Popular Posts

Monday, August 13, 2012

Pasrah dan doa untuk Mama

Agama persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah Islam, namun sudah sampai masanya kita meneliti sama ada sistem perkhidmatan hospital dan pengurusan pesakit mempunyai polisi yang selari dengan ajaran Islam itu sendiri dalam perkara "mercy killing".

Kebetulan topik mercy killing ini adalah tugasan subjek commercial law yang diberikan oleh Prof Misbahul Hassan semasa penulis menuntut ilmu perundangan tahun 3 di UIA PJ yang melibatkan isu penjualan organ dan darah - sama ada kontrak seumpama itu sah dari segi perundangan sivil atau syariah dan juga diselitkan bab mercy killing yang pada pemikiran penulis ketika itu, mungkin penulis tidak akan terlibat dengan perkara ini . 

Setahu penulis, antara perkara yang dijaga oleh Islam adalah nyawa, harta, maruah dll, tapi amat sedih dan pilu hati ini apabila dimaklumkan untuk kes penyakit yang sukar untuk disembuhkan, jalan yang terbaik adalah untuk memberhentikan terus sokongan dan bantuan agar pesakit dapat terus hidup. Sila teliti fatwa yang dikeluarkan oleh ulama muktabar didalam dan diluar negara mengenai perkara ini dan anda akan dapati kesemuanya akan memihak kepada sokongan dab bantuan kepada pesakit. Lainlah sekiranya pesakit telah mengalami kerosakan otak, tidak boleh bercakap, memberi apa-apa isyarat  atau dan tidak lagi memberikan sebarang tanda bahawa pesakit masih hidup.

Bagi fatwa yang dikeluarkan di Malaysia anda boleh layari
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-eutanasia-atau-mercy-killing


Soalan seorang doktor berbangsa cina kepada ayah penulis -

"What about the other plan?"
"What other plan???"

Semasa penulis menjaga ibu penulis yang sedang tidur, seorang doktor memberikan komen - "Tengok la ... kalau patient hidup pun, macam ni la keadaan dia.."
 
Sengal betul doktor-doktor ni... ini mesti plan mercy killing! Islamic ke?

Ada satu ketika ibu penulis sedang berehat tetapi masih sedar, datang doktor pakar bius yang menaikkan tahap ubat tahan sakit dari level 2 ke level 7 dan mengakibatkan ibu penulis tidak sedarkan diri. Ayah penulis membantah perbuatan ini dan bertanyakan kenapa ditambah ubat penahan sakit sedangkan ibu penulis tidak mengadu apa-apa kesakitan? Yang patut ditolong dan ditambahkan level ubat penahan sakit adalah pesakit yang berjiran dengan ibu penulis yang baru dipotong kakinya yang tidak berhenti-henti mengadu kesakitan. Jiran kami ini tak pula diberikan ubat tahan sakit? Kenapa orang yang sakit tak diberikan ubat tapi ibu penulis yang dapat? Pelik betul. Oleh kerana dokor pakar bius tidak dapat menjawab soalan yang ditanya ayah, maka level ubat penahan sakit dikurangkan kembali kepada tahap 2.  Apabila kami check di Internet, ternyata tindakan menaikkan dosage ubat bius boleh menyebabkan kerosakan organ si pesakit bermakna ini adalah cubaan untuk indirect mercy killing!!!

