Friday, April 21, 2023

Tips menghafal AlQuran

Menghafal Al-Quran boleh menjadi satu usaha yang mencabar tetapi berbaloi. Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda menghafal Al-Quran dengan cepat:

Fahami Makna: Memahami makna ayat-ayat yang anda hafal boleh membantu anda mengingatinya dengan lebih baik. Luangkan masa untuk mengkaji terjemahan ayat-ayat Al-Quran yang anda hafal dan cuba fahami apa yang ingin disampaikan.

Mengulangi hafalan : Bacakan ayat-ayat tersebut berulang kali sehingga anda menghafalnya. Mulakan dengan bahagian-bahagian kecil Al-Quran dan secara beransur-ansur bergerak ke bahagian yang lebih panjang. Latih diri untuk membaca ayat-ayat tersebut pada waktu yang berbeza sepanjang hari, seperti selepas Subuh, sebelum Maghrib, atau sebelum tidur.

Pengulangan: Pengulangan adalah sangat penting dalam menghafal Al-Quran. Ulangi setiap ayat berulang kali sehingga anda menguasainya.

Dengar Bacaan Audio: Dengar bacaan Al-Quran dari seorang Qari yang baik semasa anda menghafal dapat membantu anda belajar pengucapan dan intonasi ayat-ayat yang betul.

Cari Rakan Hafalan: Janganlah bergerak secara solo! Mencari rakan hafalan boleh membantu anda untuk kekal bermotivasi dan kekal pada landasan yang betul. Anda boleh membacakan ayat-ayat tersebut satu sama lain dan membetulkan kesilapan yang dibuat.

Gunakan Teknik Penghafalan: Gunakan teknik penghafalan seperti visualisasi, asosiasi, dan pengulangan untuk membantu anda menghafal Al-Quran dengan lebih berkesan.

Konsistensi: Konsistensi adalah kunci apabila datang kepada menghafal Al-Quran. Jadikan ia sebagai kebiasaan harian untuk menghafal sejumlah ayat setiap hari, dan kekalkan ia sebagai rutin harian anda.

Ingatlah, menghafal Al-Quran adalah sebuah perjalanan yang memerlukan kesabaran, dedikasi, dan komitmen. Semoga Allah SWT menjadikannya mudah bagi anda untuk menghafal dan memahami kitabNya.

Tuesday, April 18, 2023

Anak-Anak Kita M Nasir


"Jaga-jaga anak kita, jangan sampai jadi hamba - Kita ini orang merdeka.

Anak-anak kitakah yang memikul beban kesilapan kita?..

Selamatkan anak kita, dari padang jerangkap samar..

Anak kita bermain lastik dan berpistolan?

Panggilah mereka pulang, ayah nak ajar tentang kurang ajar..."

Itulah antara bait-bait nasihat lagu ini...dengarlah lagu dan fahami mesej yang nak disampaikan. Tentunya sang ayah mahu mengajar kebaikan, bukan promote buat perkara negatif, takde ayah yang akan ajar or galakkan anak ponteng sekolah, hisap dadah, mencuri hak orang lain atau malang sekali, tanpa pemantauan ibubapa, gemar tonton porno! Di sesetengah masyarakat, kejayaan seseorang diukur dengan pencapaian anak-anaknya dari segi agama, akhlak dan pembangunan siasah diri terpuji. Namun, ada juga yang lebih menitikberatkan kejayaan akademik dan kemewahan hidup, namun perangai dan adab pekerti sang anak tak matang dan tak tentu arah. Drama swasta TV sering memaparkan kepincangan ini.

Sejak dari zaman menjadi peguam dahulu penulis dah tambah beberapa line ke dalam lirik lagu ini...

Jaga-jaga anak kita - jangan sampai jadi bohsia

Jaga-jaga anak kita - jangan sampai tarik ganja

Jaga-jaga anak kita - jangan sampai lupa dunia

Jaga-jaga anak kita - bawa kita ke neraka

Jaga-jaga anak kita - jangan jadi bangsa hina

Bila terdengar lagu ini di corong radio - stesyen Era atau FM Klasik sering teringat kepada sahabat lama arwah Redzuan Nordin yang jadi lead singer dan sahabat baik sejak di MRSM Jasin, Khairil Aznan yang buat persembahan lagu ini semasa kami Final Year Law Fraternity Dinner tahun 1994, betul sebelum kami menjadi graduan undang-undang UIA puluhan tahun dulu. Depa melawak memang kasar, masa tu penulis pertama kali pernah dengar lagu ni ..... so depa boleh kata tajuk lagu ni lagu "Anak-anak babi!".

Bila fikir balik... mungkin betul... sesetengah orang memang berperangai begini. Baca sahaja di dada-dada akhbar, ada anak sangup menikam mati ayah sendiri sebab tak bagi beli motor. Ada yang sanggup menipu dan mencuri contohnya, dikeratnya motor orang lain dan dijual sebagai alat ganti kerana teringin sangat nak pakai IPhone. 

Hakikatnya zaman sekarang amat jarang nampak anak-anak bermain lastik dan berpistolan... semua main gadget dan terdedah tengok benda yang bukan-bukan dek langit terbuka! Maka siapakah yang di rujuk oleh M Nasir "anak-anak kitakah yang berlari telanjang di bawah mentari sumbing?". Pada penulis, "Kita" ini merujuk kepada golongan melayu bumiputra. Ya, hakikatnya banyak kes rogol bawah umur, curi motorsikal, hisap dadah... yang penulis sendiri kendalikan golongan kita la yang jadi juaranya. Sungguh keras teguran M Nasir dalam lagu ni... jangan esok mabuk tonggeng telentang telanjang buat perkara lagha sudah! M Nasir tentunya tak ingin melihat anak bangsa kita lalai dan terjerumus dalam perkara negatif.

Tapi lagi baik didik dan jaga anak sendiri, semoga anak-anak ini dapat mendoakan kesejahteraan kita bila kita dah tak ada esok. Didik anak orang lain, belum tentu dia mahu dengar cakap kita. Silap haribulan di babi-babikannya kita. Siapa yang memilih kerjaya guru, perkara yang amat sukar adalah untuk menjadi murabbi yang mendidik, sesiapa pun boleh menjadi guru, jadi murabbi belum tentu. Di negara ini mungkin dah jadi budaya, anak yang berbuat salah, orang lain yang dipersalahkan - anak dia je yang baik, orang lain atau guru yang memegang amanah untuk mendisiplin pelajar yang jahat atau dengki dengan anak kita!

Ah! kacau...nanti ada pula yang sakit hati nak minta Kerajaan Madani haramkan lagu Dato M Nasir ni.

Tapi yang penting sekali, muhasabahlah diri - janganlah sentap atau emosi lebih dan menyalahkan orang lain sebelum cerminkan diri dan anak-anak anda : adakah anda tahu apa yang anak-anak anda lakukan semasa ketiadaan anda? Bolehkah anda mempercayai kata-kata mereka? Atau hakikatnya, anda selama ini sering diperdayakan oleh anak sendiri.. Kena goreng hangus!

Selalulah berdoa agar kita sentiasa berani menyatakan fakta. Faktalah yang memisahkan hak dan batil dan manusia diberikan akal fikiran dan kebebasan untuk memilih - itulah intisari Surah Al-Insan. Syukur. penulis diajari doa berikut ini yang dimohon setiap kali lepas solat. Mudah-mudahan Allah merahmati kita semua dan menjauhkan kita daripada musibah ini.

Antara pesanan arwah ayah penulis yang masih diingati sehingga kini, biarlah kita hidup menjadi benih yang baik walau ke mana jua kita pergi. Dicampak ke laut menjadi pulau, terdampar di daratan menjadi gunung, dilontar ke langit menjadi bintang yang menyinar, membantu. memberi panduan  dan memanfaatkan orang lain. Jauhilah ikut resmi dalam ungkapan filem P Ramlee "kecik-kecik tak nak mampus, sudah besar menyusahkan orang!" Tapi kalau tak mahu dengar, tak ingin berubah sikap, masih bodoh-sombong, membakulsampahkan teguran takpe... itu nasib engkoranglah!

Monday, April 17, 2023

Plus, Minus & Interesting

Zaman menuntut ilmu di MRSM Jasin dahulu penulis sempat pernah belajar topik ini dibawah Cikgu Idhan di dalam kelas Kursus Kemahiran berfikir. Ianya adalah subjek elektif, tapi wajib budak-budak MRSM belajar.

