"Jaga-jaga anak kita, jangan sampai jadi hamba - Kita ini orang merdeka.
Anak-anak kitakah yang memikul beban kesilapan kita?..
Selamatkan anak kita, dari padang jerangkap samar..
Anak kita bermain lastik dan berpistolan?
Panggilah mereka pulang, ayah nak ajar tentang kurang ajar..."
Itulah antara bait-bait nasihat lagu ini...dengarlah lagu dan fahami mesej yang nak disampaikan. Tentunya sang ayah mahu mengajar kebaikan, bukan promote buat perkara negatif, takde ayah yang akan ajar or galakkan anak ponteng sekolah, hisap dadah, mencuri hak orang lain atau malang sekali, tanpa pemantauan ibubapa, gemar tonton porno! Di sesetengah masyarakat, kejayaan seseorang diukur dengan pencapaian anak-anaknya dari segi agama, akhlak dan pembangunan siasah diri terpuji. Namun, ada juga yang lebih menitikberatkan kejayaan akademik dan kemewahan hidup, namun perangai dan adab pekerti sang anak tak matang dan tak tentu arah. Drama swasta TV sering memaparkan kepincangan ini.
Sejak dari zaman menjadi peguam dahulu penulis dah tambah beberapa line ke dalam lirik lagu ini...
Jaga-jaga anak kita - jangan sampai jadi bohsia
Jaga-jaga anak kita - jangan sampai tarik ganja
Jaga-jaga anak kita - jangan sampai lupa dunia
Jaga-jaga anak kita - bawa kita ke neraka
Jaga-jaga anak kita - jangan jadi bangsa hina
Bila terdengar lagu ini di corong radio - stesyen Era atau FM Klasik sering teringat kepada sahabat lama arwah Redzuan Nordin yang jadi lead singer dan sahabat baik sejak di MRSM Jasin, Khairil Aznan yang buat persembahan lagu ini semasa kami Final Year Law Fraternity Dinner tahun 1994, betul sebelum kami menjadi graduan undang-undang UIA puluhan tahun dulu. Depa melawak memang kasar, masa tu penulis pertama kali pernah dengar lagu ni ..... so depa boleh kata tajuk lagu ni lagu "Anak-anak babi!".
Bila fikir balik... mungkin betul... sesetengah orang memang berperangai begini. Baca sahaja di dada-dada akhbar, ada anak sangup menikam mati ayah sendiri sebab tak bagi beli motor. Ada yang sanggup menipu dan mencuri contohnya, dikeratnya motor orang lain dan dijual sebagai alat ganti kerana teringin sangat nak pakai IPhone.
Hakikatnya zaman sekarang amat jarang nampak anak-anak bermain lastik dan berpistolan... semua main gadget dan terdedah tengok benda yang bukan-bukan dek langit terbuka! Maka siapakah yang di rujuk oleh M Nasir "anak-anak kitakah yang berlari telanjang di bawah mentari sumbing?". Pada penulis, "Kita" ini merujuk kepada golongan melayu bumiputra. Ya, hakikatnya banyak kes rogol bawah umur, curi motorsikal, hisap dadah... yang penulis sendiri kendalikan golongan kita la yang jadi juaranya. Sungguh keras teguran M Nasir dalam lagu ni... jangan esok mabuk tonggeng telentang telanjang buat perkara lagha sudah! M Nasir tentunya tak ingin melihat anak bangsa kita lalai dan terjerumus dalam perkara negatif.
Tapi lagi baik didik dan jaga anak sendiri, semoga anak-anak ini dapat mendoakan kesejahteraan kita bila kita dah tak ada esok. Didik anak orang lain, belum tentu dia mahu dengar cakap kita. Silap haribulan di babi-babikannya kita. Siapa yang memilih kerjaya guru, perkara yang amat sukar adalah untuk menjadi murabbi yang mendidik, sesiapa pun boleh menjadi guru, jadi murabbi belum tentu. Di negara ini mungkin dah jadi budaya, anak yang berbuat salah, orang lain yang dipersalahkan - anak dia je yang baik, orang lain atau guru yang memegang amanah untuk mendisiplin pelajar yang jahat atau dengki dengan anak kita!
Ah! kacau...nanti ada pula yang sakit hati nak minta Kerajaan Madani haramkan lagu Dato M Nasir ni.
Tapi yang penting sekali, muhasabahlah diri - janganlah sentap atau emosi lebih dan menyalahkan orang lain sebelum cerminkan diri dan anak-anak anda : adakah anda tahu apa yang anak-anak anda lakukan semasa ketiadaan anda? Bolehkah anda mempercayai kata-kata mereka? Atau hakikatnya, anda selama ini sering diperdayakan oleh anak sendiri.. Kena goreng hangus!
Selalulah berdoa agar kita sentiasa berani menyatakan fakta. Faktalah yang memisahkan hak dan batil dan manusia diberikan akal fikiran dan kebebasan untuk memilih - itulah intisari Surah Al-Insan. Syukur. penulis diajari doa berikut ini yang dimohon setiap kali lepas solat. Mudah-mudahan Allah merahmati kita semua dan menjauhkan kita daripada musibah ini.
Antara pesanan arwah ayah penulis yang masih diingati sehingga kini, biarlah kita hidup menjadi benih yang baik walau ke mana jua kita pergi. Dicampak ke laut menjadi pulau, terdampar di daratan menjadi gunung, dilontar ke langit menjadi bintang yang menyinar, membantu. memberi panduan dan memanfaatkan orang lain. Jauhilah ikut resmi dalam ungkapan filem P Ramlee "kecik-kecik tak nak mampus, sudah besar menyusahkan orang!" Tapi kalau tak mahu dengar, tak ingin berubah sikap, masih bodoh-sombong, membakulsampahkan teguran takpe... itu nasib engkoranglah!
No comments:
Post a Comment