Thursday, April 24, 2025

Wajah Kudus Bertopeng Dosa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari itu penuh sesak. Bukan sahaja dengan peguam dan wartawan, malah rakyat biasa yang mahu menyaksikan kes paling hangat tahun ini - kes kuil di atas tanah milik orang lain. Di barisan hadapan, duduk seorang lelaki berwajah tenang namun matanya menyimpan gelisah. Dialah defendan dalam kes ini, Dato' Arvind.

Di seberang sana, seorang wanita tua dari suku Temuan duduk tegak, bertongkat rotan manau tua beraut ukiran halus. Di sisinya, seorang peguam muda bernama Azril membuka fail penuh dokumen. Satu persatu bukti telah dikemukakan sejak minggu lalu, dan hari ini ialah hari kemuncak.

"Tuan Hakim, saya mohon kebenaran untuk membentangkan bukti terakhir," kata Azril. Suaranya tidak keras, tetapi jelas. Semua hadirin diam. Azril mengangkat sekeping kertas.

"Ini adalah salinan mesej antara Dato' Arvind dan seorang bergelar 'YB'. Mesej ini merujuk rancangan membina pusat komersial dan kafe spiritual bersebelahan dengan tapak tanah binaan kuil yang dipertikaikan. Dan di sini - saya petik: 

'Jangan risau, saya akan minta PM keluarkan kenyataan umum – kuil ini dibina demi keharmonian kaum. Bila dapat sokongan kerajaan pusat, habis cerita. Tanah pun jadi halal.'"

Dewan mahkamah bergema dengan bisikan. Wartawan segera mencatat. Mata Dato' Arvind membulat.

"Fitnah!" jeritnya. "Saya hanya mahu jaminan perlindungan. Ini demi masyarakat saya—"

Hakim mengangkat tangan dan memukul palu dan memotong gumam Dato' Arvind dengan tegas.

"Dato' Arvind, ini adalah mahkamah. Bukan tempat mengemis simpati politik."

Azril melangkah ke hadapan, wajahnya menyala dengan keyakinan dan semangat.

"Kalau begini caranya, Yang Arif, setiap penceroboh tanah akan berlindung di sebalik nama agama dan mencari campur tangan serta restu pemimpin politik bagi menghalalkan tindakan salah mereka. Maka, jika perangan ala machiavelli ini terus dibiarkan, maka keadilan tidak akan wujud lagi."

Mahkamah menjadi sunyi.

Hakim, memandang ke seluruh hadirin dewan.

"Mahkamah ini bukan pentas untuk sandiwara` suci yang dibumbui niat tersembunyi. Undang-undang tidak tunduk pada kuasa, dan kebenaran tidak dapat dijual beli dengan sokongan politik. Biasanya mahkamah akan ditangguhkan sementara saya sediakan penghakiman bertulis, tetapi untuk kepentingan keadilan, saya akan bemberikan keputusan saya hari ini juga. Setelah meneliti hujah dan keterangan kedua-dua pihak selama 4 hari sidang, mahkamah dengan ini:

(i) mengistiharkan bahawa kuil dibina atas tanah rampasan, tanpa kebenaran atau izin pemilik berdaftar, adalah binaan haram;

(ii) pihak kuil perlu membuat pengosongan serta-merta. Defendan perlu memberikan milikan kosong pada kadar segera; juga

(iii) diperintahkan bahawa Defendan mengembalikan hartanah yang dirampas dengan mengembalikannyua kepada keadaan asal sebelum ianya disalahguna; dan

(iv) Permohonan Plaintif dibenarkan dengan kos"

Dato' Arvind terduduk. Baginya dunia seakan telah runtuh. Dia memikirkan kesan kes ini kepada kuil-kuil lain yang masih dalam pembinaan, kesemuanya tidak mendapat restu pemilik tanah, walaupun Kanun Tanah Negara telah wujud sejak tahun 1965! Peguamnya telah gagal buat kali kedua untuk menunjukkan kelewatan untuk mematuhi peruntukkan undang-undang masih berada dalam tempoh yang munasabah.

Di luar mahkamah, orang ramai mula bertepuk tangan perlahan. Tok Batin tua dari suku Temuan menunduk perlahan, matanya berkaca-kaca. Tanahnya mungkin tidak akan kembali seperti dulu, namun maruahnya telah ditebus.

Dan kuil haram yang dibina atas manipulasi dan dosa - akhirnya dirobohkan oleh suara keadilan.

No comments: