Popular Posts

Monday, August 29, 2011

Contoh Surat Bercuti untuk Pembantu Rumah Indonesia (Versi Standard)

Diperturunkan disini deraf surat cuti untuk pembantu rumah. Semoga perkongsian ini dapat dicatat sebagai hasanat yang berterusan untuk penulis. Aamin.

Update: 23 Julai 2013. Penulis mendapat khabar bahawa deraf surat ini (termasuk dengan rujukan kepada Hadith Nabi S.A.W. telah menjadi standard yang diterimapakai oleh pihak Imigresyen Republik Indonesia di Medan, Sumatra Utara. Alhamdulillah. Baru-baru ini juga ada pengunjung blog datang bertemu empat mata dengan penulis. Baguslah kalau usaha kita dihargai. Pengunjung adalah bebas menggunakan deraf surat untuk urusan pembantu rumah anda dengan syarat, ianya bukan untuk tujuan komersil atau disiarkan di blog lain tanpa membuat rujukan sumber asal dari mana anda memperolehinya.
***************************************************
Tanggal : [                 ]
U/P : Pihak yang Berkenaan
Tuan,
Kebenaran Pulang Bercuti Bagi Pembantu Rumah
Nama :
No. Passport Indonesia

Sehubungan perkara di atas, saya dengan ini memberi kebenaran untuk bercuti selama [...] hari dari tarikh berangkat pulang ke Indonesia, kepada pembantu rumah saya yang namanya dinyatakan di atas.

Sukacita pihak tuan dapat mempermudahkan urusan beliau dalam perjalanan pulang ke kampung halaman beliau and kembali semula ke Malaysia untuk kembali bertugas dengan selamat tanpa gangguan dan apa jua halangan.

Sepanjang pengetahuan saya, tidak wujud undang-undang bertulis Negara Indonesia yang mewajibkan apajua pembayaran tambahan dibuat oleh pembantu rumah yang pulang sekiranya kepulangan pembantu rumah tidak disertai dengan surat pengesahan cuti dari majikan berdasarkan hujah bahawa hal ehwal pemberian cuti adalah urusan peribadi untuk pengesahan pembantu rumah dengan pihak Imigresyen Malaysia sahaja dan ianya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak di Indonesia. Tambahan pula, tidak terdapat apa-apa aturan mewajibkan bahawa surat cuti pembantu rumah mesti ditaip dengan mesin taip/dicetak dengan pencetak komputer. Surat tulisan tangan daripada majikan sewajarnya adalah memadai. Oleh yang demikian, tindakan pihak-pihak tertentu (sama ada dari pihak pemerintah Malaysia ataupun pemerintah Indonesia) yang mahu menuntut pembayaran tambahan daripada pembantu rumah saya tahun lepas untuk “memudahkan urusan” adalah amat dikesali.

“Allah melaknat mereka yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya,” (riwayat Ahmad)
“Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan dalam api neraka”. (riwayat At Tirmidzi)

Oleh kerana terdapat banyak aduan penganaiyaan yang diterima, seandainya pembantu rumah saya dan/atau rakan-rakannya yang pulang bersama-sama dengannya dikenakan apa jua bayaran tambahan, sila pihak tuan terlebih dahulu mengemukakan dengan jelas, bukti referansi kepada Undang-Undang Ketenagakerjaan Indonesia atau peraturan imigrasi ataupun aturan fiskal Indonesia yang menjadi sumber hukum yang jelas menyokong tindakan menuntut bayaran tambahan tersebut. Sekiranya wujud undang-undang seperti itu, setiap dan tiap-tiap pembayaran mestilah disokong dengan pengeluaran karcis/resit rasmi sebagai bukti pembayaran telah dibuat dengan benar yang dikeluarkan oleh pihak tuan. Rujukan adalah dibuat kepada Pasal 23 (2) Undang-Undang Dasar Republik Indonesia 1945 BAB VIII - HAL KEUANGAN yang menyatakan bahawa “Segala pajak untuk keperluan negara berdasarkan undang-undang”.

Warganegara Indonesia yang berkerja dengan ikhlas pulang ke kampung seharusnya dilayan dengan sewajarnya secara adil, saksama dipermudahkan urusannya dan tidak ditindas, dizalimi dan diperbodohkan oleh sesiapapun.

Seandainya pihak tuan masih memerlukan apa-apa pengesahan, saya boleh dihubungi ditalian [ .....................]

Segala bantuan dari pihak tuan memudahkan urusan keluar-masuk pembantu rumah saya amat dihargai dan didahului dengan dengan ucapan terima kasih.
Yang benar,

………………………………….
Nama
Salinan pendua: Kedutaan Republik Indonesia Kuala Lumpur

Anda mungkin juga meminati link ini:
Majikan yang menganaiya pembantu rumah masuk neraka!

85 comments:

Anonymous said...

Thank you- very helpful!
Regards,
Valerie Low

Superstage said...

I am pleased that the draft letter is of assistance to you. :-).

Anonymous said...

Tq very much Mr Superstage...


Petc

Superstage said...

Sama-sama... Mr Petc.

Peet said...

Very helpful. Thanks Superstage

ahmok said...

thanx a lot for the sample letter..helps me a lot coz my maid going back home 4 this festive holiday..u r d best..cheers..

Superstage said...

Due the contents of this letter, my maid got to taste a real first class treatment from Malaysian & Indonesian officials at the Port Klang Harbour...(quite a scary thing for her). She actually got escorted all the way up to the front of the ferry - bypassing all other passengers! No joke.

Now the officials in Indonesia require that these poor Indonesia workers must register to get a Workers Card in order to return to Malaysia! as if the work permit issued by the Malaysian Govt is not good enough. Pity them a lot!

Siti Khadijah said...

syukran.. Jazakallahu khairan kathira

Siti Khadijah said...

is the 'Worker Card' wajib?? *risau*

Superstage said...

Dah banyak sangat kes rasuah. Maka atas ucapan anda, saya katakan - La syukran lil wajib, ya ukhti. :-)

Superstage said...

Worker Card yg Malaysia punya tak wajib, hanya sebagai pengganti passport kalau maid nak ke mana-mana - takut pasport hilang semasa ke mana-mana.

Bab kad kerja TKI (Tenaga kerja Indonesia) ini perkara baru yg diwujudkan oleh kerajaan Indonesia. Nak membuatnya memakan masa juga di Indonesia. Menyusahkan maid & mereka terpaksa membayar - macam la permit kerja yg dah ada dlm passport tak laku. Hakikatnya kad TKI tu tak laku di Malaysia!

mks said...

is there a "MUST" to write a surat bercuti ? I'm confuse here..as the malaysia imigresion said its ok for them to be back...but yet now they need a letter?

Superstage said...

It is not obligatory to write a surat bercuti, but do it at your own peril. It is recommended to avoid any trouble - exorbitant fines imposed by the Indonesian authorities. Note that this alone can wipe out the maid's entire savings!!!

Anonymous said...

My maid akan balik bercuti hari raya ni. Saya dapat info dari kawan saya, kita perlu beli insurance utk dia disana (insurance tambahan selain dari insurance yg kita beli semasa hendak renew passport). Insurance ni boleh dibeli di Indonesia..tetapi ianya lebih murah jika dibeli disini..Is it true?

Superstage said...

Note : they are out there to get your maid's money. It is not in the agreement between employer-maid. Anything on the Indonesian side of the border is the responsibility of the worker. It is always cheaper here in Malaysia. For example to renew a maid's passport at the Indonesian Embassy in KL would only costs less than RM50! - rasanya for 3 yrs validity period. Yang 5 tahun pun ada. Cuba buat in Indonesia itself... ianya akan memakan masa yang lama (berhari-hari), mahal tahap melampau (beratus ribu rupiah), kos pengangkutan & tempat tinggal & kadang-kadang perlu disediakan "uang tembak" supaya dapat cepat. kesian.

Anonymous said...

yes u kena beli insurance indonesia if ur maid nk blk bercuti..kalau x beli maid u x dpt blk ke msia...my maid pun akan pulang bercuti next mth n i baru je semlm pegi ke indonesian embassy utk beli insurance ini,rm108...

Anonymous said...

If i may ask here, my maid is also going on leave on 1st Agust 2012. Is there any requirement to get her thumprint at our immigration b4 leaving for indonesia or it's just for the illegals in the recent exercise

Superstage said...

On the insurance part, my experience would be that all whatsoever insurance kena beli di Malaysia. Tak pernah ada pengalaman suruh buat insuran di Indonesia. Amat tak logik kalau nak buat apa-apa tuntutan kena balik claim di Indonesia (yang banyak prosedur meragukan dan menambah kos - macam biskut - kejap ada kejap tak ada!)

Bila nak renew passport maid di Kedutaan Indonesia, the officer will interview the maid (not in your presence) and ask about layanan majikan kepada pekerja. Kalau maid kata anda teruk, tak kasi cuti or tak kasi makan dan macam-macam hal, sudah tentu kedutaan tak akan sokong permohonan perlanjutan passport. Kedutaan akan suruh anda buat insuran untuk pekerja. Bukan sebarang runner insurance yang bertenggek kat luar bangunan kedutaan dibenarkan arrange insurance maid. For my maid, mereka cadangkan pergi ke RHB Insurance (tak jauh).

Superstage said...

A couple of moons ago, my maid together with maid jiran-jiran went to the "pusat pemutihan" to settle the "thumprint" issue. We have been informed that it is just for the illegals in the recent "exercise". For legal maids, everything dah ada dalam system.

Observation: the centre charge a sum of money for the registration process. "Jual-beli" orang ni memang boleh buat duit!

Anonymous said...

Thank you so much for your prompt reply Superstage. I now gave a clear mind to sent my maid back for holidays. Tapi masih ragu ragu abt this kad kerja to be done there. Hopefully it wont take make days as their office will also be closed for the raya holidays. These people are making life difficult for others

Superstage said...

No problemo. Insya Allah dapat pahala free secara khidmat online.

Kad Tenaga Kerja Indonesia (TKI) memang kena buat bila maid balik. Masa my maid balik emergency 2 months ago, dah dimaklumkan, tapi since nama pun balik emergency, tak sempat nak buat (khabarnya makan masa beberapa hari). So in substitution, kena la.. BAYAR sikit!

Anonymous said...

There are so many things to settle bila maid nak balik and your first hand experience and information has been so helpful for me especially. Takut takut maid tak dapat balik. It's so difficult to obtain these info from the various department involved and they have no time to layan us over telephone. Thank you once again Superstage and Selamat Berpuasa

Superstage said...

Kenapa perlu ada surat cuti?

1. Supaya tidak menghadapi masalah dengan mana-mana official di kedua-dua negara.
2. meminimakan kes pembantu rumah yang nakal "mengular" ke tempat lain - kerana tarikh pulang dan tarikh balik ke Malaysia boleh dijangka melalui surat.
3. menunjukkan anda adalah majikan yang bertanggungjawab dan prihatin masalah pembantu rumah anda. Pembantu rumah serta keluarganya akan menghargai anda.

Kenapa anda perlu mempunyai hubungan baik dengan pembantu rumah dan juga ahli keluarganya?

1. mengelakkan stigma kita rakyat Malaysia seolah-olah "memperhambakan" pembantu rumah. Buktikan bahawa bukan semua rakyat Malaysia zalim kepada pembantu rumah seperti apa yang dinyatakan diakhbar-akhbar di dalam dan luar negara.

2. pembantu rumah adalah saudara seagama anda dan perlu dibantu. Hakikatnya saudara kandung anda sendiri yang mempunyai kerakyatan Malaysia mungkin tidak mahu menjaga makan pakai anak-anak anda walaupun anda berikan upah atau upah yang mereka minta tidak berpadanan dengan tugasan yang diberikan.

3. Ada juga kes makanan dan minuman pembantu rumah dicatu! Ada kes pembantu rumah dikurung dan tak dibenarkan bercakap walaupun dengan jiran tetangga. Ada kes pembantu rumah ditahan separyh wang gaji tahunannya untuk memastikan kontraknya sebagai pembantu rumah disambung. Sedangkan hakikatnya mereka ke Malaysia atas niat berkerja untuk menyara kehidupan keluarga mereka.

Ya benar, tidak dapat dinafikan ada banyak kes pembantu rumah yang lari dari rumah majikan dan menyusahkan majikan. Ada yang mencuri dan mengambil kesempatan ek atas layanan baik majikan. Banyak faktor yang menyebabkan hal ini. Antaranya pengaruh kawan-kawan mereka yang kononnya diberikan gaji yang lebih tinggi, masalah keluarga dikampung, orang lain yang dengki dengan keikhlasan dan kecekapan pembantu rumah anda, niat datang ke Malaysia yang bukan ikhlas untuk berkerja tetapi untuk berjalan-jalan dan berseronok!

Tapi tanyalah diri anda sendiri apakah anda telah berusaha untuk memastikan bahawa pembantu rumah anda berkeyakinan untuk terus berkerja dengan anda tanpa rasa ragu?

