Zaman menuntut ilmu di MRSM Jasin dahulu penulis sempat pernah belajar topik ini dibawah Cikgu Idhan di dalam kelas Kursus Kemahiran berfikir. Ianya adalah subjek elektif, tapi wajib budak-budak MRSM belajar.
Plus-Minus-Interesting (PMI) adalah berasal dari buku pemikir, Edward de Bono - ianya adalah teknik pemikiran kritis yang digunakan untuk menilai idea atau situasi dengan mengenal pasti aspek positif, negatif dan apa yang menariknya mengenai idea itu.
Amat penting anak-anak sekarang didedahkan dengan cara berfikiran kritis agar dapat segera matang dan mumaiyiz, berupaya membezakan yang baik dan buruk dan membuat keputusan yang terbaik untuk kini dan masa datang. Malang anak-anak muda sekarang tidak dapat berfikir, hanya ikut buta sahaja, tak tahu nak buat apa, ramai bergantung sepenuhnya kepada ibubapa untuk memutuskan. Malas nak fikir sendiri, kena tunggu orang arah aje! Janganlah begitu wahai anak muda. Ayah dan ibu anda tidak hidup buat selama-lamanya untuk mendorong anda .... esok dah tak ada ayah dan mak, kelak akan menyesal tidak belajar berfikir untuk kebaikan diri dan masa hadapan. Berubahlah mulai sekarang.
Tatacara pemikiran ini mudah untuk di praktikkan sebenarnya. Ianya melibatkan penyenaraian:
(i) kebaikan;
(ii) keburukan topik atau idea; dan
(iii) kemudian mempertimbangkan potensi implikasi atau akibat daripada setiap topik atau idea.
Lajur "Kebaikan" merujuk kepada aspek positif idea, manakala lajur "Keburukan" merujuk kepada aspek negatif.
Lajur "menarik" adalah untuk sebarang kemungkinan implikasi atau akibat yang tidak jelas positif atau negatif tetapi patut diterokai dengan lebih lanjut.
Melalui cara berfikir begini dapat membantu kita menilai secara sistematik pelbagai aspek idea atau situasi. Teknik PMI dapat membantu individu membuat keputusan yang lebih jelas dan berfikir secara lebih kritis.
Penulis amat merasa bertuah dapat mempelajari cara berfikir begini. Sayang, zaman dulu jarang dengan budak2 Sekolah Agama Menengah didedahkan dengan cara berfikiran kritis, sedangkan hampir tiap hari kami didedahkan dengan soalan "afala yatafakkarun? / maza tufakkir?" - kenapa kamu tidak memikirkannya / apa yang anda fikirkan?
No comments:
Post a Comment