Thursday, January 22, 2015

Kesopanan berbahasa

Seorang pemuda berpakaian kemas, berkod dan bertali leher menjamu selera di kafetaria kami. Kelihatan sebuah folder berisi dokumen di atas meja beliau. Pemuda itu tersenyum dan menghulurkan tangan berjabat dengan kami yang kebetulan mahu menumpang meja untuk makan dan seterusnya memperkenalkan dirinya sebagai seorang tunakarya lulusan universiti tempatan. Datang ke SIRIM untuk menghadiri temuduga.

"Wah! hebat betul kerjaya kamu tu", tegur seorang rakan. "Tentu banyak menjana pendapatan. Zaman sekarang ni kita perlu berusaha lebih sedikit baru boleh hidup dengan selesa", ujar rakanku tersebut.

Muka pemuda itu kelihatan merah padam....

*****
Takrif tunakarya - tidak mempunyai pekerjaan, tidak bermata pencarian, menganggur.

Wednesday, January 07, 2015

Terjah Jogjakarta Januari 2015

Penulis membuka lembaran tahun baru 2015 dengan perancangan lawatan ke Jogjakarta. Apa yang menariknya tempat ni? Entahlah... selain dari membuka misteri Borubudur, sebenarnya penulis mahu relaks santai menikmati makanan enak di negeri orang. Tak seronok rasanya pergi ke Borubodur ni... bagi seseorang yang dah menunaikan fardu haji. Apa yang menarik sangat? Bolehkan menambahkan iman? Macam mana nak justify?


Inilah buku yang penulis beli semasa bercuti di Bandung/Jakarta tahun lepas. Sama ada kandungannya adalah fakta atau auta, Allah yang lebih mengetahui. Ada yang make sense, ada yang... macam mengarut. Seorang blogger pernah memberikan komen terperinci mengenai buku ini. Ikuti perbahasan dan kupasan beliau di sini.

Setelah khatam buku tu, rasa pelik bila lempengan emas yang didakwa oleh sipenulis buku kontroversi sebagai surat yang ditujukan oleh Nabi Sulaiman A.S. kepada Ratu Balqis tertulis dalam bahasa Arab. Kat museum mana pula surat lempengan emas ini dipamerkan? Setahu penulis kitab-kitab nabi yang terdahulu tidak diturunkan dalam bahasa Arab - secara lojiknya mestilah dalam bahasa Ibrani/Suryani atau bahasa kontemporari zaman itu. Oleh kerana AlQuran berbahasa arab, ajaib juga kalau surat utusan terdahulu zaman Nabi Sulaiman A.S. dijumpai dah siap tertulis dalam bahasa Arab? Tidak pula ada hujah bahawa di Jogja zaman dulu-dulu penduduknya dan memang dah fasih dan lancar berbahasa arab. Cakap Jowo pekat adalah!!!



Tiket Air Asia telah dibeli pertengahan 2014 masa sale. On record, RM150 dah kira paling murah terus ke Jogja. Kalau nak kira paling murah yang kami pernah dapat berbanding jarak perjalanan – trip pergi Bandung 2014 – pergi dan balik RM60-00 seorang.

Penulis masih memiliki simcard 3 untuk tujuan komunikasi data di Indonesia. Tahan setahun dari tarikh pengaktifannya. Syarikat Telco di Malaysia tak mampu memberikan harga ganas macam ni. Quotanya 6 giga pada harga Rp 70,000. (kurang dari RM30-00). So tak payah membazir untok caj roaming.






Yg ni pasal masjid bawah tanah tu – siap ada gambar sekali. Entry blog awal 2002. Khabarnya masjid bawah tanah ini telah dikambus... entahlah..
http://nickisharpe.blogspot.com/2012/06/yogyakarta-water-palace.html


Ada juga kami membuat rujukan kepada grp Bloggers Malaysia, tapi tidak dinyatakan disini.

Jarak Whiz hotel yang kami tempah dengan hotel yg ditempah Abg Azmi Abd Hamid, sepupu penulis yang pun sama buat trip ke Jogja adalah kira-kira 538m.

Hotel yang kami pilih terletak berhampiran dgn kawasan yang happening dan juga paling hampir dengan laluan TransJogja. Take the TransJogja bus rapid transit from its shelter at the airport and alight at "Malioboro 2" shelter, walk against the traffic until you see an alley across the road which has the green sign "Whiz", cross the road and walk through that alley, Whiz will be on your right. Tambangnya Rp3500 ke mana-mana destinasi di Kota Jogja. (Nota: TranJogja ni sebijik macam perkhidmatan bas Sarbagita di Pulau Bali).

Hotel ini juga berhampiran dengan Toko buku Gramedia yang berlokasi di dalam Malioboro Mall. Gramedia adalah tempat yang wajib penulis singgah kalau ke mana-mana kota di Indonesia. Penulis pernah memborong buku-buku di Bandung (Jalan Merdeka), Padang, Bukittinggi (sayang satu-satunya lokasi di Pasar Banto dah lama lama tutup) dan juga kota di Medan. Agaknya kalau pi yang kat Jakarta Pusat mau borong 2-3 bag.

Tempahan hotel dibuat melalui Booking.com – dah termasuk cukai pelbagai. Perkhidmatan Agoda pada pendapat dan pengalaman penulis adalah sedikit mahal kerana ianya belum kira sebarang caj lain.
Surakarta adalah nama baru Solo
 
 Sila d/l apps Transjogja yang memudahkan perjalanan anda. Tak perlu membazir wang sewa teksi ke Kota Jogja. Naik bas aje ke Jalan Malioboro, perjalanan dijangka melalui kawasan sesak. Jangan risau, basnya berhawa dingin.

Tip : Candi Prambanan satu hala dengan Solo (Surakarta). Kalau nak ke Solo anggaran perjalanannya adalah 1 ke 1.5 jam dari Jogjakarta. Solo terkenal dengan pusat batiknya. Lokasinya hanya beberapa stop sahaja untuk laluan Transjogja dari bandara. Banyak bloggers mencadangkan agar pengunjung turun sahaja dari kapal terbang terus ke tempat ini dahulu dengan menaiki bas Transjogja.Kita nak pi melawat Borubodur jugak ke? Masa suntuk, terkejar ke sana-sini. Yang menarik tempat ni sangat hampir dengan Istana Ratu Boko (yang didakwa oleh penulis buku kontroversi sebagai Ratu Balqis). Tapi bila diselidik... lagi 3 km perjalanan naik bukit kalau nak pi melawat... Adusss.

Di bawah ini adalah perancangan untuk hari kedua kami. Yang ini kami akan menggunakan khidmat Pak Supir yang telah ditempah.

08.00 – 10.00 menuju candi Borobudur
10.00 – 11.30 Candi Borobudur
11.30 – 12.00 menuju local resto
12.00 – 13.00 makan siang
13.00 – 14.00 menuju ulen sentalu
14.00 – 15.30 ulen sentalu
15.30 – 16.00 menuju lava tour
16.00 – 17.30 lava tour
17.30 – 18.30 menuju local resto
18.30 – 19.30 makan malam
19.30 drop hotel

 Lokasi ke Pasar Beringharjo arah selatan dari hotel yg bakal kami diami...Shopping mata. Anggaran 5 minit berjalan kaki dari hotel.

bawah sikit lagi sampai Keraton

Nasib kami gamaknya berjalan di dalam hujan. Dah menjadi lumrah penulis, it will be great to be able to find joy in the midst of the storm!


 Entrance gerbang ke Borobudur
 Masjid bawah tanah Taman Sari. Ramai yang terlepas tak sampai ke sini...

 Lintasan Keretapi Malioboro... masa ni adventure berjalan dalam hujan semata-mata nak beli buku kat Gramedia Jln Sudirman