Tuesday, June 25, 2013

Tempikan Ar-Ra'd

Setelah sekian lama diam menyepi
bertempik halilintar Ar-Ra'd membelah bumi
mengionkan percikan listrik dari atas sana
tangisan titis hujan turun membasahi
mensucikan kelam atmosfera dini
Nyahlah dikau wahai jin jerebu!

Sesungguhnya kewujudan mu kami tidak perlu
Maka panjatkanlah kesyukuran padamu Rabbul Izzati
Tuhan yang Maha Mulia dan Maha Berkuasa
Ar-Rahman dan Ar-Rahim Mu seluruh untuk para penghuni bumi, masjid junjunganmu S.A.W yang dikasihi


Zaws
25 Jun 2013
Shah Alam


Dan Dia lah juga yang padanya guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.(Ar-Ra'd:13)

그는 또한 하나님을 두려워하기에 천둥과 칭찬 천사입니다. 그는 또한 번개이며, 그는 그들이 ( ) 알라 관련된 문제 개체 ( 거부) 기본 맞추는자가 자신의 성능 넣어하지만 그것은 매우 어려운 형벌이다. (AR- 'D : 13)

Monday, June 24, 2013

Kisah Jam Tangan

Penulis baru sahaja sabtu lepas collect jam seiko automatik di tempat yang terkenal membaiki jam di Jalan Masjid India. Jam penulis menghidap sakit.... sejak balik dari berbasikal ganas-ganas kat Kota Bharu setahun yang lalu ianya tidak lagi menunjukan masa yang tepat. Setiap hari ianya akan CEPAT 30 minit.... maka dah banyak kali juga penulis sampai ke tempat mesyuarat tercepat dari biasa dalam masa setahun ni. Gempak juga depa sebab belum apa-apa yang first sekali sampai ke bilik mesyuarat wakil Jabatan Perundangan. Kalau pi awal boleh balik awal takpe la juga. Siap kena komen, aiseh... Malaysian time takde dalam kamus Jabatan Perundangan ke? (Malaysian time yang dirujuk di perenggan ini adalah derogatory remarks on how Malaysian keep their time).

Nota: Cara terbaik untuk membandingkan menentukan sama ada waktu yang tertera di jam anda adalah tepat adalah dengan membuat perbandingan dengan Waktu Standard Malaysia yang boleh diperolehi di sini.

Dulu ada rancangan Malaysia mahu membina Standard Time Transmission Station dan penulis (yes - myself) terlibat secara langsung dengan projek tersebut. Namun tah apa masalah... banyak sangat cabaran camel, akhirnya projek tersebut terus senyap sehingga ke hari ini. Kalaulah projek itu berjalan, huhuhu... sudah pasti penulis sudah memiliki sebuah radio controlled wrist watch yang canggih. Menatang apa pula Radio controlled wrist watch ni? Baca kat sini.


Sememangnya penulis memang sukakan movement jam. Pertama kali penulis memakai jam adalah selepas ayah pulang dari mengejakan Haji tahun 1980 dulu. Adalah dapat hadiah jam dari ayah, swiss movement (kena kunci). Zaman dulu tu kalau bersekolah rendah dibandar, rata-rata orang semua memakai jam digital casio.... canggih gitu, tapi penulis TAK MAMPU nak beli. Tapi macam manapun, jam tangan yang kena kunci itu juga yang dirasakan unik dan bila menjejakkan kaki di sekolah asrama, ramai kawan-kawan facinated dengan jam tangan "kuno" milik penulis kerana pusingan jarum saat berada di bawah, in a separate dial or register. Apabila ayah penulis pulang dari mengejakan Haji kali kedua tahun 1985, sekali lagi penulis dihadiahkan seutas jam tangan... kali ini jam ana-digi (analog digital jenama citizen gold plated lagi) dan siap ada fungsi illuminate dalam gelap. Rasanya dapat hadiah sebab dapat No 2 dalam kelas dan dapat kembali ke kelas A masa tu. Inilah jam penulis yang paling tahan dan penulis setia menggunakan jam ini sehinggalah penulis memulakan tugas sebagai full fledged corporate lawyer di Tingkat 43 Menara Maybank pada tahun 1995. 10 tahun tu! Itupun bukan sebab jam tu kondem, tapi sebab the buttons nak set dah tercabut kedua-duanya, tinggal crown adjustment aje!

Then came era jam murah RM15-00. Rupanya macam canggih sangat, tapi sebenarnya sangat basic sehinggalah jam cokia tu jahanam sebab pecah cerminnya. Pendek sangat hayat jam cokia ni. Rasanya dalam 3 bulan aje kot?

Dah takde jam... payah... sudahnya penulis pi beli jam Adidas analog but quarz movement yang ada analog time display dan date. Yang bestnya fungsi indiglow jam tersebut. Maka selamatlah penulis menggunakan jam tersebut dari tahun 1995 (memancing sana-sini, berenang segala sungai, tasik dan laut) sehinggalah jam tu mengalami kerosakan internal gear dan tak boleh diperbaiki lagi... Pada tahun 1997 akhirnya penulis menjejakkan kaki ke Makkah.... ternganga tengok jam automatik Seiko Kinetik yang dijual dalam julat harga 500 riyal.... kalau nak beli huhuhu... membazir aje... so dream on...

Sebelum pi bercuti di Florida dan lawatan kerja di Tokyo in 2008-2009, sempat merasa jam replika Folex GMT II yang serba canggih. Mamat Jepun yang bertugas dengan penulis siap offer nak beli jam tu.... beria-ria penulis katakan ini jam replika, bukan original, tapi dia tetap nak buat tawaran harga. Sudahnya aku angin.... dan menggunakan bahasa melayu aje dengan Jepang ni... wei! ini jam Folex (Fake Rolex la).. tak faham ke.... walaupun replika, memang nampak macam 100 peratus ori. Enjinnya mekanikalnya dari seiko jepun rasanya. Akhirnya jam replika yang aku sayangi tersebut lesap kena kebas... its a long story.


Balik kepada cerita asal....Jam seiko 5 yang dibeli pada tahun 2009 dah diperbaiki dan kini berfungsi dengan baik. Kalau ada watch tools memang boleh regulate sendiri. Kalau nak buat watch regulation sendiri sebenarnya amat mudah. Boleh baca artikel ini dan juga di sini.

Ceh! harga jam automatik yang sama dah naik mencanak-canak. Dulu beli dalam RM219.00 aje... la ni dah lebih RM300-00 bergantung kepada design.... gamaknya kadar tukaran Yen melambung naik adalah penyebabnya... tapikan menurut maklumat yang penulis perolehi, Seiko memang ada kilang jam di Malaysia dan Singapore... maka tak patutla depa kasi alasan tukaran matawang Yen naik untuk menaikkan harga. Kalau nak beli jam, tempat terbaik pada hemat penulis masih di Singapore. In 2010 penulis menjadi pengiring ayah menunaikan Fardu Haji, berpeluang tengok lagi jam canggih kat sana.... tapi sebab dah ada landmark JAM BESAR MAKKAH TOWER yang dipasang oleh engineer Malaysia... tak payah la beli jam.

Inilah dia maklumat macam mana kita nak kira power reserve jam automatik.
  1. Tetapkan masa dan pakai jam tangan anda sekurang-kurangnya selama 8 jam;
  2. Selepas 8 jam, buat penetapan masa lagi terhadap sumber masa yang paling tepat (cadangan : rujuk waktu Standard SIRIM atau tengok jam berita TV) dan catat masa (contoh: "Telah ditetapkan pada Isnin, 15 Ogos jam 10:00:00)
  3. Dari saat penetapan masa yang direkodkan itu, pakai jam tangan untuk sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari selama 7 hari berturut-turut.
  4. Selepas 1 minggu, rekodkan masa sekali lagi untuk mengetahui berapa banyak masa jam anda anda telah "hilang" atau "tambah" dalam kiraan saat. (Jam adalah ciptaan manusia untuk mengira masa, dijamin takde yang dapat masa yang tepat. mesti ada lari punya.... sama ada plus atau minus).
  5. Bahagikan jumlah itu sebanyak 7 untuk mendapatkan ralat HARIAN dalam kiraan saat. Sebagai contoh: 70/7 = 10 saat setiap hari
  6. Pada hari ke 7, tanggalkan jam tangan dari pergelangan tangan anda (katakanlah jam 9:00:00 malam).
  7. Apabila jam berhenti rekod masa yang dipamerkan. Kemudian kira masa yang telah luput (dari jam 9 malam sehingga ianya berhenti). Ini adalah rizab kuasa, dan diukur dalam jam.
Ada yang mungkin bertanya - maklumat ini penting ke?

Kulla man alaiha faan - Setiap benda dalaf fana (tidak kekal). Surah Al Rahman.

Akhirnya jam itu akan terhenti dari berdetik apabila power reservenya habis!

So dalam situasi seseorang dijumpai mati antara cara pihak forensik nak tahu masa kematian orang tersebut adalah dengan mencatatkan masa jam tangan automatik tersebut berhenti berdetik. Dengan mengetahui jangkamasa power reserve jam yang dipakai oleh simati, masa kematian boleh dianggarkan dengan tepat.

Tuesday, June 18, 2013

Nak paten Asam pedas dan Beca Melaka?

Tergelak besar penulis apabila mendapat khabar kononnya usaha akan dijalankan untuk menpatenkan Asam Pedas Melaka. Ada juga saranan kepada kerajaan negeri Melaka untuk mematenkan juga Beca Melaka, Melaka RiverCruise, Farmosa dan Perkampongan Hang Tuah.
Gamaknya tuan penasihat 15% telah gagal memberikan nasihat yang sebenarnya.

Bukan sesedap oren aje sesuatu benda kita daftarkan dibawah akta paten. Adalah alsyurut yang mesti dipatuhi. Kalau tak penuh alsyurut maka tak sah dan batal pendaftaran paten tersebut. Tak dapatlah paten yang tak cukup syarat itu dikuatkuasakan. Sia-sia aje macam menjaring angin.

Antara syurut asas adalah CIPTAAN yang mahu didaftarkan paten ini must be:
1. New (baru)..
2. involves inventive steps; dan
3. Industrially applicable.

Bab syarat no 1 dah kantoi. Baru bermakna BARU. Kalau pernah dishowcase kepada orang ramai dimana-mana kawasan di dunia ini, pencipta mempunyai grace period selama setahun sahaja dari tarikh showcase/pameran untuk mendaftarkan paten... kalau dah terlepas tempoh ini, bye-bye aje ye...

Cukuplah penulis komen pasal syarat No. 1 aje sebab yang pasti syarat No 2 dan No. 3 bukan sahaja tak lepas... malah tak applicable langsung!

Kalaupun ada keajaiban berlaku yang mustahil berlaku, katakanlah paten benda pelik-pelik dan tak normal ni diluluskan sekalipun, ianya:
  1. tidak dapat menghalang orang lain untuk mempertikaikan paten tersebut dan memfailkan tindakan untuk membatalkan pendaftarannya.
  2. tuan punya paten tu nak mengkomersilkan paten tu macam mana la pulak? Boleh buat duit ke paten macam tu? Punyalah banyak paten diluar sana yang menjadi gajah putih sebab tak dapat dikomersilkan.
  3. harus dingatkan paten law adalah territorial in nature. Kalau tak nak orang tiru paten hangpa kat negara China, kenalah daftar paten di China dan juga menjalankan kuatkuasa paten tersebut. Sama juga keadaannya dinegara lain. Kalau nak Kalau setakat paten di Malaysia, apa barang, jadi jaguh kampung aje. Kalau bagus sangat paten tu, paten lah satu dunia.....
Tapi siapa nak bayar kos pendaftaran paten tu? Ingat murah macam sekupang sedozen ke? Itu baru kos pendaftaran.

Kos penguatkuasaan, nak engage lawyer satu dunia untuk enforce patent tu korang dah kira ke?

Kalaulah penulis jadi tuan penasihat, kita tak payah paten asam pedas ni. Cukup sekadar jadikan trade secret aje. Tak perlu bayar apa-apa pun. Syaratnya ramuan dan cara kita menyediakan resipi tu memang dari dulu lagi rahsia dan kerahsiaan resepi terjaga dari dulu hingga la ni. Macam resepi Coca-cola, tetap rahsia sehingga kini. Pekerja restoran kena sign perjanjian menjaga kerahsiaan dan pemilik rahsia berupaya mengambil tindakan penguatkuasaan kepada sesiapa yang melanggar peraturan kerahsiaan.

Beca Melaka... paten? tak masuk akal. Kalau yang paling hampir pun boleh daftar dibawah Industrial Design Act kalau mematuhi alsyurut..... rasanya dah lapse dah masuk public domain common knowledge. Nak register macam mana lagi?

Rivercruise? Kampung Hang Tuah.... hahaha... mungkin boleh cuba register Trade Mark ajelah... tanda niaga... itupun kalau Pendaftar luluskan dan takde bantahan...

Okaylah kita kasi chance. Sesungguhnya satu dunia ketawakan kita! Patut sangatlah Melaka beratus tahun dijajah.Kesian orang Melaka. Well, let us see... one (1) year from now, adakah "cakap-cakap kosong" ni akan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Melaka. There will be a special blog entry for that, Insya Allah.

Monday, June 17, 2013

Dahon Curve D3 gear adjustments

Dahon Curve D3 utilises an internal 3 speed gears from SRAM. If the setting goes out of whack, follow these steps for adjustments:

1. Put the bike in 3rd gear. This basically lengthens/slacken the gear cable length.

2. Very slightly unscrew the knurled sleeve that is directly at the end of the black plastic or vinyl cover over the gear cable. (This slightly slackens the cable)

3. Tighten the little locknut to keep this setting in place. (This will fix the problem of  the third gear not staying engaged).

The following video shows us the location of adjustments to be made. The bike depicted here is a Brompton.


Monday, June 10, 2013

Kuantan.... dan ingatan berkekalan

Lama tak pulang ke tanah kelahiran, Kuantan Pahang... asalnya tiada niat pun untuk ke Kuantan...

 Mini reunion ex-MRSM Jasin@ majlis walimatul urus Sdr A Razak
Selepas menghadiri walimatul urus sahabat lama Sdr Abd Razak Majid dan jadi mini reunion ex-MRSMJ, niat sebenarnya adalah untuk membawa keluarga berkelah - menginap di Janda Baik.... akan tetapi memandangkan Kuantan hanya 120km sahaja lagi dari tempat kenduri... redah ajelah... dan anak-anak pun mula bising dan bertanyakan... "ayah, kita nak ke mana ni?"
 Una di Pantai Teluk Chempedak.... tempat memancing lagikan dikenang
Kuantan amat berbeza sakali, zaman dah berubah.... banyak bangunan dan mall. Sempat melawat tempat kediaman lama keluarga kami di Tok Sira (depan MRSM) dan Quarters kerajaan Jln Abu Samah (Taman Gelora), Pejabat Pos Besar pun tak jumpa jalannya lagi.... penulis sempat lalu kawasan tempat penulis bermain basikal di Teluk Cempedak.... tempat ni pun dah berubah menjadi semakin komersil. Laut lepas memanggil-manggil untuk kami bermain digigi air... sudahnya terjun kesemuanya ke dalam laut!
Rindu nak merasa Mee Chalong Beserah... tapi tiada kesempatan masa.... akhirnya kami ke Tg Lumpur singgah solat maghrib di Masjid yang indah dan nak pekena sea food yang khabarnya sedap dan murah.
Nak jadikan cerita, terjumpa an old man dok sebelah meja kami, kami berborak bersama.... macam dah berjanji nak berjumpa, kereta kami pun diparkir bersebelahan....dan pakcik tersebut membahasakan dirinya sebagai "Aki" kepada anak-anak penulis..... cerita punya cerita, dia bertanyakan penulis berasal dari mana....  penulis menceritakan dengan jujur asal usul penulis dan kenapa nak sangat singgah ke Kuantan ini....kat jabatan mana ayah bertugas dan nama-nama rakan ayah - arwah Uncle Rahim, arwah uncle Dahlan, uncle Dawami, uncle Wahab ..... rupa-rupanya pakcik tersebut tak lain tak bukan adalah sahabat lama ayah penulis sendiri... habis semua kisah dia dan ayah dikeluarkannya... pengalaman dia pi menunaikan haji dan umrah dgn my parents diceritakannya in vivid details (jadi blurr for a few hours, nak mengingatkan kembali siapa sebenarnya pakcik tu - sebab dia kasi nama penuh). Jenuh memerhatikan rupa pakcik tersebut tapi penulis ingat-ingat lupa... macam pernah jumpa, tapi dimana ya???
Kami bertukar-tukar no telefon. Rupanya no telefon ayah memang dah sedia ada dalam HP pakcik tu! Ingat nak ambil gambar seafood yang kami order dan juga nak bergambar dengan pakcik tu... tapi hampa, bateri DSLR habis.....

Kos makan ikan siakap 3 rasa, udang laut sambal, sotong bakar, nasi untuk 6 orang dan minuman itu ini malam itu berjumlah RM66-00. Tak dapat macam ni... fresh dari laut lagi! Kalau nak lagi best kena pergi ke Kota Kinabalu... tapi ini pun dah puas hati.
.... Still blurr... continued to drive balik ke Shah Alam sambil memikirkan wajah pakcik tu.... berehat sekejap di restoran mamak di Temerloh, tak tahu kenapa terasa sangat nak minum A&W Root Beer..... Penulis bukannya boleh minum atau makan benda yang manis sesuka hati... tapi teringat sangat... belilah setin, buat bekal dan kongsikan dengan isteri dan anak-anak.
Semalam menziarahi ibu di TTDI den menceritakan kisah pakcik tersebut.... dan my mother menyebut nama panggilan Pakcik tu "Che Kamar"..... barulah memori itu singgah kembali.... patutlah penulis tetiba teringin sangat nak minum Root Beer semasa memikirkan siapkah gerangan pakcik tu.... kisahnya masa penulis kecil-kecil dulu kami sekeluarga pernah ke rumah pakcik Kamar berhari raya di Keramat AU2, dia jamu bertin-tin A&W Root Beer 325ml, rasanya 6 atau 7 tin penulis minum, siap pakcik tu dengan baik hatinya dan senyuman dimukanya memberikan bekal untuk dibawa pulang.... memory through association dan ingatan tersebut kesemuanya yang indah-indah belaka.

Penulis amat-amat berharap dapat mempertemukan kembali ayah penulis dengan Pakcik Kamar....

Ayah pun dah gaduh...Heiii!!! Mee Chalong! Sedapnya!!!
Penulis sendiri tak berkesempatan membelikan Mee Chalong untuk ayah... hahahaha!!!

Thursday, June 06, 2013

Something from the mind

 
Ramai yang bertanyakan khabar, mana pi yr postings dalam blog?... sonyap jo sekian lama.... hahahaha ... penulis sibuk la ni dgn lots of reports to submit, belum lagi campur banyak agreement to finalise. Tapi kalau nak menulis apa pun, kena dari hati... kalau tak, tak ada "rasa" orang yang membacanya. Tak masuk dalam hati. Pesan orang tua-tua tu. Oh yes, I am ok, dibawah timbunan fail-fail. Next week I am up for a promotion interview, report satu habuk pun tak buat lagi!!!
 
Tadi kak seri mai ke opis.... akak aku yg sorang ni dah marah-marah...siap kena bebel depan opis... Adik kena submit juga promotion report tau!!!. La.... kalau tak nak, apa masalahnya? kan rezeki ada di mana-mana, tak semestinya kita kejar pangkat dan harta... tak semestinya saya mesti kekal kerja di sini...ketenangan fikiran pun penting juga dan paling utama. Masalah dengan organisasi tempat penulis bertugas ni semuanya mesti formal - sedangkan masa zaman praktis dulu takde pun benda remeh temeh ni... kalau you are really good, tak perlu red tapes, terus naik gaji on the spot. Tak perlu exams. Tak ade payah interview pun. Kalau bagus dicampak darat jadi gunung, dicampak ke laut, jadi pulau - tempat makhluk lain menumpang teduh dari ribut dan taufan. Tempat berlindung, selamat dan terpelihara. Tak bermaksud penulis menolak rezeki.
 
So saya prepare last minute aje ye?... saya tak dapat post tu pun takpe kak seri.... :-). OK aje.
 
In any event, I know - no one else can do my job like I do. Sekali sekala jual mahal pun tak salah. Ada ke depa nak tanya kenapa tak agree dgn penamatan faedah perkhidmatan pada umur 55 tahun? Soalan apa tu? Kalau Govt dah luluskan Minimum Retirement Age Act kerja sampai umur 60 tahun - maka it follows that faedah perkhidmatan kenalah ikut umur persaraan baru. Kalau dapat faedah persaraan pada umur 55 tahun, tapi masih berkhidmat lagi, maka duit tu kena tax and it would defeat the purpose of having a trust deed in place.. Apa daa.... Jgn marah ye kak seri.... akak marah lagi, saya tak mahu akak belanja saya lagi..... hehehe..