Friday, December 13, 2013

Menyerlah jauh dari yang biasa



Dah lama nak update, tapi penulis tahun ini teramat sibuk dengan tugas. Haa..... inilah dia piala yang menjadi rebutan .... Alhamdulillah. Terima kasih anakku, Zahratul Jamilah yang berjaya memperolehinya dan juga ...... disebabkan penyampaian anugerah khas tersebut, mama dan ayah dijemput serta menaiki pentas bersama (walaupun tidak dapat diabadikan dalam bentuk foto, iyelah photographer pun kena naik pentas sekali!). Terharu sungguh bila biodata dan cita-cita anak sulung ku dibacakan dan kami tiga beranak dijemput naik ke pentas untuk mengambil anugerah khas ini. Update: akhirnya ada gambar kami bertiga!

Tahniah juga diucapkan kerana berjaya memperoleh sijil mumtaz untuk PSRA 2013. Sekiranya Opah masih ada, sudah tentu dia akan turut berbangga dengan pencapaian Jamilah.


Mewakili sekolah dalam pertandingan pidato



Tahun hadapan, diharapkan dan didoakan agar Husna pula dapat mengikut jejak langkah Jamilah yang walaupun sakit dan penuh kepayahan, berjaya meraih anugerah pelajar Mithali ini.
Husna, don't worry, you are almost there... tahun ni anda pun dapat No. 1 dan juara bertahan pertandingan bercerita selama 3 tahun berturut-turut. Tahun depan tukar penyertaan boleh? Pi masuk pertandingan pidato atau bahas pulak. Haa.. udah tu ye.. jangan banyak main-main lagi, pi sambung hafazan Al-Quran tu. Video dibawah adalah untuk anak-anakku bertiga - Jamilah, Husna dan Sakinah yang kesemuanya memperoleh mumtaz dalam peperiksaan akhir tahun mereka baru-baru ini.

Thursday, December 12, 2013

Kisah sebuah rumah

Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi. Dia terus berleter.

“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “

Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara.

"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”

Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.

“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”

Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab.

“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“

Wahai anakku,
Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain.

Manusia hari ini suka sangka-sangka...

Ada sangka baik

Ada sangka buruk

Orang beribadah disangka riak

Orang rileks disangka malas

Orang berpakaian baru disangka menunjuk

Orang berpakaian buruk disangka hina

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sedikit disangka diet

Orang yang senyum disangka mengejek

Orang yang bermuka masam disangka merajuk

Orang berbincang disangka mengumpat

Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang menawan disangka menggoda

Orang yang ceria disangka mengada

Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang bermasam muka itu kerana mengenang dosanya yang lalu

Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat

Mana tahu yang diam itu kerana beribadah

Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya

Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya

Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru itu….
 

Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka


Jangan terlalu bersangka-sangka

Jauhi sikap sangka-sangka

"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
(AlHujurat:12)


Perkongsian oleh Ustaz Mohamad Redzuan Mohd Khalil, sahabat lama di SMKA Maahad Hamidiah yang tidak mahu mengambil sebarang credit kerana katanya dia memperolehinya dari perkongsian rakan whatapps.

True Love

Tuesday, November 19, 2013

Acceptance

Most of the time..whatever unacceptable things that happened to us is the result of whatever unacceptable things that we used to do to others..when we did it at the first instance we thought that it was the best thing to do, but to the recipient, it was unacceptable..and when an almost similar thing happens to us, we say that this is unacceptable and start blaming others....

Thursday, October 24, 2013

Personality Test results... huh?



You are a generous and moral (not to confuse with moralizing) person. You always work on self-improvement. You are very ambitious and have very high standards. People might think that communicating with you is difficult, but for you, it isn't easy to be who you are. You work very hard but you are not in the least selfish. You work because you want to improve the world. You have a great capacity to love people until they hurt you. But even after they do. . . you keep loving. Very few people can appreciate everything you do as well as you deserve.

Monday, September 23, 2013

Untuk saudara, sahabat, teman dan kekasih

Diriwayatkan, bahawa apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:

"Yaa Rabb.. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabat mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"  (HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:

"Wahai Rabb Kami.. Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..  Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"

SAHABAT Ku.. Mudah2an dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..

Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga dan Redha-Nya.. آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ

Ya Allah
Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat2 yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh dan taat Kepada Syariat-Mu..Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...

Oleh itu... Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan-jalan ke Syurga dan jalan-jalan kebaikan.

