Zaman
penulis mula membuka firma guaman secara perkongsian dengan seorang
rakan, lebih 20 tahun yang lalu, kami kekurangan modal untuk membeli
lesen perisian yang sah. Maklumlah – firma guaman perlulah
dihormati. Perlu mematuhi undang-undang komersial dan menggunakan
perisian yang asli/tulen. Tambahan pula penulis meminati bidang
teknologi maklumat serta teknologi yang secara amnya memudahkan
urusan kehidupan harian kita. Kena pula kami diberi kepercayaan nego
beberapa perjanjian pembangunan perisian/sistem untuk sebuah GLC.
Pengalaman berharga itu antara lain menjadi kunci penulis dapat
menjawat tugas diorganisasi sekarang ini.
Mujur
sahaja sistem operasi komputer diperolehi dengan percuma bila firma
kami membeli pc. Yang perlu dicari adalah adalah perisian applikasi
seperti wordprocessor dan spreadsheet yang amat memudahkan pengiraan.
Kita ni orang yang jual “kata-kata” (untuk menyediakan
perjanjian) bukan orang nombor!
Sejak
zaman universiti lagi penulis suka mengujicuba software – yang
dapat secara free. Kebanyakannya adalah trial software – boleh guna
untuk tempoh yang singkat dan selepas beberapa jangkamasa, software
tu expire – dah takleh gunakan lagi… klik la banyak kali pun dia
tak nak start (memang direkacipta macam tu oleh programmer) untuk
mendapatkan maklumbalas mengenai software tu. Ada juga software macam
tu yang boleh “ditipu” dengan membelakangkan tarikh sistem “date
and time”, tapi bila sambung ke internet, dah sangkut balik sebab
sesetengah operating system memerlukan tarikh yang ada di seragam,
else email takleh download!
Jadi
way back in 1993 penulis dah pernah dengar nama Linus Tovalds (betul
ke ejaan ni?) mamat yang merekacipta sistem operasi Linux yang
berasaskan kepada UNIX. Berkawan dengan orang IT punya pasal penulis
merelakan pc IBM Clone 386 DX milik penulis dijadikan experimen –
dia pi install UNIX, X-WINDOWS, GEOS dan macam-macam software lain
yang legend masa tu yang biasanya digunakan kat server. So dari situ
penulis berkenalan dengan sejenis perisian yang depa panggil
“OpenSource” dan “Freeware”. Sebagai bakal pengamal
undang-undang kenalah baca lesen OpenSource ni… yang mengejutkan
penulis masa tu sebab didapati takde sebarang warranti/jaminan
langsung yang diberikan.. use as-is aje. Kalau suka, puas hati
pakailah, kalau jahanam nasib komelah… maklumlah, software free, so
berbeza pendekatan dari consumer law yang akan selalunya memihak
kepada hak pengguna. Maka oleh sebab pada zaman tu benda ni masih
baru, ramai orang takut-takut menggunakannya. Maka syarikat perisian
komersial gergasi seperti Microsoft, Adobe, WordPerfect dll. berdiri
megah dengan mengaut keuntungan besar.
Kemudian
timbul kisah Microsoft menguatkan monopoli penguasaan dalam bidang OS
dan Perisian serta web browser secara taktik kotor… (panjang kalau
nak cerita kat sini). Depa bergaduh naik turun mahkamah lawan
Netscape (yang business model mereka buat browser), corner the market
sampai Netscape lingkup… so tak puas hati punya pasal depa
“sedekahkan” or pada hemat penulis “mewaqafkan” kod sumber
Netscape jadi Mozilla Foundation… yang beroperasi secara opensorce.
So macam mana Microsoft nak lawan benda yang dibagi free ni? Depa
kutuk tak berkualiti, tak selamat dan macam-macam isu… itulah serba
sedikit or sebanyak...hahaha..
Dalam
riuh rendah tu lahirlah syarikat SunMicroSystem yang mengeluarkan
StarOffice (kemudian menjadi OpenOffice, then Apache OpenOffice
(pecah tah berapa banyak kali) dan jadi perpecahan bermacam
versi. So ikut suka hati komelah nak download OpenOffice versi yang
mana, nak guna Apache Open Office ke atau nak guna LibreOffice…
yang penting penggunaannya adalah percuma. Zaman dulu
StarOffice punyalah crude rupanya. Sekarang LibreOffice/Apache
Openoffice dah cantik dan mesra pengguna.
Dia
macam ni ya…
Operating
System ada yang proprietary contohnya Microsoft Windows, OS2 (IBM
punya), Apple.
Ada
opensource application ditulis untuk digunapakai untuk OS
proprietary. Tak semestinya pc tu pakai OS Microsoft Windows 10 wajib
juga guna Microsoft Office. Kalau nak, boleh juga
guna OpenOffice/LibreOffice for Windows.
Beza?
Tak banyak beza dari segi penggunaan. Mungkin formatting lari sikit
je. Yang pasti opensource takde codebloat (fitur yang ditambah yang
sebenarnya tidak diperlukan atau tidak selalu digunakan oleh pengguna). Makin lama codebloat tu makin besar sebab dari semasa ke semasa akan ada patch updates untuk membetulkan bug dalam perisian dan lama-alam makin
berat dan makin slow pc kita dibuatnya - memaksa kita upgrade
perkakasan pc baru. Keluar duit lagi...
Untuk
perisian pejabat – bermacam jenis ada…ada untuk microsoft, linux,
MacOS, Android.. kome baca dan boleh explore sendiri ya. Untuk
pengguna OS Microsoft yang mahu mencuba sesuatu yang baru, penulis
mencadangkan cuba Install Office applications free dan guna dalam OS
Windows dulu… get the feel first ya.. kalau suka baru explore OS
baru (dan probably asing).
Daun
Kerabu - si daun serai,
Kalau
nak tahu, cubalah try!
Tergelak
penulis bila kawan-kawan dalam meeting kata apasal notebook awak ni
berdesup walaupun model lama… sesungguhnya notebook ini sebenarnya
adalah notebook yang arwah isteriku belikan untuk anak-anak kami, dia
yang pilihkan, penulis hanya bayarkan aje, pre-owned lagi. Masa arwah
sakit, notebook ni terhentak jatuh dan hard disknya rosak takleh nak
boot, dah ganti hard disk tapi takleh nak install kembali OS
Microsoft asal walaupun ada no lesen yang tulen sebab OEM milik
Lenovo, kena call Lenovo. Tapi malang - Lenovo tak mahu layan. After
about 4 years, penulis terjumpa kembali notebook ini, unloved dan
berhabuk, gantikan wayar charger yang rosak dan baru ada masa nak
install OS Linux (dan segala perisian pejabat yang percuma). Works
like a charm since last week.
Ya
Allah, seandainya celoteh dalam entry blog kali ini memberi sebarang
manfaat dan kebaikan, bersaksilah kalian para pembaca bahawa hamba
Allah ini mewaqafkan segala kebaikan ilmu dan pahalanya kepada arwah
ibuku Zaharah ibnatul Jamilah dan arwah isteriku Neny Endriani
ibnatul Suharti. Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat kepada
keduanya. Aamin.
No comments:
Post a Comment