Tuesday, March 20, 2012

Gone to the dogs!


Hari ini boss ku membuat statement “the county has really gone to the dogs!” sambil membincangkan suatu isu yang melibatkan kerja pejabat.

Gone to the dogs! Yeah, what an ideal topic for my blog entry. Amat jarang sekali penulis mahu menulis mengenai isu politik. Nak tulis pun tak payah kot sebab isu-isu ni dah jelas lagi bersuluh - hanya orang yang tak mahu berfikir sahaja yang akan terkeliru dalam isu-isu yang ditimbulkan untuk mengalih perhatian dari masalah pokok sebenar. Penulis tak terkejut apabila dimaklumkan bahawa seorang bekas pemimpin OKU (Orang Kuat UM*O) setengah abad jadi ahli parti dah officially letak jawatan dalam semalam - khabarnya dia banyak memberikan komen bahawa terlalu banyak politik wang (panggilan berhemah untuk rasuah) yang diamalkan oleh parti tersebut selama ini.

Kisah 1 - Circa 2001 - 2002

Dahulu pun, kisah politik wang pernah dimaklumkan oleh bekas landlord penulis semasa penulis tinggal di Presint 9 Putrajaya. Masa penulis tinggal di Putrajaya dulu, rumah-rumah disana masih banyak yang kosong dan Pasar Presint 8 baru sahaja dibuka. Menurut landlord penulis ...masa Kelantan terlepas kepada PAS & Semangat 46 tahun 1990 dulu, tak lama lepas tu ada dua orang ADUN (Limbunge & Sg Pine – sebutan ikut dialek kelante) yang melompat parti dan menyertai BN.
Penulis pada mulanya mengira bahawa apa yang dinyatakan oleh landlordku itu hanya cakap-cakap kosong tapi muka dia memang serius semasa menceritakan pengalaman beliau itu. Tambahan pula dia menceritakannya di HQ Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Putrajaya dan dihadapan pegawai tinggi. Penulis diminta beliau mengikut beliau ke sana untuk satu projek penswastaan cadangan mengadakan mercu tanda di Putrajaya iaitu Dataran Demokrasi dan dapatlah juga penulis berpeluang bersalaman dan makan tengahari bersama dengan Dr Mahathir ketika itu... alah penulis bukannya VIP, duduk sebelah meja dengan Dr M pun dah kira ok la juga. Kalau projek tu jalan, alamatnya jodoh aku bertugas disyarikat R&D pendek, tapi projek tersebut tak dapat dilaksanakan. Apa pun Alhamdulillah jua.
“Mi, you tahu....I diarahkan agihkan duit masa pilihanraya kecil di Limbunge dan Sg Pine, sorang dapat RM50-00, siap bawak 2 briefcase penuh dengan duit...tapi kelakar juga”.
“Apa yang kelakarnya?” tanyaku hairan, orang biasanya kalau dapat duit, takde tanya banyak, kalau hulur ambik aje.
“Tiap kali I hulur sehelai, I siap dapat balik duit baki..”
“Hah? Duit baki macam mana tu?.. dah bagi habih la” tanya ku kehairanan.
“I dapat balik setiap seorang RM4-00!...”
“Ceh...rupa-rupanya pakcik makcik yang dapat seorang RM50 kasi bakinya. RM50 - RM4 = RM46. Sahlah depa tu akan pangkah Semangat 46 punya!” jelas landlord ku itu dengan sambil ketawa kecil.

Kisah 2 - Kini dah masuk tahun 2012.
“Ante dah duduk menetap di Malaysia ni berpuluh tahun mi, tapi sampai sekarang masih tak dapat khabar berita. Macam mimpi dalam mimpi ajelah Ante untuk mendapat kerakyatan Malaysia”, keluh Ante M (nama sebenar dirahsiakan) dengan nada yang sedih sambil menunjukkan sesalinan surat rasmi berchop Jabatan Pendaftaran Negara yang baru diterimanya. Surat tersebut jelas menyatakan bahawa Ante M tidak dapat dipertimbangkan untuk mendapat status kewarganegaraan.
Ante M tinggal disebuah rumah pangsa kos rendah yang dibelinya sendiri di Petaling Jaya bersama-sama anak-anaknya. Dahulunya Ante M tinggal dikawasan setinggan Kg Lanun. Suaminya telah meninggal dunia kira-kira tahun yang lalu. Beliau kini menyara kehidupannya anak beranak dengan mengambil upah membawa van sekolah.

“Takpelah Ante, bersabarlah, Insya Allah manalah tahu, esok-esok adalah Ante dapat jawapan positif”. Jawabku menenangkan hati Ante, sambil tak berhenti menyuap nasi dan lauk-pauk yang dihidangkannya - masakan stail minang Ante M memang power, sedap dan kelas!
“Tapi Ante rasa hairan la, mi. Ramai kawan-kawan Ante yang berniaga di pasar malam di [ nama kawasan dirahsiakan ] , yang masuk menetap di Malaysia ni tak sampai pun lima tahun, tup-tup isi borang, bayar duit pemprosessan sikit (tak mahal pun) tau-tau diaorang semua dah dapat pun IC Biru... ante dah duduk menetao di Malaysia ni berpuluh-puluh tahun....” keluh Ante M.
“Macam mana proses nak dapat cepat macam tu?” jawabku, tersentak dan aku dan isteri saling pandang memandang, dan berhenti makan seketika – dan sekilas itu juga aku meneka secara jujur - hati yang buruk sangka – apakah ini mainan politik parti pemerintah? Iyelah tu getus hatiku ini. Kali ni nyata aku terjumpa dengan sumber berita asal.
“Alah mi, kalau Ante apply ikut cara tu pun, Ante tetap tak layak juga”
“Apakah syarat-syaratnya? Lain macam ni cerita Ante ni?” aku menduga.
“Syaratnya payah untuk Ante penuhi... kan dah berapa kali kita ada Pilihanraya Kecil – tiap kali ada pilihanraya kecil, syarat yang dikenakan, kami kena ikut pergi berkempen, kalau kat Melaka, pergilah dengan berbas-bas ke Melaka.... apa nama tempat tu... Merlimau?... Macam mana Ante nak ikut pergi... Ante ambil dan hantar budak pergi sekolah. Subuh-subuh Ante dah keluar rumah, balik dah jauh malam – penat dan sakit-sakit badan, kita ni bukan muda lagi. Siapalah pula nak Ante harapkan untuk gantikan Ante sementara ikut pergi ikut rombongan tu???”
Aku hanya mengelengkan kepala. Macam tu la pulak....
“Dah dapat IC biru tu, ada pesanan lagi, jangan guna lagi sampai diberitahu kelak, sebab katanya nak kena update rekod dulu. Tempohnya menunggunya tak lama juga”
“Habih tu semua orang tu sekarang ni dah boleh guna IC biru tu la....”
Ante M hanya mengganggukan kepala bersetuju.
“Takpelah ante, kalau ada lagi program macam tu, usahakanlah agar ada orang lain yang boleh gantikan buat kerja Ante. Namapun berusaha”.
“Bukan cara ni salah ke, mi?... ”
“Entahlah Ante, saya pun dah tak tahu & tak kuasa nak komen macam mana...”.
(Penulis masih mengingati pesan ustazah Faizah masa di tingkatan 3 dahulu "Assha'i wal murtashi... haramullahu alaihimul jannah!" (Pemberi dan penerima rasuah diharamkan Allah untuk masuk ke syurga!). Ustazah kata, kalau tak boleh masuk ke syurga, bolehlah cuba duduk kat luar...kalau ndak la... kat mana ye?
Kisah diatas berbeza zaman namun ianya berlaku atas dasar pemikiran yang sama. Masih di takuk lama. Tak ada apa-apa peningkatan. Itu belum lagi campur cerita-cerita lain lagi.

Kisah dibawah yang dipaparkan oleh siaran SCTV Indonesia - kisah berlaku pada tahun 2005 mengenai rakyat Indonesia yang menukar kerakyatan menjadi warga Malaysia. Anda boleh fikirkan sendiri. Tiada tindakan undang-undang atau tuntutan memohon maaf dibuat oleh UMNO (yang namanya disebut dalam dokumentari ini) ke atas penyiaran berita tersebut. Tiada penafian, maka boleh jadi berita ini adalah benar! Maka kisah Ante M pun berkemungkinan besar, benar juga.
Kisah 3 - Cerita Ayah
Kalau dengar cerita secara langsung dari ayah penulis (seorang pesara kerajaan yang pernah kena audit query oleh Badan Pencegah Rasuah ketika bertugas sebagai Pegawai Kemajuan Negeri di Terengganu) lagilah teruk cerita sebenarnya. Hehehe.. ayah memang suka dan amat mengalu-alukan sangat kalau ada orang BPR datang sendiri tengok projek yang ayah monitor - tapi heran...kenapa tak ada tangkapan dibuat? Penat ayah bersenjatakan kamera (ayah beli pakai duit sendiri) ambil gambar projek terbengkalai atau tak ikut spesifikasi yang diluluskan, sampai bertimbun-timbun fail hantar ke JPM. Ayahku sendiri mahu tak mahu, jadi photojournalist - dan aku amat bangga sekali!

Link kepada laporan berita bagaimana Tn Guru Ustaz Abd Hadi Awang boleh menang pilihanraya tahun 1990.
Setahun yang lepas penulis bertemu di majlis Sessi Recharge ESQ165 dengan seorang pegawai yang bertugas di pejabat lama ayah... dan bertanyakan masih macam tu lagi ke keadaannya di sana? Terkejut gak mamat ni - awak ni siapa & macam mana tahu dengan penuh detail cerita ni? Mestilah saya tahu - nak buat macam mana kalau banyak kontraktor nak jumpa ayah (utk bodek & cuba-cuba kasi rasuah supaya dapat luluskan projek sampai datang ke rumah. Malang bagi mereka, ayah memang ikut segala peraturan yang ada, sehingga bekas MB minta KSN agar ayah ditukarkan segera. KSN tidak membenarkan ayah ditukar dan akhirnya kisah ini sampai ke pengetahuan DSAI (ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia) yang menyokong agar ayah dapat tetap terus berkhidmat di Terengganu). Cukuplah penulis berkongsi cerita setakat ini sahaja. Yang lain tu, sendirilah jawab. Kubur asing-asing.
Terpulanglah kepada anda untuk menentukan sendiri sama kisah-kisah yang penulis perolehi ini berada dan berlaku dialam nyata, cerita fiksyen, mitos atau hanyalah fitnah yang dibuat-buat semata-mata. Wallahuaklam.
Semoga rakyat Malaysia lebih cerdik dan boleh berfikir - pemimpin dan negara macam mana kita mahukan. Pilihan muktamad tetap ditangan anda. Janganlah jadikan pilihan kita suatu penyesalan yang mana kita akan ditanya di akhirat kelak.

No comments: