Friday, November 27, 2015

Email to HRD Mesiniaga on Wakaf Neny

Thu, Nov 12, 2015 at 4:30 PM
Assalamualaikum wrt wbt

Pn Zariah dan Tn Hj Puzi,

Sorry, almost forgotten about this letter. Semalam Neny admit utk chemo, but her blood test failed – urine dia ada problem, so like last week, kena bagi dia sihat dulu baru boleh chemo. Dr tahan dalam wad. Last Saturday, dia demam panas dan tak sedarkan diri, so rushed to hospital for a day.

Wang yang gaji dan elaun yg Mesiniaga berikan, Neny telah amanahkan saya untuk menjalankan perniagaan pakaian busana muslimah secara kecil-kecilan, sesuatu yang saya selalu galakkan dan pernah memberikan modal, namun mungkin Neny tidak buat full swing sebab dia juga suka memasak dgn kawan2nya. Sekiranya ada keuntungan dari perniagaan yang saya dan anak-anak jalankan ini, separuh daripadanya adalah untuk tabung wakaf neny. Dan kalau ada lebih, untuk buatkan korban 1 bahagian untuk Neny setiap tahun selagi mana saya, sebagai pemegang amanah masih hidup.

Saya dan Neny simply love reading books dan selalunya kalau ke Indonesia kami akan memborong banyak buku2. Saya selalu juga menumpang solat di surau Mesiniaga sementara menunggu Neny habis kerja. Inspired by kisah harta wakaf Saidina Uthman Ibn Affan yang masih ada sehingga ke hari ini, saya mencadangkan dan Neny seterusnya mengamanahkan saya untuk memohon kebenaran Mesiniaga utk setup, semasa dia masih hidup, satu ruang kecil di surau Mesiniaga (betul2 kecil dan tak makan space banyak) dan beberapa tempat2 lain untuk menempatkan buku2 untuk diwakafkan. Wang pembelian buku2 (genre kegemaran neny, terutamanya buku agama dan masakan) akan datang dari hasil perniagaan busana muslimah yg dinyatakan di tadi.

Saya bagi pihak Neny dan anak-anak, memohon keizinan pihak HR/Jabatan Keselamatan Mesiniaga agar saya dan anak2 diberikan kebenaran untuk, dari masa ke semasa, rotatekan buku2 itu kerana buku2 yang kami letakkan di tempat2 terpilih nanti tak sama semuanya. Mudah-mudahan sekiranya rakan2 di Mesiniaga atau sesiapa yang memperolehi faedah dari kandungan buku2 bacaan itu, adalah tercatat ganjaran pahala untuk Neny, dan Neny tetap hidup di hati dan didalam ingatan kalian, rakan-rakan seperjuangan yang beliau ingati dan sanjungi.

Kami dengan rendah hati memohon maklumbalas dan persetujuan Mesiniaga.
Wassalam
Sekian terima kasih
---
ZAWALUHELME BIN ABDUL WAHAB
Group Legal & IP Management Services Department
SIRIM Berhad

***********

Antara beberapa amanah dari Neny yang telah saya terima:

1. dari wang hasil perniagaan kecil mengunakan wang gajinya:
 (i) korban ternakan atas namanya satu (1) bahagian setiap tahun dari keuntungan perniagaan yang dijalankan selagi mana pemegang amanah masih hidup;
(ii) mewujudkan wakaf buku dan mushaf AlQuran di surau Mesiniaga, SIRIM dan mana-mana tempat yang difikirkan patut dan suaimanfaat oleh pemegang amanah;
(iii) sedikit keuntungan digunakan untuk menghiburkan hati anak-anak (umpamanya hadiah ulangtahun, hadiah kecemerlangan dari mama mereka melalui wakil tunggal mama mereka didunia ini sekarang, iaitu pemegang amanah);
(iv) mengambil peluang bersedekah apa yang patut yang memberikan pulangan hasanat yang banyak kepada Neny;
(v) mencari ilmu agar perniagaan yang dijalankan berdaya maju dan dapat dipertahankan selama yang mungkin;
 
2. Pemegang amanah perlu segera meneruskan dan menamatkan hafazan surah AlWaqiah yang sedikit lagi berbaki. membacakan dan meyedekahkan surah AlMulk setiap hari sekurang-kurangnya sekali sehari, seperti mana yang pemegang amanah laksanakan selama ini untuk mama pemegang amanah tapi dengan tambahan AlWaqiah. Habiskan juga hafazan AdDukhan... yang ada lagi separuh aje. Tak lupa juga surah Sajadah... kalau Mi berkemampuan (adus!);

3. Anak-anak kita didik dengan ruh Islami, kalau ada antara anak-anak yang berkemampuan, hantarlah ke tahfiz. Itulah saham kita berdua diakhirat;




4. Teruskan berkata benar dengan berani tanpa bimbang apa org lain akan kata. Sebab keberanian dan kejujuran Mi inilah Ni sanggup tunggu utk nak kahwin dengan Mi dulu. (susah nak buat sekarang)

5. Selagi Neny masih hidup, pemegang amanah tidak boleh berkahwin lain. Kalau ada calon pun biarlah, Neny yang tunjukkan sendiri kalau sempat, sebab Ni tahu Mi perlukan teman hidup yang macam mana. (bab ni sayu dan sedih sangat2).

6. Mi pandai dan ada bakat besar dalam menulis. Ramai org suka baca penulisan Mi. Kalau boleh gunakanlah apa yg Mi belajar translation hari tu utk terjemah buku ke bahasa kita. Atau Mi buatkan blog yang memberikan manfaat kepada para pembaca. Kalau anak-anak boleh bantu Mi dgn blog ni pun bagus juga.  Kalau ada manfaat, pahalanya sedekahkan untuk Ni ya!

7. Maafkanlah Razif kerana dia tidak mengerti, fahamilah dia atau mungkin sebab dia takde pilihan. Mi, fahamilah, Mama dan Papa mana yang mahu anak mereka mati... (ya Mi faham)

8. Ni tak mampu membalas layanan istimewa dan jasa ibu dan adik Fatiha menjaga Ni, Mi tajalah Ibu dan adik Fatiha ikut program ESQ ya.

9. Teruskan silaturahmi dgn kawan-kawan ni... 

(Nota: Kesemua barangan yang dipaparkan dibeli oleh pemegang amanah bagi pihak Neny semasa Neny masih hidup, kecuali mushaf AlQuran).

No comments: