Bahan-Bahan:
· 1 biji buah limau purut
· Kayu serapat
· Daun sireh bertemu urat
· Buah manjakani
· Bunga cengkeh
Ramuan boleh diperolehi kat Pasar chowkit.
Cara-Cara Penyediaan:
1. Sediakan Serbuk Jamu:
Ambil buah manjakani, kayu serapat, dan bunga cengkeh dalam kuantiti yang sama banyak. (Elakkan daripada mengambil terlalu banyak, kerana jamu ini sangat pahit).
Tumbuk ketiga-tiga bahan ini sehingga halus.
2. Sediakan Limau Purut:
Potong bahagian atas buah limau purut, seperti memotong buah kelapa muda untuk mengambil airnya.
Kikis/lubangi sedikit isi buah limau purut di bahagian bawah (dalam saiz batang sudu) untuk diisi dengan serbuk jamu tadi.
3. Isi dan Tutup Limau:
Masukkan kesemua serbuk jamu ke dalam limau purut.
Ambil pencungkil gigi dan cucuk untuk menyambungkan semula bahagian atas buah limau dengan bahagian badannya. Buat 3 biji.
4. Balut dengan Daun Sireh:
Balutkan limau purut yang telah disambung itu dengan daun sireh. Cara membalutnya adalah sama seperti membungkus 'isi tapai'. Pastikan ia kemas.
5. Kukus Jamu:
Tiga bungkusan yang sama dietakkan ke dalam periuk pengukus. Isikan air & letakkan sedikit daun pandan.
Kukus sehingga keluar bau wangi dan buah limau bertukar warna menjadi pucat kehitaman.
Cara Pengambilan:
· Sejukkan jamu yang telah dikukus.
· Makan satu bungkusan selang sehari.
Makan buah dgn kulit-kulitnya ya 😁. Daun Sireh boleh discard.
Orang mengandung or ada masalah tekanan darah rendah dilarang makan.
Ada cara nak memakannya supaya tak pahit... tapi bab ini arwah bibik minta agar ianya dirahsiakan. Dah pandai buat, tapi tak reti nak consume, tak guna juga. So I shall let kome fikirkan sendiri caranya. Arwah bibik dapat resepi, cara penyediaan dan cara memakannya straight from Keraton Jogjakarta. Arwah bibik tidak betah tinggal diistana kerana banyak sangat protokol & adat... memilih untuk pulang ke Medan setelah bernikah dengan suaminya, menjalani hidup sebagai orang kebanyakan.
Alfatihah untuk bibik Misnah, yang meninggal dunia dirumah hamba kerana sakit tua. Semoga perkongsian ini menjadi asbab cacatan hasanat untuk bibik.
No comments:
Post a Comment