Plus-Minus-Interesting (PMI) adalah berasal dari buku pemikir, Edward de Bono - ianya adalah teknik pemikiran kritis yang digunakan untuk menilai idea atau situasi dengan mengenal pasti aspek positif, negatif dan apa yang menariknya mengenai idea itu.

Amat penting anak-anak sekarang didedahkan dengan cara berfikiran kritis agar dapat segera matang dan mumaiyiz, berupaya membezakan yang baik dan buruk dan membuat keputusan yang terbaik untuk kini dan masa datang. Malang anak-anak muda sekarang tidak dapat berfikir, hanya ikut buta sahaja, tak tahu nak buat apa, ramai bergantung sepenuhnya kepada ibubapa untuk memutuskan. Malas nak fikir sendiri, kena tunggu orang arah aje! Janganlah begitu wahai anak muda. Ayah dan ibu anda tidak hidup buat selama-lamanya untuk mendorong anda .... esok dah tak ada ayah dan mak, kelak akan menyesal tidak belajar berfikir untuk kebaikan diri dan masa hadapan. Berubahlah mulai sekarang.

Tatacara pemikiran ini mudah untuk di praktikkan sebenarnya. Ianya melibatkan  penyenaraian:

(i) kebaikan;

(ii) keburukan topik atau idea;  dan

(iii) kemudian mempertimbangkan potensi implikasi atau akibat daripada setiap topik atau idea.

Lajur "Kebaikan" merujuk kepada aspek positif idea, manakala lajur "Keburukan" merujuk kepada aspek negatif.

Lajur "menarik" adalah untuk sebarang kemungkinan implikasi atau akibat yang tidak jelas positif atau negatif tetapi patut diterokai dengan lebih lanjut.

Melalui cara berfikir begini dapat membantu kita menilai secara sistematik pelbagai aspek idea atau situasi. Teknik PMI dapat membantu individu membuat keputusan yang lebih jelas dan berfikir secara lebih kritis.

Penulis amat merasa bertuah dapat mempelajari cara berfikir begini. Sayang, zaman dulu jarang dengan budak2 Sekolah Agama Menengah didedahkan dengan cara berfikiran kritis, sedangkan hampir tiap hari kami didedahkan dengan soalan "afala yatafakkarun? / maza tufakkir?" - kenapa kamu tidak memikirkannya / apa yang anda fikirkan?


Thursday, April 13, 2023

Six Thinking Hats - a summary

Edward de Bono's book "Six Thinking Hats" is a guide to help individuals and teams think more effectively and creatively. The book introduces the concept of "parallel thinking," where everyone focuses on the same type of thinking at the same time, as opposed to traditional debate-style thinking where people argue different points of view.

De Bono presents six different "hats" or modes of thinking, each represented by a different color:

  1. White hat - objective and data-driven thinking

  2. Red hat - emotional and intuitive thinking

  3. Black hat - critical and cautious thinking

  4. Yellow hat - optimistic and positive thinking

  5. Green hat - creative and innovative thinking

  6. Blue hat - meta-level thinking that manages the thinking process itself

The idea is that individuals can switch between these different hats to approach a problem or idea from multiple perspectives, leading to better decision-making and problem-solving.

De Bono provides guidelines for how to use the hats in both individual and group settings, as well as how to manage potential conflicts that may arise. By using the hats, individuals and teams can overcome biases, explore different options, and generate new and innovative ideas.

So lepas ni kita nak pakai topi hat mana?

Saturday, April 08, 2023

The Power of Negative (Preventive) Thinking

The book "The Power of Negative Thinking" by Tony Humphreys argues that negative thinking is essential for personal growth and development. Humphreys believes that positive thinking can lead to denial and avoidance of problems, while negative thinking encourages introspection and self-awareness. He suggests that individuals should embrace their negative thoughts and emotions, and use them as opportunities for personal reflection and growth. The book also discusses how negative thinking can be beneficial in relationships, education, and career development. Ultimately, the book promotes the idea that negative thinking can be a positive force in our lives.

For those who had read the book - the author admitted that there is no such thing as a negative thinking! What the author wants to highlight in his book is that whatever labelled as negative thinking is actually protective/preventive thinking. Ianya adalah sebagai tatacara pengurusan risiko, dalam bahasa dan adat orang melayu - biar titik, jangan tumpah.

For years I had encouraged friends especially yang ada isu dengan pinjaman bank, kes anak nakal , kes sabitan jenayah (antaranya melibatkan kes rogol budah bawah umur, kes curi dan kes dadah, rata-ratanya kes juvana belaka yang datang memohon pertolongan penulis) untuk membaca buku ini, janganlah asyik husno dzon sahaja.

Selalunya mereka akan melenting "eh - anak aku dan kawan-kawan dia baik-baik belaka ya, positiflah sikit".

Sayang, kalau depa ni ditangkap kerana kesalahan apa pun, yang selalu disalahkan adalah cikgu dan sekolah, diri sendiri tak salah bila anak berperangai liar, biadap dan terlibat dengan kes jenayah. Kesian! Kalian terlalu positif, sehingga tak sedar anak sendiri positif juga - tapi positif dadah! Tak tahu nak kata apa.

Membaca adalah amalan yang mulia dan juga jambatan ilmu. Yang hairannya orang yang tidak pernah pun membaca walau sehelai kandungan buku terus kondem keseluruhan kandungan buku ini tanpa ilmu! Mungkin kerana tajuk buku ini agak kontroversi, kerana selama ini yang biasa didengar adalah "Positif Thinking". Maka tidak hairanlah sekiranya anak-anak mereka berkesudahan macam itu.

Thursday, April 06, 2023

Inisiatif kitar semula di sekolah

Zaman penulis sekolah dulu tak ada kelab atau persatuan kitar semula. Yang penulis tahu, asal barang jadi duit, kita tolak aje kepada “keling botol” atau pembeli surat khabar dan majalah lama. Zaman tu kita timbang kati dan bolehlah dapat sikit duit untuk belaja sekolah. Sekarang ini banyak kelab atau NGO diwujudkan di taman-taman perumahan khususnya di Shah Alam yang diwujudkan pusat kutipan bahan buangan untuk di kitar semula di setiap seksyen.

Dengan adanya inisiatif kelab kitar semula di peringkat sekolah, boleh mempromosikan gaya hidup lestari di sekolah dan masyarakat sekeliling. Beberapa idea untuk aktiviti kelab kitar semula sekolah adalah seperti berikut:

  1. Menganjurkan acara pengutipan kitar semula: Mengatur dan mengadakan acara pengutipan kitar semula secara berkala di dalam sekolah, di mana pelajar boleh mengumpul bahan kitar semula seperti plastik, kertas, dan tin aluminium.
  2. Menyertai aktiviti membersihkan komuniti: Mengatur dan menyertai aktiviti membersihkan komuniti, di mana kelab dapat memimpin usaha untuk mengumpulkan sampah dan bahan kitar semula.
  3. Mendidik masyarakat setempat tentang kitar semula: Mengadakan ceramah, bengkel, atau perhimpunan untuk mendidik pelajar dan masyarakat tentang kepentingan kitar semula dan bagaimana melaksanakannya dengan betul serta teratur.
  4. Mencipta projek seni dengan bahan kitar semula: Menggalakkan pelajar untuk mencipta projek seni menggunakan bahan kitar semula seperti kertas, kadbod, dan botol plastik.
  5. Memulakan program kompos: Memulakan program kompos di sekolah untuk mengitar semula bahan sisa makanan dan mengubahkannya menjadi baja yang kaya dengan nutrien untuk taman sekolah.
  6. Mengurangkan pembaziran: Mendorong pelajar untuk mengurangkan pembaziran dengan menggunakan botol air, bekas makan tengahari dan peralatan makanan yang boleh digunakan semula.
  7. Mengadakan acara mesra alam: Mengadakan acara mesra alam seperti pameran hijau, jualan tanaman/sayuran atau pertunjukan fesyen lestari untuk meningkatkan kesedaran tentang gaya hidup lestari.
  8. Menjalin kerjasama dengan organisasi tempatan: Menjalin kerjasama dengan organisasi tempatan seperti pusat kitar semula, kumpulan alam sekitar atau fasiliti pengurusan sisa untuk terlibat dalam inisiatif kitar semula yang lebih besar.
  9. Menganjurkan audit sisa buangan: Mengadakan audit sisa buangan secara berkala untuk menilai keberkesanan program kitar semula bagi mengenal pasti bidang-bidang yang perlu diperbaiki.
  10. Memperingati pencapaian kitar semula: Memperingati pencapaian dan kejayaan kitar semula kelab dengan mengadakan upacara penghargaan, pertandingan atau anugerah.

Banyak boleh buat! Mungkin kesedaran ini boleh dipupuk melalui lawatan sambal belajar ke SIRIM Berhad yang ada teknologi dan facility untuk membuat perkakasan guna semula contohnya teknologi plastik “biodegradable” yang telah berjaya dibangunkan.

Wednesday, April 05, 2023

Bila langit dan bumi menangis

Tafsir Ibn Kathir (Surah Addukhan) :

Rasulullah ﷺ membaca firman-Nya: Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka. (Ad-Dukhan: 29) Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya langit dan bumi tidak akan menangisi kematian orang kafir.


Ibnu Abu Hatim mengatakan,- telah menceritakan kepada kami Ahmad ibnu Isam, telah menceritakan kepada kami Abu Ahmad (Yakni Az Zubairi), telah menceritakan kepada kami Al-Ala ibnu Saleh, dari Al-Minhal ibnu Amr, dari Abbad ibnu Abdullah yang telah menceritakan, bahwa pernah ada seorang lelaki bertanya kepada sahabat Ali r.a, "Apakah langit dan bumi menangisi seseorang?" maka Ali r.a. menjawab, "Sesungguhnya engkau menanyakan kepadaku sesuatu hal yang belum pernah ditanyakan oleh seorang pun sebelummu.

Sesungguhnya tiada seorang hamba pun melainkan mempunyai tempat salat di bumi dan tempat naik amalnya di langit. Dan sesungguhnya Fir'aun dan kaumnya tidak mempunyai suatu amal saleh pun di bumi ini dan tidak pula mereka memiliki suatu amal pun yang dinaikkan ke langit." Kemudian Ali r.a. membaca firman-Nya: Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan mereka pun tidak diberi tangguh. (Ad-Dukhhan: 29)

Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib, telah menceritakan kepada kami Talq ibnu Ganam, dari Zaidah, dari Mansur, dari Minhal, dari Sa'id ibnu Jubair yang menceritakan bahwa pernah seorang lelaki datang kepada Ibnu Abbas r.a, lalu bertanya, "Hai Abul Abbas, bagaimanakah pendapatmu tentang firman Allah ﷻ: 'Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan mereka pun tidak diberi tangguh.' (Al-Dukhan: 29) Maka apakah langit dan bumi itu dapat menangisi kematian seseorang?" Ibnu Abbas menjawab, "Ya, sesungguhnya tiada seorang makhluk pun melainkan mempunyai pintu di langit yang darinya turun rezekinya dan dengan melaluinya amal perbuatannya dinaikkan.

Maka apabila seorang mukmin meninggal dunia pintunya yang di langit tempat naik amalnya dan tempat turun rezekinya ditutup, lalu ia merasa kehilangan dia dan menangisinya. Dan tempat dia biasa mengerjakan salatnya di bumi dan tempat ia biasa berzikir kepada Allah ﷻ bila dia meninggal, merasa kehilangan dia dan menangisinya. Dan sesungguhnya kaum Fir'aun itu tidak mempunyai jekak-jejak yang baik di bumi, tidak pula memiliki kebaikan yang dinaikkan ke langit kepada Allah ﷻ Maka langit dan bumi tidak menangisi kematian mereka." Al-Aufi telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. hal yang semisal dengan atsar di atas. Sufyan As-Sauri telah meriwayatkan dari Abu Yahya Al-Qattat, dari Mujahid, dari Ibnu 'Abbas r.a. yang menceritakan bahwa menurut suatu pendapat, bumi menangisi kematian seorang mukmin selama empat puluh hari.

Mujahid mengatakan, bahwa lalu ia bertanya kepada Ibnu Abbas, "Apakah bumi dapat menangis?" Ibnu Abbas menjawab, "Apakah engkau merasa heran?" mengapa bumi tidak menangisi kematian seseorang yang telah meramaikannya dengan rukuk, dan sujud padanya? dan mengapa langit tidak menangisi kematian seseorang hamba yang takbir dan tasbihnya berkumandang seperti suara lebah?" Qatadah mengatakan bahwa kematian Fir'aun dan kaumnya dinilai sangat hina untuk ditangisi oleh langit dan bumi.

Tuesday, April 04, 2023

Akta Tidak Bertulis

Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab RA ada "Akta Tidak Bertulis" untuk mengawal khalifah daripada penyelewengan i.e. tidak melaksanakan tanggungjawab/amanah sebagai pemerintah sepenuhnya secara makro dan mikro.

Amirul Mukminin Umar Bin al-Khattab RA, setelah dilantik menjadi khalifah berkata:
مَن رَأَى مِنكُم فِيَّ اعْوِجِاجًا فَلْيُقَوِّمْهُ
"Sesiapa antara kalian yang melihat pada diriku sesuatu penyelewengan, maka hendaklah kamu meluruskannya".

Seorang Arab Badwi dengan lantang menyebut, "Demi Allah s.w.t, wahai ‘Umar! Jika kami dapati kamu melakukan penyelewengan, maka kami akan meluruskan kamu dengan pedang kami yang tajam!"
Saidina 'Umar RA menjawab;
الحَمْدُ لِلهِ الَّذِي جَعَلَ فِي أُمَّةِ مُحَمَّدٍ مَن يُقَوِّمُ عُمَرَ بِسَيْفِهِ
"Alhamdulillah, pujian bagi Allah s.w.t yang menjadikan dari kalangan umat Muhammad mereka yang sanggup meluruskan 'Umar dengan pedangnya".

Back to the present time, mana datangnya hujah yang menyokong, anak-anak tidak boleh ditegur jika buat salah (bukan salah kecil, menyimpang, menyeleweng, songsang, jelas lagho dan tidak beradab) dengan alasan, alah kita dulu masa muda-muda pun asalnya macam tu juga. Nanti dia berubahlah.... katanya.

"kita pun macam tu???". Would the Calipth, Umar Al-Khattab bersetuju dengan pernyataan ini, atau sang Khalifah terkhilaf pada pandangan anda?

No way. Ini dah melampaui batas. Maknanya : anda redha dan membiarkan anak-anak awak berperangai begitu. Yang disalahkan orang yang menegur untuk betulkan keadaan. Tegur bukan sekali dua sahaja, tapi sebenarnya dah banyak kali dan orang yang menegur dilayan macam dinding, tak dihormati dan di "babi"kan. Kadang-kadang sengaja disebut "labi" sedangkan maksud yang nak disampaikan masih "babi". Yang eksyen pandai sikit kecek jepun menggunakan perkataan "baaka" dalam bahasa melayu bermaksud bodoh. Macamlah kita tak pernah menjejakan kaki ke negara jepun!

Maka orang lain kelak akan faham kenapa sesiapa pun yang berhadapan dengan situasi "siri bercakap dengan dinding" (boleh kalah buku Tamar Jalis!) boleh hilang sabar... memang wajiblah kena maki. Cakap baik-baik berulang kali tak jalan. Oh ya... sebenarnya kami pun lagi terkejut tengok budaya maki hamun dalam rumah kome. Ada adengan campak kerusi lagi kat kampung. Arwah parents kami takde pernah buat macam itu & perkataan "babi" juga tak pernah kami budayakan, tak pernah ada dalam kamus harian kami. Anak kome sendiri pun membabikan anda, ke macam mana? Tah cara lain takde dapat results gamaknya...terpaksa maki hamun dulu. Itulah caranya yang anda ditunjukkan kepada kami. Hanya cara ni baru bergerak... anda juga lempang dan sepak terajang anak, siap halau tidur diluar waktu malam! Anda kenal siapa orangnya yang merasa kasihan, tolong bukakan kunci pintu rumah pujuk & bagi depa masuk - orang itu digambarkan kepada orang lain sangat jahat dan zalim.

Teruskan membawang menceritakan kisah sebelah pihak, sisi anda sahajalah yang benar. Sekiranya perkara sebenar terdedah .... Atau memang kome semua tak pernah ada rasa malu?


Dalam hati : amat bersyukur diri ini, adik beradik serta anak-anak kami dari kecil tak dididik atau terbiar macam tu. bawalah ke ceruk dunia paling hujung pun deme akan menimbulkan masalah. Walau dikerat 24 orang lain yang disalahkan. Maka kita berikan kemenangan percuma, tak perlu bergaduh dengan pilihan anda, tak ada paksaan. Automatik kot depa jadi insan terpuji berakhlak mulia dan immediately jadi straight A students?