Tuesday, April 29, 2025

Checklist untuk Menangani isu pencerobohan dan binaan haram

1. Kenali Medan (Know the Terrain)

  • Semak status tanah di Pejabat Tanah (Geran, Pajakan, Rezab Kerajaan, Tanah Rizab Melayu).
  • Fahami lokasi: adakah dalam kawasan:
    • Kawasan taman perumahan/taman permainan/padang komuniti
    • Rezab Sungai
    • Rezab Hutan
    • Gua semula jadi / kawasan formasi batu kapur
  • Fahamkan jenis binaan: sementara, kekal, komersial, kediaman.

2. Undang-Undang Rujukan Utama (Know the law)

Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) (Akta 56/1965)
Seksyen 425 - Kesalahan pencerobohan tanah kerajaan / rizab.




Rezab sungai / saliran Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
(Akta 133) &
Akta Lembaga Sumber Air Negara 2006 (Akta 654)

Pencerobohan ke atas parit, sungai, dan sistem saliran melanggar peruntukan; tindakan merobohkan dan saman.



 

Hutan simpan / hutan Kerajaan
Akta Perhutanan Negara 1984
(Akta 313)

 Seksyen 32 - binaan tanpa kelulusan dalam hutan simpan adalah kesalahan berat.

 

)


 

Gua (formasi batu kapur / warisan geologi)

Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)

Seksyen 67-69 - Gua berpotensi diklasifikasikan sebagai Warisan Semula Jadi — sebarang kerosakan / pencerobohan adalah kesalahan.

 

Kanun Keseksaan Malaysia (Akta 574)
Bab XVII: Kesalahan-Kesalahan terhadap Harta

  1. Seksyen 441: Pencerobohan Jenayah:
    • Seseorang dianggap melakukan pencerobohan jenayah jika dia memasuki atau tinggal di atas harta orang lain dengan niat untuk melakukan kesalahan, mengganggu hak pemilik, atau menyebabkan kerosakan.
  2. Seksyen 442: Pencerobohan Rumah:
    • Pencerobohan rumah berlaku apabila seseorang memasuki rumah orang lain dengan niat untuk melakukan kesalahan atau mengganggu ketenteraman penghuni.
  3. Seksyen 447: Hukuman untuk Pencerobohan Jenayah:
    • Hukuman bagi pencerobohan jenayah termasuk penjara sehingga 6 bulan, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya.

Implikasi

  • Pencerobohan di kawasan awam atau tanah milik kerajaan juga boleh dianggap sebagai pencerobohan jenayah jika memenuhi syarat-syarat di atas. Jika pencerobohan melibatkan kerosakan kepada alam sekitar atau struktur semula jadi seperti gua, ia mungkin melanggar undang-undang lain seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

 

Akta-Akta lain yang mungkin berkaitan kerana kacau-ganggu dek pencerobohan

  1. Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520):
    • Mengawal selia pendaftaran kontraktor, bahan binaan, dan standard keselamatan dalam industri pembinaan.
  2. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172):
    • Mengawal perancangan dan pembangunan tanah untuk memastikan pembangunan yang teratur.
  3. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127):
    • Memerlukan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk projek pembinaan yang besar.
  4. Akta Kerja Saliran 1954 (Akta 354):
    • Mengawal kerja saliran dan memastikan tiada pencerobohan atau gangguan terhadap sistem saliran.
  5. Akta Pembangunan Mineral 1994 (Akta 525):
    • Mengawal pembangunan kawasan yang mempunyai kepentingan mineral, termasuk kawasan batu kapur.
  6. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514):
    • Menjamin keselamatan pekerja di tapak pembinaan.
  7. Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645):
    • Melindungi tapak warisan yang mungkin terjejas oleh aktiviti pembinaan.


3. Membina Perikatan (Alliances) dengan pihak berkuasa negeri / pihak berkuasa tempatan

  • Jabatan Tanah dan Galian (PTG)
  • Majlis Perbandaran / Bandaraya (PBT)
  • Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) — jika rezab sungai
  • Jabatan Perhutanan Negeri — jika kawasan hutan simpan
  • Jabatan Warisan Negara — jika pencerobohan melibatkan gua

4. Serang Kelemahan (Strike Weaknesses)

  • Hantar Notis Bertulis kepada Penceroboh:
    • Notis Pencerobohan Tanah (KTN Seksyen 425)
    • Notis Pengusiran di bawah Akta Parit dan Bangunan (Akta 133)
    • Notis Kesalahan di bawah Akta Perhutanan (Akta 313)
    • Notis Pelanggaran Akta Warisan Kebangsaan (Akta 645)

(buat Salinan kepada wakil DYMM Sultan Negeri terbabit dan kepada Yang Dipertua Negeri/Governor untuk Negeri/Wilayah yang tidak mempunyai Sultan. Dibawah Perlembagaan Malaysia, isu melibatkan tanah berada dalam Senarai Negeri/State List)

  • Jika penceroboh berdegil, enggan, gagal dan/atau lalai keluar setelah tamat tempoh notis, failkan:
    • Writ Pengusiran (Mahkamah Sivil)
    • Tuntutan Gantirugi
    • Laporan Polis untuk kes jenayah pencerobohan

5.  Semak-imbang atas pihak berkuasa

Buat laporan beserta bukti bergambar/video kepada Biro Pengaduan Awam melalui SISPAA 2.0, tunggu dan pantau perkembangan kes. Namun, jika pihak berkuasa negeri/ pihak tempatan secara tidak munasabah gagal melaksanakan amanah menurut undang-undang, bersekongkol, tidak telus dan menyebelahi penceroboh, enggan, cuai  dan/atau lalai melaksanakan tanggungjawab mereka:

    • Dapatkan nasihat peguam untuk memohon Writ Mandamus dengan sokongan affidavit ke atas kerajaan negeri, badan Kerajaan tempatan untuk memaksa mereka melakssanakan apa  yang termaktub disisi undang-undang
    • Laporan Polis dan Laporan kepada SPRM untuk siasatan

 
Jika pihak berkuasa negeri/pihak berkuasa tempatan waima Kerajaan Malaysia sekalipun bertindak melampaui bidang kuasa dibawah undang-undang, meluluskan atau mengeluaran arahan yang sebenarnya tidak dapat dikuatkuasakan:

    • Dapatkan nasihat peguam untuk memohon Writ Certiorari agar Mahkamah mengeluarkan perintah membatalkan arahan atau tindakan yang melampaui bidangkuasa itu
    • Laporan Polis dan Laporan kepada SPRM untuk siasatan

5. Mengamankan Kawasan (Secure Supply Lines)

  • Pagar kawasan dengan papan tanda amaran jelas.
  • Pantau secara berkala (oleh pihak berkuasa).
  • Gunakan teknologi: CCTV, drone, satelit.

Fokus kepada menentang perlanggaran undang-undang!

No comments: