Bayangkan ...Negara kita ni semua org gemar makan coklat....kenapa harga coklat (diesel) kita susah sangat nak turun walaupun berita kata peperangan dah reda atau Selat Hormuz dah dibuka semula.
Ada "Kos Tersembunyi" yang besar di tengah lautan yang kita jarang nampak. Mari kita tengok satu-persatu:
1. Kita Tak Guna Kapal Sendiri Semata-mata
Ramai ingat kita ada Petronas, jadi kita guna kapal kita sendiri. Hakikatnya: Kita terpaksa Sewa (charter) kapal tangki dari negara luar sebab kapal kita tak cukup untuk angkut semua minyak. Kome tak percaya ke CEO MISC tu adik junior dok 1 dorm dengan penulis masa kat MRSM dulu?
Sewa kapal & Kos bersihkan petroleum mentah ni harganya ikut Dollar Amerika (PetroDollar). Kalau duit kita jatuh, harga sewa jadi makin mahal. Tak kira Selat Hormuz buka atau tutup, sewa tetap kena bayar. Yang sebenarnya nak rebut dan Rompak minyak Iran dan kesemua negara lain tu si Zionist dan Amerika yang mula-mula cari pasal. Cer kaji kenapa Iran tak mahu guna Dollar Amerika, tapi guna Yuan China atau Negara BRICKS nak gunakan matang lain.
2. Kos Cari Gali Macam Main "Judi" yang Mahal
Ingat senang ke nak cari minyak? Petronas kena keluar modal berbilion ringgit sebelum setitik minyak pun keluar:
Beli Blok: Kita kena bayar hak untuk gali di kawasan laut tertentu. Bukan percuma, kena beli lesen.
Ujian Seismic: Kena guna mesin canggih untuk "scan" bawah dasar laut nak tengok ada minyak atau tidak. Mesin ni mahal gila!
Dah Gali, Minyak Tak Ada! Ini yang paling pedih. Kadang-kadang dah habis berbilion ringgit, dah tebuk lubang punya dalam, rupa-rupanya minyak tak ada atau tak cukup banyak untuk dijual (tak viable). Duit yang hangus tu tetap kena kira sebagai kerugian dalam perniagaan.
3. Kos Peralatan & bayar Gaji "Orang Bijak
Maintenance:
Pelantar minyak kat tengah laut tu kena jaga 24 jam. Risiko lanun...Dan macam-macam faktor keselamatan. Laut pun ganas juga, bukan angin situ sepoi-sepoi bahasa...Besi kalau kena air masin cepat karat. Kos nak baiki dan cat pelindung besi pelantar tu bukan macam cat rumah kita, kosnya berjuta-juta.
Gaji Pekerja:
Orang yang kerja kat tengah laut tu pakar-pakar belaka. Risiko nyawa tinggi, jadi gaji mereka pun kena tinggi.
Insurans:
Kerja ni bahaya. Kalau pelantar meletup atau minyak tumpah, habis negara! Jadi, kos insurans untuk setiap projek cari gali ni sangatlah mahal.
4. Kenapa Semua Ini Buat Harga Coklat Tinggi?
Semua kos kat atas ni (Sewa kapal + Kos Gali + Rugi cari minyak tak jumpa + Gaji + Insurans) dipanggil Kos Operasi.
Apabila kita nak jual coklat (diesel), kita tak boleh jual ikut harga "koko" (minyak mentah) semata-mata. Kita kena campur sekali semua kos tadi untuk bayar balik hutang modal yang dah keluar.
Logik Mudah:
Macam kita jual nasi lemak. Walaupun harga beras turun sikit, tapi kalau sewa kedai naik, harga plastik bungkus naik, dan upah pekerja naik... kita tetap tak boleh turunkan harga nasi lemak tu. Kalau turunkan juga, kita bangkrup/lingkup.
5. Kenapa Kerajaan Tak Boleh "Tolong" Macam Dulu?
Sebab:
Duit Tabung dah lama kena sakau. Had Kerajaan untuk berhutang tinggal berapa je. Simpanan yang sepatutnya guna untuk "cover" kos-kos ni dah hilang dikerjakan orang lama.
Projek Tiris: Duit banyak habis kat projek yang tak jadi, jadi Kerajaan tak ada lagi duit lebih nak tolong bayarkan kos-kos operasi Petronas ni bagi pihak rakyat.
Kesimpulannya:
Harga coklat susah nak turun sebab kos nak hasilkan coklat tu memang mahal. Dari laut dalam sampai ke tangki stesen minyak, banyak "mulut" yang kena bagi makan (sewa kapal, gaji pekerja, insurans).
Dulu kita tak rasa sebab Kerajaan tolong bayarkan separuh guna duit simpanan negara. Sekarang simpanan dah kering, jadi kita terpaksa hadapi harga sebenar.
Kerajaan sekarang cuma ada satu pilihan: Bagi duit bantuan terus ke tangan rakyat supaya rakyat boleh beli coklat tu, bukannya bagi subsidi kat minyak yang akhirnya akan masuk poket penyeludup dan orang kaya!
Balik-balik orang yg memimpin negara sekarang yang disalahkan. Tukang sakau yg dah lama kenyang tetap disanjung org bodoh yang senang ditipu. Itu pun siap doakan lagi agar orang yang banyak berusaha keras untuk membina Negara Dan betulkan halatuju negara diturunkan cepat, takut siapa yang jadi PM selepas ni tak boleh dapat gaji!...weh...tak enjoy la macam ni... 😆