Tuesday, October 25, 2011

Action & Reaction

“While we are free to choose our actions, we are not free to choose the consequences of our actions” - Stephen Covey

Laporan Audit Negara bagi tahun 2010 telah dikeluarkan semalam dan sesalinan laporan tersebut yang melibatkan projek dimana penulis terlibat amat menarik perhatian. Rata-rata pihak media hanya menceritakan pencapaian yang baik-baik sahaja untuk ditunjukkan kepada rakyat. Kenapa yang bocor, tiris dan projek yang dijalankan yang tidak mendengar nasihat tidak ditunjukkan?

Kenapa kita dianjurkan supaya berfikir? – sedangkan rata-rata, aksaran nas, majoritinya memilih untuk berdegil dan tidak berfikir! Malah nasihat golongan orang yang berfikir hanya dibakul-sampahkan. Bila kena odit, baru mengelabah memohon pertolongan atau mencari alasan menunding jari kepada orang lain, sedangkan anda selama ini hanya mengenepikan pandangan ikhlas yang diberikan!

Banyak tindakan yang diambil dan keputusan yang dibuat, sama ada secara individu atau berkumpulan adalah seumpama ”group think” – just follow the mob, tak payah berfikir lagi dengan hujah bahawa:
  • orang lain dalam situasi yang sama pun akan pasti membuat keputusan yang sama, membuat pilihan yang sama;
  • barang yang lepas jangan dikenang, nanti kita boleh buat damage control – boleh tutup kes and get away with it;
  • kalau buat keputusan untuk organisasi - pakat sama-sama, tidak perlu gusar, kita semua tanggung ramai-ramai – takde siapa nak siasat kita sorang-sorang!.
  • Ya, saya tahu ini hanya ”quick fix”. Tapi terpaksa – ”darurat” - buat juga untuk menyelamatkan keadaan dan kedudukan saya didalam organisasi. Nanti kalau dah tak terkawal sama ada resign atau ditukarkan jabatan aje!
Sama ada sedar atu tidak, kegagalan kita untuk berfikir akibat masa depan kepada diri sendiri atau organisasi akan menyebabkan kerugian masa, tenaga dan wang ringgit dan juga kekesalan berterusan yang akan datang kembali menggigit kita pada masa akan datang.

Selama ini, anda hanya memikirkan alasan yang mungkin boleh diberikan kepada orang perseorangan yang anda pernah sakiti atau kepada pihak Jabatan Audit Negara apabila projek anda didapati bermasalah. Berfikirlah dengan matang dan lebih jauh lagi - sekiranya ianya melibatkan kesusahan dan penganaiyaan trauma, mental atau fizikal yang berterusan kepada orang lain walaupun hanya seorang, fikirkan juga - walaupun mereka yang dianaiya tersebut (sekiranya anda memohon maaf kepada setiap dan tiap-tiap orang) telah memberikan kemaafan dan menghalalkan tindakan anda – sesungguhnya anda TETAP akan ditanya juga kelak!

Apakah jawapan yang akan anda kemukakan untuk melepaskan diri apabila laporan catatan Illiyin dan Sijjin dibentangkan didepan Mizan dan anda ditanya mengenainya satu persatu di akhirat kelak?

Renungilah satu persatu tafsiran surah dibawah ini. Sekiranya ditolak menjadi imam dalam solat berjamaah, penulis mencintai surah ke 84 didalam AlQuran ini dan sering membacanya disertai dengan sujud sajadah.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Apabila langit terbelah!
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;
Dan apabila bumi diratakan,
Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -
Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.
Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!
Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !
(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
Maka Aku bersumpah, demi mega;
Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;
Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
(Sujud sajadah)
(Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.

Tuesday, October 18, 2011

Jalinan Anak Rao

Antara buku-buku untuk jualan
Semangat betul pakcik ni..
Pakcik ni bercerita pasal sejarah penghijrahan Rao ke Tanah Melayu

Tabung sumbangan
Siapa nak ikut?

Pagi 15 Oktober 2011 penulis dan keluarga bergegas ke rumah ayah di TTDI untuk menghantar my daughter, Husna mengikuti program Wynkids. Pagi itu juga kami menghadiri majlis akad nikah Si Adik (Andrizal Zakaria) di masjid Kg Medan, PJ selatan.

Sampai sahaja ke rumah ayah, penulis memerhatikan ayah yang sedang menyibukkan diri di Facebook miliknya....

"Hari ni ada program open day JARO? Kamu nak pergi ke idak?" tanya ayah. (Note : JARO stands for "Jalinan Anak Rao").

"Huh? mana ada kita kenal siapa-siapa?" tanya ku - kaget.

"ini ada budak ni.. budak tu..." kata ayah menunjukkan ke gambar FB kenalannya di FB... rata-ratanya semuanya aweks!!!

"Siapa depa semua ni? Ayah kenal ke?" aku bertanya penuh kehairanan.

"Ayah kenal kat FB je".... jawab ayah dengan sempoi.

Rupa-rupanya ayah kena add sebagai kawan dalam FB depa tu, sebab selalu menyampuk tulis kat FB Melayu Rao ikut bahasa melayu loghat Rawa (if there is anything as loghat melayu Rawa .. really all greek to me!)

Setelah diperiksa, perhimpunan tersebut akan diadakan di HQ Media Karangkraft, Shah Alam... hmmm....entah-entah Dato Husamuddin CEO Karangkraft yang dok promote ESQ165 pun org Rawa juga!

"Okaylah...ayah, nanti masa sessi fotografi kat masjid mi fikir dulu - nak ikut ke idak..." ujarku sambil bergegas keluar menaiki MPV burukku bersama keluarga untuk menghadiri majlis.

Ini dia link ke hasil shooting aku di FB sebagai kameraman tak bertauliah untuk hari Sabtu & Ahad lepas ... okay ke idak? Kome le yang boleh judge sama ada hasilnya dah mantap untuk aku jadikan sebagai sumber pendapatan sekiranya aku malas nak jadi penasihat "ulang-ulang"... kerja yang walaupun langsung tak glamour & most of the time orang gila marah kat aku sebab cakap dengan jujur, namun rezekinya Insya Allah halal. Alhamdulillah ada gak org (dari kalangan professional photographers) dok puji...dan tah siapa-siapa tah mintak nak jadi friends dalam FB.. semangatlah sikit... hehehe!!!

Balik dari majlis, terus ke rumah Ayah, terus hantar keluarga balik ke rumah di S13 dulu. Penulis & ayah solat di surau s13 & terus ke HQ Media Karangkraft ... inilah dia gambo-gambonya... panjang ceritanya.... khabornya deme nak buat trip ke Rao. (Rao is just another 3 hours drive from Bukittinggi, Sumatra Barat).

Menarik juga kisahnya kenapa Orang Rao berhijrah beramai-ramai ke Tanah Melayu dan membuka penempatan disana-sini. Nak ke Rao, wajib singgah ke Bukittinggi dulu. Maknanya, keluarga penulis mempunyai advantage dari orang lain segi logistik dan tempat tinggal. Tambahan pula memang setiap tahun penulis menziarahi nenek di Bukittinggi sejak tahun 2004 lagi. Sejak ada Air Asia lagilah ligat. The food, the scenery and cool weather memang amat mengujakan. (Nota: Nenek meninggal beberapa hari sebelum Raya Haji 2011. Alfatihah untuk nenek, Hajjah Timursila Bte Saman, semoga ruhnya diampuni, dicucuri rahmat Illahi serta ditempatkan bersama golongan ambiya', siddiqin, shuhada' serta solihin. Aamin.)

Persoalan yang penulis mahu utarakan adalah - berbeza sangatkah urang Rao dengan urang Minang?

Dari pemerhatian penulis, dari segi bahasa pertuturan lebih kurang sama aje. Mungkin telor percakapan sedikit berbeza. Kalau dari segi adat, Urang minang mengamalkan sistem matrilineal. There is no such thing as a half minang. Kalau ibu anda urang minang, anda juga keturunan urang minang.

Namun dari segi sejarah, khabarnya orang Rao mengembangkan agama Islam kepada Urang Minang, Urang Mandailing dan Batak yang mereka semuanya dahulu asalnya beragama Buddha atau tidak beragama. These three great nations berperang dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri, sehinggalah suatu cara difikirkan untuk mengurangkan korban nyawa - caranya 2 nations yang terkuat antara 3 nations ini akan berlaga kerbau. Syaratnya siapa yang kalah tidak boleh lagi mengganggu siapa yang menang. Pada masa itu seteru utama bangsa Rao yang mengembangkan Islam adalah Luhak Nan Tigo. Luhak Nan Tigo memenangi pertandingan laga kerbau tersebut dan sehingga ke hari ini menggelarkan tanah asal mereka Minangkabau yang bererti "Menang Kerbau". Antara akibat penting pertandingan laga kerbau itu adalah urang minang dan urang Mandailing berjaya diIslamkan, dan ketiga-tiga bangsa ini berjaya disatukan dibawah panji-panji Islam. Urang Rao kalah takpe, janji Islam terus gemilang. Perbahasan lanjut mengenai kerajaan Minangkabau boleh di dapati di link ini.

Setelah beberapa lama, muncul pula ancaman dari belanda yang datang untuk berniaga (sebenarnya menjajah) dan menyebarkan agama kristian didalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Pedir/Perang Paderi yang berlangsung selama 32 tahun. Asalnya kenapa perang paderi terjadi adalah kerana pertembungan ulama dan mereka yang mahu menegakkan adat. Maklumat mengenainya anda boleh layari di link ini.

Akibat daripada penentangan kepada penjajah yang bermula di Sumatra Barat ke atas Belanda juga merebak ke Semenanjung Tanah Melayu dengan penentangan kepada Inggeris. Setelah membaca maklumat yang ada pada hemat penulis, tak ada banyak beza diantara melayu sama ada urang rao atau urang minang. Hakikatnya sesuatu bangsa itu menjadi mulia kerana kuatnya pegangan kepada ajaran Islam. Maka benarlah apa yang terkandung didalam Khutbah Wida' Nabi Muhammad S.A.W.

"Tiada kelebihan diantara orang arab dan orang bukan arab kecuali atas dasar takwa".

Bila kita meninggalkan Islam, hilanglah segala kemuliaan sesuatu bangsa itu. Kita berpecah dan memperlekehkan ajaran agama yang mulia, berperang sesama sendiri, yang untung hanyalah bangsa yang beragama lain yang mempunyai agenda sendiri. Tidakkah kita berasa malu! Orang Rao berhijrah meninggalkan tanah air leluhur mereka untuk menyelamatkan diri dari serangan kafir Belanda, tapi di Tanah Melayu, sudah siap sedia ada Inggeris yang mengamalkan pecah perintah secara diplomasi. Dan jika diperhatikan betul-betul, beberapa meriam di Kota Fort de Kock, Bukittinggi, Sumatra Barat mempunyai tulisan Perancis.... heran ye...bukan Belanda. Maknanya meriam rampasan dari perang Inggeris-Perancis zaman Napoleon Bornaparte dan kemudian perang antara penjajah dengan Belanda digunakan semula untuk berperang menghancurkan kita orang Islam Nusantara!

Sama ada wujud perbezaan kerajaan kita di Malaysia sekarang dengan pemerintahan Inggeris - itu anda kena fikirkan sendiri setelah membaca dan mengkaji Perlembagaan Negara!

Setakat itulah sahaja celoteh merapu untuk entry blog kali ini!

Friday, October 14, 2011

A Blast from the Past

Reunion raya bekas guru homeroom dan anak murid

Inilah dia hadiah-hadiah dari anak-anak Aunty Indriaty.. sampai lena tidurnya

Monday, October 10, 2011

We shall miss you Steve Jobs..

To me, one of the most memorable quotes from Steve Jobs would be:

"Remembering that I'll be dead soon is the most important tool I've ever encountered to help me make the big choices in life. Because almost everything - all external expectations, all pride, all fear of embarrassment or failure - these things just fall away in the face of death, leaving only what is truly important. Remembering that you are going to die is the best way I know to avoid the trap of thinking you have something to lose. You are already naked. There is no reason not to follow your heart."

Fikirkanlah:

Ten years ago we had these characters around -
Bob Hope, Steve Jobs and Johnny Cash.

What do we have now?
No Hope, No Jobs and No Cash!

Mencintai orang Miskin

Orang-orang miskin tidak boleh disia-siakan, mereka harus dihormati dan dimuliakan selaras dengan asas kemanusiaan. Merekalah yang membuat kita diberi rezeki Allah dan ditolong Allah dan kita amat dianjurkan untuk menyayangi dan melindungi mereka. Amat rugilah mereka yang menyombongkan diri, tidak mahu bercampur atau berkenal mesra dan hanya meminggirkan golongan miskin selama di dunia ini hanya atas dasar mereka ini bukan sama "standard" atau "class" dengan kita. Sedangkan apa bila kita mati dan dikuburkan nanti, pangkat dan harta tidak turut serta menemani kita didalam barzakh nanti. Yang ada hanya lubang sempit dan gelap... . Oleh kerana itu, kisah dan teladan yang dipaparkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang mengandungi teguran tersirat untuk mendidik masyarakat dalam filem "Ibu Mertuaku" boleh dijadikan panduan.

Dari Abu Dzar berkata: Rasulullah kekasihku berpesan kepadaku untuk istiqamah pada beberapa hal. Beliau berpesan kepadaku agar tidak melihat kepada orang yang lebih tinggi dalam hal kekayaan, tetapi hendaklah melihat kepada orang yang lebih rendah daripada aku. Beliau berpesan kepadaku agar menyintai orang-orang miskin dan selalu dekat dengan mereka. Beliau berpesan kepadaku agar menyambung silaturrahim walaupun mereka berpaling.Beliau berpesan kepadaku agar aku tidak takut celaan orang yang mencela. Beliau berpesan kepadaku agar aku berkata yang benar (haq) walaupun pahit. Beliau berpesan kepadaku supaya aku banyak membaca "La haula wala quwwata illa billah", kerana kalimat itu adalah kekayaan surga.

Rasulullah sangat menyintai orang-orang miskin. Kerana memang orang miskin yang sabar mempunyai kelebihan dan keistimewaan di sisi Allah. Maka hati-hatilah anda jangan meremehkan dan menghinakan orang miskin yang sabar dan tidak pernah meminta-minta. Kerana ketahanan mereka dalam menghadapi cobaan, maka Allah sangat menyukai mereka kerana sesungguhnya orang miskin kelak banyak yang menjadi penghuni surga!

Pernahkah anda bertemu dengan mereka yang miskin harta, tetapi sebenarnya mereka kaya ilmu, kaya jiwa dan amat tinggi budi bahasa? Ada di antara mereka yang walaupun tidak berpelajaran tinggi sekalipun, namun amat ringan tulang dalam menghulurkan pertolongan kepada orang yang lebih memerlukan bantuan hatta apabila meninggal orang-orang seperti ini, maka berduyun-duyunlah orang ramai datang menghadiri dan memenuhi masjid diupacara solat jenazah sehingga dibuat solat jenazah 2 -3 round kerana kesempitan ruang dan amat ramai sekali yang menghantarkan jenazah ke kubur sehinggakan ianya menimbulkan kehairanan orang lain yang tidak mengenali simati yang tertanya-tanya - Subhanallah! Siapakah Hamba Allah yang meninggal pada hari ini? orang besarkah? ahli perniagaankah? Dia seorang Dato' kah?.... sedangkan hakikatnya simati hanyalah seorang buruh kasar dan peniaga kecil-kecilan menanggung ahli keluarga yang ramai, tinggal dirumah tua usang, yang hanya menunggu masa untuk dirobohkan kerana terletak dalam penempatan setinggan!

Apakah kita ini tergolong dalam ahli Syurga atau ahli Neraka?

Seorang ustaz pernah berkata, sebenarnya, kita boleh mengetahui diri kita golongan mana. Ah! Bagaimana tu Ustaz? Tolong jelaskan?, tanya seorang rakan dengan penuh kebimbangan.

Jawab sang Ustaz, katakanlah tuan mempunyai rumah sebuah banglo.... sudah tentulah tuan berusaha sedaya upaya untuk memiliki banglo berkenaan. Tidak cukup hanya memiliki, ianya juga perlu dihiasi agar kelihatan menarik dan ini memerlukan pengorbanan titik peluh dan wang ringgit yang banyak dibelanjakan tuan selama ini dan ada diantaranya tuan terpaksa bergolok gadai demi untuk mendapatkannya.

Tidakkah pernah tuan bertanya kepada diri sendiri, apakah usaha dan pelaburan kita selama ini memadai dan cukup untuk memiliki sebuah rumah yang indah dan semestinya lebih hebat lagi didalam Syurga???

Thursday, October 06, 2011

Trip to the Northern States

Alangkah bahagianya kalau boleh santai begini setiap hari!

Fisherman's Village No. 1 @ Pantai Kok, Langkawi

Fisherman's Village No. 2 @ Pantai Kok, Langkawi

The escape hatch

Entrance to the Fields of Burnt Rice, Langkawi

Tuesday, October 04, 2011

Di manakah Allah???

A swell weekend

An injured singapore player... sakit tau! - apasal korang semua tak sporting kasi boo pulak..

Singapore scores!

Cubaan jarak jauh striker berbisa Malaysia, Mohd Safee Mohd Sali berjaya ditepis keluar

It is a very rare occasion you would find me in a Stadium

A giant fork lift... maybe a refugee/survivor from the Cybertron wars

Amy Search mendendangkan Fantasia Bulan Madu

Para Penyokong Pasukan Selangor... berpeluh tengok veteran Selangor pukul veteran Singapore 3 -1

Tiket free... & a free date with my wife

Ole-ole utk kawan-kawan dari Langkawi

From another angle..