Friday, April 05, 2013

A.B.C.D. (Asalkan Bukan Cap Dacing)

Mari sahabat, rakan dan taulan, kita fikirkan
Bila tiba masa nak Pilihanraya
Kecoh sini-sana serta gegak gempita
Kononnya hak orang melayu kian terhakis
Lupa angkara sendiri... eh malu takleh nak tepis

Digembar-gemburkan seantaro kampung dan bandar
Sekiranya Kerajaan bertukar - Bala bencana akan menerpa
Bisnes terlungkup, Bursa Malaysia tutup
Takut orang melayu makan tak cukup!
Tanah rizab pribumi konon akan dirampas, melayu akan merempat
Tapi tak sedar diri, hakikatnya selama ni kome yang rembat!
Dah siap dibahagi dulu, kini dan selamanya - untuk suku sakat

Nak lari liabiliti, cukup hebat - cepat berselindung dibalik nama syarikat
Hasil hutan, tanpa lesen yang sah, tetap licin kena sebat
Beginikah caranya kita hidup dalam negara bermuafakat?
Halal haram bercampur berolehkah berkat?

Sentimen perkauman dan bangsa dimainkan selalu
Video lucah dijaja tanpa rasa malu
Entah betul entahkan tidak belum tentu tahu

Kalimah Allah aje yang kome nak pertahankan
malang pengisiannya masih macam dulu-dulu,
kadang-kadang ditahap merapu
Lupakah kita pada sabda Nabi - IMAN dan TAKWA jadi penentu?

Bangunlah Rakyat! Cukuplah sudah kita berpayah
Dah 56 tahun segala hasil negara bukit dan hutan kena tarah
Pilihan terbaik anda bukanlah susah
Biorkan je siapa yang menyeleweng tanpa mengira Parti apa pun, berkeluh kesah
Menunggu hari mengundi - hati gelisah!

Projek dema yang dulunya masyuk kini jadi susah
Prestasi pengurusan di 4 Negeri Pakatan Rakyat terbukti sudah
Walhal hasil odit negeri lain tetap tak berubah - kian parah

Ya tuan puan - pilihan anda amatlah mudah!
Pasti semudah A B C D ! Pangkahlah undi anda walau berlogokan si anak kucing
A. B. C. D. - Asalkan Bukan Cap Dacing!

Nukilan Zaws @ Superstage, Jumaat 05 April 2013
"Undilah parti Cap Anak Kucing".

(Nota : Alangkah baiknya AKUJANJI dan manifesto kalian jaja saentaro negeri itu dinyatakan dengan spesifik yang kesemua calon dah istiharkan harta dan berjanji tak akan melakukan apa jua bentuk penyelewengan sekiranya dilantik menjadi yang berkhidmat) 

Monday, April 01, 2013

Planning a trip to Bali

What a rude awakening!

I was requested by a close friend to plan a trip to Bali, Indonesia.

No specials at all. Syaratnya harga tiket mesti murah gila pada harga out of this world. “Mi, ko buat apa yang patut, janji dapat kami ke sana – kalau ada extra things, we’ll leave it to your best judgment”.

Tarikh penerbangan pulang pergi dah tetap dan berpandukan ingatan penulis, pada tarikh tersebut memang murah gila. Tiket pergi RM99-00 dan tarikh pulang ke Malaysia RM67-00. Kalau tripnya ke Bali memang dah tak dapat yang lebih murah selain dari ini, melainkan anda sanggup tunggu 0 fare (yang menurut pengalaman penulis, mustahil untuk destinasi ini sebab terlalu banyak sangat permintaan).

Intinerary dah mula bermain dalam kepala penulis. Memang bab planning percutian ni semua rakan sepejabat mengakui penulis adalah champion.

Tapi bila login to AA website pagi ini, I noticed something important was found to be missing from AA’s website. The low price chart is now gone. Most probably for good! And some of my friends semuanya pening…. Takpe… takde masalah. Ada cara lain.

If you are really in a rush, pi kat http://www.airasiaplus.com/

The indicative ticket prices are valid up to 15 days. Book cepat-cepat. Ini kira kes kecemasan dan setakat nak tahu harga sahaja. Tapi for sure, your plans are now in taters!

Tetapi, kalau anda nak pi holiday secara santai dan cuti anda adalaf flexible… ini dia penyelesaiannya!

layari www.airasiachart.net (update Mei 2014 - now no longer in service).

Masukkan maklumat penerbangan (lapangan terbang pelepasan dan lapangan terbang pulang) dan tekan butang search. Dalam beberapa saat sahaja keterangan dalam bentuk carta untuk tempoh setahun akan digeneratekan di monitor pc anda. Jadi apa yang kita perlu buat adalah menganalisa harga tiket pulang pergi menurut citarasa kita sendiri. Pandai-pandailah interprete raw data tu. 

Dan… dari carian yang dibuat, tarikh, masa dan harga untuk trip yang dirancangkan tersebut masih tetap tak berubah dan sama dengan apa yang dipaparkan di website AA.

Bab hotel pula sila melawat www.wego.com.

Hotel di Bali memang berlambak – ikut selera anda semualah untuk memilih ikut budget. Dari yang kelam kabut sehinggalah yang jenis villa yang ada infinity pool.

Pool penting ke? Entahlah… kalau penulis, itu tak penting langsung. Kat dalam negara sendiri pun ada.  Ada dulu seorang rakan nak sewa hotel di Bukittinggi, Sumatra Barat, tapi eksen nak juga hotel yang ada pool. Penulis hanya tergelak aje bila diberitahu mengenai pilihan mereka itu. Balik dari bercuti, terus penulis bertanya, “hah, amacam… terror kome ye?….berapa lama kome berendam dalam pool?” (Nota: hanya orang yang tak waras aje yang mahu mencuba berendam dalam pool dalam keadaan sejuk pergunungan di Bukittinggi)

Yang penting pada penulis adalah keselamatan, keselesaan dan akses kepada makanan halal (atau bahan masakan mudah diperolehi). Mudah nak bergerak dan hampir dengan tarikan pelancong. Selalunya first couple of days kami akan duduk kat a very basic hotel… pernah dulu semasa trip ke Bali kami dapat hotel pada kadar USD10 semalam – alah untuk tidur aje, Program siang dipenuhi dengan aktiviti shopping atau jalan-jalan. Tapi pada malam terakhir sesaja duduk kat hotel USD50-00 per malam. Yang macam ni pun dah lavish sangat sebab macam villa. The best part, walking distance aje dengan Jimbaran Bay candle-lit dinner di tepi pantai. Tak payah susah-susah letak dalam intenerary nak tengok kechak dance or barong dance yang kena bayar entrance fees tu sebab kat sini FREE aje kita boleh enjoy the show sambil menikmati makan malam sebelum sunset.

Happy planning.