Cerita Meme
Adegan 1: Laporan yang Tidak Masuk Akal
Gambar: Sebuah poster filem lama tetapi tajuknya ditukar. Poster "The Expendables" tetapi wajah-wajah pelakon digantikan dengan wajah-wajah samar dan bertopeng.
Tajuk: ~~ The Complainables
Sinopsis: Di sebuah balai polis yang sunyi, sekumpulan individu yang kelihatan seperti baru sahaja keluar dari set filem aksi—memegang pelbagai jenis barang elektronik, perabot, dan karung berisi barang kemas, beratur dengan sabar.
Dialog Pencuri 1 (kepada Pegawai di kaunter): "Selamat pagi, tuan. Kami nak buat laporan polis."
Pegawai Polis (selamba): "Ya, apa kes?"
Pencuri 1 (bersungguh-sungguh): "Kami mahu report tuan rumah kami. Bayangkan, kami dah berhempas-pulas mengambil barang-barang ini... eh, maksud saya, menjaga barang-barang ini sejak zaman batu lagi. Tiba-tiba, tuan rumah nak ambil balik! Kurang ajar betul!"
Pegawai Polis (mengangguk faham): "Oh, kes curi, ya? Tuan rumah curi barang awak?"
Pencuri 1 (cepat-cepat membetulkan): "Bukan kami yang curi! Kami ini 'Pengambil Harta Tanpa Izin'. Tuan rumah tu yang cuba merampas hak milik kami yang sah. Silakan proses laporan kami."
Adegan 2: Keadilan Songsang
Gambar: Sebuah carta alir ringkas yang kelakar.
1. Laporan Pencuri Diterima.
2. Siasatan Dijalankan. Gambar: Polis memeriksa CCTV yang menunjukkan pencuri sedang mengangkat peti televisyen sambil tersenyum lebar.
3. Kesimpulan Siasatan: Gambar: Polis mengetuk pintu rumah tuan rumah yang sah.
4. Tindakan Polis: Gambar: Tuan rumah dan peguamnya digari, dibawa masuk ke kereta peronda. Latar belakang: Pencuri melambai-lambai sambil tersenyum puas.
Kapsyen Bawah Gambar: Sistem peradilan negara terbaik didunia: Mangsa dihukum, perogol diberi penghormatan.
Adegan 3: Sidang Media 'Pembela Rakyat'
Gambar: Seorang ahli politik sedang berdiri di hadapan puluhan mikrofon. Wajahnya penuh dengan semangat kebenaran. Di belakangnya, sepanduk bertulis: "Keadilan Untuk Semua" (tetapi entah bagaimana perkataan 'Semua' kelihatan pudar).
Ahli Politik (berapi-api): "Saya dengan kerasnya mengutuk tindakan biadab tuan rumah yang cuba mengganggu ketenteraman awam! Tindaka mengambil balik harta sendiri ini jelas sekali bertujuan untuk mencetuskan isu agama dan perkauman. Ini provokasi! Kami berdiri teguh bersama golongan yang tertindas, iaitu mereka yang bergelar... eh, Pengambil Harta Tanpa Izin (PERHATI)."
Wartawan: "Tapi Datuk, mereka mengaku sendiri mereka curi."
Ahli Politik: "Itu bukan pengakuan, itu adalah narasi alternatif. Jangan panggil mereka pencuri, itu sangat menyakitkan hati dan tidak sensitif! Panggil mereka PERHATI. Esok kita akan buat perhimpunan solidariti untuk PERHATI."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan