Somebody is very proud of you.
somebody is thinking of you.
somebody cares about you.
somebody misses you.
somebody wants to talk to you.
somebody wants to be with you.
somebody hopes you are not in trouble.
somebody is thankful for the support you have provided.
somebody wants to hold your hand.
somebody hopes everything turns out all right
somebody wants you to be happy.
somebody wants you to find him/her.
somebody wants to give you a gift.
somebody wants to hug you.
somebody thinks you are a gift.
somebody admires your strength.
somebody wants to protect you.
somebody can't wait to see you.
somebody loves you for who you are.
somebody treasures your spirit.
somebody is glad that you are their friend.
somebody wants to get to know you better.
somebody wants to be near you.
somebody wants you to know they are there for you.
somebody would do anything for you.
somebody wants to share their dreams with you.
somebody is alive because of you.
somebody needs your support.
somebody will cry when they read this.
somebody needs you to have faith in them.
somebody trusts you.
somebody hears a song that reminds them of you.
Mendoakan yang terbaik untuk anda,
yang sudi melawat blog ini, walau siapa pun anda.
THANK YOU.
My thoughts actually, unfiltered. A place to record and unload things that I stored in my memories and from the circuits of an ageing pc located somewhere in Shah Alam, Malaysia. Gave up updating the website that I had setup earlier. Miene denke der Blog ist schneller...und nicht sweiriech. Ja?
Friday, October 17, 2025
Thinking of you, always
Wednesday, October 15, 2025
Pesan Tudung Periuk
Tudung periuk pandai menari..
apabila nasi dimasak itu telah mendidih dan mengelegak, tudung itu menari di bibir periuk tadi, tapi beras yang menjadi nasi itu tetap tidak jatuh ke tanah - memberi maksud orang tua-tua Melayu terdahulu mempertahankan tanah air ini dari jatuh ke tangan orang asing sehingga menggadaikan nyawa demi agama, bangsa dan negara bag memastikan masa depan anak cucu terpelihara.
Menarilah lagu putera mahkota.
Membawa maksud menurut perintah, taat setia mengangkat darjat supaya agar raja pelindung agama bangasa dan negara
tetap kekal memerintah negara. Tetapi dalam rangkap seterusnya memberi maksud
yang sangat mendukacitakan.
Kainlah yang buruk berilah kami
untuk menyapu si air mata..
Yang mengecewakan harapan orang tua-tua terdahulu apabila bangsa melayu hari ini mengharapkan belas kasihan supaya dapat berteduh di tempat sendiri meskipun terpaksa merempat, sambil melihat semua yang di pertahankan oleh orang tua-tua melayu jatuh ke bangsa asing. Kini bangsa melayu hanya mampu menangis melihat kebanggaan hak bangsa di ambil orang.
Sunday, October 12, 2025
Translation Practice - Romeo and Juliet
BABAK III – Bilik Juliet
Masuk JULIET dan Jururawat
JULIET
Ha, yang tu paling cun. Tapi, jururawat sayang,
Malam ni boleh tak kau biarkan aku berseorangan?
Aku nak luangkan masa sikit untuk berdoa,
Harap-harap Tuhan lembut hati tengok nasib aku,
Yang kau pun tahu, aku memang serabut dan penuh dosa.
Masuk PUAN CAPULET
PUAN CAPULET
Eh, kau tengah buat apa tu? Nak aku tolong?
JULIET
Takpe puan, kami dah siap pilih barang-barang
Yang penting untuk majlis esok.
Kalau boleh, biarlah saya sorang dulu,
Biar jururawat temankan puan malam ni.
Saya tahu puan pun banyak kerja
Dengan hal yang datang tiba-tiba ni.
PUAN CAPULET
Okay, selamat malam.
Pergi tidur dan rehatlah, kau memang perlukan.
PUAN CAPULET dan Jururawat keluar
JULIET
Selamat tinggal… Tuhan je tahu bila kitakan berjumpa lagi.
Aku rasa takut, seram sejuk semacam,
Macam darah pun beku, hilang semangat untuk hidup.
Nak panggil balik jururawat pun rasa tak guna.
Adegan ni aku kena lakonkan sorang.
Okay, botol kecil…
Kalau campuran ni tak menjadi langsung,
Maknanya aku kena kahwin esok pagi?
Tak boleh! Benda ni mesti halang semua tu. Letak sini.
Meletakkan pisau kecil
Kalau benda ni racun, dan rahib tu sengaja nak bunuh aku,
Sebab dia takut malu kalau orang tahu dia dah kahwinkan aku dengan Romeo dulu?
Aku risau jugak… Tapi dia nampak macam orang baik.
