doa para Malaikat yang telah diizinkan Allah untuk mendoakan kesejahteraan...).
Astaghfirullahal Adzimmm...
"Sesungguhnya, ALLAH dan malaikat-malaikat NYA bershalawat
untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.
(Al-Ahzab ayat 56)
"사실, 하나님과 그의 천사는 예언자에 축복. 믿을 수 없긴, 당신은 선지자를 존중하고 그에게 인사하는을 축복.
(알 - 절로 Ahzab 56)
(Al-Ahzab ayat 56)
"사실, 하나님과 그의 천사는 예언자에 축복. 믿을 수 없긴, 당신은 선지자를 존중하고 그에게 인사하는을 축복.
(알 - 절로 Ahzab 56)
Jumaat, Disember 13, 2013
Menyerlah jauh dari yang biasa
Tahniah juga diucapkan kerana berjaya memperoleh sijil mumtaz untuk PSRA 2013. Sekiranya Opah masih ada, sudah tentu dia akan turut berbangga dengan pencapaian Jamilah.
Mewakili sekolah dalam pertandingan pidato
Tahun hadapan, diharapkan dan didoakan agar Husna pula dapat mengikut jejak langkah Jamilah yang walaupun sakit dan penuh kepayahan, berjaya meraih anugerah pelajar Mithali ini. Husna, don't worry, you are almost there... tahun ni anda pun dapat No. 1 dan juara bertahan pertandingan bercerita selama 3 tahun berturut-turut. Tahun depan tukar penyertaan boleh? Pi masuk pertandingan pidato atau bahas pulak. Haa.. udah tu ye.. jangan banyak main-main lagi, pi sambung hafazan Al-Quran tu. Video dibawah adalah untuk anak-anakku bertiga - Jamilah, Husna dan Sakinah yang kesemuanya memperoleh mumtaz dalam peperiksaan akhir tahun mereka baru-baru ini.
Khamis, Disember 12, 2013
Kisah sebuah rumah
Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi. Dia terus berleter.
“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “
Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara.
"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”
Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.
“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”
Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab.
“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“
Wahai anakku,
Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain.
Manusia hari ini suka sangka-sangka...
Ada sangka baik
Ada sangka buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang bermuka masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk
Hakikatnya...
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang bermasam muka itu kerana mengenang dosanya yang lalu
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya
Justeru itu….
Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap sangka-sangka
"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
(AlHujurat:12)
“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “
Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara.
"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”
Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.
“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”
Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab.
“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“
Wahai anakku,
Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain.
Manusia hari ini suka sangka-sangka...
Ada sangka baik
Ada sangka buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang bermuka masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk
Hakikatnya...
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang bermasam muka itu kerana mengenang dosanya yang lalu
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya
Justeru itu….
Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap sangka-sangka
"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
(AlHujurat:12)
Perkongsian oleh Ustaz Mohamad Redzuan Mohd Khalil, sahabat lama di SMKA Maahad Hamidiah yang tidak mahu mengambil sebarang credit kerana katanya dia memperolehinya dari perkongsian rakan whatapps.
Selasa, November 19, 2013
Acceptance
Most of the time..whatever unacceptable things that happened to us is the result of whatever unacceptable things that we used to do to others..when we did it at the first instance we thought that it was the best thing to do, but to the recipient, it was unacceptable..and when an almost similar thing happens to us, we say that this is unacceptable and start blaming others....
Khamis, Oktober 24, 2013
Personality Test results... huh?
You are a generous and moral
(not to confuse with moralizing) person. You always work on self-improvement.
You are very ambitious and have very high standards. People might think that
communicating with you is difficult, but for you, it isn't easy to be who you
are. You work very hard but you are not in the least selfish. You work because
you want to improve the world. You have a great capacity to love people until
they hurt you. But even after they do. . . you keep loving. Very few people can
appreciate everything you do as well as you deserve.
Langgan:
Catatan (Atom)







