Monday, November 30, 2015

Bersama dgn org yang benar

Ya Allah, sesungguhnya keretapi cahaya yang kami tumpang selama ini telah berhenti, dan kekasih hatiku telah sampai dan turun mendahului kami ke destinasi yang Kau tetapkan. Hamba Mu yang hina ini tetap pasrah dan redha mengikut ketentuan. Hidup dan mati kami hanya untuk Mu. Kami memohon kekuatan. Tunjukkanlah kebenaran, hancurkanlah kebatilan, tetapkanlah hati ini terus berlaku jujur sebagaimana yang aku dan arwah isteri laksanakan dan ajarkan kepada anak-anak kami selama ini walau apa pun yang muncul di hari yang mendatang. Tiada daya dan kuasa selain dari Mu Ya Allah. 

Aku menitipkan anak-anak ku yang jauh dari pandangan mata ke dalam jagaan Mu Ya Allah. Rahmatilah dan kasihanilah mereka, Ya Rabb. Merekalah sumber inspirasi kekuatan hati ku Ya Allah. Kurniakanlah rezeki yang baik-baik untuk mereka dan tuntunlah hati mereka agar mendirikan solat dan mengerjakan kebaikan dimana jua mereka berada dan dalam keadaan apa sekalipun. Ilhamkan di hati dan fikiran mereka agar dapat membezakan apa yang baik dan buruk. Semoga mereka dapat berbakti untuk kedua ibu dan bapa mereka. Tiada Tuhan yang layak di sembah melainkan Engkau yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Tinggi.

Antara resepi anti kanser



2 gelas air dalam blender
setengah biji atau 1/4 jus lemon
Daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage
Sebiji apple hijau dibuang biji dan di potong 8
blend halus dan terus diminum.
Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana hilang khasiatnya
Jika terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
Paling cepat berkesan jika diminum jam 3 atau 4 pagi kerana waktu itu kanser dalam badan tidak terlalu aktif

Selain dari daun belalai gajah + daun betik + biji aprikot + serai atau apa saja jenis sayur mentah dan buah2an boleh merawat penyakit KANSER.

Friday, November 27, 2015

Email to HRD Mesiniaga on Wakaf Neny

Thu, Nov 12, 2015 at 4:30 PM
Assalamualaikum wrt wbt

Pn Zariah dan Tn Hj Puzi,

Sorry, almost forgotten about this letter. Semalam Neny admit utk chemo, but her blood test failed – urine dia ada problem, so like last week, kena bagi dia sihat dulu baru boleh chemo. Dr tahan dalam wad. Last Saturday, dia demam panas dan tak sedarkan diri, so rushed to hospital for a day.

Wang yang gaji dan elaun yg Mesiniaga berikan, Neny telah amanahkan saya untuk menjalankan perniagaan pakaian busana muslimah secara kecil-kecilan, sesuatu yang saya selalu galakkan dan pernah memberikan modal, namun mungkin Neny tidak buat full swing sebab dia juga suka memasak dgn kawan2nya. Sekiranya ada keuntungan dari perniagaan yang saya dan anak-anak jalankan ini, separuh daripadanya adalah untuk tabung wakaf neny. Dan kalau ada lebih, untuk buatkan korban 1 bahagian untuk Neny setiap tahun selagi mana saya, sebagai pemegang amanah masih hidup.

Saya dan Neny simply love reading books dan selalunya kalau ke Indonesia kami akan memborong banyak buku2. Saya selalu juga menumpang solat di surau Mesiniaga sementara menunggu Neny habis kerja. Inspired by kisah harta wakaf Saidina Uthman Ibn Affan yang masih ada sehingga ke hari ini, saya mencadangkan dan Neny seterusnya mengamanahkan saya untuk memohon kebenaran Mesiniaga utk setup, semasa dia masih hidup, satu ruang kecil di surau Mesiniaga (betul2 kecil dan tak makan space banyak) dan beberapa tempat2 lain untuk menempatkan buku2 untuk diwakafkan. Wang pembelian buku2 (genre kegemaran neny, terutamanya buku agama dan masakan) akan datang dari hasil perniagaan busana muslimah yg dinyatakan di tadi.

Saya bagi pihak Neny dan anak-anak, memohon keizinan pihak HR/Jabatan Keselamatan Mesiniaga agar saya dan anak2 diberikan kebenaran untuk, dari masa ke semasa, rotatekan buku2 itu kerana buku2 yang kami letakkan di tempat2 terpilih nanti tak sama semuanya. Mudah-mudahan sekiranya rakan2 di Mesiniaga atau sesiapa yang memperolehi faedah dari kandungan buku2 bacaan itu, adalah tercatat ganjaran pahala untuk Neny, dan Neny tetap hidup di hati dan didalam ingatan kalian, rakan-rakan seperjuangan yang beliau ingati dan sanjungi.

Kami dengan rendah hati memohon maklumbalas dan persetujuan Mesiniaga.
Wassalam
Sekian terima kasih
---
ZAWALUHELME BIN ABDUL WAHAB
Group Legal & IP Management Services Department
SIRIM Berhad

***********

Antara beberapa amanah dari Neny yang telah saya terima:

1. dari wang hasil perniagaan kecil mengunakan wang gajinya:
 (i) korban ternakan atas namanya satu (1) bahagian setiap tahun dari keuntungan perniagaan yang dijalankan selagi mana pemegang amanah masih hidup;
(ii) mewujudkan wakaf buku dan mushaf AlQuran di surau Mesiniaga, SIRIM dan mana-mana tempat yang difikirkan patut dan suaimanfaat oleh pemegang amanah;
(iii) sedikit keuntungan digunakan untuk menghiburkan hati anak-anak (umpamanya hadiah ulangtahun, hadiah kecemerlangan dari mama mereka melalui wakil tunggal mama mereka didunia ini sekarang, iaitu pemegang amanah);
(iv) mengambil peluang bersedekah apa yang patut yang memberikan pulangan hasanat yang banyak kepada Neny;
(v) mencari ilmu agar perniagaan yang dijalankan berdaya maju dan dapat dipertahankan selama yang mungkin;
 
2. Pemegang amanah perlu segera meneruskan dan menamatkan hafazan surah AlWaqiah yang sedikit lagi berbaki. membacakan dan meyedekahkan surah AlMulk setiap hari sekurang-kurangnya sekali sehari, seperti mana yang pemegang amanah laksanakan selama ini untuk mama pemegang amanah tapi dengan tambahan AlWaqiah. Habiskan juga hafazan AdDukhan... yang ada lagi separuh aje. Tak lupa juga surah Sajadah... kalau Mi berkemampuan (adus!);

3. Anak-anak kita didik dengan ruh Islami, kalau ada antara anak-anak yang berkemampuan, hantarlah ke tahfiz. Itulah saham kita berdua diakhirat;




4. Teruskan berkata benar dengan berani tanpa bimbang apa org lain akan kata. Sebab keberanian dan kejujuran Mi inilah Ni sanggup tunggu utk nak kahwin dengan Mi dulu. (susah nak buat sekarang)

5. Selagi Neny masih hidup, pemegang amanah tidak boleh berkahwin lain. Kalau ada calon pun biarlah, Neny yang tunjukkan sendiri kalau sempat, sebab Ni tahu Mi perlukan teman hidup yang macam mana. (bab ni sayu dan sedih sangat2).

6. Mi pandai dan ada bakat besar dalam menulis. Ramai org suka baca penulisan Mi. Kalau boleh gunakanlah apa yg Mi belajar translation hari tu utk terjemah buku ke bahasa kita. Atau Mi buatkan blog yang memberikan manfaat kepada para pembaca. Kalau anak-anak boleh bantu Mi dgn blog ni pun bagus juga.  Kalau ada manfaat, pahalanya sedekahkan untuk Ni ya!

7. Maafkanlah Razif kerana dia tidak mengerti, fahamilah dia atau mungkin sebab dia takde pilihan. Mi, fahamilah, Mama dan Papa mana yang mahu anak mereka mati... (ya Mi faham)

8. Ni tak mampu membalas layanan istimewa dan jasa ibu dan adik Fatiha menjaga Ni, Mi tajalah Ibu dan adik Fatiha ikut program ESQ ya.

9. Teruskan silaturahmi dgn kawan-kawan ni... 

(Nota: Kesemua barangan yang dipaparkan dibeli oleh pemegang amanah bagi pihak Neny semasa Neny masih hidup, kecuali mushaf AlQuran).

Tuesday, November 24, 2015

email dari Neny 8 Nov 2010

Neny's artwork circa 2014

Assalamualaikum Yang,

Apa kabar Yang hari ni? Lelah Yang dah berkurangan ker? Neny doakan semoga Yang cepat-cepat sembuh dan boleh selalu pergi Masjidil Haram

Pagi tadi mcm biasa Ni nak pergi ofis Ni call cab Shah Alam. The driver taxi tu berjanggut panjang dan bersongkok haji. So dia tanyalah nak ofis masuk pukul brp. Ni kata ofis masuk pkl 9 tapi nnti kalau naik komuter satu stesyen aje. Ni cakaplah ofis ni kat Subang Jaya so dia offer nak hantar sampai ofis tapi dgn charge yg sama gi Batu 3. Sbb dia nak gi KL and ada janji nak pick up passengger pkl 10. Alhamdulillah, ada gak driver taxi yg baik macam brother ni. Dia kata lah passengger dia a Japanese lady. Dulu duduk Shah Alam tapi dah balik Jepun sbb anak dia nak masuk high school kata sana. So sekali-sekali dia dtg jenguk husband dia yg masih kerja kat Malaysia dia call brother ni bawak dia jalan. Sampai Mesiniaga, Ni bayar lebih tambang komuter and penat kalau jalan.. :-)

Kat ofis takde org Lotus. Ni sorang aje.. try2 akses facebook dr another website tetiba tu boleh akses.. eemm.. he! he! he ! How strange! Dulu Mesiniaga block facebook tapi skrg open pulak. Tapi rasanya Neny tahu apa pasal.. server room tu tgh dibesarkan and add additional server rack.. so mungkin to ensure all the network equipments tu jalan.. dia orang bukak semua dulu.. When everything is in place baru start block again. Arrgh.. sedihnya.. dahla DIGI punye facebook tak boleh gak.. tapi Ni bukan gila fb sgt pun.. cuma suka baca org punye comment but I hardly wrote anything on my status... :-)

Jadi from fb, Neny tahu yg Shidi past away this morning. Semoga segala penderitaan yang Shidi alami tu sbg kaffarah untuk dia menjadi hamba Allah yg lebih baik disisi Allah swt. Alhamdulillah kan Yang kita pun dapat ziarah dia a few times waktu dia kat hospital. Tapi terkilan gak, kita tak dapat organize utk collect duit as suggested by Yazid utk bantu Shidi.. cuma kita dpt bagi dia baki duit reunion 2000 tu aje.

Balik td ingat nak tumpang Nida tp Nida nak gi jumpa kawan dia kat Jln Conlay. Jadi tanya Faridah boleh tumpang tak sampai komuter.. Faridah kata dia hantar Ni sampai rumah ajelah.. since dia takde kerja. Alhamdulillah hari ni Neny senang pergi balik ofis. Terima kasih Yang atas doakan semoga Neny mudah kemana-mana kat Malaysia.

Yang, ingat pasal Jamilah nangis gila2 tak nak cakap dgn cikgu Inggeris dia markah dia salah kira. Semalam dia kata dia cuba cakap dgn cikgu dulu, jadi mama tak yah dtg sekolah. Ni kata ok tapi kalau cikgu tak nak tukar gak, mama gi jumpa gurubesar. Ni suruh dia padam dulu note yg Ni tulis utk cikgu dia kata salah kira.. yg ada cuma ada Razif punye calculation on markah pada setiap page. Tadi ptg dia kata cikgu tak marah tapi cikgu dia tanya kenapa tak bagitau waktu kat kelas. Jamilah bagitau masa dah habis kelas and dan nak balik sekolah. Haaahhh ! Penat nak convince dia yg cikgu tak kan marah n tak patut marah kalau setakat tukar markah yg salah kira.

Dearest Yang, jaga kesihatan Yang ya sbb tak lama lagi nak menjalankan ibadah haji. Doa2 byk tau pada Allah swt semoga Yang sihat waktu mengerjakan ibadah haji ya. Ni pun turut mendoakan semoga Allah swt sentiasa menjaga Yang, Ayah, Mama dan Maya di sana. My dearest love, walaupun Yang kata Yang bukan siapa-siapa without Ni, but you are always the love of my life along with our children and after Allah swt dan RasulNya till the end of time and in the our next life. Thank you so much for saying that you don't mind me being possesive of you.. I am ! I am! Truly I am ! Though I don't show it that much.. tapi dlm hati Allah swt saje yg tahu.. Sebab kekadang Ni fikir whether 'my jealousy' akan mengongkong Yang and that you would hate me for that. Salam sayang dan rindu buat
Yang yg jauh di pandangan tapi dekat di hati.

Wassalam.

Monday, November 23, 2015

Kata-kata


Kasih sayang tak dapat diungkapkan melalui kata-kata. 

Ketika aku mendukung dan meletakkan Neny di atas kerusi roda, memandikan, mengeringkan tubuhnya, menyalin lampin, memakaikannya pakaian bersih, menyuapkan ubat, meruqyahnya, membantunya berzikir bersama-sama, memberikan semangat, membantu menjirus air atas jenazahnya, mengimamkan solat jenazah, menyambut jenazah dan mendakapnya buat kali terakhir di liang lahat, membacakan Al-Mulk yang dicintainya, aku mengerti hakikat kasih sayang dan kepercayaan. 

Semoga diri ini tidak merasa sunyi selagi mana Neny dan anak-anak kami terus hidup didalam hati ini. 

Anak-anak sekalian, mama hanya pergi mendahului kita berjumpa Allah, kita pasti akan menyusul kemudian.

Email Neny - Tips menghafal AlQuran (emphasis on Surah AlMulk)

Kebetulan hari ini ulangtahun kelahiran arwah mama. Tapi tema entry ini berkairan dengan kedua-dua wanita yang penulis cintai, mama dan Neny kekasih hati ku yang telah pulang ke Rahmatullah. From:Neny Bustamal To: aida_ariff71@yahoo.com, hasya167@tganu.uitm.edu.my, haslawati@yahoo.com, lizajazz@yahoo.com, yusnitaayub@yahoo.com Date: 07/13/2014 09:01 PM Subject: Kaedah Jibril -Sharing Assalamualaikum kawan2, Ni some tips dari Ustaz Asraff masa nak hafaz 1. Nak hafaz sentiasa guna Quran yang sama. Jangan tukar2 Quran sbb kita akan ada photographic memory page yg sedang kita hafaz 2. Kalau susah betul nak hafal, tulis ayat balik dgn tangan kiri. 3. Ada sparring partner nak hafaz. Challenge each other. 4. Berdoa banyak2 nak hafaz sbb kita perlukan istiqamah. Boleh baca doa yang dalam slide ni. Kalau mood merudum nak hafaz take a break and lancarkan yg dah hafal dulu. Lepas tu sambung balik. Personal experience Neny, hafaz satu atau 2 surah then concentrate ulangan sampai boleh baca fluently mcm kita baca Al-Fatihah. Baru sambung surah yang seterusnya. Mula2 hafaz mungkin masa 30 minit tu tak cukup, mungkin jadi 40 minit takpe lama-lama otak kita dah training boleh hafal lebih cepat dr setengah jam. Neny beli Quran yang ada satu juz satu juz so senang bawak ke mana-mana 1 juz yang ada surah yang Neny tengah hafaz. Paling utama hafaz surah Al Mulk ya. Ada hadis sahih Rasulullah 30 ayat yang boleh mengelakkan seksaan Qubur ialah surah Al Mulk and kalau boleh RAsulullah nak semua umat dia hafaz surah Al-Mulk. Jadi pastikan ahli keluarga kita hafaz surah Al-Mulk ni.