Thursday, November 14, 2024

MicroLeap - Pelaburan berlesen yang menarik

Ulasan MicroLeap: Platform Crowdfunding P2P

MicroLeap ni adalah platform pembiayaan P2P yang tengah naik kat Malaysia. Kiranya dia connect pelabur kecik dengan usahawan yang nak pinjam duit. Tapi macam biasa, ada pro dan kontra. Dapat tahu pasal platform ni daripada influencer FB. So aku try dah masuk beberapa bulan, Alhamdulillah nampak telus dan berjaya generate income.

Apa Yang Best:

1. Pelaburan Kecik: Khabarnya dengan RM50 pun dah boleh start. Tapi kome percaya tak? Aku lenjan RM20 (itu je duit free yg aku ada masa tu) elok je diterima. Sesuai la untuk budak baru nak up yang nak try pelaburan tanpa keluarkan duit banyak. Tapi kena faham, letak sikit, pulangan sikit la.

2. Patuh Syariah: Ada pilihan yang ikut hukum Islam, so senang untuk orang Muslim yang nak pastikan pelaburan dia halal. Kalau ko nak ikut hukum setan pun ada… hat ni jangan gatal mulut tanya aku pasal logo halal…

3. Info Lengkap: Dia bagi details pasal peminjam, risiko, dan tujuan pembiayaan. So, tak adalah main letak duit je, boleh buat keputusan dengan lebih yakin. Fahamkan Low Riks (LR), Medium Risk (MR) dan High Risk (HR) sebelum ko melebur …eh… melabur duit tu…

4. Pulangan Tinggi: Pulangan dari 8% sampai 18%. Kira lebih la daripada ko buat simpanan biasa atau FD bank.

5. Berlesen dan dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti. Tentunya ini bukan skim cepat kaya/kayap!

Apa yang kurang best:

(i)  Risiko ikut citarasa anda: Mana-mana pelaburan takde yang dapat jamin peminjam akan bayar balik semua. Lagi-lagi kalau peminjam tu takde rekod kredit yang kuat. Nama pun peer-to-peer, target syarikat yang baru nak up, dan mungkin depa ni nak dapat loan dengan bank komersial pun tak lepas, so sementara nak mantap niaga, depa ikut jalan ni untuk dapat modal kerja disamping membina kredibiliti perniagaan. Setakat ini default rate masih rendah.

(ii) Takde Pasaran Sekunder: Kalau nak cepat dapat balik duit pokok, susah sikit. Kena tunggu sampai pinjaman settle baru boleh dapat balik duit.

(iii) Kurang Kawalan: Pelabur tak boleh control sangat portfolio sebab kena pilih dari senarai pinjaman yang ada je.(Cer pantau...Ada je org sambar, offer kepada pelabut utk letak duit, tak sampai beberapa jam, khalas....semuanya fully subscribed!)

(iv) Customer Service Slow: Ada orang cakap support dia lambat sikit nak respond bila ada masalah. Nama pun bukan bank… platform online.

Kesimpulan:

MicroLeap ni okay untuk yang baru nak try pelaburan, especially dengan modal kecik. Pulangan tinggi dan ada pilihan patuh Syariah. Tapi risiko ikut citarasa pelabur, dan duit mungkin tak cair cepat.
Kalau sanggup, boleh try. Dah try...pasti ketagih!

Komen peribadi: Nampak ok. Perjanjian pelaburan pun jelas termanya, ada dalam platform. Duit dimasukkan tu pemegang amanah yang simpan sebelum kita komit release kepada pelabur. Platform yang tolong check keterangan projek pihak yang nak guna duit kita tu. Ingat ye.. bullet payment (dapat balik duit yang kita leburkan kat hujung nanti). Kita dikenakan caj platform 1 peratus yang diambil daripada instalment pertama. Tapi aku jarang jumpa yg bagi pulangan tinggi mcm ni. Kalau ada yang tahu pun, dia takde nak kongsi. Sabar ajelah. 

Kome yang nak try pelaburan ni, boleh guna no rujukan bila nak daftar:
582425628
kome akan dapat hadiah kredit RM10.00 daripada Microleap.

Microleap ye (bukan microsleep yg sebab terbabas masuk gaung tu!). Rezeki sama dikongsi. Aku share screen capture, kome tengok dan nilaikan sendiri.

Meh ambe bagi sekali calculator pengiraan (program sendiri) untuk memudahkan congak berapa keuntungan yang bakal kita perolehi. Kadar keuntungan, tenor (jangkamasa) dan jumlah pelaburan, boleh tengok term sheet syarikat yang terbitkan nota kat website MicroLeap.

___

Microleap Investment Calculator




Results

Wednesday, November 13, 2024

Bisikan hati

Aku dah cakap kat kau, aku tengah struggle,
Dengan karier yang merudum, kesihatan yang tak menentu
dan disahkan OKU
Dahku tunjuk segala luka yang aku simpan,
Tapi kau dan orang-orang kau langsung tidak menolong,
Hanya menjahanam dan merosakkan sesuka hati.
Nasihat yang diberi, bagai mencurah janji di dedaunan keladi
seperti berbicara dengan tembok bisu dan tuli,
Kau lumur racun  kepada lukaku yang berdarah.
Kau tahu kelemahan aku, jadikan ia senjata,
Setiap kata-katamu makin mendalamkan luka,
Bila aku dah hampir jatuh, diam terpuruk untuk mengelak sengketa
lama diam cuba bertahan … tak cukup lagi,
Kau dorong aku ke dalam jurang
Macam kau seronok dan gembira melihat bumiku terbelah dan langitku runtuh,
Seolah bila aku hilang arah, kau rasa gembira berkuasa.
Kau arif dan tahu mana nak serang,
Main perasaan aku macam game yang kau tahu kau pasti menang.
Aku nak kuat untuk kau,
bertahan agar jadi orang yang kau boleh harapkan,
Tapi kau terus musnahkan aku,
Sikit demi sikit, sampai aku serpih.
Lalu aku duduk, hancur, hampa dan kosong,
Pada mu aku ni munafik, shaitan yang tiada langsung ada sebarang kebaikan..
Ku buat sebaik mungkin menghindari pertelingkahan,
aku juga yang tetap bersalah.
Kau kata aku ni jauh, serba tak cukup segalanya yang aku berikan
Kata aku tak reti nak buka hati, tak cukup bagi apa jua yang kau hajati.
Dan bila kau cerita kat orang - yang kau ni adalah mangsa,
Seantero dunia bersimpati dan dengar cerita,
Tapi takde siapa pun perasan kerosakan senyap
dan kemusnahan yang kau tinggalkan.

Sunday, November 10, 2024

Kelak dan nanti




"Nanti kita kan bicara lagi.  

Aku akan hubungi kau nanti.  

Nanti kita jumpa lagi.

Kita akan saing bersama, nanti.  

Tunggulah, aku akan ceritakan kisahnya kepadamu, nanti”.

Kita tinggalkan segalanya untuk kelak dan nanti, terlupa bahawa kita bukanlah penguasa masa. Masa bukan milik kita.  Masa, secara alami adalah rugi yang pasti.

Kelak, orang yang kita sayangi tak lagi ada.  

Kelak, kita tak lagi mendengar suara mereka, tak dapat lagi menatap wajah mereka.  Suara mereka kita rindui.

Kelak dan nanti, mereka semua hanya tinggal kenangan.  

Kelak dan nanti, siang beransur menjadi malam, yang gagah kian tak berdaya.

Senyuman berganti kepahitan raut wajah, dan hidup pun melangkah ke arah ajal. Nasi menjadi bubur.

“Kelak” berakhir menjadi "Kekesalan”.

Pandanglah sekelilingmu.

Jika kalian beruntung -masih punya waktu: berdamping dgn ayah, ibu, suami-isteri, guru, saudara, sahabat seangkatan, anak...dakap, peluk, ciumlah dan sayangilah mereka selagi ada.

Sesaat, dalam keabadian.