Anonymous said...

Assalam, my maid akan balik ke I'sia 9hb ini. n my sister kata kena ada dua jenis insurance..one to cover in m'sia n another one to cover kat i'sia....betulkah kita kena beli di insurance yg cover diindonesia?
blh tolong terangkan dengan lebih jelas mengenai TKI? blh buat dikedutaan sini or kena buat di indonesia? tq

trinity said...

Thank you very much for the draft!

-reen

Anonymous said...

Hai... Bleh ke sy copy trus ayt cm dlm
Cth surat kt ats tu utk maid sy yg nk pulang bercuti...

Superstage said...

Soalan: kena beli di insurance yg cover diindonesia atau tidak?

Sila semak perjanjian yang ditandatangani antara majikan dan pekerja. Kalau tak dinyatakan dengan jelas, maka perkara itu adalah optional atau boleh dirunding. Kalau ada boleh, tak ada pun takde masalah.

Tapi secara logiknya, pembantu rumah bertugas di Malaysia, bukan di Indonesia. Maka persoalannya sekarang, risiko apa yang syarikat insuran nak lindungi dan siapakah orang yang akan dilindungi? Dan apakah manfaat kepada majikan kalau ada insuran yang cover kejadian di Indonesia ni? Adakah majikan akan dapat gantirugi dari syarikat Insuran Indonesia kalau pembantu rumah yang bercuti balik ke Indonesia tak balik-balik ke Malaysia? hehehe...

Kalau macam ni saya pun nak buka syarikat assuransi di Indonesia & WAJIBKAN majikan bayar. Cepat Pakcik Kayo!

Anonymous said...

Thanks Sir Superstage. Great help.

Boleh saya tanya... surat saya boleh tulis macam ini:
*U/P tulis kepada pihak yang berkenaan?

Tanggal : 29 Ogos 2012
U/P : Pihak yang Berkenaan
Tuan,
....

Wan Amalina said...

Alhamdulillah, very helpful information. Anyway, my maid nak balik cuti Raya Haji ni, and I'm still confused about this insurance thing. Memang selama ni tak pernah ada insurance, so what's my next step? Nak buat insurance kat mana ye?

Superstage said...

Ada RHB Insurance dekat dengan Kedutaan Indonesia. Sesungguhnya insuran tu just buat syarat aje dan hanya melindungi maid sekiranya maid terlibat dalam kemalangan sahaja. Tak mahal mana pun. Rasanya kurang dari RM100. Bab beli insuran ni memang banyak sangat exclusion clauses (perkara yg insuran tu tak cover). Pergilah baca mana-mana polisi insuran mana-mana syarikat pun. Tapi itu bukan masalah kita sebagai majikan. Kalau takleh nak claim pun itu masalah maid. Janji majikan dah belikan insuran. As for the quality and the scope of insurance to, cerita lain. Kalau nak cover macam-macam hal, kenalah bayar lebih, termasuk komisyen agen insuran.

khairy said...

Assalamualaikum. perlukah pembantu rumah Indonesia mempunyai kartu KTKLN?

Superstage said...

perlukah pembantu rumah Indonesia mempunyai kartu KTKLN?

Jawapan: perlukah pembantu rumah Indonesia makan?

Hanim said...

sorry..nak tanye..byk sgt post bace so dh jd confuse. maid i nak balik indon arnd 15days this dec.. ape yg i perlu buat..i mean step by step..coz i totally blurred..before i proceed bli tiket flite die pe yg i harus settle kan untuk memudahkan percutian maid ni..

Superstage said...

Pn Hanim,

Kalau the maid balik for good (pergi tak kembali untuk berkerja dengan kita)

1. kita kena dapatkan surat pelepasan maid balik dari Imigresyen Putrajaya.

Surat tu majikan kena pergi buat sendiri (maid tak perlu hadir). Pastikan kita dah beli tiket dan buat fotostat tiket maid balik. Nanti bila kita hantar maid balik kat kaunter imigresyen airport/pelabuhan, pegawai imigresyen akan chop kat surat tu dan sesalinan kita kena ambik balik sebagai bukti bahawa maid kita dah check out. Dengan ada bukti ini, kalau kita ambik maid baru, takdelah kita kena denda (kononya maid lari).

Kalau maid balik tapi sambung semula.
1. Lepas beli tiket maid balik, buat surat pengesahan maid pergi bercuti - ada tarikh pulang dan tarikh dijangkakan balik. Buat salinan ke Kedutaan Indonesia KL. Contoh surat saya dah kasi free dalam blog ini.Surat tu kasi kat maid untuk ditujukkan kepada imigresyen Indonesia. Takde surat cuti ni memang naya maid awak - kena denda Rp300,000 - Rp 1 juta atau lebih. (Jumlah denda ikut suka hati depa).

2. Pastikan passport maid dan insuran maid masih laku (buat di Malaysia ye bukan di Indonesia) Kalau buat di Indonesia, itu urusan peribadi maid, bukan tanggungan kita.

3. Kalau belum buat kad Tenaga Kerja Indonesia (TKI), maid bila balik kampung kena buat sendiri sebelum boleh masuk balik ke Malaysia. (ini urusan kerajaan Indonesia, maid yg kena bayar). Prosesnya cepat atau lambat tak tentu. Suruh maid buat sebaik sahaja pulang. Kalau tidak leceh or susah nak masuk balik Malaysia. (Nota : Sebenarnya bukannya laku pun kad TKI ni di Malaysia sebab passport Indonesia dan kad yg imegresyen Malaysia keluarkan dah memadai).

Harap dapat membantu.

Anonymous said...

Assalamualaikum, Maid saya mahu bercuti bulan 2 ni dan tak sampai 1tahun setengah dia kerja.. Kontrak masih ada sampai Julai 2013..Maid saya masuk melalui jp visa dan saya telah pun membuat permit kerja dengan imigresen.. Maid saya akan bercuti selama 2bulan iaitu bulan dua sehingga bulan 4 2013. Soalannya perlukah Maid saya menukar alamat pasport ke alamat majikan (yg ni saya pun tak berapa faham,,, suaminya yg bekerja di sini memaklumkan bahawa dia perlu bertukar alamat sebelum balik ke Indonesia kerana kata ya nanti pegawai imigresen di sana tidak benarkan balik ke Malaysia sekiranya tidak bertukar alamat).. Saya telah maklumkawa

Superstage said...

Cuba tengok mukasurat terakhir dalam passport maid. Segala urusan pertukaran alamat sekiranya ada akan dinyatakan disitu (bukan dimukasurat yg ada gambar maid). Tukar alamat dalam passport boleh dibuat di Kedutaan Indonesia di KL. Jangan buat kat Indonesia yang akan menyebabkan kos yang bukan-bukan dimasukkan. setahu saya, takdelah sampai takleh nak balik ke Malaysia. macam-macam kerenah & alasan tak masuk akal!

Anonymous said...

Saya telah benarkan dia untuk bertukar alamat dikedutaan Indonesia.. Kerana kami tidak boleh bercuti kerana suami isteri terpaksa menghadapi mesyuarat penting di office..pada mulanya kami dah mohon cuti untuk pergi bersama..tp katanya suaminya akan kedutaan Indonesia untuk uruskan renek pasport (suami bibir kerja kontrak) ..anak2 saya hantar ke rumah mak ... Tiba2 Suami bilik menelefon suami saya dan minta datang ke kedutaan kerana katanya kami perlu menandatangani kontrak perjanjian kerana katanya saya beri gaji bibir tidak ikut syarat iaitu 700.. Dan saya perlu buat insuran juga untuk dia balik.. Setahu saya saya perlu buat demikian sekiranya kontrak sudah tamat dan sekiranya dia ingin sambung semula baru buat perjanjian tersebut..

hisham ibrahim said...

As salam. Maid saya skrg tgh bercuti d indon selama sebulan (due to return to msia mid jan'13). Kontrek 2 thn dia dah expire mid dec baru ini. Tapi Permit kerjanya kami dah sambung till nx yr sbb ls minit dia ckp nak smbung kerja lg instead of balik for good. So, masa dia balik ari tu kami cuma 'bekalkan' dia dgn surat cuti dr majikan (simpler version than yours sbb msa tu x jumpa blog ni lg). Other than that, kami x ada la pulak beli insurance bagai. Mlm semalam pulak bibik fon dr sana bagi tau in order nak buat the KTI kena submit kontrak kerja. Kami mmg x buat pn kontrek tu. Yg dulu punya pun ada dgn ajen. Kami x ada copy pun. Tapi yg tu pun dh expire. So maknanya kami kena buat kontrek baru la ye? Now the question is. MACAMANA NAK BUAT KONTREK TU SEDANGKAN DIA ADA KAT SANA & DIA ALSO KENA SIGN IN THE CONTACT, KN? THEN NAK KENA MATI STEM PULAK KAN? So, camana tu ye? Pls provide info onthe contract matter & also the insurance. Saya ni smpi terpaksa ambik unpaid lv ni sbb anak2 semua belum msuk sekolah age lg & mmg nak sgt la dia balik ke sini. Takut2 nnti lmbt trlepas date flight, lgsg dia ada alasan x nak balik ke sini ke apa. YOUR ASSISSTANCE IS GREATLY NEEDED. Jazakallah.r

Superstage said...

Salam,

Kalau nak renew passport atau update passport di Kedutaan Indonesia, memang majikan kena hadir. Depa akan letak kita dalam bilik berasingan sementara depa interview pembantu rumah kita. Kata maid saya, pihak kedutaan/imigresyen akan psyco supaya pembantu rumah dinaikkan gaji mereka. Antara pertanyaan yang diajukan sama ada mereka selesa berkerja dengan majikan sekarang? Ada ke yang tak puas hati? sama ada mereka didera, makan minum depa ni macam mana dan lain-lain soalan. Kalau jawapan yang diberikan seolah-olah pembantu rumah ditindas / tak diberikan cuti, makan minum kena catu dll, maka bila time majikan ditemuduga, memang depa akan memutuskan untuk TIDAK membaharui passport pembantu rumah dan/atau suruh pembantu rumah balik kampung aje.

Pembantu rumah rata-rata tak berpelajaran tinggi atau pandai berfikir. Mereka tak terfikir kalau depa ikut cakap kedutaan suruh balik kampung, dah le kat kampung takde kerja, nak start balik proses cari agen, nak cari majikan baru, tunggu beberapa bulan baru boleh masuk Malaysia balik, kena potong gaji semula, tak tahu dapat majikan yang baik atau dapat yang lagi teruk....... so maid saya kata saya bayar gaji dia RM2 juta (macam menyindir pegawai kedutaan). Kata maid saya, orang tamak selalu rugi. Banyak kes maid yang berhenti macam ni bila tersedar menyesal dan nak balik kerja dengan majikan dulu!

Kalau maid sedar semua itu, saya rasa tak mengapa bagi mereka kalau dalam kontrak kata gaji RM2juta sekalipun, tapi sebenarnya hanya dibayar RM500 sebulan.

Semua ini sebenarnya berbalik kepada bagaimana baiknya layanan anda kepada pembantu rumah anda.

Superstage said...

Walaikum salam,

Sdr Hisyam Ibrahim,

Sepatutnya kita tidak memberi apa-apa alasan walau seremeh manapun untuk pihak diseberang sana menyekat kepulangan pembantu rumah kita. Selalunya sebelum kita boleh benarkan pembantu rumah balik kampung, kontrak kerja kalau dah expired atau anak tamat tempoh sahlaku kenalah diperbaharui dulu, kemudian barulah renew permit kerja. Anda tersalah step, bab urusan kerja di Malaysia selesai, bab pemerintah Indonesia tak settle. Kalau maid anda tak balik, isu ini tak akan berlaku dan boleh terus berkerja dgn anda sehinggalah passport perlu diperbaharui sebab dekat nak tamat tempoh.

memang org sebelah sana akan memberikan berbagai alasan (supaya kita terpaksa menggunakan "khidmat" mereka). Kita kena faham keadaan korupsi sana sangat tenat. Pembantu rumah anda mungkin ikhlas ingin pulang berkerja tetapi ditakut-takutkan oleh mereka yang "cari makan" dan kadangkala mengada-ngadakan isu ini.

Sebenarnya takde masalah kalau maid tu balik dulu ke Malaysia & sign kontrak kerja di Kedutaan Besar Indonesia di KL. Perjanjian ni bukan boleh dapat kat mana-mana lawyer. Atau secara alternatifnya anda pergi ke kedutaan untuk mendapatkan sesalinan perjanjian. Sign dan kirimkan ke pembantu rumah anda. Pembantu rumah balik ke Malaysia dgn agreement yg dia dah sign tu & kemudian matikan setem. Perkara mudah patut dipermudahkan, bukan menyusahkan orang. Insuran boleh buat kat RHB Insurance. Cuba ke Pos Malaysia untuk dapatkan maklumat/flyers mengenai insuran pembantu rumah. Kalau tak salah saya ianya dari RHB Insurans juga.

Harap dapat membantu.

Superstage said...

http://maincampakje.blogspot.com/2011/08/teknik-tektik-nak-renew-passport-bibik.html

Link to a fellow blogger yang menjelaskan dengan mudah dan terperinci bagaimana nak renew passport maid.

mohd shah said...

salam,saya baru mengalami masalah ini tadi,maid tidak dibenarkan masuk bekerja dimalaysia keran tidak ada surat pelepasan cuti dari saya,dan pihak indonesia sana minta bayaran 500 000 rupiah . sabar je lah. mana saya tau semua itu.apa perlu saya lakukan sekarang? pening betul lah..saya baru je membuat laporan polis tentang ini,dan akan usulkan perkara ini ke pihak kedutaan indonesia esok.ada peluang ke utk maid saya balik semula ke sini?

Superstage said...

Semoga perkara ini tidak berlaku lagi. Yang jalan adalah wang sahaja melainkan anda berusaha menghantar surat pengesahan bercuti kepada pembantu rumah anda. Kalau anda bayar, masalah anda mungkin selesai. Saya kata mungkin sebab pembantu rumah mungkin juga akan bertukar fikiran sebab kena hasut.

Kes seperti ini pernah berlaku di pelabuhan Tanjung Balai. Surat cuti majikan malas tak buat, seolah-olah maid tak lagi diperlukan. Bila jadi macam ni kesal tak sudah. Nak tak nak pembantu rumah terpaksa camping kat pelabuhan beberapa hari menunggu surat pengesahan bercuti dihantar melalui feri. Mereka yang sanggup tunggu akan terus menunggu dipelabuhan dan setiap jam dipujuk atau ditakut-takutkan oleh wakil agen pembantu rumah di sana yang menjanjikan akan mendapatkan pekerjaan dengan majikan baru dengan gaji yang lebih lumayan.

kalau memilih untuk membayar "denda" pastikan anda tak potong wang gaji pembantu rumah anda kerana surat ini tanggungjawab majikan. Di Pelabuhan juga mereka dah kena brain wash, kalau pulang ke malaysia, gaji dupotong sebab nak bayar "denda" ni, alamatnya main tu tak akan sambung lagi dengan anda.

angeline sim said...

hi sir,

nak tanya,if maid saya nak balik indo bercuti apa document perlu?
and then if dia nak pergi singapore apa document perlu prepare tak?

please help.
because i'm not familiar
waiting your reply.

thanks you so much
angeline

Li Yon said...

thanks for sharing.

Anonymous said...

salam,

saya nk tanye, mohon bantuan mr superstage utk beri pandangan dan nasihat.. maid saya akan tamat visa bulan mac, dan dia akan pulang ke indonesia beberapa hari sebelum tamat visanya.

adakan saya sebagai majikan nya perlu menyediakan surat atau insurans untuk dia? atau dia boleh berangkat dengan selesa tanpa sebarang sekatan dari immigration malaysia?

your reply would be much appreciated. thanks!

Anonymous said...

sorry, i should have mentioned that my maid will be going back for good.

awaiting your reply.

thanks!

Anonymous said...

Assalamualaikum En. Superstage,

through your experience, KTKLN card tu wajib dibuat? Maid saya dah bersama saya since year 2007 with kontrak kerja dsbnya complete. Now saya dengar kena buat kontrak kerja baru dengan embassy Indon, dan kemudian boleh proceed untuk buat KTKLN. Minta your advise on this matter. Masalahnya esok 28/2 maid akan balik bercuti for 2 weeks. Saya dah risau takut dia tak dapat masuk balik.. Appreciate your kind assistance ...

Kaycee Lee said...

Assalamualaikum
Saya ingin tahu bagaimana boleh uruskan supaya Maid saya boleh balik dari cuti di Indonesia, ke Malaysia dengan tiada kad KTKLN tiada surat cuti dan tiada insuran proteksi dari Indonesia. Pasport dia masih sah dan visa pekerja dia sudah diperbaruhi. Maid saya sudah berada di Indonesia sekarang.

Superstage said...

Walaikumsalam... maaf semua, saya offline buat beberapa minggu.

KTKLN card tu wajib dibuat. Ini requirement kerajaan Indonesia. Rasionalnya, selain daripada pihak Indonesia dapat duit,saya tak tahu sebab ianya tak laku di Malaysia. (untuk maid saya, dia kenal pegawai kat pelabuhan, hulur je 50ribu settle. Khabarnya kos nak buat kad tu aje dah dekat 300 ribu).

Keperluan Insuran hanya perlu di Malaysia. Nak Insuran Indonesia itu maid yg kena bayar. Ianya adalah keistimewaan yang majikan boleh berikan,kalau majikan sanggup.

Kalau maid dah balik Indonesia & nak balik kerja, untuk elakkan kena denda, baik di poskan segera surat cuti kepada maid & mesti sampai & ditunjukkan kepada "tukang tol" kat sana sebelum berlepas ke Malaysia.

Those yg go back for good, TAK PERLU surat cuti, kad KTKLN atau renew insurans. Baik betul hati kome semua nak tolong bayarkan semua itu apabila maid dah berenti. :-)

annwady said...

Assalam en...saya nak tanya berkenaan surat fiskal....untuk maid yg pulang bercuti.....perlu ada surat fiskal ke?.... boleh tak en tlg terangkan apa itu surat fiskal....ten Q en...:-)

Superstage said...

Fiskal adalah cukai.
Ini bukan masalah majikan.
Kita sebagai majikan pun kena bayar pada LHDN Malaysia!
Jadi pendapatan gaji yg maid dapat kalau kena bayar cukai kepada kerajaan Indonesia, itu maid kena settle sendiri. Kalau tak salah saya kalau maid tu datang dari pulau selain Sumatera lebih-lebih lagi kalau naik balik flight memang wajib bayar fiskal. Khabarnya utk those yg balik ke Sumatera ada perjanjian fiskal (mereka ini dikecualikan dari membayarnya).

Org pulau Jawa yg pandai mengelak bayar fiskal, balik masuk Indonesia melalui Sumatera naik feri, dah sampai sana baru dia naik flight ke kampung asal; atau depa tukar kad pengenalan indonesia yg asalnya beralamat di Pulau Jawa umpamanya kepada alamat di Sumatera. Jadi bila kena soal dia tunjuk aje KTP (Kartu Tanda Pengenalan) dia yang beralamat di Sumatera. Wallahuaklam.

Wan Rose said...

