Thursday, December 06, 2012

Takziah untuk keluarga Aminulrasyid Amzah

Really sad piece of news...mahkamah memutuskan bahawa...
...for a policeman to fire 21 rounds of bullets from a sub-machine gun in wee hours of the morning in Shah Alam merely to stop a speeding car without knowing it will cause hurt or death even if the car had reduced its speed is perfectly okay in Malaysia. 

Takziah untuk keluarga Aminulrasyid Amzah.

Sesungguhnya polis negara kita dilengkapi dengan alat telekomunukasi canggih. Tak boleh ke  depa radio sekejap ke HQ supaya polis boleh buat roadblock kat depan laluan Orang Kena Tuduh yang nak melarikan diri tu?. 

Masa penulis menyewa kenderaan dan memandu di Florida dulu, ada juga kami melihat kejadian high speed chase di antara polis dengan penjenayah. Penulis memperlahankan kenderaan dan berhenti di tepi jalan untuk memberikan laluan. Beberapa buah kereta polis berhenti betul-betul dihadapan kenderaan kami, anggotanya dengan tangkas keluar dari kereta peronda, membuka boot kereta dan mengeluarkan 1. baju kalis peluru untuk di pakai, 2. senapang patah dan meneruskan perjalanan mengejar penjenayah yang melarikan diri. Sebuah kereta peronda kelihatan bertindak sebagai pusat komunikasi mengatur perjalanan dan memberikan thunbs up kepada penulis kerana memberikan laluan dan memberhentikan kereta. Dapat tangkap juga mamat yang lari tu... dan takde nampak pun polis trigger happy macam polis negara kita. Ada sekali tu penulis tersesat jalan, polis traffik datang membantu dengan penuh sopan santun sekali. 

Apalah nak jadi dengan negara ini. Kalau tukar kerajaan sekalipun jika mentaliti tak bertukar, sama aje hasilnya.

No comments: