Friday, December 14, 2012

We will support you

Penjaga Gol Malaysia memang cemerlang dalam perlawanan bola Malaysia menentang Thailand malam tadi walau ditembusi jaringan.

Kegigihan penjaga gol Malaysia yang berhempas pulas bermati-matian menjaga gawang dari ditembusi gol mengingatkan penulis kepada pesanan mantan boss semasa bertugas sebagai peguamcara korporat suatu ketika dulu:
 
"Mi, you are our last line of defence, lawyer yang paling muda dan paling terakhir balik dari opis. Masa ketiadaan senior lawyers yang lain, do your best, tepis segala "bola" yang nak masuk gol (or bala) yang datang menyerang. The Firm will support you, it does not matter whether you made a right or a wrong decision.....".

Sayang, itu memori lama... Now in the present, kalau buat silap yang tak disengajakan sekalipun, people will single us out and gladly put the blame on us! Sehingga ke hari ini, penulis tak jumpa lagi mana-mana boss yang menyuntik semangat kerja sebegitu rupa.

Wednesday, December 12, 2012

12 12 12



Everyone was going on about 12.12.12 being once a lifetime date.

Isn’t every single day once a lifetime, never to return?

Use of each moment, day and opportunity to repent, do good and draw close to Almighty Allah.

Tarikh ini selalu berada dalam ingatan - for many reasons. Antaranya... sedar tak sedar sudah lima tahun berlalu sejak penulis membuka akaun di AlRajhi Bank dan pada tarikh ini juga kat ATM yang dibekalkan oleh bank kepada penulis tamat tempoh sahlakunya. Akaun ATM ini adalah merupakan simpanan wang kecemasan penulis. Banyak gunanya selama ini yang paling segar dalam ingatan adalah semasa menunaikan fardu haji - kesemua kaunter Tabung Haji untuk mengeluarkan wang penuh sesak... penulis pula membantu pakcik-makcik jemaah yang uzur untuk mengeluarkan wang simpanan mereka, akhirnya diri sendiri tidak berpeluang untuk mengelurkan wang TH! Apa lagi terus ajelah ke ATM AlRahji yang terdekat... ada juga jemaah yang kehairanan macam mana la si penulis selamba aje keluar wang di ATM, tak gaduh nak que... hehehe...

Debit Kad /ATM yang baru  telah selamat dibekalkan. Insya Allah, tahun hadapan kalau ada umur dan perancangan Ustaz Firdaus untuk membawa kami ke tanah suci melalui surat jemputan dari Makkah berjalan lancar, Debit card ini akan berkhidmat lagi untuk penulis di Makkah dan Madinah, Insya Allah.

Monday, December 10, 2012

The extremist and the intolerant

You muslims are nothing but a bunch of extremist!.

Yes, we are a bunch of extremist. No doubt at all..
We should not be ashamed of it. Really!.
We should be proud that we are enjoined by Allah to be:
extremely patient
extremely kind;
extremely loving;
extremely good;
extremely generous;
extremely helpful;
extremely hardworking;
extremely steadfast in solat;
..
..
..
(and the list goes on and on...). It focuses our mind to become a better person in the eyes of God. Whatever we do, we give our 100%.


Well, Islam is also labelled as the most intolerant religion ... so you muslims are also intolerant lot!!!

Why, yes... we agree. We muslims are extremely proud to be intolerant!
There is nothing wrong being intolerant. Lets see... Muslims are intolerant concerning issues of:
drug abuse;
rape;
corruption;
theft;
cronysim;

punishment to criminals;
murder;
slander;.
segregation of man and women..
..
..
..
(and the list goes on and on...).

So now let us ask you whether you can tolerate drug abuse, rape, corruption, theft, cronyism, murder, slander....[the list goes on and on....]  in your own backyard / community???

So, it seems that none of you are moderate muslims???

Excuse us, but in reality, there is no such thing as a moderate muslim. In the Quran it is stated:
 
"O you who have believed, enter into Islam completely [and perfectly] and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy."

Everything must be done wholeheartedly. It is not open for muslims to follow one part of the Quran but at the same time, reject the other parts. It goes without saying that those who reject the hadd punishment that Allah had ordained are transgressors!

Those of you who had put in your FB statuses/views as being a "moderate" muslims - you guys better correct what you had stated therein!

Thursday, December 06, 2012

Takziah untuk keluarga Aminulrasyid Amzah

Really sad piece of news...mahkamah memutuskan bahawa...
...for a policeman to fire 21 rounds of bullets from a sub-machine gun in wee hours of the morning in Shah Alam merely to stop a speeding car without knowing it will cause hurt or death even if the car had reduced its speed is perfectly okay in Malaysia. 

Takziah untuk keluarga Aminulrasyid Amzah.

Sesungguhnya polis negara kita dilengkapi dengan alat telekomunukasi canggih. Tak boleh ke  depa radio sekejap ke HQ supaya polis boleh buat roadblock kat depan laluan Orang Kena Tuduh yang nak melarikan diri tu?. 

Masa penulis menyewa kenderaan dan memandu di Florida dulu, ada juga kami melihat kejadian high speed chase di antara polis dengan penjenayah. Penulis memperlahankan kenderaan dan berhenti di tepi jalan untuk memberikan laluan. Beberapa buah kereta polis berhenti betul-betul dihadapan kenderaan kami, anggotanya dengan tangkas keluar dari kereta peronda, membuka boot kereta dan mengeluarkan 1. baju kalis peluru untuk di pakai, 2. senapang patah dan meneruskan perjalanan mengejar penjenayah yang melarikan diri. Sebuah kereta peronda kelihatan bertindak sebagai pusat komunikasi mengatur perjalanan dan memberikan thunbs up kepada penulis kerana memberikan laluan dan memberhentikan kereta. Dapat tangkap juga mamat yang lari tu... dan takde nampak pun polis trigger happy macam polis negara kita. Ada sekali tu penulis tersesat jalan, polis traffik datang membantu dengan penuh sopan santun sekali. 

Apalah nak jadi dengan negara ini. Kalau tukar kerajaan sekalipun jika mentaliti tak bertukar, sama aje hasilnya.

Thursday, November 22, 2012

Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia


Berita di Malaysiakini mengenai Personal Data Protection Act 2012 (baca di sini) adalah dirujuk.

I had just posted a message to the Facebook wall of Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia as follows:

Harap mendapat pengesahan Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia sama ada:

(i) Wakil Rakyat atau Menteri dalam menjalankan tugas mereka adalah "kerajaan" dan terkecuali daripada mematuhi peruntukkan PDPA 2010;
(ii) sama ada sms sebegini (bergantung kepada kandungan dan kegunaannya) adalah 'direct marketing' yang di tegah oleh PDPA 2010.
(iii) tertakluk kepada jawapan no (ii) di atas, sama ada aduan dan tindakan boleh diambil terhadap syarikat telekomunikasi yang mendedahkan data peribadi pelanggan tanpa memperolehi kebenaran/ataupun sekiranya kebenaran pernah diperolehi, ianya telah ditarik balik.

 Jawapan yang Jabatan tuan berikan akan digunakan untuk program Legal Awareness PDPA di syarikat saya dalam masa terdekat. Terima kasih.

Harap-harap ianya dapat dijawab segera. Penulis pernah pada tahun 2008 menghantar beberapa pertanyaan kepada Jabatan Perhutanan Malaysia yang berkaitan dengan urusan/tugas rasmi tapi hampa, tidak mendapat sebarang jawapan langsung!!!

Kisah guru disiplin dan baju Sekolah

Kisah ini dikongsi oleh seorang rakan yang bertugas sebagai guru.


****

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang.

Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa.

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"

Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

"Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu".

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Sunday, November 18, 2012

Sample Copyright Assignment


Somebody needs a sample Assignment, so here it is.  Don't forget to belanja me a cup of teh tarik, okay?  If you were to ask fellow practicing lawyers, they may charge you up to RM1k or a minimum of RM200-00 for this. :-)

**************************************

 The Editorial Committee



(Attn:  Dr.                         )

Tel:    
Fax:   


I certify that the manuscript entitles:

[ insert title of manuscript ]

By author (s)

[ insert name of author(s) ]

(a)     Has not been published or considered for publication elsewhere.  I also confirm that the manuscript contains no material, the publication of which would violate any copyright or other personal or proprietary right of any person or entity. 
 
(b)     Once accepted for publication the copyright in respect of the manuscript shall thereupon become the property of the Editorial Board of the above mentioned Journal. I hereby assign to it the sole right, title, interest in and to the same to print and publish in any form or in any language, and in any part of the world, the whole or any part of the manuscript.

(c)     In consideration for the assignment of copyright in the Editorial Board’s favour, the Editorial Board shall retain my moral rights to be identified as the author(s) for the above manuscript.

(d)   Accordingly, I am solely responsible for the contents (errors and omissions, if any) contained in the manuscript.

Signed      :    ________________________          Date      :    _____________


Name       :    __________________________________________________

Address    :    __________________________________________________


·*To be signed by at least one of the authors

The manuscript will not be published until this signed form has been received by the Editorial Board.

Monday, November 12, 2012

My father's eye


Nota : Bacalah kisah ini dengan hati yang terbuka. Kepada para pembaca yang masih mempunyai ayah dan ibu, sayangi, hormati dan raikanlah hidup mereka. Sekiranya kita ada membuat salah dan silap dan pernah menyakiti hati mereka tak kira dengan perlakuan atau bertuturan kita atau apajua tindakan yang membelakangi hasrat mereka, bersegeralah untuk memohon ampun dan maaf. Semasa menghadiri majlis Ihtifal dan Kecemerlangan Pelajar 2012 baru-baru ini, penulis tidak dapat menahan air mata mendengar pengerusi majlis mambacakan cita-cita para pelajar anugerah cemerlang yang naik ke pentas mengambil hadiah yang bercita-cita mahu memimpin tangan kedua ibubapanya berjalan ke syurga.


Mudah-mudahan anak-anak penulis pun akan berjaya seperti mereka ini, Aamiin.

Sudahkah anda berbakti kepada kedua ibubapa atau orang-orang yang anda sayangi hari ini? Atau mungkinkah anda terlepas pandang dan ada golongan orang lain yang selama ini menyayangi anda dari jauh tanpa anda sedari, senantiasa mendoakan kebahagian anda dunia akhirat tanpa mengetahuan anda.

***** 

A teenager lived alone with his father, and the two of them had a very special relationship. Even though the son was always on the bench, his father was always in the stands cheering. He never missed a  game.


This young man was still the smallest of the class when he entered high school. But his father continued to encourage him but also made it very clear that he did not have to play football if he didn't want to. But the young man loved football and decided to hang in there. He was determined to try his best at every practice, and perhaps he'd get to play when he became a  senior. All through high school he never missed a practice nor a game, but remained a bench warmer all four years. His faithful father was always in the stands, always with words of encouragement  for him.

When the young man went to college, he decided to try out for the football team as a "walk-on."  Everyone was sure he could never make the cut, but he did. The coach admitted that he kept him on the roster because he always puts his heart and soul to every practice,  and at the same time, provided the other members with the spirit and hustle they badly needed. The news that he had survived the cut thrilled him so  much that he rushed to the nearest phone and called his father. His father shared his excitement and was sent season tickets for all the college games. This persistent young athlete never missed practice during his four years at college, but he never got to play in the game.

It was the end of his senior football season, and as he trotted on to the practice field shortly before the big play off game, the coach met him with a telegram. The young  man read the telegram and he became deathly silent.  Swallowing hard, he  mumbled to the coach, "My father died this morning. Is it all right if I miss practice today?" The coach put his arm gently around his shoulder and said,  "Take the rest of the week off, son. And don't even plan to come back to the  game on Saturday. Saturday arrived, and the game was not going well. In the third quarter, when the team was ten points behind, a silent young man quietly slipped into the empty locker room and put on his football gear. As he ran on to the sidelines, the coach and his players were astounded  to see their faithful teammate back so soon.

"Coach, please let me play. I've just got to play today," said the young man.

The coach pretended not to hear him. There was no way he wanted his worst player in this close playoff game. But the young man persisted, and finally feeling sorry for the kid, the coach gave in. "All right," he said. "You can go in." Before long, the coach, the players and everyone in the stands could not believe their eyes. This little unknown, who had never played before was doing everything right.  The opposing team could not stop him. He ran, he passed, blocked and tackled like a star. His team began to triumph. The score was soon tied.  In the closing seconds of the game, this kid intercepted a pass and ran all the way for the winning touchdown.

The fans broke loose. His teammates hoisted him onto their shoulders. Such cheering you've never heard!

Finally, after the stands had emptied and the team had  showered and left the locker room, the coach noticed that the young man was sitting quietly in the corner all alone. The coach came to him and  said, "Kid, I can't believe it. You were fantastic! Tell me what got into you? How did you do it?" He looked at the coach, with tears in his eyes, and said, "Well, you knew my dad died, but did you know  that my dad was blind?"

The young man swallowed hard and forced a smile, "Dad came to all  my games, but today was the first time he could see me play, and I wanted to  show  him I could do it!"

SO REMEMBER AT THIS VERY MOMENT, WHILE READING THIS:

somebody is very proud of you.
somebody is thinking of you.
somebody is caring about you.
somebody misses you.
somebody wants to talk to you.
somebody wants to be with you.
somebody hopes you are not in trouble.
somebody is thankful for the support you have provided.
somebody wants to hold your hand.
somebody hopes everything turns out all right
somebody wants you to be happy.
somebody wants you to find him/her.
somebody wants to give you a gift.
somebody wants to hug you.
somebody thinks you are a gift.
somebody admires your strength.
somebody wants to protect you.
somebody can't wait to see you.
somebody loves you for who you are.
somebody treasures your spirit.
somebody is glad that you are their friend.
somebody wants to get to know you better.
somebody wants to be near you.
somebody wants you to know they are there for you.
somebody would do anything for you.
somebody wants to share their dreams with you.
somebody is alive because of you.
somebody needs your support.
somebody will cry when they read this.
somebody needs you to have faith in them.
somebody trusts you.
somebody hears a song that reminds them of you.
and MY this entry is really for you (edit 11/1/2016).

Wednesday, October 31, 2012

Pembentangan Catatan Amalan


 Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun. 

And the record [of deeds] will be placed [open], and you will see the criminals fearful of that within it, and they will say, "Oh, woe to us! What is this book that leaves nothing small or great except that it has enumerated it?" And they will find what they did present [before them]. And your Lord does injustice to no one.

(Surah AlKahfi: 49) 

그리고 [행위] 기록은 [열기] 배치되고, 당신은 그 안에 범죄자 두려워 볼 수 있습니다, ​​그리고 그들은 오, 우리에게 재앙! 것을 제외하고 작거나 아무것도 남기지 않습니다이 책은 무엇입니까 "라고 말할 것입니다 그것을 열거했다? " 그리고 그들은 [ 전에] 무슨 짓을 찾을 수 있습니다. 그리고 주님 아무에게도 불의하지 않습니다.

(Surah AlKahfi : 49)



Apakah yang anda rasai apabila membaca ayat ini?

Wednesday, October 03, 2012

Romance Photographers

Romance photographers see life as a series of stories and images. Their work takes you some place in your mind you've never been and makes you want to return there again and again. Its akin to that amazing first kiss, the one you've never forgotten, the one that spins in your brain over the years becoming a comparison to everything following after it.








Me, I am only a simple budding photographer, a hobby that puts my mind at ease against the tension of life's commitments. One day when I am no longer around, I hope my son and daughters would appreciate all the images and memories that I had left for them to cherish. 

Hari ini kami bersama kalian. Suatu hari kelak, kami akan pergi menyambut panggilan Illahi. Ingatilah kami dalam doa kalian. Tiada lain yang kami harapkan selain doa kesejahteraan yang kalian kirimkan dengan perasaan tulus ikhlas.

Wednesday, September 26, 2012

Pemberian biarlah Ikhlas

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.  (Al Baqarah : 264)

Apa-apa pemberian kepada sesiapapun sama ada dalam bentuk ole-ole, hadiah, cenderahati, bantuan kewangan, derma waima kepada isteri, suami, anak-anak, ibubapa atau saudara sendiri perlulah dibuat secara tulus ikhlas dari hati. Kalau tidak dilakukan dengan ikhlas dan diungkit-ungkit seolah-olah dipenerima akan terhutang budi kepada kita, ianya bakal menjadi punca penyesalan kepada sipemberi dikemudian hari. Allah jua yang akan membalas pemberian ikhlas kita, bukan orang yang menerima. Maka dalam keadaan tertentu, pada hemat penulis, adalah lebih baik pemberian itu tidak dilakukan langsung. 

Janganlah salah faham. Sekiranya anda tidak memperolehi apa-apa pemberian dari seseorang, ianya tidak bererti anda tidak disayangi atau tidak langsung dihormati. Sesungguhnya bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi ikhlas sekiranya sejarah tidak berupaya dipadamkan dari ingatan orang yang berniat untuk memberi. Orang yang merasakan dirinya perlu diberikan sesuatu itu terlebih dahulu perlu muhasabah dirinya sendiri - apakah aku layak untuk menerima sesuatu pemberian dari orang itu sedangkan cukup banyak pengkhianatan yang telah kulakukan dan aku tidak pernah mengingati dan mempedulikan langsung perasaannya apabila barangan miliknya, keperluan dan haknya aku zalimi atau cerobohi.

Sedarlah, orang itu mungkin sudah sekian lama memaafkan dan menghalalkan kesemua perbuatan anda zahir dan batin dan senantiasa dengan tulus ikhlas mendoakan kebaikan dan kesejahteraan anda dunia akhirat, namun sebagai insan biasa, dia berkemungkinan tidak berupaya melupakan apa yang telah terjadi. D
ia mungkin tetap bersabar atas perlakuan anda selama ini dan tidak langsung mengambil apa peluang pun untuk membalas walau ruang berbuat demikian telah lama terbuka luas. Boleh jadi anda sebenar-benarnya tergolong antara orang-orang yang amat disayanginya namun, itu tidak dapat lagi di zahirkan, hanya dipendamkan sahaja disanubari sekalipun anda mungkin acapkali bersua muka dengannya.

Penulis mengambil peluang ini untuk berkongsi doa yang diajarkan oleh seorang tua yang banyak memberikan nasihat berguna kepada penulis semasa difinal year law school dulu. Selalu penulis membaca doa ini didalam hati sebelum berhujjah dimahkamah, sebelum mesyuarat bermula atau sekiranya diarahkan untuk menghadiri post mortem projek (sessi hentam-mengentam) seorang diri. (Yes, I am only a soldier yang boleh dikorbankan bila-bila masa). Alhamdulillah, penulis dapat menangkis segala hujjah yang ditembakkan dan berupaya melancarkan serangan peluru berpandu. Biasanya serangan balas penulis tak dapat dijawab. SYARATNYA: hujjah anda mesti dibuat atas dasar kejujuran, dilampirkan bukti bertulis dan fakta yang menyokongnya adalah tepat dan selaras dengan amalan biasa perniagaan (standard industry practice). Tidak boleh berniat untuk ambil kesempatan untuk memalukan mereka yang kita hadapi tersebut. Mudah-mudahan hujjah kita boleh meyakinkan mereka untuk menerima-pakai apa yang kita sarankan. In any event we are a team, in every sense of the word. Yang terbaik datang dari Allah. Doanya diambil dari AlQuran dan diturunkan disini untuk tatapan dan amalan harian anda.


Ertinya: Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan).

On another note, bagi yang akan berkempen untuk menentukan siapakah yang akan menjadi wakil kita di Parlimen kelak didalam Pilihanraya yang bakal menjelma, ingatlah, janganlah tuan-tuan asyik menyebut dan mengungkit kebaikan dan wang ringgit yang anda taburkan di sana sini sejak puluhan tahun yang lalu dan meremehkan apa jua sumbangan parti yang bersaing dengan anda. Tindakan begitu tidak menjamin anda layak menjadi pemimpin kami. Rakyat marhaen melihatnya dengan begitu jijik sekali, sehinggalah terpaksa diwujudkan istilah "politik wang" seolah-olah wujud perbezaan di antara rasuah dan politik wang. Apa pun kebaikan yang anda lakukan itu sudah menjadi tanggungjawab anda untuk melaksanakannya. Duit peruntukan yang disalurkan adalah duit hasil kutipan cukai ke atas rakyat jua dan jika salah urus ianya akan dipersoalkan diakhirat kelak.. 

Sudahkah anda melaksanakan tanggungjawab anda dengan adil dan saksama kepada kesegenap lapisan rakyat dibawah pimpinan anda?

Thursday, September 20, 2012

Tak usah menjadi pengemis

ISLAM bukan agama para pemalas. Tidak ada satu nas pun yang menyuruh atau membenarkan umat Islam untuk hidup relaks, bermalas-malasan, menunggu rezeki turun dari langit, mengharapkan subsidi dan pinjaman kerajaan, mengharapkan wang huluran dari saudara-mara yang pulang ke kampung (selagi tak dapat ang pow, selagi itulah depa ni tak balik) atau menggantungkan beban kehidupan kepada orang lain.

Sedarlah bangsa seagamaku bahawa sesungguhnya, Allah menyuruh umat Islam untuk bekerja keras dan berusaha mencari rezeki yang halal. Bukan mencari rezeki dengan membolot kontrak secara zalim, berselindung dibalik sesebuah organisasi, mempergunakan gelaran Dato' atau kononnya mempunyai hubungan atau "kontek" dalaman dengan sesebuah parti politik dan lain-lain jalan shubhah meragukan yang seumpamanya.

Dalam kes ini menurut pengalaman penulis yang saban tahun menyediakan perjanjian usahasama, semuanya ini adalah cakap-cakap kosong sahaja. Orang-orang jenis ini hanya mahu menyalah-gunakan nama organisasi kita untuk mencapai objektif tertentu. Selalunya projek sebegini tidak akan berhasil apabila organisasi yang lagi satu membuat due dilligence dan bertanyakan tentang modal/kemahiran mereka, maka terbongkarlah kisah bahawasanya mereka ini cuma orang tengah yang hanya tahu mengutip "Tol" sahaja! But sadly our people will never learn.... Maka pada pandangan penulis "usahasama" yang menjahanamkan seperti ini tidak ada bezanya dengan mengemis dalam erti kata sebenarnya!.


Didalam AlQuran ada dinyatakan:

"Dan katakankanlah, bekerjalah kalian, karena Allah dan Rasul-Nya akan mellhat hasil kerja kalian." (At-Taubah: 105).


Anas bin Malik pernah bercerita bahawa Rasulullah pernah meminta seorang laki-laki dari kalangan Ansar untuk menjual kekayaan terakhirnya berupa sehelai kain tebal yang dipakai sebagai selimut dan alas tidur, serta sebuah mangkuk besar untuk minum. Kedua barang itu dilelong oleh Rasululullah sehingga diperolehi hasil wang sebanyak dua dirham. Wang itu separuh diberikan ke keluarganya, dan separuh lagi untuk membeli sebilah kapak, buat mencari kayu bakar. Kemudian, dia datang kepada Nabi, sambil berkata," Aku telah memiliki wang 10 dirham dari hasil menjual kayu bakar. Lalu Nabi berkata kepada laki-laki itu, "Pekerjaanmu ini lebih baik daripada kamu menjadi pengemis." .

(Nota: bukan perkara yang mudah untuk mencari kayu bakar di padang pasir!).

Hikmah dari peristiwa di atas, antara lain: Pertama, Nabi melarang umatnya untuk mengemis atau meminta-minta. Mengemis adalah pekerjaan hina.

Para Nabi rata-rata memiliki mata pencarian tertentu. Mereka makan dari hasil keringatnya sendiri. Nabi Zakariya adalah tukang kayu. Nabi ldris adalah  tukang jahit. Rasulullah adalah pengembala kambing.

Kedua, Nabi mengajarkan kita untuk hidup berdikari melalui sumber-sumber yang ada, memiliki kemahiran yang boleh dipergunakan ke arah kebaikan. Pencinta buku umpamanya boleh menambah ilmu pengetahuan dengan menyebarkan apa yang dipelajarinya dengan menulis makalah, buku atau memaparkan ringkasan buku yang dibacanya di laman-laman blog.

Rasulullah memotivasi umatnya untuk menjadi kaya dan suka memberi dan melarang untuk menjadi miskin yang bersikap kedekut. Sepuluh Sahabat yang dijamin masuk surga adalah rata-rata orang kaya yang dermawan; Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali, Abu Thalhah, dan lain-lain. Mereka rata-rata memiliki kebun kurma, ternakan unta dan sumber nafkah lain. Dan, kekayaan mereka bukan datang begitu saja, tapi melalui kerja keras secara susah payah dari awal. Mereka dipuji Allah bukan karena kekayaannya, tapi mereka sangat dermawan dengan menginfakkan kekayaannya di jalan kebajikan.



Apakah perasaan anda melihat anak-anak sekecil ini mengemis? Lokasi, Bandung 16 September 2012.


Kaya yang dimaksudkan oleh penulis di sini tak semestinya merujuk kepada kaya harta. Kita masih boleh memberi dan menyumbang kepada masyarakat sekiranya kita mempunyai kekayaan jiwa.

Bab menunggu huluran "ang pow" tiap kali penulis pulang ke Kapau di Sumatra Barat pada hemat penulis dah jadi kes yang agak kronik dan seharusnya ditegur. Nak juga penulis bertanya kepada mereka, masa kami tiada di kampung, ada tak kalian ringan tangan mengambil inisiatif menjenguk nenek atau menolong menguruskan dirinya yang uzur? (Nota: nenek meninggal dunia tahun 2011 yang lalu) Kalau setakat TOLONG TENGOK aje.... memang hampeh.

Maaf, ini adalah komen peribadi saya yang jujur. Mama dan Papa isteri penulis merantau mencari rezeki di Malaysia dengan susah payah, bukan goyang kaki je dapat duit turun dari langit tanpa berusaha! Penulis pernah bertanya kepada mama, kenapa tak balik ke kampung ikut kami jenguk nenek, takpe, saya boleh belikan tiket mama dan papa pulang...tentu seronok...

Jawabnya nanti orang kampung datang nak duit...

Tapi bila kami sampai ke kampung, saya teringat arwah nenek, sanggup menunggu hingga larut malam dan pasti akan bertanya kepada kami dengan linangan air mata, "Helmi, Neny... mama indak ko pulang kampuang?"

Jawab kami..."Tak apalah nenek, kami pulang  menjenguk nenek, mengganti diri mama dan papa yang sibuk mengaleh"...


Sejak ada penerbangan AirAsia, rasanya tak pernah kami tak pulang ke Bukitinggi untuk menjenguk nenek. Kami pernah menaiki feri dari jeti Melaka ke Dumai dan dari Dumai merentasi Banjaran Barisan untuk ke kampung..... perjalanannya Ya Rabbi!!!....amat lama, berbahaya dan sulit. Bagaimanakah arwah nenek mempunyai kesabaran untuk sanggup melalui semua cabaran perjalanan merentasi gunung dan laut semata-mata untuk menziarahi kami cucu cucitnya di Malaysia! Malulah kalau kami tak berusaha menziarahi beliau....

Sedih... hanya apabila setelah nenek meninggal dunia barulah kesemua ahli keluarga kami berkesempatan pulang ke kampung bersama-sama.