As Salam Mr Superstage,
Selepas meneliti semua comment2, ada 1 perkara yang saya nak dapatkan kepastian dari tuan. 1)Surat pengesahan cuti yang tuan bagi dalam entry ini, adakah ia memerlukan cop dari pihak2 tertentu atau hanya tandatangan kita 2) Tuan menyatakan sesalinan surat pengesahan cuti ini untuk kedutaan Indonesia, jadi adakah saya perlu ke keduataan Indonesia atau saya hanya pos ke kedutaan Indonesia atau saya hanya tulis sahaja macam tu...terima kasih kerana share draft surat pengesahan cuti ini.....pening memikirkan hal ini dan kesian dengan nasib maid ni semua...

Superstage said...

Dulu masa saya rajin saya pi dapatkan chop kedutaan.

Tapi dari pengalaman saya beberapa tahun ini, sudah cukup kita hantar salinan surat melalui pos dan kita ada rekod yang kita dah hantar. Surat ini pada saya cuma perlu untuk mengelakkan KAKI RASUAH mengutip tol di pintu masuk Imigresyen Idonesia sahaja.

Wan Rose said...

Terima Kasih Mr. Superstage for the prompt reply....

Nizam said...

Salam bro,

Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman - insyAllah, maid saya akan balik "cuti" utk Aidilfitri thn ini...tapi tawakal la, dia pon dah 2 thn bersama kami & serasi ngan anak2 kami, adala "mitigate" sedikit our concerns.

Anonymous said...

Salam Superstage,
maaf nk tanya soalan yg agak berbeza dgn topic ni but still related to indon maid. maid sy dah blk indon abis kontrak so sy dah buat checkout memo (COM). tup tup 2 wk di indon sana dia call sy ckp nk dtg keje dgn sy blk. sy pun happy jugak laa sbb sy tgh xde maid ni. tp prob nya bila dah buat COM, cooling period for the maid to come back here is 3-6 mths. ada tak any prosedur utk bwk maid sy kembali ke m'sia wpun xcukup 3 mths?i thank you in advance.

Forskning Beta said...

terima kasih.

saya copy and paste

Anonymous said...

anon April 15, 2013 4:12 PM

boleh wat masuk balik, senang jer..tukar nama dan identity..dah boelh amsuk balik dah..

kat indon perkara itu senang sahaja

naja said...

Hello semua,
Harap ada yg dpt beri jawapan.
Saya dah baca semua post comments anda dan isu/persoalan saya mungkin lain sikit. Disini semua bercakap tentang renew passport, renew permit and maid balik cuti.

Kes saya pula, permit lanjutan tahun ke-3 telah lulus, insuran POS Malaysia dah beli dan passport pula masih hidup hingga tahun 2015.

Jadi apa perlu saya buat selanjutnya.
1. buat surat kebenaran bercuti. Ok, dah buat dah.
2. apa?
3. apa?
4. apa?
...dan seterusnya.

Thanks for sharing.

Yen Ming Chin said...

Salam sejahtera, Mr Superstage's Heaven.

Seeking permission to use the contents of your surat cuti for our pembantu rumah to go home for Raya with her family. Extremely helpful. Your blog came out on top of google search. :)

This part really makes sense and saves all parties a lot of trouble: "Salinan pendua: Kedutaan Republik Indonesia Kuala Lumpur". lol!!!

Memang terbaik!

Terima kasih banyak-banyak,
Yen

Superstage said...

Pn. Yen Ming Chin, hehehe.... you are welcomed. Anda semuua tak perlu mohon kebenaran untuk gunakan deraf surat yang saya kongsikan bersama. Anggaplah ianya sebagai sumbangan / wakaf saya kepada rakyat Malaysia.

Semalam kerajaan dah announce kos nak ambil maid dari Indonesia minimum RM8,000-00. Ini tidak menjamin kita dapat maid yang bagus atau reti buat kerja. Tak semua orang mampu nak cari wang sebanyak itu. Diharapkan entry blog ini dapat membuka mata anda sekalian tentang banyaknya "booby traps" yang ada dan dapat mengurangkan kesulitan anda.

Dah memang kerja saya menulis. I consider this as a pro bono legal work (amal jariah) sebab saya tidak lagi bertugas sebagai pengamal undang-undang berlesen. Lagipun saya sendiri ada relatives di Indonesia.

Yang sememangnya mudah patut dipermudahkan dan tidak dipersulitkan.

Yen Ming Chin said...

Biarpun sudah diizinkan, it's only polite to 'inform' the person who had done the hard work, betul tak? :D

Itulah... RM8000 wei... Bukan 8000 Rupiah... Ini tidak termasuk maid punya salary (market price woh!), makan minum, barang-barang keperluan seharian, dan macam-macam lagi... Work permit and passport renewal pun kami buat sendiri, tak cari agent. First time dulu sebab tak tahu boleh buat sendiri, guna agent bayar 3x ganda. Maid lepas itu balik cuti sebulan, ‘ter’mengandung, bye-bye moneyku... Tak boleh nak buat apa-apa lagi. Orang macam kita yang ada anak-anak kecil dan ibubapa yang dah tua inilah yang terasa sangat... The cost of living and kid’s education have gone up so very high!!

Terima kasih sekali lagi sebab sudi berkongsi :)

Nizam said...

Salam bro,

Saya anggap surat bro ni mmg superb! Cukup "dalam" maksudnye. Maid kami nak balik semasa Aidilfitri ni, jadi terdetik nak tau samada ada keperluan utk dapatkan apa2 "kelulusan" dari KBRI - bro boleh beri pencerahan sikit, kalau lah tau?

Winnie Sew said...

Hi Mr Superstage,

my maid visa is expired since 2012 due to my careless [i don't know hv to renew maid working permit every year]..At the beginning stage, i pass all the necessary doc to my agent to settle my maid surat cuti coz she is working with us already 2 years and wanna go back indonesia for a short break. After that she will come back to work with us again. On that moment, i oli get noticed that my maid working permit is expired long long time ago. What shall i do now? My agent unable to settle for me as i waiting long time but the end no approval out yet. Really appreciate yr kind advise here

Superstage said...

Ms Sew,
You need to contact Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya as soon as possible 03-8000 8000. It is the employer's responsibility to renew all the necessary permit and papers for the maid. There may be a penalty fee payable (denda) as ignorance of the law cannot be an excuse. You can appeal for leniency. It is better to come out clean with the authorities or else you would face difficulty to get a new maid in the future.

Rynn said...

Sekadar berkongsi maklumat yg penting bagi majikan yg membuat JP Visa pada tahun ini. Embassy Indonesia tidak mahu membuat legalisasi kontrak kerja + surat kebenaran bercuti atas alasan kerajaan Indonesia telah menamatkan konsep JP Visa pada tahun 2012. Bagi mereka, Kerajaan Malaysia tidak mematuhi perjanjian yg telah dimeterai kerana masih membenarkan JP Visa sehingga akhir September 2013. Sebenarnya tidak ada masalah bagi majikan sekiranya pembantu rumah tidak pulang bercuti sehingga tempoh 2 tahun. Cuma dlm kes saya, bibik minta cuti utk Hari Raya Aidiladha dan saya bersetuju memberi kebenaran wpon bibik baru bekerja utk tempoh 8 bulan. Semalam kami pun pergi ke KBRI KL dengan tujuan membuat legalisasi dokumen supaya bibik boleh buat Kartu Tenaga Kerja Luar Negara setibanya di sana nanti. Memandangkan usaha kami tidak berjaya..bibik hanya ada 2 pilihan..samada batalkan hasrat pulang bercuti atau tetap pulang dengan risiko tidak dapat kembali ke sini semula. Saya tak sampai hati nak batalkan cuti dan bibik akan tetap pulang ke Medan. Hanya mampu berserah mudah2an beliau dapat kembali ke Malaysia untuk menyambung pekerjaan nya di sini. Kdg2 saya tak faham mengapa mereka suka menyulitkan perkara yang sebenarnya mudah. Bibik ini benar2 perlukan wang untuk menyara kehidupan keluarga di sana.Permit di Malaysia juga sudah ada dan bukannya masuk tanpa izin. Kesalahan awalnya hanya kerana masuk ke sini sebagai pelancong tetapi bukan kah majikan telah mendapatkan Visa n Permit.....

Superstage said...

Saudari Rynn,

Inilah komen rakan saya yang pernah cuba berniaga di Indonesia - beliau diberitahu oleh orang sana "Jika bisa dipersulitkan, mengapa mao dipermudahkan?".

Orang yang susah kehidupannya di sana tersangat ramai. Walau ada degree sekalipun belum tentu menjamin pekerjaan yang diperolehi sesuai dengan kelulusan yang ada. Ada saintist yang kerja bank. Ramai masters holder cuma jadi supir taksi atau bawa angkot. Begitulah keadaannya sekiranya rasuah/korupsi dibiarkan berleluasa sekian lama. Sukar nak dibenteras. Rakyat bawahan menanggung derita. Terlupa adanya Tuhan janji ada wang...

percayakah anda kalau saya beritahu anak maid saya nak masuk jadi mandur ladang kelapa sawit di Medan pun perlu membayar sogokan jutaan rupiah? Dan kemudian ada orang lain nak pekerjaan tu sanggup bayar double kepada anak maid saya!

Arini Hanim Alias said...

Salam Saudari Ryn,

Boleh saya tahu maid puan dapat pulang semula ke malaysia atau tidak? Ini kerana maid saya juga akan pulang bercuti pada Disember ini dan saya sedang dalam proses renew permit etc.. etc..

tq

Anonymous said...

SALAM, maid saya akan pulang bercuti bulan DIS ni..

Nak tanya;
1)siapa yang tentukan berapa lama maid blh pulang bercuti maid atau majikan?

2)blh ke kalau kita belikan tiket pergi dan balik bagi memastikan maid tersebut dtg semula bekerja.

3)blh ke kalau kita tahan gaji maid bagi memastikan maid tersebut dtg semula bekerja. Cth jumlah gaji ada rm3000. Utk dia dia pulang bercuti saya hanya bagi rm1500 je..nampak kejam tak?

Superstage said...

Jawapan saya:
1 - sewajarnya melalui persetujuan bersama. Ingat maid anda adalah perkerja yang berkhidmat untuk anda, bukannya hamba sahaya.

2 - boleh beli tiket pulang pergi tapi ianya tidak menjamin maid anda akan kembali bekerja dengan anda sekiranya dia tidak menerima layanan bertimbangrasa yang sepatutnya dari anda.

3 - anda perlu menjawab pada diri sendiri sama ada apakah dengan tindakan penahanan gaji yang sepatutnya dibayar kepada pembantu rumah selaras dengan tuntutan agama dan juga berlandaskan kepada undang-undang? Sila baca entru blog saya di

http://superstage.blogspot.com/2011/09/penganaiya-pembantu-rumah-masuk-neraka.html

Winnie Sew said...

Hi Mr Superstage,

my maid permit r success done due to over-stay [my careless to renew permit] in M'sia. She oredi go back to indonesia with the sample of surat cuti yr provided to us.
But now she facing problem to come back to m'sia althought surat cuti is with her.
What is her next step should do to enable her to come back to m'sia smoothly?
May i know where to apply Worker Kad to enable maid come back to M'sia? What is KTKLN, is it must to a maid b4 they come back?
According to my agent here, my maid only need to fill in a card provided at indonesia airport. Is that simple way only? coz i hope that my maid can come back smoothly without any halangan.
What is the step to do? Appreciate yr advise.

Superstage said...

Worker Kad to enable maid come back to M'sia is the "KTKLN",
Kalau tak salah it stands for "Kad Tenaga Kerja Luar Negara". And yes, the maid "must" apply b4 they come back to Malaysia. Its Indonesian "legal" requirement. It will cost yr maid some considerable amount of Rp, but can always "negotiable" and I was made to understand that no receipt will be issued.

The process is not that simple as filling in a card! The maid must go to the proper office. Sometimes the process takes days or weeks and some "toll charges". Kesian all those maids! The last quote my maid kena was RP500k settle semua, but my maid kebetulan ada anak angkat kerja imigrasi Indonesia so dia cuma bayar undercounter RM20-00 and takde pun buat the KTKLN!

Intan said...

Assalamualaikum..

Maaf jika mencelah... But I have a maid who will be going back to Medan for a 2 weeks holiday.

Can I just check what is the latest procedure utk mereka balik?

Adakah just the surat kebenaran is enough or we still need to go to the Indonesian Embassy for the kad or endorsement or buy the insurance?

Looking forward to your kind reply. I really appreciate it..

Superstage said...

Harap baca thread ini dari awal dan anda akan mendapat jawapannya: semua kena buat. Surat akan membantu maid anda selamat pulang dan balik berkerja tanpa dikenakan "tol".

Intan said...

Tq Encik Superstage.

