Thursday, November 23, 2017

Buruj di langit

Sepatutnya, penulis berangkat ke Padang subuh jumaat 17 Nov 2017 hantar si Husna yang beria-ria nak ikut uncle dia baik kampung a few days later dan atas saranan boss yang mahukan penulis berehat... rest and recuperate, ambil masa untuk berubat, maka penulis pun mengambil cuti, mengetahui ada tempat yang berpotensi untuk merawat sakit yang dialami penulis, dan Husna boleh ikut temankan ayah dia ni berubat, sementara menunggu uncle dia sampai, namun perjalanan tersebut dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Tak pernah dalam sejarah penulis membatalkan perjalanan bila tiket dah dibeli. Sesungguhnya hanya pada tarikh tersebut ada tiket berharga murah untuk dua orang, unlike trip-trip sebelum ini yang kesemuanya dibeli setahun awal, murah meriah, satu keluarga boleh ikut serta dan amat berbaloi dengan budget yang ada. Ya kita patut bersyukur dengan apa yang ada. Perkara diluar kawalan tu, penulis pulangkan kembali kepada Allah untuk membuat penilaian, bukan kepada manusia. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan, dan perancangan Allah tentunya terbaik.

Pada jam 030am, kami mendapat berita, abg sepupu penulis Abg Gie (Tarmizi), meninggal dunia di hospital Teluk Intan dan akan dikebumikan di Tapah, Perak, maka keutamaan adalah untuk menziarahi keluarga terdekat. Banyak kekangan untuk penulis ke pulau seberang. Tak ada masalah, kami akan ke tempat orang yang lebih memerlukan kita. Salam takziah diucapkan untuk keluarga Muza, Kak Siah dan Faridah, anak-anak Mak Yong penulis. Semoga ruh Abg Gie diampuni dan ditempatkan bersama golongan orang yang soleh. Jenazah disolatkan di Masjid Daerah dan dikebumikan selepas solat jumaat.

Usai solat jenazah, kami mengiringi  jenazah ke kubur dan selepas itu berehat sebentar di rumah kak Siah yang terletak berhampiran dengan Tanah Perkuburan. Penulis mengambil masa untuk tidur sebentar. Iyalah... malam sebelumnya penulis tak boleh melelapkan mata, bersiap-siap untuk packing barang ole-ole untuk keluarga seperti mana yang selalu dibuat dengan arwah isteri yang selalunya terdiri daripada rempah masakan yang sukar didapati di Bukittingi.

Kami berpamitan mengundur diri dari rumah Kak Siah dan.... alang-alang tak dapat berangkat ke Bukittingi, kami pasrah mendaki jalan berliku menuju ke Cameron Highlands. Terjah sahaja. Cameron Highlands merupakan destinasi pilihan penulis untuk berehat, sejak sebelum penulis menjadi peguam lagi. True to my belief, expect the unexpected, trip ini langsung tidak dirancang, maka tiada persediaan seperti baju sejuk yang kami bawa. Kami menyewa sebuah homestay dengan harga yang amat berpatutan di Kg Sedia. Lokasinya betul-betul dibelakang restoran Abg Strawberi.

Malam itu langit terang benderang. Buruj Pemanah/Belantik/Orion jelas dapat dilihat dengan mata kasar. Amat menakjubkan sekali susasana dimalam itu. Kami menghabiskan masa hampir 10 minit menikmati keindahan malam yang dingin.



Three kings (atau Orion's Belt) yang terdiri dari bintang Zeta, Epsilon dan Delta ...kalau disambungkan akan membentuk garis lurus tepat menembusi bintang Sirius and Aldebaran anda akan dapat petunjuk arah timur dan barat. Penulis pernah mendengar kisah Three Kings ini, tapi tidak mempunyai maklumat yang sahih - dapat pun dari cerita filem tah apa tah... kononnya lokasinya pada bulan dan tarikh tertentu sama kedudukannya dengan lokasi 3 piramid terbesar di Mesir. Nama pun cerita fiksyen - Transformers (tak ingat yang mana satu).

Three Kings juga boleh dijadikan panduan kasar menunjukan arah kiblat. Tapi kena TUNGGU waktu subuh baru boleh pakai ya sebab bumi berputar dan kedudukan buruj ni tunjuk arah lain pada masa lain, tah ke mana korang tala nanti...

Kalau kalian mengikuti kisah Harry Potter, Sirius Black adalah ayah angkat Harry. Dan dalam filem itu dikisahkan bahawa Sirius boleh menjelma sebagai seekor anjing. Bintang Sirius juga sebenarnya dikenali sebagai "Bintang Anjing".

Aldebaran pula adalah bintang dalam buruj Taurus (Lembu).

Jadi the big picture....untuk senang anda ingat - seorang pemanah, dibelakang pemanah adalah anjingnya dan sang pemanah sedang membidik panahnya tepat ke badan Lembu.

Utara dan Selatan? haaa senang aje. Petunjuk arah selatan adalah Bintang Rigel (Rijl - bahasa arab).
Riljun adalah perkataan bahasa arab untuk kaki. Kaki kiri buruj Pemanah adalah Bintang Rigel. Kaki sebelah kanan dinamakan Saiph (pedang dalam bahasa arab). Macam mana bintang tu dapat gelaran pedang, penulis tak tahu!

Arah utara pula petunjuknya adalah Bintang Betelgeuse (cara sebutannya : "beteljuice").

Dalam buruj Orion ni ada bintang Bellatrix.... kisah Harry Potter lagi!... dah malas nak cerita. I bet the writer takde idea nak bagi nama apa pada character jahat ni so dapat ilham dari nama-nama bintang ajelah.

Tahun lepas, penulis berkesempatan menziarah museum yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi. Antara fakta yang diketengahkan adalah lokasi dan saiz bintang-bintang utama - yang penulis masih ingat, bintang Rigel dan Sirius. Menurut ahli falak, saiz kedua-dua bintang ini besarnya ratusan kali ganda berbanding dengan saiz matahari sistem solar kita. Subhanallah!!!

Bila memandang buruj pemanah ini, teringat perbualan penulis dengan arwah isteri... penulis mencintai surah AlBuruj dan mengamalkan pembacaannya dalam solat berjemaah bersama ahli keluarga. Arwah isteri pernah memberikan komen, dia merasa sedih, sayu - teringat kepada arwah Abang Majid tiap kali penulis mengakhiri pembacaan surah ini.

Alhamdulillah, yang penting sekali, trip kami ke Cameron Highlands ini berjaya merapatkan ikatan kekeluargaan penulis dengan  anak-anak.
Semoga maklumat yang dikongsikan ini memberikan manfaat kepada anda.

Tuesday, November 21, 2017

Asset yang paling berharga



Pesan mamaku, usaha tangga jaya
Mama kini tiada - tidak mengapa
Ku akan tetap mengejar cita-cita
PSRA 2018 kan ku pulun kesemuanya!


Ayah bangga dengan kecekalan hati Nurul Sakinah (Aina)
Teruskanlah usaha.. So watch out ya...Uni Husna and Uni Jamilah...

Untuk ahli keluarga baru kami - Nur Ain' Sakinah (Ain)
Pertingkatkan usaha
Jangan alpa, Masih ada masa untuk berjaya bersama
Realisasikan - Kinah Kuasa Dua.


Kisah terdahulu 1



For nay sayers, all these kids bears my name as their father.

Anak-anak ini dididik untuk berfikiran terbuka. Mereka jugalah yang diharapkan untuk mendoakan kesejahteraan ibubapa mereka. Keutamaan tetap bersama ayah mereka sebagai pemegang hadanah yang sah. Ayah mereka masih hidup dan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang. Seandainya ayah mereka telah tiada, masih ada Tok Ayah dan pakcik-pakcik mereka. Tiada ruang untuk "bypass" seperti yang selalu diamalkan selama ini seolah-olah ayah anak-anak ini dah mati. Tiada lagi talam dua muka dalam rumah ini. Keluarga ini ibarat sebuah negara dan kepentingan negara yang perlu diutamakan, bukan cakap atau kehendak orang lain. Nak merancang apa pun dengan mereka perlulah mendapat kebenaran terlebih dahulu dan atas budibicara penuh para wali pemegang hadanah yang bebas meletakkan sebarang syarat, bukan dengan cara meracuni fikiran mereka terlebih dahulu dan menyebabkan perseteruan dengan ahli keluarga. By the way, you get to keep your kampung, but stay away from my kids.

Wednesday, November 15, 2017

Taman Rashidah Utama - revisited




 


Diharapkan pengunjung blog dapat membaca dahulu keterangan di atas.

1. Al-Rasheed adalah salah satu dari nama-nama Allah.

2. Dua ayat dibawahnya adalah dari petikan dari surah Al-Sajadah yang menerangkan maksudnya sendiri.

Setelah memahami keterangan di atas, klip video di bawah ini adalah interpretasi lagu ini dari sudut pandang yang berbeza. Sekiranya anda tidak merasa apa-apa kesan di hati anda, anda harus segera muhasabah diri anda.

Semoga diri kita bersama-sama saling menasihati dan berusaha bersungguh-sungguh selagi hayat dikandung badan, untuk melindungi diri kita dan ahli keluarga dan sahabat handai kita dari malapetaka yang maha dahsyat seperti yang digambarkan. Aamiin.

Credits to the owner of this video clip. Note : the original song writer does not agree to this interpretation.



Wednesday, November 01, 2017

Harga lelong!

01/10/2017

Percaturan pemilik Ekovest dan Iskandar Water Front City (kedua-duanya disenaraikan di Bursa Malaysia) yang mencadangkan penggabungan kedua-dua syarikat tersebut tidak menjadi kenyataan.Baca kisahnya di sini.

Hanya disebabkan pelan penggabungan syarikat ditolak, pelabur dikedua-dua syarikat tersebut melepas dan menjual pegangan mereka di pasaran dan menyebabkan harta saham Ekovest jatuh mendadak dari RM1.16 ke harga penutup hari ini RM0.95.

Ada ahli forum yang memberikan komen negatif - habislah... rancangan nak dapat Projek Bandar Malaysia punah buat kali kedua, pelabur china semua lari. Kumpulan Prasarana negeri Johor (KPRJ) juga menarik diri dari usahasama dengan IWFC dan bermacam-macam komen termasuklah kedua-dua syarikat ni tak lama lagi akan dapat status PN17!

Burung terbang dipipiskan lada. Inilah yang terjadi.

KPRJ adalah syarikat tempat arwah isteri penulis bertugas dahulu. Penulis ketika itu berkhidmat sebagai peguamcara disalah sebuah firma guaman di KL yang memeriksa dokumen perbadanan syarikat tersebut yang ditubuhkan untuk membangunkan tanah milik bumiputra di Negeri Johor. Dek sebab mengendalikan kes syarikat tersebut, penulis dipertemukan semula dengan arwah isteri. The rest was history.

Balik kepada isu utama, jika kita periksa dengan teliti, fundamental Ekovest, sebuah syarikat pembangunan yang tersohor dan mempunyai projek yang hebat antaranya Lebuhraya Duke dan Projek River of Life adalah sangat kuat. Kalau tak jadi merger tu pun tak apa sebenarnya. Belum lagi campur projek perumahan mewah di Cheras. Betulah kata sifu penulis, pasaran saham ni emosi aje yang lebih.
Pada pandangan penulis (yang tak berapa pandai ni), teruskanlah memegang saham Ekovest ni - tak lama aje lagi ianya akan terbang tinggi sebab: 
  • Extension kepada Lebuh raya DUKE dah dapat certificate of practical completion. Tak sampai 2 minggu ianya dibuka untuk laluan pengguna, tol masih free lagi (sebulan) dan tahun dijangkakan siap sepenuhnya. 
  • Bulan disember 2017 syarikat bercadang nak beri dividen sebanyak 2 sen sesaham. Sebelum ex-date, harga saham akan melonjak naik. Ingat ya...awal tahun 2017 hari tu, Ekovest bermurah hati memberikan dividen istimewa RM0.25 sen sesaham. ASN dan ASB pun tak bagi macam ni. 
  • Adalah hampir mustahil nak dapat harga murah begini untuk sebuah pengendali lebuhraya.
  • Syarikat ni syariah compliant. 

Ikut kata sifu penulis, be brave when other are afraid. Moh kita tengok siapa yang akan terjun dulu.

Kalau harga jatuh lagi penulis akan menambah pegangan saham Ekovest. Bukan untuk penulis, tapi untuk jaminan masa depan anak-anak penulis. Time is on our side. Kalau sampai target price, barulah penulis akan menjualnya semula.