Menurut pemerhatian penulis dan keluarga, berkemungkinan kerana fatwa yang dikeluarkan di Malaysia ini masih baru, rata-rata pasukan doktor yang merawat ibu penulis tidak ada pengetahuan mengenainya. Menurut doktor yang sedang  menjalankan houseman pula, mereka hanya menurut arahan superior officer mereka. Maka, ayah penulis pun khabarnya telah memaklumkan kepada mereka mengenai perkara ini. Hal ini tidak akan berakhir dengan pesakit/keluarga pesakit menandatangani surat persetujuan untuk memberhentikan rawatan, namun ianya akan tetap dipersoalkan diakhirat kelak tentang usaha dan ikhtiar yang telah dijalankan. Semua dapat saham. Maka benarlah saranan agama agar tidak meletakkan harapan kepada manusia (doktor) kerana segala-galanya telah ditetapkan oleh Allah. Kita dianjurkan untuk terus berusaha, bukan dengan mengambil jalan mudah dan terus berputus asa dari rahmat Allah. Semoga barisan doktor kita di masa hadapan dapat mengambil iktibar dari perkara ini. Bayangkan berapa ramai pesakit sebelum ini yang menerima nasib ditamatkan "talian hayat" mereka sedangkan mereka masih boleh dirawat.

Dalam pada masa yang sama wujud pertembungan di antara perubatan sains moden dan perubatan alternatif. Rata-rata perubatan sains moden seolah-olah menolak cara perubatan alternatif. Namun hasil kajian mengenainya speaks for itself.

http://unisza.academia.edu/MohdRazifShahril/Papers/709620/The_use_of_complementary_and_alternative_medicine_among_Malay_breast_cancer_survivors




Extract from one of the many Ministry of Health Policies. 
Yes we have policies, but:
1. are they Islamic?
 2. Do you really follow your own policies?
3. Do you really adhere to your ISO Quality Manual?

Penulis tidak dapat meneruskan penulisan ini kerana ianya melibatkan kes ibu penulis sendiri yang kini, walaupun masih boleh berinteraksi dengan kami, beliau kini bergantung kepada sokongan bantuan pernafasan untuk terus hidup. Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah tempat kita kembali.

Salah satu modul ESQ165 yang penulis, isteri dan bonda pernah hadiri adalah mengenai saat-saat kematian menjemput kita. Apalah yang perlu dikhuatiri... 100 tahun yang lalu, kita sebagai seorang individu tidak ada. Kita asalnya benda yang tak bernyawa. Tidak pernah hidup, kemudian ruh ditiupkan semasa kita di alam ruh dan kita dilahirkan ke dunia dan dipertanggungjawabkab dengan suatu amanah oleh Allah. Sekiranya kita telah menjaga amanah tersebut sebaik mungkin, sewajarnya kita tidak gelisah apabila kita meninggalkan dunia ini. Sewajarnya kematian itu menjadi kerehatan untuk kita dari terus melakukan dosa. Wallahu a'lam.

Ya Allah, dibulan Ramadhan yang mulia dan doa dikabulkan ini, hamba Mu yang lemah dan hina ini dengan tangisan air mata kehinaan menadah tangan kepada Mu memohon agar diberikan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada Bonda Hajjah Zaharah Arshad. Ya Rabb, Anta Shafi, berikanlah kesembuhan kepada Bonda. Kau ampunilah segala dosa dan kesalahan Bonda dan rahmatilah hidupnya dunia dan akhirat. Salam sejahtera kepada Bonda semasa Bonda dilahirkan ke dunia. Salam sejahtera kepada Bonda dihari kematian mu dan salam sejahtera kepada Bonda dihari kebangkitan kelak. Tetapkanlah iman didada Bonda. Sekiranya takdirnya perpisahan kita, Ya Rabb kau pertemukanlah Bonda kembali dengan Ayahandaku Abdul Wahab Johar dan rahmatilah kami dan kumpullah kami sekeluarga dalam Jannah mu berserta dengan para ambia', siddiqin, shuhada serta solehin. Lapangkan dan luaskanlah kuburnya serta lindungilah dia serta kami semua mukminin dan mukminat dari fitnah kubur serta dijauhi seksa neraka. Tetapkanlah kakinya di atas titian Sirat. Tinggikanlah darjatnya disisi Mu Ya Arhaman Rahimin, Irhamna ala ibadihis Solihin. Aamiin.

No comments: