Friday, December 13, 2013

Menyerlah jauh dari yang biasa



Dah lama nak update, tapi penulis tahun ini teramat sibuk dengan tugas. Haa..... inilah dia piala yang menjadi rebutan .... Alhamdulillah. Terima kasih anakku, Zahratul Jamilah yang berjaya memperolehinya dan juga ...... disebabkan penyampaian anugerah khas tersebut, mama dan ayah dijemput serta menaiki pentas bersama (walaupun tidak dapat diabadikan dalam bentuk foto, iyelah photographer pun kena naik pentas sekali!). Terharu sungguh bila biodata dan cita-cita anak sulung ku dibacakan dan kami tiga beranak dijemput naik ke pentas untuk mengambil anugerah khas ini. Update: akhirnya ada gambar kami bertiga!

Tahniah juga diucapkan kerana berjaya memperoleh sijil mumtaz untuk PSRA 2013. Sekiranya Opah masih ada, sudah tentu dia akan turut berbangga dengan pencapaian Jamilah.


Mewakili sekolah dalam pertandingan pidato



Tahun hadapan, diharapkan dan didoakan agar Husna pula dapat mengikut jejak langkah Jamilah yang walaupun sakit dan penuh kepayahan, berjaya meraih anugerah pelajar Mithali ini.
Husna, don't worry, you are almost there... tahun ni anda pun dapat No. 1 dan juara bertahan pertandingan bercerita selama 3 tahun berturut-turut. Tahun depan tukar penyertaan boleh? Pi masuk pertandingan pidato atau bahas pulak. Haa.. udah tu ye.. jangan banyak main-main lagi, pi sambung hafazan Al-Quran tu. Video dibawah adalah untuk anak-anakku bertiga - Jamilah, Husna dan Sakinah yang kesemuanya memperoleh mumtaz dalam peperiksaan akhir tahun mereka baru-baru ini.

2 comments:

Double H said...

Assalamualikum pakcik, saya kawan husna. Alhamdulillah kitaorang dpt Mumtaz for PSRA 2014.

Superstage said...

Waalaikumsalam anakanda Hannah - welcome on board. Tahniah atas pencapaian anda memperoleh Mumtaz. Teruskan usaha, masih jauh lagi perjalanan dan Pakcik doakan anakanda Hannah selamat berjaya dunia dan akhirat.
~Pakcik Helmi