Sunday, January 26, 2025

The Growing Threat of Cyber Warfare and the Importance of IT Policy Compliance

Simpan sebagai kenangan : Taklimat kepada sekumpulan pelawat yg terdiri drpd Pensyarah & mahasiswa UKM sempena lawatan ke SIRIM Berhad.

1. Introduction

   - Overview of cyber warfare and its relevance to individuals and organizations.  

   - The increasing frequency of cyber attacks as the top business disruption.  

   - The importance of IT policy compliance in mitigating cyber threats.  

2. Understanding Cyber Warfare  

   - Definition and scope of cyber warfare.  

   - Real-world example: Project Olympic and the U.S. cyber attack on Iran’s nuclear program.  

   - How cyber warfare impacts individuals indirectly.  

3. Cyber Attacks as the Leading Business Disruption

   - Statistics and trends over the past five years.  

   - Common attack methods affecting businesses today.  

   - Industries most affected by cyber attacks.  

4. Social Engineering: The Human Factor in Cybersecurity

   - Insights from Kevin Mitnick’s The Art of Deception and Ghost in the Wires.  

   - How cybercriminals exploit human psychology.  

   - Real-life examples of social engineering attacks. 

5. The Role of IT Policies in Organizational Security

   - Key elements of a strong IT policy.  

   - Why compliance is crucial for individuals and businesses.  

   - Consequences of non-compliance.  

6. Implementing a Data Governance Policy

   - What is data governance, and why is it important?  

   - Essential components of an effective data governance framework.  

   - Benefits of having a well-defined data governance strategy.  

7. Key Takeaways from the Briefing for Universiti Kebangsaan Malaysia Students

   - Lessons on cybersecurity awareness and compliance.  

   - Importance of proactive measures and responsible IT usage.  

   - Encouraging a culture of cybersecurity consciousness among students.  

8. Conclusion

   - Reiterating the significance of cyber threat awareness.  

   - The need for continuous education and compliance.  

   - Final thoughts and recommendations for students and organizations.

Monday, January 20, 2025

Tragedi Pasar Pagi Kemaman

Pada suatu pagi yang cerah di pekan Kemaman, Terengganu, suasana di pasar pagi begitu meriah dengan orang ramai yang datang membeli pelbagai barangan segar dan makanan tempatan. Di celah kesibukan itu, seorang lelaki bernama Faris, seorang Orang Kurang Upaya (OKU) mental, menaiki skuternya dengan penuh semangat. Faris dikenali di kalangan penduduk kerana sering bersiar-siar di sekitar pekan dengan senyumannya yang tidak lekang di bibir.

Namun, pagi itu nasibnya tidak begitu baik. Ketika dia sedang meluncur di celah gerai-gerai pasar, tanpa disangka, skuternya tersasar lalu melanggar sebuah khemah jualan lasagna milik seorang peniaga terkenal di situ. Pinggan dan dulang lasagna yang disusun rapi habis bertaburan di atas jalan, menyebabkan suasana menjadi riuh. Orang ramai terkejut melihat kejadian tersebut, manakala peniaga itu kelihatan sangat marah kerana jualannya yang laris kini musnah.

Dalam keadaan kelam-kabut itu, muncul enam orang lelaki yang dikenali sebagai "Gang Pendekar Tai Kue Cheng," sekumpulan pemuda tempatan yang terkenal dengan sifat panas baran dan keangkuhan mereka di pasar. Tanpa banyak soal, mereka mengheret Faris yang masih terpinga-pinga ke tepi jalan dan mula membelasahnya dengan kejam. Faris yang tidak berdaya hanya mampu merintih kesakitan, sementara orang ramai yang berada di situ sekadar memandang dengan simpati tetapi tidak berani campur tangan.

Seorang wanita tua yang melihat kejadian itu tidak dapat menahan rasa sedihnya. Dia merakamkan kejadian itu dan segera menelefon pihak berkuasa, dan tidak lama kemudian, polis tiba untuk meleraikan pergaduhan.

Perbicaraan di Mahkamah

Di mahkamah, kes Faris mendapat perhatian ramai kerana ia melibatkan seorang OKU mental yang tidak mempunyai niat buruk. Peguam bela yang mewakili Faris menjelaskan bahawa Faris tidak sengaja melanggar gerai tersebut kerana keadaannya yang kurang mampu mengawal tindakan dan pergerakan. Pihak pembelaan berhujah bahawa Faris tidak mempunyai keupayaan mental untuk memahami akibat perbuatannya dan tidak boleh dipertanggungjawabkan secara penuh atas kejadian tersebut.

Hakim yang bijaksana merujuk kepada McNaughten Rule, satu prinsip undang-undang common law yang diwarisi oleh Malaysia, yang digunakan dalam kes-kes membabitkan individu dengan gangguan mental. Beliau menerangkan bahawa berdasarkan prinsip ini, tertuduh tidak boleh dipertanggungjawabkan secara jenayah jika:

  1. Dia tidak memahami apa yang dilakukan kerana kecacatan mentalnya, atau
  2. Dia tidak memahami bahawa perbuatannya itu salah di sisi undang-undang.

Hakim menekankan bahawa dalam kes Faris, beliau didiagnosis dengan kecacatan mental yang menyebabkan dia tidak dapat memahami akibat perbuatannya. Maka, Faris tidak boleh disabitkan bersalah atas kemusnahan gerai tersebut.

Namun, hakim juga menegaskan bahawa tanggungjawab tetap perlu dipikul oleh keluarga dan waris Faris. Ahli keluarga Faris harus memainkan peranan yang lebih aktif dalam memastikan keselamatannya di tempat awam dan mengawasi pergerakannya untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini.

Hakim menegur keluarga Faris kerana gagal mengawal pergerakannya dengan baik, tetapi pada masa yang sama memberi amaran keras kepada Gang Pendekar Tai Kue Cheng atas tindakan keganasan mereka. Enam lelaki itu didapati bersalah kerana menggunakan kekerasan berlebihan melampaui batas dan diperintahkan mereka masing-masing membayar denda maksimum 2 ribu ringgit.

Faris juga layak menuntut kos rawatan serta wang pampasan atas kecederaan fizikal dan emosi yang dialaminya, yang boleh dibuat melalui guaman sivil.

Keputusan Mahkamah

Setelah mempertimbangkan semua aspek, mahkamah memutuskan bahawa:

  1. Faris dilepas serta dibebaskan daripada sebarang pertuduhan kerana ketidakupayaannya untuk memahami kesalahannya berdasarkan McNaughten Rule.
  2. Gang Pendekar Tai Kue Cheng dijatuhi hukuman denda dan diperintahkan menjalani hukuman penjara selama sebulan sebagai pengajaran atas tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan.
  3. Keluarga Faris perlu memastikan penjagaan yang lebih rapi terhadapnya untuk mengelakkan kejadian serupa pada masa akan datang.

Kes ini membawa beberapa pengajaran penting kepada masyarakat:

  1. Golongan OKU memerlukan pemahaman dan belas kasihan daripada masyarakat, bukan kecaman dan kekerasan.
  2. Keluarga dan penjaga OKU perlu memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka di tempat awam.
  3. Tindakan kekerasan tidak seharusnya menjadi penyelesaian terhadap insiden yang tidak disengajakan.
  4. Keadilan harus ditegakkan dengan mengambil kira keadaan mental dan keupayaan seseorang.
  5. Kesabaran dan toleransi adalah kunci untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan penyayang.

Sejak kes itu, masyaraka lebih prihatin terhadap keperluan golongan OKU mental, dan pasar pagi itu kini menjadi tempat yang lebih mesra dan inklusif untuk semua.

Wednesday, January 15, 2025

Qasidah Muhammadiyah

رَبِّ فَانْفَعْنَا بِبَرَكَتِهِمْ

وَاهْدِنَا الْحُسْنَى بِحُرْمَتِهِمْ
وَأَمِتْنَا فِي طَرِيقَتِهِمْ
وَمُعَافَاةً مِنَ الْفِتَنِ

وَاغْفِرْ رَبِّي لِذُنُوبِنَا
بِفَضْلِهِمْ وَاجْعَلْ حُبَّنَا
لِرِضَاهُمْ وَاَمِتْنَا عَلَى حُبِّهِمْ
وَجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ آمِينَ

يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ


Terjemahan:

  1. رَبِّ فَانْفَعْنَا بِبَرَكَتِهِمْ
    "Ya Tuhan, berikanlah manfaat kepada kami melalui keberkatan mereka."

  2. وَاهْدِنَا الْحُسْنَى بِحُرْمَتِهِمْ
    "Dan bimbinglah kami kepada kebaikan dengan kemuliaan mereka."

  3. وَأَمِتْنَا فِي طَرِيقَتِهِمْ
    "Dan matikanlah kami dalam jalan mereka."

  4. وَمُعَافَاةً مِنَ الْفِتَنِ
    "Dan lindungilah kami daripada fitnah dan ujian."

  5. وَاغْفِرْ رَبِّي لِذُنُوبِنَا
    "Wahai Tuhanku, ampunilah dosa-dosa kami."

  6. بِفَضْلِهِمْ وَاجْعَلْ حُبَّنَا
    "Dengan keutamaan mereka, jadikanlah cinta kami kepada mereka ikhlas."

  7. لِرِضَاهُمْ وَاَمِتْنَا عَلَى حُبِّهِمْ
    "Berikanlah keredhaan mereka kepada kami, dan matikanlah kami dalam kecintaan kepada mereka."

  8. وَجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ آمِينَ
    "Dan berikanlah perkara yang sama kepada seluruh umat Islam. Amin."

  9. يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
    "Wahai Tuhan yang Maha Penyayang dari segala penyayang!"

Permohonan kepada Allah untuk mendapatkan keberkatan melalui para nabi, solihin dan auliya’, meminta keampunan, hidayah, dan perlindungan daripada fitnah dunia. Ia juga menyerlahkan rasa rendah diri serta cinta kepada jalan yang benar, dengan harapan agar sentiasa berada dalam keredhaan Allah dan golongan yang diredhai-Nya.

Saturday, January 11, 2025

Versa investment promotion

Meet Versa, a digital wealth app that helps you save, invest and grow, so you can achieve financial wellness. Save and invest easily, with the help of expert fund managers from AHAM Asset Management Bhd.

Join me and we’ll both enjoy RM10 reward! 🎁

Get started:

 1. Download the Versa app: https://download.versa.com.my/1bAf/referral?deep_link_value=8WFL5SDV

 2. Sign up with my code 8WFL5SDV

 3. Make your first Cash In of min. RM100

Sunday, January 05, 2025

Isu Perintah Addendum

Just my personal view. Ambe komen sbg org biasa sebab:

(a) Arwah Pak Su ambe pernah bertugas sbg Timbalan Penguasa Penjara. pernah banyak kali juga tidur bermalam di quarters pegawai Penjara, di Penjara Taiping, Pulau Pinang & Simpang Renggam; dan

(b) Sebagai pengamal undang-undang dulu, pernah membantu dlm projek pembangunan semula penjara bantu arwah Tan Sri Dato' Zaman Khan di dlm bilik mesyuarat Penjara Pudu sambil kami enjoy konsert mendiang Micheal Jackson yg ketika itu berlangsung di Stadium Negara, tah thn 96 or 97 rasanya (nak buat mcm mana, meeting kami sampai larut malam dan dalam Jel!).

Life is already hard as it is sbg org bebas. Tak perlu kita jadi banduan, yg jaga banduan pun hidup depa stress!

Undang-undang yang mengawal hukuman penjara ditetapkan di bawah Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah dan undang-undang berkaitan. 

Hukuman penjara merujuk kepada penahanan di penjara di bawah Akta Penjara 1995. Hukuman penjara mesti dijalani di fasiliti yang ditetapkan, kecuali dinyatakan sebaliknya oleh undang-undang.  

Dlm Akta tu, bahagian tafsiran kata "Prison" includes any house..."maka kalau nak juga buat tahanan di rumah, kena gazetkan rumah pesalah tu sebagai penjara. 

Bila dah gazet gitu, rumah tu akan diambil alih serta ditadbir oleh Jabatan Penjara Msia, ada elemen kos, bukan sesedap lemon utk banduan tu buat sesuka hati dia, atau org awam boleh masuk nak jumpa ngeteh. Apakah faedah tahanan kat rumah? entah, kes ini perlu dibezakan sebab ianya BUKAN kes pengampunan penuh. 

Sekiranya sekarang seseorang pesalah menjalani hukuman penjara di rumah-

(i) Ia mungkin tidak sah melainkan secara jelas dibenarkan oleh peruntukan undang-undang tertentu (yg sekarang ini, masih tak wujud) Dulu pernah belajar pasal Restricted Residence Act, rasanya Akta tu buat tahun 1930an, dah pun dimansuhkan, kes org kena hukum buang negeri atas sebab keselamatan, rasanya dah tak berkaitan.

(ii) Sebarang penyimpangan daripada peraturan biasa hukuman penjara boleh disemak di mahkamah dan dicabar oleh orang awam.

Rasa ambe undang-undang kita sekarang ini, mcm takde peruntukan atau prosedur sedia ada, yg membenarkan seseorang yang disabitkan kesalahan untuk menjalani hukuman penjara di rumah.

Kalau takde hat ni, Perintah Tambahan YDPA, sekiranya ada pun sukar utk nak laksanakan. 

Buatlah juga, boleh dicabar di mahkamah untuk dibuat tafsiran bagi memastikan pematuhan kepada undang-undang sedia ada dan atas prinsip keadilan sejagat sbb org lain elok je dok dlm jel, takde keistimewaan apa pun & kali ini apakah exceptional circumstances dari segi jurisprudence atau kes sgt luar biasa. 

Ini sgt berat utk dibahaskan... Org yg belajar law pun kalau boleh, elak bahas bab berat ini sebab akan banyak point utk kena tembak balik "opening the floodgates" of many issues dan jadi precedence, bukan sahaja utk negara kita, tapi 1 dunia akan tengok contoh negara kita berikan bila dikaji against all the many maxims of law and equity.

Turutan yg perlu di ikuti adalah undang2 sedia ada i.e. Perlembagaan, Akta, Perintah atau aturan bawah Akta...kalaupun ada Perintah Tambahan YDPA untuk pertimbangkan hukuman tahanan di rumah ianya dok celah mana (sbb aturan atau Akta yg membenarkan  Parlimen BELUM wujud atau tak digubal lagi). 

Baru ni ada ura-ura dlm paper utk di cadangkan, sebab hakikatnya penjara dah over crowded). Kalau baru nak buat....berpeluh la, court litigators akan keluarkan ayat shahdu - "frivolous, vexatious & abuse of legal processes and systems". Bertepek kena balun!

Pendapat ambe mungkin salah, terpesong or simply loyar buruk. Old lawyers never die, they just lose their appeal.

Sementara tu kita dok makan o-ring dan pop corn, tengok org politik bersilat, sebab kalau pi mahkamah, maxim ampuh lagi berbisa "Those who comes to Equity must come with clean hands" perlu dipuaskan terlebih dahulu. Banyak kes kecundang ujian ini. Banyak lagi hurdle legal maxim, tapi biarlah deme yg bijaksana bahas dlm mahkamah. Cukup bagi yg glaring sangat.

Teringat ambe pada Prof Syed Jaffer Hussain, advisor ambe, (dia lulusan Havard satu batch dgn Benazir Bhutto) masa kami mengaji under him kat Kulliyah of Laws, IIUM dulu, his favourite quotes, antaranya:

1. Be ye ever get so high, the law is above you; dan

2. Learning the law is like ...looking for a black cat...in a very darkkk darkkk room ..when it is not there!

The last quote, kena baca style org India... 😆

I rest my case.