Kepada Rynn, Saya juga mengalami masalah yang sama dengan saudari. Saya telah pergi ke KBRI tadi dan mereka tidak mahu mengecop kontrak kerja itu.. dan bibik saya tetap mahu pulang bercuti.. katanya niatnya baik insyallah tidak ada ada apaa.. but i guess she is cluess about how bad the korupsi is kat sana.. Harap Rynn dapat berkongsi samada pembantu rumah Rynn berjaya pulang balik ke Malaysia? atau gagal? Dari mana pembantu Rynn itu?

Encik Superstage maaf saya terpaksa tulis disini dengan harapan Rynn akan baca this posting.. Saya tidak dapat berhubung terus dengan Rynn..

Terima kasih...

muzlina said...

Thank you- very helpful!

Cydah Elise said...

Abang, saya copy abang punya surat ya. Terima kasih kongsikan surat ini.

Ezy said...

Benar Kah insurance utk maid balik bercuti mesti Di beli di pej pos bergerak dlm kawasan kedutaan Indonesia shj? Tidak boleh kah dibeli di lain2 tmpt.. Sya tgh bingung... minta tlg sgt Mr. Superstage bantu berikn penjelasan..

Anonymous said...

Salam Mr. Superstage,

Saya ada satu soalan berkenaan maid pulang bercuti. Saya telah hantar maid saya pulang ke Indonesia untuk bercuti selama sebulan dan sepatutnya dia kembali bekerja pada 19 December 2013. Tapi dia ada masalah di sana dan tak dapat pulang pada tarikh tersebut. Sekarang semua masalah telah selesai dan dia mahu pulang bekerja ke Malaysia dengan saya. Semua dokumen ie kartu, surat cuti, insurans sudah lengkap. Tetapi dia diberitahu bahawa dia harus membayar denda kepada imigresen indonesia sebanyak 2 juta 100 rp kerana pulang bercuti lebih dari 1 bulan 7 hari. Adakah undang2 ini benar2 wujud di Indonesia? Tidak logik pada saya kerana dia dikira sebagai overstay di negara sendiri? Ataupun ini adalah salah satu cara bagi mereka nak ambil wang dari maid atau majikan? Jika ada sesiapa yang tahu mengenai perkara ini harap dapat jelaskan, iaitu benarkah ada tempoh maksimum yang disyaratkan oleh imigresen indonesia untuk maid pulang bercuti?

Terima kasih.

Superstage said...

Hahaha... nampaknya ramai yang dah terkena...

1. bab insuran rasanya boleh check dengan pos malaysia. Paling dekat dengan kedutaan RHB Insurance.

2. Urusan cuti pembantu rumah adalah urusan peribadi antara majikan dengan pembantu rumah. Suruh dia tunjukkan (kalau ada) undang-undang negara Indonesia mana yang menyatakan bahawa ada tempoh masa pembantu rumah mesti pulang ke Malaysia. Katakan anda mahu rujuk kepada sarjana hukum (peguam) di jakarta. Sambil tu tanyakan sama ada resit rasmi (bahasa Indonesia "karcis") akan dikeluarkan setelah pembayaran dibuat.

Kalau nak tunjukkan kita tahu kita nak di tipu, katakan kita akan rujuk kepada saudara kita yang bertugas di "KODAM". KODAM adalah singkatan Komando daerah militer. Di Indonesia, askar lebih ditakuti berbanding dengan pak polisi (yang banyak juga makan rasuah).

Pembantu rumah saya sendiri baru-baru ini diminta membayar 1 juta rupiah kat Airport Kuala Namu Medan bila nak balik.... sudahnya dia balik naik feri dari Tg Balai. Bayar RM50ribu juga.

Dell Aziz said...

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya tentang maid untuk bercuti. Tahun depan bulan feb kami sekeluarga akan membawa maid pakcik kami bersama-sama pulang ke kampung nya di surabaya. Kami akan pergi hanya 4 malam.

Persoalannya, apa yang patut saya lakukan kerana untuk buat kartu kerja di indonesia itu mungkin akan memakan masa, dan percutian kami hanya pendek sahaja. Adakah masih perlu kad berkenaan?

Dan adakah akan menjadi masalah jika maid itu bukan atas nama saya, kerana ia atas nama pakcik saya?

Bantuan saudara amat saya hargai, hanya Allah dapat membalasnya.

Superstage said...

Isu 1 : Maid bukan maid kita

Tak ada masalah sekiranya ada surat cuti dari majikan yang namanya tertera dalam permit kerja yang ditampal kat passport maid. Sediakan beberapa salinan. Kalau kena ambil surat tu at least ada salinan lain.

Isu 2 : Kartu Kerja

Ini isu yang takleh nak dijawab sebab saya tak pernah ke Surabaya so tak tahu kat bandara Surabaya pegawainya strict atau tidak. Update terbaru dari Bandara Kuala Namu, Medan, khabarnya dah tak ditanya lagi pasal kartu kerja tu.

Saya dimaklumkan bab Kartu kerja dan Insuran Indonesia (yang menjadi pra-syarat utk memohon kartu kerja) dah jadi bahan kempen Pilihan Raya Presiden (yang berlangsung hari ini) kerana menyusahkan pembantu rumah dan nampak sangat pegawai yang bertugas dahagakan suapan. Maka risiko ditangan anda.

Anonymous said...

As salam,

KTPLN ni wajib ada ye... boleh buat di KBRI Kuala Lumpur ke tidak?

Maid saya akan pulang bercuti seminggu sebelum & selepas raya Aidifitri tahun ini.

Sebetulnya sebelum ini maid saya yang telah berkhidmat dengan kami sejak 2005. Setelah 2 tahun berkhodmat kami benarkan dia bercuti di kampung nya mulai 2007. sejak itu hampir setiap tahun dia balik ke Indonesia (terakhir musim raya Aidilfitri 2012). Tahun lepas dia balik ke kampung halamannya dan berehat lama sikit iaitu dari Ogos sampai awal tahun 2014.

Setiap kali pulang bercuti, saya berikan surat cuti yang sangat simple mengatakan kebenaran bercuti drpd majikan. Alhamdulillah, setiap kali kembali pulang ke Msia, tiada masalah. Pihak imigresen Indonesia pun tidak pernah meminta KTPLN drpd nya sebab dia tidak penah memiliki KTPLN pun.

Jadi, untuk memudahkan nya kembali ke Msia cuti kali ini, boleh kah kami membuat KTPLN di KBRI Kuala Lumpur?

Terima kasih

Superstage said...

Harap baca thread ini dari awal dan anda akan mendapat jawapannya.

Setahu saya TIDAK ADA kemudahan membuat KTKI di Kedutaaan Besar Indonesia.