Friday, November 28, 2014

Sabah yang murah



Catatan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman penulis untuk trip setahun yg lalu. Trip tahun ni sekeluarga akan dipaparkan dilain waktu.

Pastikan anda naik flight yg 0 fare. Yg kita hanya kena bayar tax aje. Takde checkin luggage. Flight balik semenanjung baru beli luggage.

Kalau payah sangat bab teksi dan lebih suka naik kenderaan sendiri, parkir yg dicadangkan – Terminal Bandar Tasik Selatan. Kos sehari hanya RM3 sahaja. Tambang bas ke KLIA2 RM10 seorang dan perjalanan ke KLIA2 mengambil masa 1 jam perjalanan. Pastikan anda dah check in online dan sampai sekurang-kurangnya setengah jam awal. Kengkadang tu dapat SMS dari AA kata flight jadi cepat… kan ke naya tetiba jadi macam tu. Alternatively kalau nak lagi cepat boleh naik ERL. Pantas selesa dan sepantas wang anda terbangnya.

Jangkamasa penerbangan pesawat 2 – 3 jam. Baik order makanan online. Lebih murah. Kalau order masa penerbangan, nasib-nasib kalau ada baki.

Turun flight AA terus ke kaunter imigresyen – chop passport or dapatkan slip masuk Negeri Sabah kalau guna IC.

Keluar dari terminal terus ke Stesyen Bas di luar lapangan terbang  - keluar terminal jalan ke kanan. Less than 30 meters jauhnya dari terminal (sila tanya org).

Tambang ke KK RM1.50 seorang. Basnya mcm bas mini wilayah dulu-dulu.

Kenapa naik bas? sebab bas akan pusing-pusing beberapa kawasan yang ada permandangan yg menarik kalau sewa teksi tak lalu iaitu kawasan Pantai Tanjung Aru (dlm 1 km from lapangan terbang) melalui kawasan pakir yatch dan kawasan hotel mewah. Destinasi kita adalah Terminal Wawasan (terminal sementara baru) betul-betul berhadapan dengan Hotel Promenade. Area Promenade tu dikenali dengan nama Api-Api Centre. Ini sudah kira bagus sebab Terminal Wawasan yang sedang dibangunkan semula agak jauh sikit untuk berjalan kaki.

Takde la jauh mana pun naik bas… sebab jauhnya dlm 7 km aje. Cuma jalan mungkin sesak aja sikit kalau kena waktu puncak. So pada penulis, tak berbaloi langsung naik teksi yg mahal ya amat tu.

Ada juga perkhidmatan shuttle bas disediakan dalam terminal – sorang kena pow RM5-00. Selesa atau tidak, penulis tak tahu sebab tak pernah cuba.

Tempat tinggal yang dicadangkan adalah Apartment Promenade. Kalau kena masa offer, semalam boleh dapat RM70 sebelum tax. Apartmentnya serba lengkap dan boleh masak. Ya memasak!

Kenapa masak sendiri? Datang nak jalan-jalan! Macam ni – harga barang makanan yang siap masak sangat mahal. Dan tak tentu sedap or tak tentu Halal… so tengok betul-betul sikit ya. Or maybe sebab taste penulis dah tahap dewa-dewa sebab manja dan spoilt dengan masakan maid yg bersahabat baik dengan Chef tersohor Negara. Masakan wife pun apa kurangnya… heheheh…

Try terjah pasar ikan KK (walking distance aje)… anda akan geram dengan ikan yang segar, besar dan murah harganya. Belum lagi tengok ketam dan udangnya. Tambah dengan lobsternya…. So percayalah, kalau masak sendiri anda akan berpuas hati – save wang anda untuk perkara lain..... tu yang kena baca terus...

Dekat area Jalan Sinsuran 4 ada kedai Jamilah Jewellery. Jamu mata anda dengan mutiara air tawar dan air masin. Tapi jangan beli dulu. Pastu pi menjelajah Pasar Kraftangan (dulunya dikenali dengan nama Pasar Filifina) tu… bandingkan harganya…yang boleh mencecah ribu riban tu dan sabar …. Sabar… jangan lepas tu patah balik pergi ke Jamilah Jewellery sebab perlu terjah pasar malam dekat kawasan tu juga yg boleh tawar harga.… tapi kalau nak beli jugak, belilah yang mana anda suka. Nak tahu maklumat lanjut boleh PM saya.

