Isnin, Februari 02, 2026

Isu laporan polis mengenai binaan haram oleh penceroboh

Adalah dengan ini ditegaskan bahawa pendirian kami sama sekali tidak bersifat perkauman, kebencian agama atau hasutan, sebaliknya berpaksikan kedaulatan undang-undang tanah dan prinsip pentadbiran yang sah di Malaysia.

Sebarang cubaan untuk melabel penguatkuasaan undang-undang sebagai isu kebencian agama adalah satu salah tafsiran undang-undang yang serius dan mengelirukan pihak berkuasa.

1. PRINSIP UNDANG-UNDANG

Prinsip undang-undang Malaysia adalah jelas dan tidak kabur:

1. Tiada mana-mana bangunan, termasuk rumah ibadat, yang dikecualikan daripada pematuhan undang-undang tanah, perancangan dan pembinaan.

Hak beragama tidak mengatasi hak milik tanah dan undang-undang bertulis.

2. KESALAHAN MEMBINA BINAAN HARAM ATAS TANAH ORANG LAIN / TANAH KERAJAAN

Pembinaan bangunan tanpa kebenaran merupakan kesalahan nyata di bawah undang-undang berikut:

(a) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 828)

Seksyen 425 – Kesalahan menceroboh tanah kerajaan atau tanah milik orang lain

Seksyen 426 – Hukuman terhadap pencerobohan

Hak milik hanya sah melalui hakmilik berdaftar

Ketiadaan geran atau Surat kebenaran sah daripada pemilik hartanah yang dicerobohi = tiada hak!

(b) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

  1. Memberi kuasa penuh kepada PBT untuk:
  2. Mengeluarkan notis
  3. Menguatkuasakan perobohan binaan haram.

(c) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

  • Pembinaan tanpa kelulusan pelan adalah kesalahan statutori

(d) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

  • Semua pembangunan wajib mendapat kebenaran merancang
  • Kegagalan mematuhi mana-mana peruntukan di atas menjadikan binaan tersebut haram ab initio (sejak azali)

3. PRINSIP MAHKAMAH PERSEKUTUAN: PENCEROBOH TIADA HAK

Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman-penghakiman penting, termasuk yang diputuskan oleh Tun Mohamed Azlan Shah, telah menetapkan prinsip muktamad:

  • Penceroboh tidak mempunyai sebarang hak pampasan, dan
  • Pemilik tanah berhak mengambil tindakan “self-help” selagi tidak melibatkan kesalahan jenayah.

Sebarang tuntutan pampasan oleh pihak yang menceroboh tanah adalah bertentangan dengan undang-undang dan bersifat penyalahgunaan proses.

4. BEBAN PEMBUKTIAN TERLETAK KE ATAS PIHAK YANG MENDAKWA

Dalam undang-undang, prinsipnya adalah jelas:

“He who asserts must prove.”

Maka mana-mana pihak yang mendakwa sesuatu binaan adalah sah WAJIB mengemukakan:

  • Geran hak milik berdaftar
  • Pajakan atau lesen sah
  • Kebenaran bertulis pemilik tanah
  • Kelulusan PBT dan perancangan

Kegagalan mengemukakan bukti-bukti ini menamatkan sebarang tuntutan yang bertentangan dengan undang-undang secara serta-merta.

Jika tidak, laporan polis yang dikemukakan oleh pihak-pihak ini adalah palsu, mengelirukan isu, berniat jahat (mala fide) dan boleh dikenakan tindakan.

5. ISU HASUTAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI PERISAI PERBUATAN HARAM

Menegakkan undang-undang tanah:

  • bukan kesalahan di bawah Seksyen 298 atau 298A
  • bukan hasutan
  • bukan kebencian agama

Sebaliknya, menggunakan sentimen agama untuk menghalalkan pencerobohan tanah merupakan satu manipulasi yang membahayakan keselamatan awam dan wajar disiasat.

6. PENYALAHGUNAAN ISTILAH “KEAMANAN NEGARA

Isu pembinaan haram adalah:

  • Isu pentadbiran tanah
  • Isu penguatkuasaan undang-undang
  • Isu hak milik

Ia tidak boleh dinaik taraf secara sewenang-wenangnya menjadi isu keselamatan negara semata-mata untuk mengelak penguatkuasaan.

7. PERMOHONAN SIASATAN TERHADAP INDIVIDU LAIN

Kami juga menggesa pihak polis menyiasat seorang individu bernama Arun Doraisamy yang:

  • Mengaku sebagai seorang peguam tanpa kelayakan sah
  • Didakwa tidak berdaftar dengan Badan Peguam Malaysia
  • Didakwa berstatus bankrap

Jika benar, perbuatannya mungkin melibatkan kesalahan di bawah:

  1. Akta Profesion Undang-Undang 1976
  2. Undang-Undang Kebankrapan

Malaysia ialah negara berteraskan undang-undang (rule of law), bukan negara yang membenarkan pencerobohan dilindungi oleh sentimen agama.

Keharmonian tidak boleh dibina di atas pelanggaran undang-undang. Undang-undang mesti ditegakkan secara konsisten, tanpa pengecualian.

Tiada ulasan: