Simpan sini... kenangan job well done & pujian daripada klien,
12. Penalti lewat (Tadwidh)
12.1 Sekiranya Penyewa gagal membayar mana-mana bayaran ansuran pada tarikh yang ditetapkan, Penyewa bersetuju untuk membayar kepada Pemberi Sewa jumlah ganti rugi kelewatan (tadwidh) pada kadar tidak melebihi satu peratus (1%) setahun daripada jumlah tunggakan, dikira secara harian bermula dari tarikh bayaran sepatutnya dibuat sehingga tarikh bayaran penuh diterima oleh Pemberi Sewa.
12.2 Kadar Tadwidh ini adalah selaras dengan:
a. Resolusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (Mesyuarat ke-51, 28 Januari 2005) yang membenarkan kadar tadwidh tidak melebihi 1% setahun daripada jumlah tunggakan;
b. Dokumen Polisi BNM – Tadwidh (Compensation) and Gharamah (Penalty), berkuat kuasa 1 Jun 2012;
c. AAOIFI Shariah Standard No. 3: Default in Payment by a Debtor; dan
d. Resolusi Akademi Fiqh OIC No. 109 (12/4), yang menetapkan bahawa sebarang lebihan kutipan melebihi kos sebenar hendaklah disalurkan kepada aktiviti atau tujuan kebajikan.
13.3 Tadwidh dikenakan hanya bagi menampung kerugian sebenar yang dialami oleh Pemberi Sewa akibat kelewatan pembayaran oleh Penyewa. Sebarang jumlah tadwidh yang dikutip melebihi kos sebenar akan disalurkan oleh Pemberi Sewa kepada tujuan kebajikan atau amal selaras dengan prinsip Syariah.
13.4 Penyewa dan Penjamin dengan ini mengakui bahawa klausa ini tidak bercanggah dengan prinsip Syariah mengikut pandangan empat mazhab utama (Hanafi, Maliki, Syafi‘i, Hanbali) yang melarang sebarang penambahan ke atas hutang kecuali untuk pampasan kos sebenar yang boleh dibuktikan.