Hehehehe…. Ada kisah “Mutiara Terpendam” yang murah meriah lagi asli (supplier kepada Pasar Filifina) yang mana anda boleh pilih mutiara air masin saiz yang anda suka dan buatlah kalung sepanjang mana yang anda mampu, jauh lebih murah. Ada cara juga nak tengok mutiara ni, sebab takde mutiara yang sempurna, kalau ada yg jumpa sempurna bulat cantik semacam tu either kita tak akan mampu beli walau sebijik ataupun manik plastic je tu!

Kita sambung next entry.

Tuesday, November 18, 2014

Racun tikus ampuh


Penulis dah cuba petua ni kerana kecewa dengan barisan kucing kampung yang majoritinya pemalas melaksanakan kerja mereka. nak harap pada si Ah Hock seekor tu aje, yang lain datang cuma nak tumpang makan aje....mungkin sebab saiz tikus kawasan ni monster semua, kucing yang ada semua takut.  Kinda missed Nikki and Che Tam, pahlawan bengal yang banyak menabur jasa kepada kami sekeluarga. Mungkin sebab berdarah keturunan pahlawan bengal depa berdua ekor ni macam ni... 

Oh ya petua untuk tikus ni SANGAT effektif. Tak perlu upah pest control untuk tikus. Sila cuba sendiri baru tahu. Sangat Mudah, Murah dan Meriah.

Update 13/02/2015 - setakat ini sudah 15 ekor tikus terkorban setelah menjamah racun buatan sendiri ni. Maid serta anak perempuan penulis sendiri menyaksikan tikus-tikus ini datang dari lorong belakang rumah melarikan potongan ubi dari bekas plastik yang sengaja diletakkan dekat longkang. Setelah beberapa hari berlalu, kelihatan tikus-tikus ini berjalan terhoyong hayang macam mabuk... lalok gamaknya. Setelah beberapa hari, menurut anak penulis, kelihatan seekor tikus yang hanya duduk diam dicelah lubang, tidak lagi cuba melarikan diri dan boleh ditangkap dengan tangan! Menurut orang yang memberikan petua ini kepada penulis, setelah memakan ubi tersebut, tikus akan kehilangan selera makan. Kira macam hisap dadah jugak kot ubi ni... power. Tak perlu engage pest control. Ambo boleh buat belako. Semoga entry blog ini bermanfaat kepada pembaca sekalian.

Sunday, November 16, 2014

Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa 2

Alhamdulillah....cabaran tahun lepas berjaya dibuktikan bahawa anda boleh, my dear Husna.
Ini tag team adik dan kakak agaknya



Thanks old buddy Bro Razif Ghazali, yang menyampaikan hadiah. In all for Husna aje 13 hadiah. Last year si kakak sapu Pelajar Mithali, now turn adik dia pulak, kali ni sapu Anugerah Khas Emas. Little Sakinah pun bolot Mumtaz, No 1 untuk kedua-dua penggal persekolahan. Pastikan Sakinah boleh memperolehi apa Uni Jamilah dan Uni Husna laksanakan ya. Masih ada 3 tahun lagi, jangan lengah, mari kita mulakan sekarang.

So sekarang ni menunggu debaran keputusan UPSR pulak... (yg bermasalah dan bocor tu). Jadi tuan puan rakan pengunjung blog ini, sesungguhnya tak rugi kalau kita hantar anak-anak kita ke sekolah aliran agama. Ramai orang berpandangan apa kelas... hanya boleh jadi lebai dan ustazah... Ramai yang menganggap lekeh hantar sekolah begini, tetapi itu semua adalah untuk kebaikan kita dunia akhirat. Kalau bidang akademik, its a red ocean, a real blood bath bagi anda yang pernah membaca buku "Blue Ocean Strategy". Tapi kalau tak setuju dengan pendapat saya pun, tak mengapa, tak jadi masalah.

Related story here

Thursday, November 06, 2014

SENARAI PELAJAR/GURU/ANGGOTA KERJA MRSM JASIN /MRSM TGB YANG TELAH MENINGGAL DUNIA




Lama penulis termenung apabila diberikan tugas untuk mengumpulkan maklumat rakan-rakan ex-MRSM Jasin yang telah pergi mendahului kita. Senarai ini akan digunakan untuk majlis Reunion yang akan diadakan pada 08 November 2014 ini yang mana kami Batch SPM 1988 diberikan penghormatan untuk menjadi tuan rumah. Penulis pun hanyalah bidan terjun yang dilantik menjadi Naib Presiden Majlis Reunion. Dek kesibukan tugas, hanya akhir-akhir ini dapat menghadiri mesyuarat bersama-sama kawan-kawan. Selama ini penulis hanya bergerak menghebahkan maklumat melalui applikasi Facebook dan WhatApps. Tak apalah, tugas ini pun memberikan rasa keinsafan untuk mensyukuri apa yang Allah telah berikan selama ini dan memperkuatkan azam untuk menambah amal bekalan.

Alhamdulillah Sdr Kamal Kassim bersetuju menjadi MC bersama-sama dengan Datin Hajjah Zainuritha Alfa, kalau tak den la jugak kena jadi bidan terjun, sedangkan sedari awal lagi telah dinyatakan bahawa penulis lebih gembira tag team dgn Sdr Izmir Kasim, beramah mesra dengan para tetamu dan guru yang datang dengan lensa kamera!

"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".

Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)".

Surat As-Sajdah12-13

Walau apa pun, hari ini kita masih hidup tinggal di dunia. Entah esok lusa kita akan menurut jejak mereka yang telah pergi buat selama-lamanya. Sudahkah anda mempersiapkan diri anda untuk hari esok? Cukupkah bekalan untuk perjalanan itu? Semoga tulisan yang tak seberapa ini memberikan manfaat kepada rakan-rakan. Sedekahkanlah bacaan Ayat Suci AlQuran kepada muslimin dan muslimat yang ada dalam senarai ini. Mungkin tak lama lagi giliran kita pula!

Bekas Pelajar
  1. Zhaneeta SPM 88
  2. Nurshirwan Ariff SPM 88
  3. Rashidi SPM 88
  4. Noraniza SPM 88
  5. Razali SPM 88
  6. Shuhaimi Mohd Ali
  7. Wan Sulaiman 86
  8. Muhizat 86
  9. Mizan Sulaiman batch 85-89
  10. Adeleen Kasim 90/91
  11. Ahmad Nazrin Abu Kassim 85/89
  12. Amran Abu 81
  13. Mohd Harith Idris 81
  14. Man Effendy 81
  15. Aznan Wahab 81
  16. Mohd Syahmi Jamludin 2004/2005
  17. Hanim Mohd Yasin batch 83/87
  18. Nurmahiza Zainal Abidin 83/87
  19. Ghafran Bachok 83/87
  20. Raja Shahzul Bakri 83/87
  21. Zulkifly Mazlan 83/87
  22. Siti Dalilah batch 90
  23. Mohd Faizal Musa batch 90
  24. Malawati Ross
  25. Natasmi Amri Mohd Nor SPM 90
  26. Maslina Mohd Yatim, SPM 90
  27. Badariah Mahat batch 90
  28. Abdul Sri Koboi SPM 1991 (Sabah)
  29. Dzulkarnain Yusof SPM 1989 (Sarawak)
  30. Khairuddin or kamaruddin (?) batch 82
  31. Haris Fadhilah Abd Rauf (pelajar yg mati lemas di kolam renang TGB)
  32. Azlina Fadzlon 88/89
  33. Saiful Bahari Taib SPM 87
  34. Mani a/l Entri batch spm 85 (Sarawak)
  35. Neny Endriani Hj Bustamal SPM 88 - Isteri penulis, Meninggal Jumaat, 13hb Nov 2015.
    (Amat pilu rasanya untuk update entry blog ini)
  36. Kebi Bibon @ Khairul Bariah
  37. Norsaadah Aminallah.
Guru-Guru dan kakitangan
  1. Ust Fadhil
  2. Cikgu Ibrahim Shah (Guru BM)
  3. Cikgu Hashim (Guru Muzik)
  4. Puan Marshita (Kaunselor Maktab)
  5. Cikgu Hasnah (Guru BM)
  6. Cikgu Adanan @ Dr Adanan (Jasin 92 - 2001)
  7. Hj Ramlan (Guru BI) lemas di Kuala Abang bersama 2 anaknya)
  8. Ust Mat Daud (meninggal di Kota Bharu)
  9. Ust Abd Karim (meninggal semasa kerjakan umrah)
  10. Cikgu Jamil (suami Cikgu Farijah, 2012)
  11. Mr Gunaseelan (Guru Kimia)
  12. Dr. Shariff (Abg Bob) Ex-librarian
  13. Abg Azmi Tompang (kerani kewangan Maktab)
  14. Azman (pekerja lab)
  15. En. Ghani (general worker)
  16. Abg Sanusi (kantin)
(compiled from FB feedback as at 12.42 am 06 November 2014)
#‎ansarajasin2014 and updated only when the writer is emotionally ok. Jika anda telah membaca entry ini, mudah-mudahan terbuka hati juga untuk membaca entry terdahulu di Sini. Semoga bermanfaat untuk anda dan kita semua yang masih hidup dan yang telah pergi.