Wednesday, September 26, 2012

Pemberian biarlah Ikhlas

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.  (Al Baqarah : 264)

Apa-apa pemberian kepada sesiapapun sama ada dalam bentuk ole-ole, hadiah, cenderahati, bantuan kewangan, derma waima kepada isteri, suami, anak-anak, ibubapa atau saudara sendiri perlulah dibuat secara tulus ikhlas dari hati. Kalau tidak dilakukan dengan ikhlas dan diungkit-ungkit seolah-olah dipenerima akan terhutang budi kepada kita, ianya bakal menjadi punca penyesalan kepada sipemberi dikemudian hari. Allah jua yang akan membalas pemberian ikhlas kita, bukan orang yang menerima. Maka dalam keadaan tertentu, pada hemat penulis, adalah lebih baik pemberian itu tidak dilakukan langsung. 

Janganlah salah faham. Sekiranya anda tidak memperolehi apa-apa pemberian dari seseorang, ianya tidak bererti anda tidak disayangi atau tidak langsung dihormati. Sesungguhnya bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi ikhlas sekiranya sejarah tidak berupaya dipadamkan dari ingatan orang yang berniat untuk memberi. Orang yang merasakan dirinya perlu diberikan sesuatu itu terlebih dahulu perlu muhasabah dirinya sendiri - apakah aku layak untuk menerima sesuatu pemberian dari orang itu sedangkan cukup banyak pengkhianatan yang telah kulakukan dan aku tidak pernah mengingati dan mempedulikan langsung perasaannya apabila barangan miliknya, keperluan dan haknya aku zalimi atau cerobohi.

Sedarlah, orang itu mungkin sudah sekian lama memaafkan dan menghalalkan kesemua perbuatan anda zahir dan batin dan senantiasa dengan tulus ikhlas mendoakan kebaikan dan kesejahteraan anda dunia akhirat, namun sebagai insan biasa, dia berkemungkinan tidak berupaya melupakan apa yang telah terjadi. D
ia mungkin tetap bersabar atas perlakuan anda selama ini dan tidak langsung mengambil apa peluang pun untuk membalas walau ruang berbuat demikian telah lama terbuka luas. Boleh jadi anda sebenar-benarnya tergolong antara orang-orang yang amat disayanginya namun, itu tidak dapat lagi di zahirkan, hanya dipendamkan sahaja disanubari sekalipun anda mungkin acapkali bersua muka dengannya.

Penulis mengambil peluang ini untuk berkongsi doa yang diajarkan oleh seorang tua yang banyak memberikan nasihat berguna kepada penulis semasa difinal year law school dulu. Selalu penulis membaca doa ini didalam hati sebelum berhujjah dimahkamah, sebelum mesyuarat bermula atau sekiranya diarahkan untuk menghadiri post mortem projek (sessi hentam-mengentam) seorang diri. (Yes, I am only a soldier yang boleh dikorbankan bila-bila masa). Alhamdulillah, penulis dapat menangkis segala hujjah yang ditembakkan dan berupaya melancarkan serangan peluru berpandu. Biasanya serangan balas penulis tak dapat dijawab. SYARATNYA: hujjah anda mesti dibuat atas dasar kejujuran, dilampirkan bukti bertulis dan fakta yang menyokongnya adalah tepat dan selaras dengan amalan biasa perniagaan (standard industry practice). Tidak boleh berniat untuk ambil kesempatan untuk memalukan mereka yang kita hadapi tersebut. Mudah-mudahan hujjah kita boleh meyakinkan mereka untuk menerima-pakai apa yang kita sarankan. In any event we are a team, in every sense of the word. Yang terbaik datang dari Allah. Doanya diambil dari AlQuran dan diturunkan disini untuk tatapan dan amalan harian anda.


Ertinya: Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan).

On another note, bagi yang akan berkempen untuk menentukan siapakah yang akan menjadi wakil kita di Parlimen kelak didalam Pilihanraya yang bakal menjelma, ingatlah, janganlah tuan-tuan asyik menyebut dan mengungkit kebaikan dan wang ringgit yang anda taburkan di sana sini sejak puluhan tahun yang lalu dan meremehkan apa jua sumbangan parti yang bersaing dengan anda. Tindakan begitu tidak menjamin anda layak menjadi pemimpin kami. Rakyat marhaen melihatnya dengan begitu jijik sekali, sehinggalah terpaksa diwujudkan istilah "politik wang" seolah-olah wujud perbezaan di antara rasuah dan politik wang. Apa pun kebaikan yang anda lakukan itu sudah menjadi tanggungjawab anda untuk melaksanakannya. Duit peruntukan yang disalurkan adalah duit hasil kutipan cukai ke atas rakyat jua dan jika salah urus ianya akan dipersoalkan diakhirat kelak.. 

Sudahkah anda melaksanakan tanggungjawab anda dengan adil dan saksama kepada kesegenap lapisan rakyat dibawah pimpinan anda?

Thursday, September 20, 2012

Tak usah menjadi pengemis

ISLAM bukan agama para pemalas. Tidak ada satu nas pun yang menyuruh atau membenarkan umat Islam untuk hidup relaks, bermalas-malasan, menunggu rezeki turun dari langit, mengharapkan subsidi dan pinjaman kerajaan, mengharapkan wang huluran dari saudara-mara yang pulang ke kampung (selagi tak dapat ang pow, selagi itulah depa ni tak balik) atau menggantungkan beban kehidupan kepada orang lain.

Sedarlah bangsa seagamaku bahawa sesungguhnya, Allah menyuruh umat Islam untuk bekerja keras dan berusaha mencari rezeki yang halal. Bukan mencari rezeki dengan membolot kontrak secara zalim, berselindung dibalik sesebuah organisasi, mempergunakan gelaran Dato' atau kononnya mempunyai hubungan atau "kontek" dalaman dengan sesebuah parti politik dan lain-lain jalan shubhah meragukan yang seumpamanya.

Dalam kes ini menurut pengalaman penulis yang saban tahun menyediakan perjanjian usahasama, semuanya ini adalah cakap-cakap kosong sahaja. Orang-orang jenis ini hanya mahu menyalah-gunakan nama organisasi kita untuk mencapai objektif tertentu. Selalunya projek sebegini tidak akan berhasil apabila organisasi yang lagi satu membuat due dilligence dan bertanyakan tentang modal/kemahiran mereka, maka terbongkarlah kisah bahawasanya mereka ini cuma orang tengah yang hanya tahu mengutip "Tol" sahaja! But sadly our people will never learn.... Maka pada pandangan penulis "usahasama" yang menjahanamkan seperti ini tidak ada bezanya dengan mengemis dalam erti kata sebenarnya!.


Didalam AlQuran ada dinyatakan:

"Dan katakankanlah, bekerjalah kalian, karena Allah dan Rasul-Nya akan mellhat hasil kerja kalian." (At-Taubah: 105).


Anas bin Malik pernah bercerita bahawa Rasulullah pernah meminta seorang laki-laki dari kalangan Ansar untuk menjual kekayaan terakhirnya berupa sehelai kain tebal yang dipakai sebagai selimut dan alas tidur, serta sebuah mangkuk besar untuk minum. Kedua barang itu dilelong oleh Rasululullah sehingga diperolehi hasil wang sebanyak dua dirham. Wang itu separuh diberikan ke keluarganya, dan separuh lagi untuk membeli sebilah kapak, buat mencari kayu bakar. Kemudian, dia datang kepada Nabi, sambil berkata," Aku telah memiliki wang 10 dirham dari hasil menjual kayu bakar. Lalu Nabi berkata kepada laki-laki itu, "Pekerjaanmu ini lebih baik daripada kamu menjadi pengemis." .

(Nota: bukan perkara yang mudah untuk mencari kayu bakar di padang pasir!).

Hikmah dari peristiwa di atas, antara lain: Pertama, Nabi melarang umatnya untuk mengemis atau meminta-minta. Mengemis adalah pekerjaan hina.

Para Nabi rata-rata memiliki mata pencarian tertentu. Mereka makan dari hasil keringatnya sendiri. Nabi Zakariya adalah tukang kayu. Nabi ldris adalah  tukang jahit. Rasulullah adalah pengembala kambing.

Kedua, Nabi mengajarkan kita untuk hidup berdikari melalui sumber-sumber yang ada, memiliki kemahiran yang boleh dipergunakan ke arah kebaikan. Pencinta buku umpamanya boleh menambah ilmu pengetahuan dengan menyebarkan apa yang dipelajarinya dengan menulis makalah, buku atau memaparkan ringkasan buku yang dibacanya di laman-laman blog.

Rasulullah memotivasi umatnya untuk menjadi kaya dan suka memberi dan melarang untuk menjadi miskin yang bersikap kedekut. Sepuluh Sahabat yang dijamin masuk surga adalah rata-rata orang kaya yang dermawan; Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali, Abu Thalhah, dan lain-lain. Mereka rata-rata memiliki kebun kurma, ternakan unta dan sumber nafkah lain. Dan, kekayaan mereka bukan datang begitu saja, tapi melalui kerja keras secara susah payah dari awal. Mereka dipuji Allah bukan karena kekayaannya, tapi mereka sangat dermawan dengan menginfakkan kekayaannya di jalan kebajikan.



Apakah perasaan anda melihat anak-anak sekecil ini mengemis? Lokasi, Bandung 16 September 2012.


Kaya yang dimaksudkan oleh penulis di sini tak semestinya merujuk kepada kaya harta. Kita masih boleh memberi dan menyumbang kepada masyarakat sekiranya kita mempunyai kekayaan jiwa.

Bab menunggu huluran "ang pow" tiap kali penulis pulang ke Kapau di Sumatra Barat pada hemat penulis dah jadi kes yang agak kronik dan seharusnya ditegur. Nak juga penulis bertanya kepada mereka, masa kami tiada di kampung, ada tak kalian ringan tangan mengambil inisiatif menjenguk nenek atau menolong menguruskan dirinya yang uzur? (Nota: nenek meninggal dunia tahun 2011 yang lalu) Kalau setakat TOLONG TENGOK aje.... memang hampeh.

Maaf, ini adalah komen peribadi saya yang jujur. Mama dan Papa isteri penulis merantau mencari rezeki di Malaysia dengan susah payah, bukan goyang kaki je dapat duit turun dari langit tanpa berusaha! Penulis pernah bertanya kepada mama, kenapa tak balik ke kampung ikut kami jenguk nenek, takpe, saya boleh belikan tiket mama dan papa pulang...tentu seronok...

Jawabnya nanti orang kampung datang nak duit...

Tapi bila kami sampai ke kampung, saya teringat arwah nenek, sanggup menunggu hingga larut malam dan pasti akan bertanya kepada kami dengan linangan air mata, "Helmi, Neny... mama indak ko pulang kampuang?"

Jawab kami..."Tak apalah nenek, kami pulang  menjenguk nenek, mengganti diri mama dan papa yang sibuk mengaleh"...


Sejak ada penerbangan AirAsia, rasanya tak pernah kami tak pulang ke Bukitinggi untuk menjenguk nenek. Kami pernah menaiki feri dari jeti Melaka ke Dumai dan dari Dumai merentasi Banjaran Barisan untuk ke kampung..... perjalanannya Ya Rabbi!!!....amat lama, berbahaya dan sulit. Bagaimanakah arwah nenek mempunyai kesabaran untuk sanggup melalui semua cabaran perjalanan merentasi gunung dan laut semata-mata untuk menziarahi kami cucu cucitnya di Malaysia! Malulah kalau kami tak berusaha menziarahi beliau....

Sedih... hanya apabila setelah nenek meninggal dunia barulah kesemua ahli keluarga kami berkesempatan pulang ke kampung bersama-sama.

Friday, September 07, 2012

Trip to Bandung

Hangpa yang nak pi ke Bandung boleh baca link ini. Dan blog yang penuh detail dengan dahsyat sekali ada di sini. Amat menarik kan?


Exchange rate as of 12 September 2012

Those yang nak ke sana, kalau nak murah boleh ikut penulis. Kita kena cari tarikh yang sesuai. Isu transport dan accommodation yang murah tapi selesa takde masalah, sedara mara penulis boleh tolong uruskan.

Pernah penulis katakan dulu, tak perlu beli direct flight tiket dari KLIA ke Bandung. Selalunya tiket terus ke Bandung agak mahal sedikit for budget tourist. Ada baiknya sekiranya pengunjung merancang perjalanan atau singgah dulu di Jakarta atau sekiranya masih nak terus ke Bandung, ada perkhidmatan shuttle bus dari Bandara langsung ke Bandung.

http://pemadumoda-primajasa.blogspot.com/2012/05/angkutanpemadu-moda-primajasa-bandung.html

http://www.xtrans.co.id/index.php?pg=7c7189717e717e

Haa.. pilih la mana satu kome nak gunakan. Bas panjang atau van. Masa perjalanan dah ada dinyatakan. Sewajarnya kalau nak ke sana kita tak perlu lagi bergantung kepada tour guides.Kalau naik Primajasa turun kat Bandung Supermall. Boleh terus enjoy main-main kat Trans Studio Bandung. 

Tapi kalau ada shuttle bus dari Bandara terus ke Menara 165 kan ke bagus! Lama dah penulis tak pi recharge sessions!

So see you guys in Jakarta/Bandung!

Thursday, September 06, 2012

Nasihat Hasan Al-Basri

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan”.

(Imam Hasan Al-Basri)

Alkisah seorang pencuri telah datang ke sebuah rumah untuk mencuri, tiba-tiba masuk seorang hamba Allah yang datang menolong pencuri tersebut, pencuri kedua itu memaklumkan kepada pencuri pertama bahawa didalam almari itu mempunyai banyak pakaian, maka seronoklah pencuri pertama kerana malam itu dia berjaya mendapat harta curi yang banyak berbanding hari biasa, maka pencuri tersebut membawa barang - barang curian itu ke rumahnya dibantu oleh pencuri kedua yang sudah berusia itu, apabila sampai dirumah pencuri pertama tadi, dia terkejut kerana pencuri kedua tidak meminta sedikit pun harta curian bahkan pencuri kedua memberitahu bahawa dia telah berusia dan tidak memerlukan harta curian tersebut..

Keesokan harinya, kecohlah penduduk Kota Baghdad menceritakan perihal rumah Imam Hasan Al-Basri telah dimasuki pencuri. Pencuri pertama tadi rasa amat bersalah kerana telah mencuri barang-barang dari seorang ulama terkenal, atas perasaan bersalah, dia ingin memulangkan kembali barang-barang tersebut.. apabila sampai sahaja dirumah tuan empunya barang, pencuri pertama sangat terkejut kerana orang yang membuka pintu rumah tersebut adalah pencuri kedua yang membantunya malam tersebut..rupa-rupanya pencuri kedua itu adalah tuan rumah dan namanya Imam Hasan Al-Basri!

Imam Hasan Al-Basri berkata yang bermaksud "Jika Allah SWT telah menetapkan rezeki untuk kita, maka sesungguhnya seorang pencuri pun tidak mampu untuk menarik rezeki tersebut daripada kita". Maka insaflah dan bertaubatlah pencuri tersebut atas perbuatannya yang lalu.

Kisah di atas mengingatkan penulis kepada kisah yang didengar lebih dua puluh tahun dahulu dari seorang hamba Allah yang mahu berjumpa menteri besar Kelantan, Nik Aziz untuk mengadukan masalah yang dihadapinya. Penduduk setempat telah menasihati hamba Allah ini untuk datang sebelum subuh dan ke sebuah masjid. Maka datanglah hamba Allah tadi sebelum subuh dan dia mendapati ada seorang tua yang sedang mengambil air untuk mandi dari sebuah telaga.  Lalu hamba Allah ini menceritakan hajat beliau untuk bertemu menteri besar yang khabarnya tinggal berhampiran dengan masjid tersebut. Maka orang tua yang sedang mandi tersebut berkata, nanti ambo panggilkan Nik Aziz dan mengajak hamba Allah itu bersolat jemaah di masjid bersama. 

Beberapa minit setelah usai solat subuh berjemaah dengan makmum lainnya alangkah terkejutnya hamba Allah tersebut apabila dia bertemu semula dengan orang tua yang disapanya ditepi telaga sebelum subuh tadi ....kini orang tua tersebut telah lengkap berpakaian jubah dan berserban. "Ambolah Menteri Besar, ada hajat apa nak jumpo ambo?"

...

Tuesday, September 04, 2012

Temper Control

There once was a little boy who had a bad temper. His father gave him a bag of nails and told him that every time he lost his temper, he must hammer a nail into the fence.

The first day the boy had driven 37 nails into the fence. Over the next few weeks as he learned to control his anger, the number of nails hammered daily, gradually dwindled down.

He discovered it was easier to hold his temper than to drive those nails into the fence. Finally the day came when the boy didn’t lose his temper at all.

He told his father about it and the father suggested that the boy now pull out one nail for each day that he was able to hold his temper.

The days passed and the young boy was finally able to tell his father that all the nails were gone. The father took his son by the hand and led him to the fence.

He said “you have done well, my son, but look at the holes in the fence. The fence will never be the same. When you say things in anger, they leave a scar just like this one.”

You can put a knife in a man's heart and draw it out. It won’t matter how many times you say I’m sorry, the wound would still be there.

Make sure you control your temper the next time you are tempted to say something you will regret later.