WAHAI SAHABATKU
JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI

 보고했다 :낙원의 사람들은 천국 에 입력 한 , 그들은 때 세계에서 전에 그들과 함께 항상 자신의 친구를 찾을 수 없습니다 때 .그들은 알라 에 대한 자신의 동료 에 대해 질문했다 :" 야 알라 .. 우리는 빨리 우리와 함께 , 우리와 함께 기도하고 우리와 함께 싸울 세계 에 우리의 친구 를 볼 수 없습니다. "알라 는 말했다 :" 지옥에 가서 , 그래서 자신의 마음 에 대한 믿음 도 행위 의 크기 가 당신의 친구 를 가지고 " (책 " 알 - Zuhd " 에 이븐 알 - 무바라크 ) .알 - 하산 알 - Basri 는 말했다 : 그들은 부활의 날에 중보기도 의 힘 을 가지고 있기 때문에 , 당신을 믿고 더 많은 친구를 찾을 수 있습니다 . "그녀가 울고 으로 순위 이븐 이제까지 그녀의 친구 에게 설명 :당신이 당신과 함께 천국 에서 나중에 나를 찾을 수없는 경우 " 다음 나에 대해 하나님 께 간구 하십시오" 주님 우리 ..종 운운 , 세상은 항상 우리에게 상기 할 때 .. 그런 다음 " 하늘 의 네 우리와 함께 그를 삽입내 친구 .. 희망 이 있는 , 내가 하나님을 생각 나게하는 이 ..내가 하늘과 그의 레다 의 미래를 할 수 없도록 .. آمين . يا رب العالمين그런 일이 없기를내가 당신에게 적용 .. 항상 나에게 친구 를 부여 복종 네 Shariat 에 순종 에 물어 ..우리가 세상에서 만날 때까지 우리의 우정 을 영원한 ...그래서 ...하늘과 좋은 도로 에 도로 를 표시 하는 방법에 많은 좋은 친구 봐 .내 O... 나에 대해 물어 잊지 말라 나중에 늦어도 천국에 있어요 없는 경우

Saturday, August 31, 2013

Kisah Orang Tua dan Kala Jengking

English Version

An old man saw a scorpion drowning and decided to pull it out from the water. He calmly extended his hand to reach the creature.

When he did, the scorpion stung him. With the effect of the pain, the old man let go the creature and it fell back into the water. The man realizing that the scorpion was drowning again, got back and tried to rescue it but then again it stung him. He let go of it again.

A young girl standing by, approached the old man and said, “Excuse me Sir, you are going to hurt yourself trying to save the evil-vicious creature, why do you insist? Don't you realize that each time you try to help the scorpion, it stings you?”

The man replied, “The nature of the scorpion is to sting and mine is to help. My nature will not change in helping the scorpion.”

So the man thought for a while and used a leaf from a nearby tree and pulled the scorpion out from the water and saved its life.

MORAL LESSON:

Do not change your nature. If someone hurts you, just take precautions. Some pursue happiness while others create it. Let your conscience be your guide in whatever you do.
                                                                                                               


VERSI BAHASA MELAYU

Seorang tua yang telah menyaksikan seekor kala jengking terjatuh didalam sebuah kolam dan sedang kelemasan dan memutuskan untuk menyelamatkannya. Beliau dengan tenang menghulurkan tangan untuk menyelamatkan makhluk Allah yang bernasib malang tersebut.

Namun apabila dibantu, kala jengking telah menyengat orang tua tersebut. Kerana kesakitan yang amat sangat orang tua itu melepaskan kembali kala jengking tersebut  dan ia jatuh kembali ke dalam air. Sekali lagi kala jengking itu kelemasan dan terkapai-kapai didalam air dan lelaki tua merasa kasihan lalu kembali  mencuba untuk menyelamatkan makhluk malang tersebut namun sekali lagi orang tua itu disengat. Kala jengking tersebut kembali terjatuh ke dalam kolam.

Seorang gadis muda yang menyaksikan peristiwa tersebut menghampiri lelaki tua itu dan berkata, "Maafkan saya pakcik, pakcik akan hanya mencederakan diri sendiri untuk cuba menyelamatkan makhluk yang jahat itu, kenapa pakcik masih mahu menolong binatang yang tidak mengenang budi itu? Setiap kali ditolong, ia akan hanya menyengat pakcik? "

Lelaki tua itu sambil mengetap bibir menahan kesakitan menjawab, "Sifat kala jengking adalah untuk menyengat dan saya pula adalah untuk membantu. Sifat semula jadi saya tidak akan berubah dalam membantu walaupun makhluk yang saya bantu adalah seekor kala jengking."

Lelaki tua tersebut berfikir seketika dan mengunakan sehelai daun dari pokok yang berhampiran untuk menarik kala jengking keluar dari air dan kemudian telah berjaya menyelamatkannya.

PENGAJARAN:

Janganlah mengubah sifat baik anda. Jika seseorang menyakiti anda, ambillah langkah berjaga-jaga. Didunia ini, ada yang hanya mengejar kebahagiaan diri sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain, sementara orang lain berusaha keras menciptakan kebahagiaan. Biarlah hati nurani yang tulus menjadi panduan dalam apa jua yang anda lakukan.

Friday, August 30, 2013

A Doctor's note

It was approximately 8.30 a.m. on a busy morning when an elderly gentleman in his eighties arrived to have stitches removed from his thumb. He stated that he was in a hurry as he had an appointment at 9.00 a.m.

I took his vital signs and had him take a seat. I knew it would take more than an hour before someone would to able to attend to him. I saw him check his watch anxiously for the time and decided to evaluate his wound since I was not busy with another patient.

On examination, the wound was well healed. Hence, I talked to one of the doctors to get a nurse to remove his sutures and redress his wound.

We began to engage in a conversation while I was taking care of his wound. I asked him if he had another doctor's appointment later as he was in such a hurry. The gentleman told me no and said that he needed to go to the nursing home to have breakfast with his wife.

I inquired about her health. He told me that she had been in the nursing home for a while as she was a victim of Alzheimer's disease. I probed further and asked if she would be upset if he was slightly late. He replied that she no longer knew who he was and she had not been able to recognize him since five years ago.

I asked him in surprise, "And you still go every morning, even though she doesn't know who you are?"

He smiled as he patted my hand and said, "She doesn't know me, but I still know who she is."

I had to hold back my tears as he left.

I had goose bumps on my arm, and I thought, "That is the kind of love I want in my life."

True love is neither physical nor romantic. True love is an acceptance of all that is, has been, will be, and will not be.

Monday, July 29, 2013

Firmware terbaru untuk Sistem Kamera Nikon 1 V1

Selama ini penggunaan adaptor FT-1 dengan lensa Nikon AF-S tidak dapat menggunakan mod pemfokusan secara berterusan. Masalah ini telah diselesaikan dengan pengubahsuaian secara perisian firmware yang terbaru.
 - Support for continuous auto focus when an AF-S lens is attached to the camera via the FT1 adapter (when the adapter's firmware is updated to version 1.10).

Ianya boleh didapati di sini.

Sekiranya berkelapangan, penulis akan membuat review penggunaan F-T1 yang telah dinaik taraf dengan firmware terbaru) dengan lensa Nikon AF-S dalam masa terdekat ini.

(Agak-agaknya fitur ini akan mempercepatkan bateri kamera habis... tapi itulah harga yang mesti dibayar untuk mendapatkan fitur yang amat berguna untuk peminat birding. Maka makin laku dan popularlah gamaknya Sistem Nikon 1 kepada sniper foto jarak jauh).

Saturday, July 27, 2013

Langkah Meringankan Musibah

Ketika tidur bermalam dibilik bonda, penulis terjumpa nota-nota yang dikutip dari pengajian agama yang bonda ikuti. Penulis merakam nota tulisan tangan bonda menggunakan peralatan kamera macro agar ianya dapat kongsikan di sini dan mudah-mudahan ianya memberikan manfaat kepada ahli keluarga dan juga para pengunjung blog ini. Nota-nota ringkas pengajian agama peninggalan bonda penulis, Hajjah Zaharah Arshad ini penulis rasakan jauh lebih berharga dari barang-barang peninggalan beliau yang lain. Sila klik pada imej untuk membesarkannya.







Mohon maaf kerana penulis 'faham sendiri' text tulisan bonda tetapi tidak dapat menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Penulis akan mendapatkan jasa baik Abi Sarah (Ustaz Firdaus Sulaiman) untuk memberikan terjemahan text bahasa rab dalam imej-imej diatas. Sekiranya anda mendapati nota ringkas ini (dan juga siri lain yang penulis akan upload dalam masa terdekat ini) memberikan faedah kepada anda, harap pengunjung blog dapat menyedekahkan bacaan surah AlFatihah untuk bonda Hajjah Zaharah Arshad ibnatu Jamilah, mudah-mudahan ruhnya dicucuri Rahmat. Al-Fatihah.

Monday, July 22, 2013

Bonda pulang ke Rahmatullah



Inna lillahi wa inna ilaihi Rojiun.

Bonda yang kami cintai Hajjah Zaharah Arshad /Ibnatu Jamilah telah mendahului kami pulang ke Rahmatullah dengan tenang pada hari Isnin 15 Julai 2013 / 05 Ramadhan kira-kira jam 8.40 malam di Wad Onkologi Hospital Besar Kuala Lumpur. Ketika itu hanya Ayah dan penulis berada di sisi beliau.

Terima kasih banyak di atas ucapan takziah, nasihat dan kata-kata perangsang yang datang mencurah-curah dari pada ahli keluarga, sahabat handai kawan, teman, ahli qariah masjid, kenalan dan juga bekas anak-anak murid beliau yang telah datang baik dari jauh dan dekat apabila mendapat khabar berita pemergian bonda. Penulis juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan di media Facebook, Group WhatApps Ex-UIA dan Maahad Hamidiah rakan-rakan ex-UIA dan juga wargakerja SIRIM yang sudi menyedekahkan bacaan ayat suci AlQuran untuk kesejahteraan bonda dan menghadiri solat jenazah di masjid. Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada kepada barisan Ustaz dan Ustazah anak-anak angkat beliau yang datang menziarahi kami dan memimpin para pelajar huffaz Instiitut Al-Quran Kuala Lumpur (IQKL) yang bersama-sama mengadakan majlis membaca dan mengkhatamkan AlQuran serta mendoakan kesejahteraan bonda. Terima kasih kepada Uncle Nazri yang dengan murah hati menaja segala urusan pengkebumian bonda dan juga kepada makcik-makcik dan ustazah yang membantu kami memandikan dan mengkafankan jenazah bonda.

Memang penulis suka membuat perancangan untuk membawa bonda bersiar-siar. Tetapi amat berat hati ini apabila penulis juga yang dipilih oleh Allah untuk membuat laporan kematian dan menguruskan penghantaran jenazah bonda dari hospital ke rumah dengan van jenazah. Terima kasih kepada saudara Kamarul Zaman, staff rumah mayat HBKL yang membantu penulis dan juga kepada Hisyam sepupu penulis yang menjadi orang yang paling awal sampai ke HBKL. Ustaz Firdaus Sulaiman memimpin solat jenazah dan penulis sendiri yang mengetuai bacaan doa untuk kesejahteraan ruh bonda dan untuk kesejahteraan kami yang masih tinggal. Kemudian jenazah dibawa ke Masjid At-Takwa Taman Tun Dr Ismail dan disolatkan oleh jemaah yang ramai sebelum dibawa ke tanah perkuburan Bukit Kiara untuk dikebumikan.

Marilah kita sama-sama memanjatkan doa agar mudah-mudahan Allah mengampuni kesemua dosa bonda, menerima segala amalan kebaikan yang dikerjakan selama hidupnya, melapangkan dan menerangkan kuburnya dengan Nur, dihindari dari siksaan kubur, mencucuri ruhnya dengan Rahmat dan  menempatkannya di dalam Syurga berserta dengan golongan ambia, siddiqin shuhada serta solihin. Aamin.

“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabb kalian dalam keadaan berpuas hati lagi diredhai.” (Surah Al-Fajr ayat 27-28).
Hanya jiwa yang tenang sahaja yang mampu kembali kepada Allah dalam keadaan diredhai dan mampu mengharungi segala ujian dan cabaran di atas dunia ini.

Hari ini hari bonda kami, esok lusa mungkin hari kita. Maka selagi kita masih hidup ini rebutlah peluang yang ada untuk bekalan kita di akhirat kelak.

Mama, kami akan ingat pesanan mama mengenai ALQURAN. Diakui ramai bahawa ilmu bonda dibidang pengajian ALQURAN ini jauh meninggalkan kami semua. Kami, anak-anak, menantu dan cucu-cucu mu dan juga Ayah, menyayangi mama dunia akhirat dan redha dengan ketentuan ini. Walaupun mama tiada disisi kami, akan kami teruskan dan menjadi iltizam kami membuat dan mencontohi teladan baik yang mama tunjukkan kepada kami selama ini.

