Thursday, November 23, 2017

Buruj di langit

Sepatutnya, penulis berangkat ke Padang subuh jumaat 17 Nov 2017 hantar si Husna yang beria-ria nak ikut uncle dia baik kampung a few days later dan atas saranan boss yang mahukan penulis berehat... rest and recuperate, ambil masa untuk berubat, maka penulis pun mengambil cuti, mengetahui ada tempat yang berpotensi untuk merawat sakit yang dialami penulis, dan Husna boleh ikut temankan ayah dia ni berubat, sementara menunggu uncle dia sampai, namun perjalanan tersebut dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Tak pernah dalam sejarah penulis membatalkan perjalanan bila tiket dah dibeli. Sesungguhnya hanya pada tarikh tersebut ada tiket berharga murah untuk dua orang, unlike trip-trip sebelum ini yang kesemuanya dibeli setahun awal, murah meriah, satu keluarga boleh ikut serta dan amat berbaloi dengan budget yang ada. Ya kita patut bersyukur dengan apa yang ada. Perkara diluar kawalan tu, penulis pulangkan kembali kepada Allah untuk membuat penilaian, bukan kepada manusia. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan, dan perancangan Allah tentunya terbaik.

Pada jam 030am, kami mendapat berita, abg sepupu penulis Abg Gie (Tarmizi), meninggal dunia di hospital Teluk Intan dan akan dikebumikan di Tapah, Perak, maka keutamaan adalah untuk menziarahi keluarga terdekat. Banyak kekangan untuk penulis ke pulau seberang. Tak ada masalah, kami akan ke tempat orang yang lebih memerlukan kita. Salam takziah diucapkan untuk keluarga Muza, Kak Siah dan Faridah, anak-anak Mak Yong penulis. Semoga ruh Abg Gie diampuni dan ditempatkan bersama golongan orang yang soleh. Jenazah disolatkan di Masjid Daerah dan dikebumikan selepas solat jumaat.

Usai solat jenazah, kami mengiringi  jenazah ke kubur dan selepas itu berehat sebentar di rumah kak Siah yang terletak berhampiran dengan Tanah Perkuburan. Penulis mengambil masa untuk tidur sebentar. Iyalah... malam sebelumnya penulis tak boleh melelapkan mata, bersiap-siap untuk packing barang ole-ole untuk keluarga seperti mana yang selalu dibuat dengan arwah isteri yang selalunya terdiri daripada rempah masakan yang sukar didapati di Bukittingi.

Kami berpamitan mengundur diri dari rumah Kak Siah dan.... alang-alang tak dapat berangkat ke Bukittingi, kami pasrah mendaki jalan berliku menuju ke Cameron Highlands. Terjah sahaja. Cameron Highlands merupakan destinasi pilihan penulis untuk berehat, sejak sebelum penulis menjadi peguam lagi. True to my belief, expect the unexpected, trip ini langsung tidak dirancang, maka tiada persediaan seperti baju sejuk yang kami bawa. Kami menyewa sebuah homestay dengan harga yang amat berpatutan di Kg Sedia. Lokasinya betul-betul dibelakang restoran Abg Strawberi.

Malam itu langit terang benderang. Buruj Pemanah/Belantik/Orion jelas dapat dilihat dengan mata kasar. Amat menakjubkan sekali susasana dimalam itu. Kami menghabiskan masa hampir 10 minit menikmati keindahan malam yang dingin.



Three kings (atau Orion's Belt) yang terdiri dari bintang Zeta, Epsilon dan Delta ...kalau disambungkan akan membentuk garis lurus tepat menembusi bintang Sirius and Aldebaran anda akan dapat petunjuk arah timur dan barat. Penulis pernah mendengar kisah Three Kings ini, tapi tidak mempunyai maklumat yang sahih - dapat pun dari cerita filem tah apa tah... kononnya lokasinya pada bulan dan tarikh tertentu sama kedudukannya dengan lokasi 3 piramid terbesar di Mesir. Nama pun cerita fiksyen - Transformers (tak ingat yang mana satu).

Three Kings juga boleh dijadikan panduan kasar menunjukan arah kiblat. Tapi kena TUNGGU waktu subuh baru boleh pakai ya sebab bumi berputar dan kedudukan buruj ni tunjuk arah lain pada masa lain, tah ke mana korang tala nanti...

Kalau kalian mengikuti kisah Harry Potter, Sirius Black adalah ayah angkat Harry. Dan dalam filem itu dikisahkan bahawa Sirius boleh menjelma sebagai seekor anjing. Bintang Sirius juga sebenarnya dikenali sebagai "Bintang Anjing".

Aldebaran pula adalah bintang dalam buruj Taurus (Lembu).

Jadi the big picture....untuk senang anda ingat - seorang pemanah, dibelakang pemanah adalah anjingnya dan sang pemanah sedang membidik panahnya tepat ke badan Lembu.

Utara dan Selatan? haaa senang aje. Petunjuk arah selatan adalah Bintang Rigel (Rijl - bahasa arab).
Riljun adalah perkataan bahasa arab untuk kaki. Kaki kiri buruj Pemanah adalah Bintang Rigel. Kaki sebelah kanan dinamakan Saiph (pedang dalam bahasa arab). Macam mana bintang tu dapat gelaran pedang, penulis tak tahu!

Arah utara pula petunjuknya adalah Bintang Betelgeuse (cara sebutannya : "beteljuice").

Dalam buruj Orion ni ada bintang Bellatrix.... kisah Harry Potter lagi!... dah malas nak cerita. I bet the writer takde idea nak bagi nama apa pada character jahat ni so dapat ilham dari nama-nama bintang ajelah.

Tahun lepas, penulis berkesempatan menziarah museum yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi. Antara fakta yang diketengahkan adalah lokasi dan saiz bintang-bintang utama - yang penulis masih ingat, bintang Rigel dan Sirius. Menurut ahli falak, saiz kedua-dua bintang ini besarnya ratusan kali ganda berbanding dengan saiz matahari sistem solar kita. Subhanallah!!!

Bila memandang buruj pemanah ini, teringat perbualan penulis dengan arwah isteri... penulis mencintai surah AlBuruj dan mengamalkan pembacaannya dalam solat berjemaah bersama ahli keluarga. Arwah isteri pernah memberikan komen, dia merasa sedih, sayu - teringat kepada arwah Abang Majid tiap kali penulis mengakhiri pembacaan surah ini.

Alhamdulillah, yang penting sekali, trip kami ke Cameron Highlands ini berjaya merapatkan ikatan kekeluargaan penulis dengan  anak-anak.
Semoga maklumat yang dikongsikan ini memberikan manfaat kepada anda.

Tuesday, November 21, 2017

Asset yang paling berharga



Pesan mamaku, usaha tangga jaya
Mama kini tiada - tidak mengapa
Ku akan tetap mengejar cita-cita
PSRA 2018 kan ku pulun kesemuanya!


Ayah bangga dengan kecekalan hati Nurul Sakinah (Aina)
Teruskanlah usaha.. So watch out ya...Uni Husna and Uni Jamilah...

Untuk ahli keluarga baru kami - Nur Ain' Sakinah (Ain)
Pertingkatkan usaha
Jangan alpa, Masih ada masa untuk berjaya bersama
Realisasikan - Kinah Kuasa Dua.


Kisah terdahulu 1



For nay sayers, all these kids bears my name as their father.

Anak-anak ini dididik untuk berfikiran terbuka. Mereka jugalah yang diharapkan untuk mendoakan kesejahteraan ibubapa mereka. Keutamaan tetap bersama ayah mereka sebagai pemegang hadanah yang sah. Ayah mereka masih hidup dan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang. Seandainya ayah mereka telah tiada, masih ada Tok Ayah dan pakcik-pakcik mereka. Tiada ruang untuk "bypass" seperti yang selalu diamalkan selama ini seolah-olah ayah anak-anak ini dah mati. Tiada lagi talam dua muka dalam rumah ini. Keluarga ini ibarat sebuah negara dan kepentingan negara yang perlu diutamakan, bukan cakap atau kehendak orang lain. Nak merancang apa pun dengan mereka perlulah mendapat kebenaran terlebih dahulu dan atas budibicara penuh para wali pemegang hadanah yang bebas meletakkan sebarang syarat, bukan dengan cara meracuni fikiran mereka terlebih dahulu dan menyebabkan perseteruan dengan ahli keluarga. By the way, you get to keep your kampung, but stay away from my kids.

Wednesday, November 15, 2017

Taman Rashidah Utama - revisited




 


Diharapkan pengunjung blog dapat membaca dahulu keterangan di atas.

1. Al-Rasheed adalah salah satu dari nama-nama Allah.

2. Dua ayat dibawahnya adalah dari petikan dari surah Al-Sajadah yang menerangkan maksudnya sendiri.

Setelah memahami keterangan di atas, klip video di bawah ini adalah interpretasi lagu ini dari sudut pandang yang berbeza. Sekiranya anda tidak merasa apa-apa kesan di hati anda, anda harus segera muhasabah diri anda.

Semoga diri kita bersama-sama saling menasihati dan berusaha bersungguh-sungguh selagi hayat dikandung badan, untuk melindungi diri kita dan ahli keluarga dan sahabat handai kita dari malapetaka yang maha dahsyat seperti yang digambarkan. Aamiin.

Credits to the owner of this video clip. Note : the original song writer does not agree to this interpretation.



Wednesday, November 01, 2017

Harga lelong!

01/10/2017

Percaturan pemilik Ekovest dan Iskandar Water Front City (kedua-duanya disenaraikan di Bursa Malaysia) yang mencadangkan penggabungan kedua-dua syarikat tersebut tidak menjadi kenyataan.Baca kisahnya di sini.

Hanya disebabkan pelan penggabungan syarikat ditolak, pelabur dikedua-dua syarikat tersebut melepas dan menjual pegangan mereka di pasaran dan menyebabkan harta saham Ekovest jatuh mendadak dari RM1.16 ke harga penutup hari ini RM0.95.

Ada ahli forum yang memberikan komen negatif - habislah... rancangan nak dapat Projek Bandar Malaysia punah buat kali kedua, pelabur china semua lari. Kumpulan Prasarana negeri Johor (KPRJ) juga menarik diri dari usahasama dengan IWFC dan bermacam-macam komen termasuklah kedua-dua syarikat ni tak lama lagi akan dapat status PN17!

Burung terbang dipipiskan lada. Inilah yang terjadi.

KPRJ adalah syarikat tempat arwah isteri penulis bertugas dahulu. Penulis ketika itu berkhidmat sebagai peguamcara disalah sebuah firma guaman di KL yang memeriksa dokumen perbadanan syarikat tersebut yang ditubuhkan untuk membangunkan tanah milik bumiputra di Negeri Johor. Dek sebab mengendalikan kes syarikat tersebut, penulis dipertemukan semula dengan arwah isteri. The rest was history.

Balik kepada isu utama, jika kita periksa dengan teliti, fundamental Ekovest, sebuah syarikat pembangunan yang tersohor dan mempunyai projek yang hebat antaranya Lebuhraya Duke dan Projek River of Life adalah sangat kuat. Kalau tak jadi merger tu pun tak apa sebenarnya. Belum lagi campur projek perumahan mewah di Cheras. Betulah kata sifu penulis, pasaran saham ni emosi aje yang lebih.
Pada pandangan penulis (yang tak berapa pandai ni), teruskanlah memegang saham Ekovest ni - tak lama aje lagi ianya akan terbang tinggi sebab: 
  • Extension kepada Lebuh raya DUKE dah dapat certificate of practical completion. Tak sampai 2 minggu ianya dibuka untuk laluan pengguna, tol masih free lagi (sebulan) dan tahun dijangkakan siap sepenuhnya. 
  • Bulan disember 2017 syarikat bercadang nak beri dividen sebanyak 2 sen sesaham. Sebelum ex-date, harga saham akan melonjak naik. Ingat ya...awal tahun 2017 hari tu, Ekovest bermurah hati memberikan dividen istimewa RM0.25 sen sesaham. ASN dan ASB pun tak bagi macam ni. 
  • Adalah hampir mustahil nak dapat harga murah begini untuk sebuah pengendali lebuhraya.
  • Syarikat ni syariah compliant. 

Ikut kata sifu penulis, be brave when other are afraid. Moh kita tengok siapa yang akan terjun dulu.

Kalau harga jatuh lagi penulis akan menambah pegangan saham Ekovest. Bukan untuk penulis, tapi untuk jaminan masa depan anak-anak penulis. Time is on our side. Kalau sampai target price, barulah penulis akan menjualnya semula.

Saturday, April 22, 2017

Hunting high and low



Here I am
And within the reach of my hands
She sounds asleep
and she's sweeter now
Than the wildest dream
could have seen her
And I Watch her slipping away
Though I know I'll be hunting high and low

High
There's no end to the lengths I'll go to
Hunting high and low
High
There's no end to lengths I'll go

To find her again
Upon this my dreams are depending
Through the dark
I sense the pounding of her heart
Next to mine
She's the sweetest love I could find
So I guess I'll be hunting high and low

High
There's no end to the lengths I'll go to
High and Low
High
Do you know what it means to love you...

I'm hunting high and low
And now she's telling me she's got to
go away

I'll always be hunting high and low
Hungry for you
Watch me tearing myself to pieces
Hunting high and low
High
There's no end to the lengths I'll go to
Oh, for you I'll be hunting high and
low

Wednesday, April 19, 2017

Melebur wang



Ada rakan bertanya penulis mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia dan meminta pandangan penulis sebab mereka tak faham. Perlukah kita melabur? Selama ini orang biasa hanya mengetahui saham amanah ASB/tabung haji yang memberikan pulangan yang sedikit, nak menunggu haslinya lama....

Baiklah. Penulis terangkan dengan analogi kehidupan penduduk kampung. Kalau tak faham juga… payah…

Kome pernah tak zaman kanak-kanak di kampung dulu, general assumption: anda pernah menghadapi suasana kampung, meranduk bendang, ikut memburu/menembak kancil/landak, mandi di taliair, mengait kelapa, memasang tajur, tangkul, bubu (untuk menangkap ikan) atau menjerat/memikat burung.

Itulah suasana desa. Masing-masing cuba menambah hasil harian untuk dibuat lauk makan oleh anak isteri. Kesemua aktiviti yang kalian lakukan semasa dikampung memerlukan pemerhatian dan ilmu. Ilmu nak tahu lokasi mana yang paling berpotensi nak dapatkan hasil yang banyak. Tak boleh main tahan lukah kat tempat sebarang sahaja tanpa memerhatikan laluan yang pasti ikan perlu lalu. Kalau tahan dilaluan lepas yang terbuka, maknanya kita perlu diisikan umpan yang sesuai. Namun kalau dapat port ikan wajib lalu tiada pilihan, tak payah letak umpan pun pasti mengena, namun tetap kena perhatikan – lambat ambil hasil, orang lain or pemangsa datang dan kutip dulu!

Begitulah juga sama keadaannya dengan pelaburan saham ni. Letak duit lebih anda dalam kaunter yang berpotensi memberikan pulangan yang munasabah. Biarkan duit tu bekerja dan menggandakan dirinya. Ada potensi kenaikan harga saham, dapat pembayaran dividen dan juga kadangkala dapat saham bonus. Yang bagusnya, keuntungan dari kenaikan harga saham dikecualikan dari cukai. Kena ambil kira juga fi broker, fi bursa dan duti setem kerajaan. Semua itu penulis dah pernah rasa, walaupun diri ini bukan pelabur tegar. Hobi masa lapang aje untuk anak-anak. Percayalah, penulis pernah beberapa kali hit keuntungan melebihi 15% tak sampai seminggu. Yang penulis buat ni swing trading. Tak perlu tunggu setahun untuk mendapat hasil. Hit aje target price, terus jual. Kalau harga naik tinggi lagi, kami di ajar itu rezeki orang. Jangan bersikap tamak. Bersyukurlah dengan apa yang dapat. Kalau dapat banyak, banyakkan juga bersedekah dan keluarkan zakat. Kalau nak lebih power lagi momentum trading. Kena belajar, bukan main belasah aja.

Contoh: Syarikat SEG
International (business kolej swasta). Beberapa bulan lepas depa ni reduce capital. Siapa beli saham ni depa pulangkan balik modal sebanyak RM0.15 sesaham. Banyak juga yg penulis dapat balik - dan perbayaran terus masuk dalam akaun bank penulis. Baru-baru ni depa announce dapat saham bonus 7 saham utuk setiap 5 saham yang dipegang (betul ke ni, or terbalik?). So kiranya lepas ni penulis boleh jual kesemua saham asal yang penulis beli dulu dan tinggalkan saham bonus yang syarikat hadiahkan tu sebagai "lukah" buat selama-lamanya untuk kutip dividen/bonus. Duit hasil jualan - buat beli/pasang "lukah" di lokasi berpotensi tinggi yang lain.

Kita kena faham apa itu fundamental syarikat. Syarikat mana yang kuat dalam Bursa Malaysia dan memiliki monopoli. Ada juga kaunter dibawah radar, harga tengah murah, tak terserlah lagi tapi ikut bacaan penulis potensi harganya meningkat dalam masa terdekat sangatlah tinggi. Macam mana penulis tahu semua ni…. Kenalah luaskan pengetahuan dan banyak membaca ya. Nak harapkan khabar angin, itu dah jadi spekulasi buta. Ini dah masuk bab perjudian dan ini tidak dibenarkan oleh agama. Apa pun kena buat educated guess – nampak dengan mata kepala sendiri, bukan dengar tip orang. Semua ni penulis pelajari dari seorang sifu. Dan penulis pun dah recover kembali fi belajar hari tu.
 

Melabur ya… bukan melebur wang anda dalam saham kaunter spekulasi atau masuk skim cepat kaya. Hihihihi… kalau jumpa kawan-kawan, rata-rata semuanya masuk macam-macam skim. Ada satu skim tu, katanya saham syarikat USA. Tapi sayang, bila kita bertanyakan - ko ada akaun CDS tak? Dia boleh tanya balik – akaun CDS tu menatang apa ya?

Ada rakan penulis yang dah terus berhenti kerja. Jadi pelabur tegar Friday Rules. Apa tu? Hangpa kena pi belajaq baru tau. Ya kita tak perlu melabur atau menatap skrin monitor hari-hari. Peram dan senyum. Ada juga bekas staff tempat penulis bertugas dah jadi super trader dan membimbing pelabur-pelabur baru dan pendapatan yang diperolehinya jauh lebih banyak dari gajinya dulu…. respect kat sister tu. Sekarang dia meluangkan banyak masanya melayan anak-anak. Wow! I really wish I could do that!!!.. takpe.. sabar... nak kena sambung belajar lagi... mantapkan bab teknikal.. trading the charts..

Kome yang membaca entry ini tentunya nak tips juga kan… mengaku ajelah… Penulis bagi satu ni je ya. Ada banyak lagi sebenarnya. Kena baca dan kaji.
 
1hb Julai 2017 ni tariff bayaran insuran akan dirombak semula. Kerajaan dah cakap awal-awal lagi. Syarikat insuran akan bebas menetapkan berapa banyak premium yang kena bayar. Bermanfaat kepada rakyat sebab dijangkakan bayaran premium akan jadi kompetitif menurut risiko kepada syarikat insurans. So apa kena mengena maklumat ni dgn pelaburan saham? Hangpa pi cari syarikat yg tersenarai kat Bursa Malaysia yang memberikan perkhidmatan kepada syarikat insuran di Malaysia. Nak tak nak, depa semua dah masuk “lebuhraya tol” nak tak nak perlu guna, dan kalau guna depa kenalah membayar. Modus operandinya sebijik macam MYEG dan DNEX. MYEG dah monopoli perkhidmatan IT urusan pembaharuan permit pekerja asing, DNEX pula sistem urusan keluar masuk ke Negara jiran. Harga saham syarikat tersebut masih lagi dibawah 90sen as of today. Cari sendiri ya! (baru update blog semalam, hari ni NST dah ulangsuara).

Kalau ada masa singgah sini, dengar, baca bukunya dan fahamkan asas dahulu. PTS ada menjual buku ni dah siap translate ke dalam Bahasa Melayu. In passing, komen penulis - pelabur yang bijak perlu menguasai pelbagai bahasa. Sedih tengok rakan-rakan pelabur terkial-kial baca majalah dalam bahasa Inggeris. Semoga tulisan ini bermanfaat kepada anda.

Thursday, March 09, 2017

Memaafkan tetapi tidak melupakan

Note to self: Artikel di bawah ini di perolehi sebagai ahli Group UZAR. Pandangan UZAR selari dengan apa yang penulis pelajari - malang bagi manusia yang tidak menjadikan kesilapan masa lalu sebagai panduan masa hadapan. Lebih malang apabila menyalahkan takdir di atas kesilapan diri sendiri akibat ditipu oleh orang lain. Takdir itu tidak akan berlaku sekiranya kita mengambil iktibar di atas perkara lepas. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda “orang yang beriman tidak akan kena sengat dua kali pada satu liang".

************
Ada yang bertanya, apa pendapat jika kita mampu memaafkan kesalahan seseorang tetapi kita tidak melupakannya.?

Jawabnya

Terdapat beberapa situasi :-

1. Jika yang bersalah MEMINTA maaf dan bersungguh pula, maka yang sepatutnya adalah memaafkan dan turut MELUPAKAN KESALAHAN itu kerana mohonan maafnya dan bersungguh kesal adalah seperti sebuah taubat. Disebut dalam hadis yang sebahagiannya menyebut:-
والتوبةُ تَجُبُّ ما قبلَها
Ertinya: Taubat itu menghapuskan apa yang sebelumnya. (Riwayat Ahmad - sahih menurut As-Syawkani)

2. Jika yang bersalah TIDAK meminta maaf atau tidak bersungguh memohonnya, cuma maaf itu DATANG SENDIRINYA dari mangsa, maka  ketika itu, kemaafan yang diberi adalah sifat yang mulia berdasarkan sifat mukmin yang disebut oleh Allah swt
لَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاء وَالضَّرَّاء وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَللّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Ertinya : orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Al-Imran : 134)

NAMUN dibolehkan untuk MASIH INGATI kesalahannya sekadar sebagai peringatan buat diri dan ambil sikap berhati-hati & ingati kesalahan yang dilakukan apabila berurusan dengannya kelak kerana orang Mukmin tidak wajar terjerumus di dalam lubang yang sama sebanyak dua kali sebagaimana di sebut di dalam hadis nabawi.

3. Jika dalam konteks kerjaya, khususnya yang melibatkan dana awam. Kesalahan seseorang yang lalu terhadap mangsa sama ada telah meminta maaf atau belum, BOLEH diambil kira & diingati semula oleh seseorang yang berhasrat mengambilnya sebagai pekerja. Itu dikira proses yang sihat dalam memastikan dana awam atau amanah kerjaya yang ingin diberi adalah dalam kategori  berisiko rendah. wallahu 'alam.

Dr Zaharuddin Abd Rahman

Thursday, February 16, 2017

Ewan's Guest House, Kota Bharu Kelantan



Keikhlasan terpancar dari renungan mata, kata-kata dan amal perbuatan - Ewan's Guest House, lokasi percutian kami di Kota Serambi Makkah ini amat istimewa dan lain dari yang lain.

Sengaja penulis memilih untuk tinggal di guest house kali ini. Penulis amat tertarik membaca komentar dan pujian yang diberikan oleh para pelancong luar negara yang pernah menginap di Ewan Guesthouse di Booking.com. Pengalaman penulis tinggal beberapa kali secara santai di Bali, Indonesia dijadikan sebagai kayu ukur. Selalunya kalau ke KB penulis biasanya akan tinggal di Kem Kijang @ PCB yang boleh dikongsi beramai-ramai.

Ternyata perkhidmatan yang diberikan oleh Saudara Ewan amat berbeza. Lokasi penginapan agak tersorok dari hingar-bingar kenderaan jalan raya namun cukup strategik berhampiran dengan pusat bandar, Alah jalan kaki tak sampai 6 minit aje dah sampai ke Pasar Siti Khadijah. Kalau berjalan kaki arah ke bandar anda akan melalui ada gerai makanan dan minuman yang senantiasa sibuk melayan pelanggan (Thai Green tea – laziz jiddan!). Maka patutlah lokasi ini digemari oleh pelancong asing dan juga tempatan.

Saudara Ewan dan isterinya Nik Amy melayan kami bagaikan keluarga, seolah-olah kami telah lama mengenali. Amat jarang sekali dapat ditemui pengusaha guesthouse, anak jati Kelantan yang mengunguli service rating yang amat tinggi. Tak percaya? Sila anda google sendiri. Saudara Ewan tidak segan silu menceritakan kisah hidup beliau secara ringkas. Berbekalkan pengalaman mengusahakan perniagaan mencanting batik yang dipelajarinya dan kemudiannya menubuhkan pasukan pencanting batik sendiri pada usia beliau baru mencecah belasan tahun beliau nekad membiuat kelainan dan mencuba perkara-perkara baru. Saudara Ewan pernah merantau dan tinggal di luar negara bertahun-tahun lamanya menimba ilmu dan berpengalaman sebagai tukang masak dan berpeluang belajar secara hands on mengendalikan guest house di luar negara yang antara lain termasuklah United Kingdom, Netherlands, Australia dan New Zealand. Kecekalan Saudara Ewan berniaga dan mencuba sesuatu yang baru sehingga berjaya tanpa memiliki pendidikan yang formal adalah amat dikagumi dan perlu di contohi. Penulis teringat kata-kata yang selalu digunakan di Ranah Minangkabau – Alam takambang menjadi guru.

“Stop being impressed by wealth and  status. Instead, be impressed by those who treat other human beings well, in both good times and bad.” Mufti Menk

Sesiapa yang berminat nak menjelajahi gua-gua di Kelantan, melawat Pulau Perhentian untuk scuba diving, jungle trekking ke Gunung Stong, menikmati wacana alam yang damai dan tenteram di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini, carilah serta gunakanlah perkhidmatan Saudara Ewan ini. Kehidupan ini perlu disyukuri. Hakikatnya, Guest House milik Saudara Ewan bukanlah hotel berbintang-bintang. Takde butler, bellboy atau room service yang akan melayan kerenah anda seperti mana layanan yang anda perolehi di hotel. Kerendahan hati, keikhlasan serta kemesraaan yang diberikan oleh Saudara Ewan dan keluarganya sangat mahal dan sukar diperolehi. Sempat juga penulis beramah mesra dengan seorang warga emas rakyat Britain, Mr Collins yang berasal dari Liverpool yang tinggal menetap berbulan-bulan lamanya. Rata-rata yang memilih untuk tinggal lama di sini adalah dari golongan penulis yang datang mencari idea untuk karya penulisan mereka. Menurut Mr. Collins, dia berpindah-randah dari Bali, India, Thailand dan Malaysia... mengambil kesempatan kadar tukaran matawang yang rendah berbanding Pound Sterling.

Trip kali ini sangat santai. Penulis tak mahu jalan jauh-jauh sangat… cukuplah menikmati kuih muih yang ada. Masa kami tiba, kami dijemput di Lapangan Terbang oleh pemilik serta pengusaha Tiram Travel Sdn Bhd, Tn Hj Salam yang baru sahaja pulang dari Turki. Beliau hanya sempat menemankan kami bersarapan di Kopitiam Kita menikmati roti bakar dan telur separuh masak. Kopitiam Kita ini adalah antara tempat menjamu selera yang amat menarik di KB as recommended by adik penulis sendiri dan rakan-rakan group Whatapps. Terima kasih kepada Tn Hj Salam yang selepas menghantarkan kami ke Museum Istana Jahar, bergegas ke pusat servis kereta untuk urusan kerja beliau di Johor Bharu keesokan harinya. 

Kalau nak belajar mencanting batik…boleh saja… tanyakan aja pada Saudara Ewan kita yang bermurah hati menunjukkan caranya - anda cuba sendiri mencanting dan mewarna kain batik sampai anda puas hati. Penulis memerhatikan sahaja corak batik yang dicanting sendiri oleh tuan rumah. Memang cantik, berseni dan memiliki contrast. Semasa mula masuk bertugas diorganisasi sekarang ini, penulis pernah ditugaskan mendraf perjanjian pengkomersialan Mesin Batik Tjanting yang diilhamkan oleh Tun M sendiri. Hakikatnya, pencanting batik kita rata-ratanya orang-orang lama yang menyimpan idea seni mereka dalam fikiran mereka. Sekiranya mereka ini meninggal dunia kelak, adalah storan corak-corak batik yang hanya perlu dicetak/tjanting terus melalui mesin plotter yang diubah suai untuk mencetak ke atas kain. Itulah dia antara wawasan Tun M. Saudara Ewan juga ada wawasannya sendiri - dari pemerhatian penulis, beliau dengan sengaja bersolat diruang tamu guest house beliau apabila masuk waktu. Di pintu masuk ke Guest House tertulis dengan jelas untuk makluman kepada pengunjung asing "No Alcoholic beverage allowed". Bendanya nampak kecil, tapi mempunyai impak yang besar.

Penulis teringat mengenai bab fotografi subject roda warna. Sayang penulis tidak membawa DSLR untuk percutian kali ini. Feel nak ambil gambar masih tak ada sejak arwah isteri meninggal. Nantilah kalau ada feel balik, penulis pasti terjun kembali ke bidang ini. Sementara itu biarlah gambar bidikan dari handphone murah milik menulis berkata-kata. Percutian kali ini kami berpeluang menziarah rakan-rakan ex-MRSM Jasin yang terpisah lama.

Nota: Bulan Februari adalah musim buah bidara (rasanya diimpot dari negara jiran) dan etok. Etok… nak buka dan makan makhluk shellfish ni kena ada kemahiran sikit, pun sedap juga!

Terima kasih kepada AirAsia yang memberikan perkhidmatan tambang murah yang berpatutan. Di lain masa, Insya Allah, kami akan terbang dan menginap lagi di Ewan's Guest House! Sekiranya pembaca berminat dengan percutian santai, boleh hubungi terus Saudara Ewan di talian 017-906 0605. Ewan... mu tunggu, aku datang!!!