Tapi kalau aku terjaga dalam kubur,
Sebelum Romeo sempat datang selamatkan aku? Seram gila!
Takkan aku tercekik dalam ruang sempit tu,
Yang busuk dan takde udara segar langsung,
Dan mati sebelum Romeo sempat sampai?
Atau kalaupun aku hidup,
Bayangan kematian, gelap malam,
Dan tempat tu yang menakutkan—
Kubur lama, penuh tulang nenek moyang aku,
Tybalt pun baru je dikebumikan,
Kat situ jugak katanya roh-roh datang malam-malam—, kalau aku terjaga awal,
Dengan bau busuk, jeritan macam akar mandrake dicabut dari tanah,
Yang orang dengar pun boleh jadi gila—
Kalau aku terjaga, takkan aku jadi sasau,
Dikelilingi semua benda seram ni?
Main dengan tulang nenek moyang aku?
Cabut mayat Tybalt dari kain kafan dia?
Dan dalam keadaan gila tu, ambil tulang besar
Dan hentak kepala aku sendiri?
Ya Tuhan… aku nampak bayang Tybalt
Cari Romeo, yang tikam dia dulu.
Tunggu, Tybalt!
Romeo, aku datang! Aku minum ini demi engkau.
Juliet rebah atas katil, di sebalik langsir
Friday, October 03, 2025
Kisah Gagak dan Tikus
Di tepi stesen minyak pinggir bandar, seekor gagak hinggap atas papan tanda harga semasa petrol. Dari atas, dia nampak manusia beratur panjang nak isi minyak. Di bawah, seekor tikus menyelinap keluar masuk tong sampah stesen, mencari sisa burger.
Nun dibawah, seorang pakcik warga negara asing bertekak mahu membeli petrol harga subsidi. Apahal... aku duduk sini lebih 40 tahun, takkan tak boleh! Attendan pam menjawab... maknanya dah lebih 40 tahun pakcik balun susidi rakyat negara ni kan... lesen pun pakcik takde juga! Berapa hektar pakcik potong rumput setiap hari?
Gagak yang memerhati dengan suara yang garau berbicara, “Eh Tikus, aku tengok pelik betul - satu negara ribut isu subsidi minyak hanya untuk yang layak. Yang kelakarnya, ramai yang tak layak subsidi pun bising lebih. Ada takde lesen, ada lesen dah lama expired, ada saman beribu sebab salah sendiri tapi semua nak marah, konon tak adil.”
Tikus kunyah cebisan roti sambil tergelak, “Haah! Padahal yang takde hak memandu tu tak boleh tuntut subsidi pun. Dah puluh tahun bawak motor tapi tak penah nak ambil lesen. Undang-undang kata tak layak sebab tak disahkan kompeten memandu kenderaan bermotor, tapi mulut dia kata dia mangsa. RXZ mampu pulak bela..Macam dunia ni kena ikut cakap dia sorang.”
Gagak sambung, “Lagi kelakar, tiba-tiba ramai jadi tukang potong rumput. Katanya sehari pakai minyak beratus liter. Isi tong penuh macam nak potong rumput satu negeri! Semua nak masuk kategori subsidi. Padahal semua orang tahu, tu cuma alasan.”
Tikus ketawa besar, “Adoi, manusia… benda salah sendiri pun nak salahkan orang lain. Lepas tu nak justify pula dengan macam-macam cerita.”
Gagak tiba-tiba jadi serius, “Tikus, ada satu benda manusia selalu lupa: hak dengan keistimewaan tak sama. Hak tu benda asas, macam kau bernafas, aku terbang, orang kentut..tu memang tak boleh dinafikan. Tapi subsidi minyak, harga diskaun, semua tu keistimewaan. Bila orang ramai salahguna, keistimewaan boleh ditarik balik. Jangan ingat selama-lamanya dapat.”
Tikus terdiam kemudian mengangguk,
“Betul jugak. Kita faham konsep cukup. Takde pun kita tamak nak lebih-lebih sampai lupa beza mana hak, mana bonus.”
Gagak mengembangkan sayapnya, melaung kuat ke arah barisan manusia,
“Oi manusia! Jangan keliru. Hak kau memang patut dipertahan. Tapi kalau cuma keistimewaan, jangan tamak. Sebab kalau salahguna, bila-bila masa boleh hilang!
Pengajaran
-
Hak dan keistimewaan tidak sama. Hak adalah keperluan asas, keistimewaan pula boleh ditarik balik bila disalahguna.
-
Tamak dan mencari alasan hanya mengundang kerugian jangka panjang.
-
Subsidi adalah peluang membantu, bukan lesen untuk menipu atau mengambil kesempatan.
-
Syukur dan jujur, rezeki berkat.