Link berkaitan dengan entry ini di sini.

Friday, July 12, 2013

Ya Dzaljalali wal Ikram



يَا ذَا الْجَلاَلِ واْلإِكْرَامِ
Ya Allah ! Yang Maha Agung dan Maha Pemurah

أَمِتْنَا عَلَى دِيْنِ اْلإِسْلاَم
Matikanlah kami dalam agama Islam

يَا عَالِمَ السِّرِّ مِنَّا
Wahai yang Maha Mengetahui akan rahsia kami

لاَ تَهْتِكَ السِّتْرَ عَنَّا
Janganlah Engkau tanggalkan hijab daripada kami

وعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا
Berilah kami ‘Afiyah, dan ampunilah kami

وَكُنْ لَنَا حَيْثُ كُنَّا
Bantulah kami dimana saja kami berada

Tuesday, July 09, 2013

Kenapa perlu ada surat cuti untuk pembantu rumah?

Kenapa perlu ada surat cuti untuk pembantu rumah?
  1. Supaya tidak menghadapi masalah dengan mana-mana official di kedua-dua negara.
  2. meminimakan kes pembantu rumah yang nakal "mengular" ke tempat lain - kerana tarikh pulang dan tarikh balik ke Malaysia boleh dijangka melalui surat.
  3. menunjukkan anda adalah majikan yang bertanggungjawab dan prihatin masalah pembantu rumah anda. Pembantu rumah serta keluarganya akan menghargai anda.
Kenapa anda perlu mempunyai hubungan baik dengan pembantu rumah dan juga ahli keluarganya?
  1. mengelakkan stigma kita rakyat Malaysia seolah-olah "memperhambakan" pembantu rumah. Buktikan bahawa bukan semua rakyat Malaysia zalim kepada pembantu rumah seperti apa yang dinyatakan diakhbar-akhbar di dalam dan di luar negara.
  2. pembantu rumah adalah saudara seagama anda dan perlu dibantu. Hakikatnya saudara kandung anda sendiri yang mempunyai kerakyatan Malaysia mungkin tidak mahu menjaga makan pakai anak-anak anda walaupun anda berikan upah atau upah yang mereka minta tidak berpadanan dengan tugasan yang diberikan.
  3. Ada juga kes makanan dan minuman pembantu rumah dicatu! Ada kes pembantu rumah dikurung dan tak dibenarkan bercakap walaupun dengan jiran tetangga. Ada kes pembantu rumah ditahan separuh wang gaji tahunannya untuk memastikan kontraknya sebagai pembantu rumah disambung. Sedangkan hakikatnya mereka ke Malaysia atas niat berkerja untuk menyara kehidupan keluarga mereka.
Ya benar, tidak dapat dinafikan ada banyak kes pembantu rumah yang lari dari rumah majikan dan menyusahkan majikan. Ada yang mencuri dan mengambil kesempatan atas layanan baik majikan. Banyak faktor yang menyebabkan hal ini. Antaranya pengaruh kawan-kawan mereka yang kononnya diberikan gaji yang lebih tinggi, masalah keluarga dikampung, orang lain yang dengki dengan keikhlasan dan kecekapan pembantu rumah anda, niat datang ke Malaysia yang bukan ikhlas untuk berkerja tetapi untuk berjalan-jalan dan berseronok!

Hakikatnya mereka ini rata-rata datang dari golongan berpendapatan rendah, tidak berpelajaran tinggi dan mudah dipengaruhi. Ada banyak kes pembantu rumah yang baik kelakuan dan pekerjaan dihasut untuk berkerja ditempat lain yang kononnya menjanjikan gaji yang lebih lumayan, namun kembali lari/berhenti dan insaf, kalau boleh mahu pulang berkerja ke majikan asal kerana berasa tertipu dengan janji-janji palsu yang ditaburkan. Bukan mudah mahu masuk kembali berkerja di Malaysia setelah berhenti. Silap haribulan majikan baru mereka perolehi tidak bertimbangrasa, ditambah dengan gaji yang terpaksa dipotong untuk membayar kos kepada agen di Indonesia.


Tanyalah diri anda sendiri apakah anda telah berusaha untuk memastikan bahawa pembantu rumah anda berkeyakinan untuk terus berkerja dengan anda tanpa rasa ragu?