Wednesday, July 07, 2010

ESQ165 difatwakan haram di Wilayah Persekutuan

Penulis ditanya dan diminta memberikan pendapat undang-undang mengenai Fatwa Dato Menteri Wilayah Persekutuan mengenai pengharaman ESQ165. Fatwa tersebut boleh didapati di link:

Hanya siapa yg pernah attend training ESQ165 dan benar-benar mengamati kandungannya sahaja yg tahu.

This is based on apa yg saya belajar dulu sekolah & universiti : Adalah hak mufti/mujtahid dalam menjalankan amanahnya untuk mengeluarkan Fatwa/hukum. Sekiranya fatwa yang dikeluarkan tepat disisi Allah, si mujtahid mendapat 2 pahala. Kalaupun dia terkhilaf, dia tetap mendapat 1 pahala. Maka org bertanya, 1 pahala tu macam mana – pahalanya sebesar gunung Uhud (selagimana org tetap berpegang dengan ijtihadnya). [nota : kalau saya tersalah dalam bab ini tolong betulkan saya]

Bukan senang nak mencapai tahap mujtahid - syaratnya ketat. Bukan sebarang orang boleh jadi Mujtahid. Oleh yang demikian orang kebanyakan (khusus warga Wilayah Persekutuan) perlulah menghormati dan mematuhi Fatwa Dato Mufti WP. Walau apa pun fatwa Dato Mufti WP hanya terpakai dalam WP sahaja. Ianya tiada mempunyai kuasa undang-undang dinegeri-negeri lain. Fatwa by a Mufti of FT is only binding on persons residing/staying within the boundaries of the FT (unless the person fall under the exceptions stated in S 34(3) of the Act). Inilah masalahnya kalau pengurusan pentdbiran Agama Islam tidak diseragamkan. Bidang kuasa mengenai undang-undang Islam adalah hak mutlak Sultan negeri masing-masing. Sila lihat Perlembagaan Persekutuan dalam hal ini.

Saya ingin bertanya (tak bererti saya menentang atau memperlekehkan Fatwa Dato Mufti WP): Kalau org bukan beragama Islam buat kajian saintifik dapat results dia “A”. Later on dia mendapati results yg sama yaitu “A” dah lamaaaaaaaaaa dah dok cerita dalam AlQuran lebih 1400 tahun dulu. Adakah ini bererti kita menyamakan kajian dia dgn Islam atau agama dia sama je dgn Islam? Tidak… ini cuma bermakna apa yg dibawakan oleh Islam sudah terlebih dahulu (advanced) dalam menyatakan yg hak. Buatlah kajian macam mana hebat pun, maka kita akan bertemu dengan ALLAH juga.

Kod 19 Dr Rashad Khalifa yg mengaku jadi nabi in US tu takde pun saya jumpa dalam ESQ. Konsep TRINITI pun takde – kalau ada dah lama dah saya jauhi benda ni. Bab org jepun baca ikrar berkali-kali disamakan dengan solat ada disebut dengan sinis… bukan dengan niat untuk menyamakannya dengan ajaran Islam. Kenapa kat jepun rata-rata orangnya jujur sedangkan kita solat 5 kali sehari mengadap Allah, tidak dapat berlaku jujur!

Also how come hampir semua mufti dah ikut training ESQ tak kata apa-apa pun. Some of them ada dalam panel penasihat syariah ESQ165 sebagai penasihat termasuk bekas mufti Wilayah Persekutuan Tan Sri Abd Kader Talib. Dengan rendah hati saya memohon penjelasan.

Please read ESQ Traning Centre’s answer at:
http://esq.com.my/v1/2010/07/malaysia-kenyataan-rasmi-esq/

and the comments made by Ustaz Zaharuddin
http://www.zaharuddin.net/content/view/828/95/#maxcomment91864

Amatlah menyedihkan institusi Mufti di Malaysia masih haywire and causing confusion among muslims. Dari zaman penulis pelajar kat law school lagi, ura-ura untuk menyeragamkan urusan pentadbiran Undang-Undang Syariah dah banyak kali diutarakan. Sampai la ni depa masih bercakap. Action speaks louder than words. Bagi Fatwa-fatwa lain yang sedia ada pun contohnya fatwa merokok yang dikatakan haram, nama aje ada fatwa... it lacks sanction! That being the case, terpulanglah kepada individu terbabit sama ada nak ikut atau tidak. Tepuk dada, tanya iman.

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ النَّاسِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

Daripada Abdullah Bin Amr Bin ‘Ash r.a. berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bahawasanya ALLAH S.W.T. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi ALLAH S.W.T. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama’. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama’ , orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”

Sekarang ini tanggapan masyarakat seolah-olah mufti/bekas mufti kita tak sehaluan atau ada yang menyatakan ala.. depa ni boleh di"beli".Nauzubillah... Orang yang tak berilmu dalam bab ini, harap diam sahaja dan jangan buat kecoh. Kita serahkan aje kepada mereka yang mempunyai ilmu untuk membahaskannya. Karang kome dapat dosa free aje kerana membahaskan sesuatu tanpa ilmu. Refer kepada hadis diatas agar kita terselamat dari fitnah ini.

Kalau ESQ165 benar didapati salah, tetaplah salah. Maka ianya perlulah diperbetulkan dan diperbaiki. Maka marilah kita berdoa agar kesemua mufti kita diberikan taufik dan hidayah - berani untuk membetulkan keadaan. Kalau dakwaan yang dinyatakan tidak berasas, penjelasan yang jelas perlulah diberikan kenapa Dato Mufti mengeluarkan fatwa sedemikian.

Wallahuaklam

No comments: